Saturday, March 7, 2009

Tiba-Tiba Semangat Bersukan Aku Meningkat

Dulu aku atlit. Tapi bila masuk universiti, kawan-kawan cuak dan mampus tak percaya. Aku rasa antara sebab utamanya ialah kerana pakai cermin mata (kelihatan nerd dan geeky di situ - bahasa lain ialah skema atau bahasa hormat sikit di kalangan adik-adik yang rapat dengan aku di kampus ialah henskem kata lain untuk hensem+skema, haha, peewit!)). Selain itu, memang di kampus fokus aku banyak pada persatuan selepas buat keputusan bersara. Lagi satu, mungkin sebab aku main catur dan sampai di kampus pun aku masih bertahan walaupun dah lama tak main. Pendek kata semua yang dikaitkan dengan skema itu ada pada aku, muahaha :)

Sukan paling aku minat tentunya Bola Sepak. Lelaki yang tidak minat bola sepak, meskipun kaki bangku, atau hanya main Play Station atau X-Box, atau hanya sekadar menjadi penonton dan sebagainya, tidak cukup syarat rasanya.

Tapi aku berakhir dengan berhenti main bola sepak. Rasanya aku dah tulis sikit pasal tu dalam masukan (entry) yang lama (malas nak link-kan!). Aku hanya sekadar main di peringkat sekolah darjah 5 dan yang terakhir ialah untuk Piala Coca-Cola di bawah pimpinan Pak Jon (Pengarah Akademi Soccerstar).

Tapi aku wakil negeri ke MSSM main ragbi sentuh masa darjah 6 dan ragbi 15-sebelah masa tingkatan 5. Orang susah nak percaya bila tengok saiz aku, sama macam orang susah nak percaya aku ni keras kepala dulu. Well, manusia boleh berubah dan sebab itu aku selalu yakin dan sokong kuat-kuat sesiapa yang nak berubah tapi rasa susah sangat. Susah nak ungkapkan tapi itulah hakikatnya. Lain-lain aku main catur, catur, catur..

Oleh kerana aku ada latar belakang sukan, aku pilih untuk kekal di Fakulti Perhutanan semasa sambung Ijazah selepas habis Diploma. Kalau ikut hati aku nak pindah ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) untuk buat Ijazah Komunikasi. Pensyarah aku pernah over-exaggerate cerita pidato aku masa Pilihan Raya kampus semasa kami buat pameran dan promosi (outreach) di MRSM Taiping. Konon aku ni macam Dato' Asri la, pidato sampai hujan pun orang tak berganjak, haha. Harap anda tidak percaya tapi up-cerita ni memang berlaku.

Aku kekal sebab di Fakulti kami ada bidang Pengurusan Taman dan Rekreasi. Maka, aku beralih dari lasak dalam sukan kepada lasak dalam rekreasi (well, sukan itu sebahagiannya bersifat rekreasi..akademik sikit di situ). Maka, kerja aku ialah naik gunung turun gunung, berlayar di lautan, berkayak, selam-selam, terjun-terjun, ragas (panjat dalam bahasa utara) batu dan sebagainya. Tak power pun tapi gembira dengannya.

Di sana aku banyak belek research (maaf ya campur aduk bahasa ni, hehe) dan antara skop yang aku minat ialah Therapeutic Recreation dan aku sambung master aku dalam skop tu. Err, jangan tanya kedudukan aku sekarang. Stress tahap gaban tapi insyaAllah aku akan bergraduat. Kelas dah habis dengan CGPA kaw-kaw, takkan aku tak mau grad kan? Buat tesis ni memang leceh sikit.

Rekreasi terapi ni banyak berkaitan psikologi dan kaunseling. Biasanya ada perbandingan dengan klinikal untuk ujian-ujian tertentu. Di sana buat aku percaya bahawa sukan dan rekreasi ini peranannya besar dan itu sedikit sebanyak membentuk karakter aku selama ni.

Ok, kisah sebenar semangat aku meningkat ni ialah kerana tadi dari jam 12.30 sampai 2.30 pagi aku tonton Glory Road. Kisah benar tentang Willie Cager, seorang pemain bola keranjang dan rakan-rakannya. Serius aku terimbas zaman gila bersukan ni.

Dalam sukan semua orang nak berjaya tapi selalunya dalam sukan, tempat pertama tidak boleh berkongsi. Maka akan ada yang kalah. Kau bayangkan kau berlatih suku hingga separuh tahun untuk sesuatu sukan tapi akhirnya kau kalah di perlawanan akhir! Kalau kau memang lauk sejak awal, mungkin perasaan tu berbeza sikit.

Ya, ramai orang tak suka jadi loser. Oh, kawan-kawan di UBU dulu sebut Gagalis sebagai ganti kata Loser ini, haha..sila jangka bahawa mereka ada dalam demo PPSMI tadi. Ya, tidak ramai suka dipanggil Gagalis. Dalam banyak realiti hidup, kita biar karakter individu kita luluh lantak ditelan kehendak persekitaran sosial kita. Kita lebih rela mengikut dari bertegas bahawa ada perkara yang kita sedia ikut dan ada perkara yang kita berlapang dada untuk berbeza - secara tegas atau tidak. Kita tak mahu hilang kawan atau kita tak mahu dipinggirkan kerana sikap kita yang berbeza, meskipun betul! Malah, kita gembira juga untuk campur tangan memperkecilkan mana-mana kawan yang jadi bahan kawan-kawan lain.

Bergurau dan menghina tentu saja ada garis bezanya.

Pada aku, selain dari kejayaan, sukan dan rekreasi juga mengajar aku untuk menyerap apa yang dipanggil kegagalan. Sebenarnya ia juga bergantung kepada kemampuan jurulatih memindahkan nilai-nilai yang kita dapat sepanjang proses berlatih dan bermain. Dalam latihan aku selalu guna 2 kaedah saja daripada 6 yang aku tahu - Front Loading dan Debriefing. Adik-adik yang mahu belajar dengan aku memang itu yang aku ajar awal. Lain-lain bergantung kepada apa yang mereka tanya. Dalam pemindahan 'pelajaran nilai', keberkesanan teknik kejurulatihan ni akan mendorong impak kepada apa yang peserta dapat.

Bila tengok Glory Road tadi, John Lucas bawa watak Don Haskins dengan cukup baik. Ah, selalunya kisah based on true story ni memang seronok. Aku selalu rasa pemindahan falsafah di sebalik naratif penceritaan filem-filem Barat ini kemas. Aku tak tahu sama ada ia bergantung kepada jumlah pelaburan kewangan atau tidak. Pada aku, kreativiti kita rencat sebab banyak sangat tak bolehnya di Malaysia ni. Banyak kepentingan nak dijaga - politik, agama dan kaum. Ah, padahal semua tu bukan tak boleh buat, tapi orang kita suka manusia beriman dan taat setia tanpa akal. Akal selalu jadi musuh. Ini dosa besar siapa saja - membiarkan manusia jadi bodoh, takut denga ketidakmatangan yang ditempa sendiri..seolah-olah di akhirat nanti ada yang tolong jawab bagi manusia yang tak bebas mengambil tanggungjawab sendiri untuk beriman.

Aku memang tak pernah main bola keranjang dan pada aku sukan apa pun silalah main kalau kalian minat. Aku jenis yang tak kisah dengan passion orang sebab bersamanya manusia membina karakter. Jangan kau langgar hak orang (zalim) dah la. Sebab waktu kau langgar hak orang tu, sebenarnya kau membataskan kebebasan orang tu pulak. Ah, wacana Habermas pun aku tak cukup khatam tapi itulah yang aku mahu sebut sebab sedikit sebanyak aku belajar.

Sukan bukan musuh kita. Jangan bila orang nak bina taman rekreasi, kita terus cop bahawa nanti tempat maksiat akan bertambah. Kita cepat menawarkan pemikiran negatif berbanding positif. Jika kita tukar cara fikir ini, tentu banyak bezanya.

Oh ya, tadi Don Haskins ada sebut pada pasukan Western Texas Miners supaya tidak terlalu memikirkan nama Kansas Kentucky. Aku langsung teringat dengan ayah Nabilla yang jumpa aku di Parlimen tempoh hari (oh, anak pakcik ni agak cute, tapi...banyak tapinya, haha) tentang mentaliti pemain bola sepak Malaysia. Dia cadang supaya Malaysia bagi pemain orang asli wakili Malaysia sebab orang asli bukan kisah pun main dengan siapa. Haha, masa aktif sukan dulu kami selalu cuba pujuk diri waktu main dengan pasukan hebat "ah, mereka pun makan nasi!".

Melangkau politik perkauman di Amerika telah membawa nafas baru kepada seluruh sistem di sana, meski tidak semuanya. Kita, insyaAllah akan mengulang pembebasan ini dengan prinsip yang sama pernah diungkap Rasulullah s.a.w..

Ah, sila tengok Glory Road untuk lebih faham.

Terima kasih untuk penerbit - Jerry Bruckheimer yang selalu tidak menghampakan aku.

* Aku tengok 360, apa nak jadi negaraku yang penuh jenayah ni?

1 comment:

  1. eey,
    skema,
    tak rock la lu,
    hehe~

    malaysia oh malaysia,
    aman makmur.

    malaysia,
    syaitan tetap bermahajarela.

    ReplyDelete