Monday, May 5, 2008

Realiti Konkrit

10 hari di daerah sepi nyata memisahkan aku dengan jangkauan perkembangan yang tidak sedikit. Dari berita kemenangan Chelsea terhadap Man Utd, pemergian arwah Tan Sri SM Nasimuddin (al-fatihah untuknya) dan pelbagai lagi - politik dan selainnya.

Jujurnya badan dan otak masih letih. Hujung minggu ini mahu memandu 7 jam pulang ke kampung sebelum kembali semula pada 15hb. Hidup mesti terus...

Aku hanya mahu, buat masa ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf dari entri-entri panas sepanjang separuh bulan lepas. Maaf jika kebenaran itu menyakitkan, dan maaf jika keterlanjuran muncul tanpa sedar.

Realiti konkrit akan sentiasa bertembung dengan jangkaan abstrak. Dan hikmah pun akan muncul dengan izin-Nya. Berbahagialah mereka yang dikurniakan kefahaman oleh-Nya, Allah s.w.t., tiada Tuhan selain-Nya.

Minggu Orientasi Kolej 2

Bila aku ingat balik, minggu orientasi kolej yang 'tak jadi' tu telah secara tidak langsung mengheret banyak masalah terhadap kehidupan kami di kolej. Rasanya persatuan sangat berperanan masa tu untuk memberi arah kepada kami. PMI melalui Smart Group cukup aktif mengkader para jundi, tak kurang juga PERMAWAN.

Maaf ya kerana aku tidak mahu menulis nama-nama figura mahasiswa di sini. Tapi pertarungan politik kampus suka atau tidak agak dominan.

Dari mesyuarat, aku diangkat menjadi Setiausaha Agung Surau, dan ketua serta ahli jawatankuasa sebahagian besar dari blok aku. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) saat itu mungkin menghadapi masalah kerana sebahagian besar kami (budak-budak laki) aktif dengan jemaah Tabligh. Yang betul-betul cocok dengan pendekatan PMI bukan tak ada, tetapi mereka tidak mahu aktif. Aku fikir hanya muslimat yang aktif dengan PMI, itu pun kerana muslimat senior dari matrik ada dan cukup aktif membantu. Fenomena aktif dakwah atau bertukar kepada cara hidup Islam ni dari pandangan aku memang cepat menangkap minat pelajar wanita.

Kebetulan lawan PMI masa itu dikepalai oleh bekas aktivis PKPIM, maka di mana-mana isu Islam itu sentiasa hidup. Cuma PERMAWAN, walaupun dikepalai oleh orang-orang dakwah, tidak cukup kuat menolak 'budaya lain'. Aku masih ingat orang kuat PERMAWAN sering berkunjung ke blok kami dari Minggu Orientasi Universiti hingga Minggu Orientasi Kolej dengan salam mula "Salam Reformasi". Ia menangkap sebahagian pelajar baru yang minat dengan Reformasi, tetapi entah kenapa tidak aku.

Mahasiswa rata-ratanya mengisi borang aktiviti ko-kurikulum berkredit untuk Kepimpinan Pelajar dan Seni Bela Diri - Silat (aku maksudkan Melayu kerana yang dominannya itulah). Kepimpinan Pelajar waktu itu (sampai sekarang rasanya) adalah pool di mana doktrin kerajaan (atau lebih tepat UMNO-BN) dipupuk. Rata-rata dana adalah dari BTN.

Aku ikut apa? Selama 2 semester, aku mengikut Silat Cekak Hanafi (2 semester maksudnya tak habis la tu..aduh!).

Apa yang aku boleh kata ialah Minggu Orientasi Universiti dan Kolej perlukan nafas baru. Tapi jika dibandingkan dengan perkembangan dewasa ini, ternyata yang dulu lebih bermakna (kecuali Minggu Orientasi Kolej). Entah kenapa, walaupun agenda akademik ditekankan, perihal doktrin politik UMNO-BN tidak pernah gagal mengambil tempat yang dominan. Dari pemilihan fasilitator, sebahagian modul dan banyak pertimbangan lain. Aku berani katakan bahawa Minggu Orientasi Universiti lebih bertumpu kepada hasil akhir untuk 'menyelamatkan UMNO-BN', jika ada hujah penumpuan akademik dan sahsiah, ia tidak lebih dari kerangka 'menyelamatkan UMNO-BN (maksud aku sebagai pengalih tumpuan). Hal ini insyaAllah akan lebih jelas dari tulisan-tulisan akan datang.

Minggu Orientasi Kolej sebenarnya menyeronokkan. Itu kalau dengar 'azab dari kolej lain'. Mungkin kes kolej aku kes terpencil, kerana matrik dipindahkan kepada Kementerian, dan kami adalah intake yang perlu memenuhkan kolej yang kosong. Maka Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej tidak wujud dan arah tuju juga kabur. Ditambah dengan agenda sendiri pelbagai kelompok, agenda bersama tidak pernah diusahakan dengan nyata.

Memang dari segi objektif, ia ada tetapi aku tak tahu sejauh mana objektif dipertimbangkan dengan masak dalam pemilihan modul dan juga pendekatan. Yang aku tengok lebih kepada hal teknikal serta persaingan membina pengaruh politik.

Sebaik saja tamat Minggu Orientasi Universiti dan Kolej, masing-masing telah membina jaringan perhubungan sendiri dengan kawan-kawan baru dan senior (biasanya fasi atau kenalan zaman sekolah), tak kurang juga yang pasang awek baru! Dari segi komitmen pengajian, boleh dibezakan mereka yang hardcore belajar dan scorer, belajar santai tapi score - cuma tak sehebat yang hardcore kot (biasanya jenis yang aktif), yang belajar main-main, yang rajin belajar sebab 'lambat tangkap', yang aktif berpersatuan tapi result teruk, yang bercinta full time belajar part time dan macam-macam lagi.

Aku? Orang kenal aku sebagai Mat Tabligh Yang Rock dan Kuat Politik kot? hahaha

* Tulisan ini lebih bersifat pengalaman individu, justeru ia mungkin tidak mewakili rencam pengalaman ramai.

Sunday, May 4, 2008

10 Hari di Daerah Sepi

10 hari cukup lama untuk mereka (termasuk aku) yang banyak menggunakan ilmu dan maklumat. Tempoh 10 hari bergelandangan di tengah-tengah pulau (lebih kurang 9 kilometer berkayak) menjadikan aku dan teman-teman seakan mereka yang tidak tahu apa-apa. Entah-entah Perdana Menteri Malaysia telah bertukar!

Bot keluar masuk yang terhad untuk tujuan-tujuan penting, sumber tenaga dari generator yang terhad untuk caj telefon selular, masa yang cemburu untuk merehatkan badan cukup untuk menjadikan 10 hari di daerah sepi sebagai medan merenung semula tentang erti hidup bertuhan, diri, alam dan kehidupan. Ada cebisan yang banyak sebagai metafora untuk menggambarkan pengalaman dalam 'makmal selamat' dengan realiti kehidupan.

Perjalanan 8 jam termasuk tempoh 2 jam berhenti solat, rehat dan makan membawa aku pulang ke Serdang. Untuk menempuhi lagi waktu-waktu yang mencabar...

Thursday, April 24, 2008

Membela Salman Rushdie (?) - Antara Idea Perbahasan dan Obsesi Politik

Entah kenapa aku terheret dalam debat isu Salman Rushdie dengan Pure Hadharist. Asal mula hanya pembelaan aku terhadap PAS dari 'tuduhan zalim' seorang penulis muda. Tetapi ada tukang komen yang rajin bertandang ke blog penulis muda mahu campur urusan ini dengan posting blognya dipamerkan di blog aku (satu publisiti desperate, padahal boleh saja dipamerkan linknya, dan itu tanda obses keterlaluan untuk aku).

Dan aku seperti selalunya, tidak menyembunyikan diri malah membenarkan segala komen untuk membantu aku menstrukturkan semula bahagian fikiran aku yang salah, terlanjur malah tidak ada kebenaran walau sedikit pun. InsyaAllah, dalam seluruh proses berfikir, aku mahu hati-hati dan dasar terbuka ini untuk aku membantu.

Telah ramai yang jadi korban dalam isu Salman terutama mereka yang menerbitkan atau menterjemahkan bukunya. Entah kenapa, umat Islam mahu berbangga dengan itu.

Demi Allah s.w.t., tidak ada sekelumit pun rasa kasih aku dan redha aku pada Salman dari perbuatannya menghina Rasul s.a.w., tetapi itu tidaklah sampai aku mengatakan nyawanya halal dan tidaklah pula ia menghalang aku membaca tulisannya, jauh sekali memaksa aku mempercayai dan meyakininya. Perbuatannya tidak lebih sama dengan pandangan seorang Ayatollah yang dibela 'bermatian' oleh blogger ini dan juga penulis muda itu. Mereka barangkali lupa Ayatollah yang menjatuhkan hukum mati itulah yang berpendapat "Jibril tersalah memberi wahyu!". Aku tak mahu bersikap ghuluw (melampau batas) dalam membela nilai keadilan dan memenangkan Islam.

Isunya dari perspektif aku bukan Salman, isunya nyawa. Untuk isu menghina Nabi s.a.w. ia cukup jelas, malah gereja di Barat juga sebahagiannya mempertikaikan penghinaan terhadap agama, mana-mana agama sekalipun. Dan soal membaca karya Salman, melihat karyanya yang lain sebagai karya sastera harus terpisah dengan soal meyakini karyanya benar. Ia sama dengan pandangan penulis muda bahawa Abdullah bin Saba' tidak pernah muncul dalam sejarah! Ia boleh dibaca, tetapi tidak mesti diyakini.

Dan aku dituduh mahu lari dari isu. Diminta aku jawab sedangkan jawapan tidak ada pada aku. Dalam proses pengadilan, selalunya yang menuduh harus mengemukakan bukti pasti, bukan teori konspirasi dari kata yang keluar dari mulut (maaf aku tak dengar sendiri) atau kerana berita seorang tokoh keluar dalam akhbar yang tidak diingini. Hampir lucu bila dia sungguh-sungguh mahu mencari Salman Rushdie dan membunuhnya. Kenapa dia tidak menawarkan diri mencari Khomenei bila malaikat disalahkan memberi wahyu kepada Rasulullah s.a.w.?

Pandangan aku bahawa proses pembicaraan dijawabnya dengan selekeh, bahawa Rasulullah s.a.w. mengarahkan perobohan masjid tanpa bicara. Aduh, qias jenis apa ini? Jenis politik dan psikologi mungkin. Eloklah dia tahu bahawa bukan aku mahu membela Salman Rushdie dalam kes ini (seperti mana dengan bangganya dia menjadikan tajuk posting blognya), tetapi lebih kepada membela Islam dari sikap berlebihan umatnya. Dan insyaAllah aku sedia menerima teguran yang sama dari seluruh pembaca jika ada terlanjur dalam penulisan dan pandangan aku.

Ketahuilah teman, bahawa pandangan aku tidak lebih dan kurang sama dengan pandangan pakar teologi Al-Azhar dan Ketua Majlis Fatwanya saat polemik itu berlaku (maksud aku setuju,bukan mengangkat darjat aku setaraf!). Malah ia turut didokong oleh Majlis Perundangan Islam di Mekah dan juga sepupu Khomenei selaku Ketua Komuniti Shiah di Eropah! Dan untuk makluman, wujud juga pandangan sekitar polemik tersebut bahawa naql al-kufr laysa kufr.

Kempen untuk membunuh Salman Rushdie masih diteruskan oleh Iran hingga kini walaupun pernah pada satu peringkat, Muhammad Khatami mahu melupuskan fatwa tersebut.

Demi Allah s.w.t., ini bukanlah penentangan terhadap Iran malah sesiapa saja. Aku boleh betul dan boleh salah, dalam dunia perbezaan pendapat ini, insyaAllah aku akan sentiasa belajar membaiki diri.

Untuk mereka yang gemar teori konspirasi, ia bukan salah, tetapi eloklah berhati-hati untuk mengangkat ia sebagai kebenaran bagi massa. Belajarlah bagaimana Prof. John Nash menghadapi delusi tentang teori konspirasi ini. Hati-hati tidak salah, berani tidak salah...ada cara dan tempatnya untuk kedua-duanya.

Antara idea perbahasan dan obsesi politik, harapnya kalian jelas.

* Janganlah hendaknya mereka yang mahu bersetuju dengan aku tidak membeli buku penulis muda itu kerana ini. Belajarlah menyaring perkara, banyakkan doa dan tingkatkan usaha. Jangan lupa doa dan usaha juga untuk kebangkitan umat ini. Kalau doa tu sebutlah nama aku ya! hehe..doalah yang baik-baik, jangan pulak nak main santau, tak baik tu...