Tuesday, April 7, 2009

Analisis Rambang Kenapa Batang Ai Kalah

PR tidak harus ralat dengan kekalahan di Batang Ai. Fokus harus kekal pada kekuatan internal, dan bukan faktor eksternal. Ia tidak bermaksud kekuatan eksternal harus diabaikan. Rakyat tidak mahu lagi kelemahan YB-YB dari PR (khususnya PKR) jadi sebab melemahkan hubungan pendokong agenda Reformasi yang luas kerana bukan kerja rakyat untuk membela YB-YB yang lemah prestasi mereka meskipun mereka dari PR.

Kekalahan di Batang Ai memang dijangka, meskipun mungkin bukan dengan majoriti yang ada.

Aku hanya mahu mengajak kita melihat dalam konteks perilaku pengguna - bahawa rakyat di pedalaman boleh kita kategorikan sebagai late majority. Ia tentu saja lebih baik daripada fanatik BN yang akan masuk dalam kelompok laggards.

Memahami pengundi sebagai pemilih (lebih kurang konsep perniagaan dalam menentukan segmen pasaran) akan membantu PR mengemaskini proses pemasaran produk Reformasi.

Aku percaya pengundi Batang Ai memilih BN dalam PR kecil ini kerana faktor mereka adalah late majority di mana untuk tempoh ini hingga pilihan negeri Sarawak setahun hingga dua tahun dari sekarang, lebih baik mereka please kerajaan BN di sana.

Ia berbeza dengan pengundi dalam kategori early adopters dan early majority yang tidak melihat faktor subsidi dan bantuan sebagai keutamaan (meskipun mereka percaya jika calon mereka menang sebagai kerajaan, tanggungjawab itu harus dijalankan). Hal ini harus dipadankan dengan teori Maslow di mana pengundi yang mengundi untuk demokrasi ialah pengundi yang telah mencapai tahap self actualization.

Aku kekal mahu mengingatkan - kerjasama PR harus terus dieratkan. Jika perlu, bubar ketiga-tiga parti dengan bersatu di bawah satu parti dengan satu lambang. Tapi ia tidak mudah. Justeru, banyakkan program bersama terutama berkaitan pendidikan kepada ahli dan pastikan lidah rasmi yang ada bukan sekadar menonjolkan kelebihan parti, tetapi juga menguatkan jambatan kerjasama.





11 comments:

  1. jangan. gua tak setuju. nanti hudud tak terlaksana

    ReplyDelete
  2. tak apa lu tak setuju. inikan demokrasi. gua optimis :)

    kalau nak bersama sbg parti pun tak mahu, bagaimana nak bersama dlm sebuah negara? ;)

    gua optimis.

    ReplyDelete
  3. rock rock juga brader. hudud & qisas lagi cool.

    ReplyDelete
  4. hudud dgn qisas memang cool. tapi Islam bukan itu saja :)

    ada prosesnya.

    Saidina Ali k.w. pun tak dpt jalankan hukum pada pembunuh Uthman r.a. bro..

    First thing first.

    ReplyDelete
  5. aDOI....BN kalah di dua bukit!
    Melayu kena bersatu kerana ISLAM.
    Politik yg BERTERASKAN ISLAM & Melayu mesti BERSATU!

    yg tak ADIL tu gua tak bape setuju asas perjuangannya...dah tersasar dari landasan

    Renung-renungkan!

    ReplyDelete
  6. n,

    nampaknya lu tak ngerti Aku Pun Melayu.

    atau ignorance?

    ReplyDelete
  7. nak repeat ayat hang...

    " tak setuju tak apa, inikan demokrasi"

    saya sekadar mengutarakan pandangan, tak semestinya betul pada pandangan akal, belum tentu salah lagikan?

    ReplyDelete
  8. tentu saja tidak salah berbeza pendapat. tapi ignorance mengembangkan fhm fasis akan tetap saya lawan :)

    ReplyDelete
  9. amin beginilah..
    saya tekankan saya bukan ignorance. Jika awak melabelkan saya begitu, awak silap.
    Duduk letaknya pegangan saya JELAS, ok!

    ReplyDelete
  10. saya tidak katakan awak. saya hanya tegaskan bahawa hujah2 ignorance akan saya lawan :)

    saya suka bila awak mahu berbeza pendapat, tapi sayang, saya tak temukan apa pendapat balas awak :)

    ReplyDelete
  11. Amin,

    3 parti bernaung dibawah logo yg sama? Bukan mustahil tapi perjuangannya tidak sama.

    saya ulang
    Melayu kena bersatu kerana ISLAM.
    Politik yg BERTERASKAN ISLAM & Melayu mesti BERSATU!

    ReplyDelete