Wednesday, November 19, 2008

Tahanan ISA Tak Boleh Solat Jumaat

Bila Datuk Ahmad Zahid Hamidi menempelak Raja Petra tentang isu Solat Jumaat bagi tahanan ISA aku rasa ia dibuat dengan cara yang tak sesuai.

Come on Datuk, penat aku dan Najwan membangunkan teori Razak, haha.

Argumentum ed hominem bukan caranya untuk menyelesaikan masalah ini. Raja Petra nak solat atau tidak itu urusan dia dengan Allah s.w.t.. Pokoknya sistem itu mesti dibebaskan untuk manusia membuat pilihan. Jika Raja Petra tak mahu Solat Jumaat sekalipun, hak tahanan muslim lain bagaimana pula?

Kenyataan ini sebenarnya pada aku tidak perlu kerana aku menolak ISA - jelas.

Dari aku,

bekas makmum Raja Petra (tapi bukan solat Jumaat, hehe)

No comments:

Post a Comment