Saturday, April 5, 2008

Siri 4 : Minggu Orientasi Kolej 1

Usai Minggu Orientasi Universiti, Minggu Orientasi Kolej pula muncul. Sebetulnya Minggu Orientasi Kolej ini seiring dengan minggu pertama kuliah. Maka, program bermula selepas Asar, sekitar jam 5.30 petang. Ia dikendalikan oleh bekas pelajar-pelajar matrikulasi yang memilih untuk terus kekal di Kolej Matrikulasi (KOMAT, kini Kolej Ke-13).

Semasa Minggu Orientasi Universiti, ada satu slot yang gagal diisi dengan sempurna iaitu pendaftaran kursus untuk pelajar-pelajar baru. Ini terjadi kerana server down. Maka, minggu pertama ini semua sibuk untuk mendaftar, ditambah dengan aksi beratur panjang kerana kehadiran mahasiswa senior yang juga mahu mendaftar. Macam-macam hal dari masuk kuliah tanpa mendaftar hinggalah kegagalan mendaftar akibat kuota kursus telah dipenuhi.

Program Diploma Perhutanan mengambil 150 mahasiswa baru. Namun sebahagiannya tidak datang mendaftar. Yang tinggal sekitar 90 orang seingat aku. Apa nak buat, nama program tidak glamour macam Perubatan dan Kejuruteraan. Aku masih ingat seorang rakan semasa Minggu Orientasi Universiti, katanya dia sangat tidak berpuas hati kerana tidak dapat melanjutkan pengajian ke UTM, sama seperti aku yang sedikit kecewa untuk itu. Hasrat menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan terbantut meskipun aku kira keputusan Fizik dan Matematik Tambahan aku sangat baik. Tapi aku akui, persaingan untuk program kejuruteraan memang hebat, dan silap aku ialah kerana memohon untuk terus ke peringkat Ijazah! Harap adik-adik lepasan SPM tak mengulangi kesilapan nyata ini. Ya, memang ada yang berjaya terus ke peringkat Ijazah, tapi boleh dibilang dengan jari kot. Yang buat aku rasa macam nak kata 'poyo je' kat kawan aku ni ialah bila aku tanya keputusan SPM, dia cakap lulus dengan pangkat 2. Aduh!

Semester 1, kursus kami banyak di luar fakulti antaranya Kimia Organik, Biologi 1, Matematik 2@Kalkulus, Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Untuk 3 kursus terakhir, tidak ada kelas perlu dihadiri dan aku rasa sangat malang untuk itu. Hanya perlu beli buku dan baca. Tunggu hingga tarikh peperiksaan dimaklumkan dari masa ke masa. Akibatnya, kami punya banyak masa lapang yang ramai mengisinya dengan T.I.D.U.R.. Tapi untuk orang yang tidak biasa tidur petang macam aku, ianya sangat bermasalah.

Eh, kenapa aku tidak cerita tentang Minggu Orientasi Kolej? Sebetulnya kerana ia hanya berjaya dilaksanakan untuk 2 hari. Hari pertama lebih kepada sesi suai kenal antara kumpulan-kumpulan yang telah diagihkan. Hari kedua sesi bersama Pengurus Kolej, kerana Pengetua Matrikulasi secara automatiknya hilang jawatan Pengetua selepas matrikulasi di Universiti dihentikan. Juga kerana kontraknya tamat.

Ia gagal kerana umumnya kuliah yang tamat jam 5 petang tidak memungkinkan kami dapat sampai ke kolej jam 5.30 petang. Dengan bas yang terhad dan perlu berebut-rebut, perlu solat Asar dan masih kepenatan. Majoriti dari kami mengambil sikap memulaukan Minggu Orientasi Kolej selepas 2 hari. Ini ditambah faktor 'garang tak bertempat' fasilitator kolej pada hari ke-2. Masih diulang oleh kami jika berborak perihal ini "Kamu ingat saya tunggul ke di sini tunggu kamu nak berkumpul jam 5.30 petang?".

Friday, April 4, 2008

Surat Buat Wakil Rakyat

Sebenarnya lagu asal Iwan Fals ini aku peroleh dari album Salam Reformasi. Ia jadi nada dering rasmi aku sepanjang tempoh kempen PRU-12. Sudah tentu ia mendesak aku untuk diletak sebagai lagu tema blog ini sepanjang tempoh kempen, tapi aku fikir lebih elok aku masukkan sempena YB-YB Malaysia masuk ke Parlimen. Dan pada hari ini kita tahu YB-YB kita menghadiri 'sesi kenal mesra Parlimen'.

Tidak kisah dari lubuk mana parti kamu pilih, kamulah YB Malaysia buat masa ini. Dan kamu pilih untuk itu, waima lubuk mana juga kamu datang sebelumnya - bloggers, professional, anak beranak suku sakat, NGO, politikus sepenuh masa dan sebagainya.

Ini saat mula kamu berkhidmat, dan rakyat mahukan yang baik-baik..tidak mesti duit, tapi rasa berharga dan bermaruah menjadi seorang rakyat di Malaysia, sebagai insan di muka bumi.

Ambil pesan dari sarat mesej lagu ini. Moga aku, kau dan kita semua mahu lebih dewasa hidup dalam kegetiran makna cinta dunia dan rindu syurga!

Selamat bertugas YB-YB Malaysia! Cinta itu besar maknanya untuk kau zahirkan di Dewan Rakyat!

Thursday, April 3, 2008

Lanjutan Isu Fitna - Gambaran Besar

Dalam banyak keadaan, bukan saja isu ini, aku tengok umat Islam akan sentiasa bermasalah dan cenderung mahu memaksakan supaya berlakunya keadaan Zero Sum Game dan Gamenya pula hendak dipaksakan Muslim vs Non Muslim. Bila berlaku selain dari itu, ramai yang hilang arah untuk membuat keputusan.

Untuk aku, kita harus tahu membezakan apa itu Islam, Muslim, Islamik dan yang sewaktu dengannya. Islam, jika tidak ada antara kita mahu mempertahankannya, ia tidak terluka sikit pun kerana aku yakin dengan sifat tingginya ajaran Islam. Aku yakin kita yang perlu kepadanya, dan bukan Islam yang memerlukan kita. Dalam kes ini, lebih elok kita ambil pendekatan menjelaskan, bukan mempertahankan.

Tindakan kerajaan Belanda untuk aku sangat Islamik berbanding sebilangan umat Islam yang mengangkat slogan Hukuman Mati terhadap Wilders (berlaku di Indonesia). Entah hukum mana yang dipakai sehingga pemeliharaan nyawa dalam Islam tidak diambil peduli pun!

Siapa nak pilih boikot, silakan. Siapa berpegang kepada sebaliknya juga silakan. It’s a matter of choice through what we believe as a better approach. Aku sendiri menolak boikot walaupun sebenarnya aku hampir tidak mengguna langsung dari senarai produk-produk tu.

Lebih elok kita tanya sebanyak mana dakwah kita dulukan sebelum hukum. Lebih baik kita tengok betul-betul kuasa membeli umat Islam yang ada pada hari ini jika kita nak kaitkan dengan keupayaan ia merobek ekonomi Belanda.

Bantahan tetap bantahan. Caranya biar konkrit. Atau kita percaya sebagai contoh melaung-laung semangat anti Amerika akan membantu penggantungan ekonomi kepada negara itu dapat diselesaikan?

Sindrom budaya popular bukan saja dengan membaca majalah Mangga!

Tuesday, April 1, 2008

Politik dan Agama

Mungkin aku ketinggalan, tapi ia sentiasa belum terlambat. Tadi 'jalan-jalan' di 'koridor dan lebuh raya maya', lalu terjumpa ini..

Apa yang kita boleh belajar darinya?