Wednesday, August 27, 2008

Mukhriz, Pak Lah dan Malaysia

Jujurnya aku tidak berminat dengan politik gaya YB Mukhriz Mahathir. Meski dia dilihat antara yang paling ke depan menggesa YAB Perdana Menteri meletak jawatan, keberanian beliau untuk aku tidak cukup mewakili kepentingan rakyat, hanya saja ia kebetulan. YAB PM memang dilihat lemah dan terus lemah - meski pada satu tahap ia hampir berjaya mengalih persepsi ini.

YB Mukhriz masih kekal dengan politik menyelamatkan UMNO dalam erti kata menindas lawan. Cuba rujuk kenyataan-kenyataan beliau pasca PRU-12. UMNO boleh diselamatkan jika mereka tahu politik demokrasi adalah politik rakyat, politik yang mengajak pemimpin melihat semula kehidupan rakyat yang memberi peluang melalui undi untuk mereka berada di singgahsana.

Pemimpin politik harus ingat dalam demokrasi setiap dari kita yang berdaftar memiliki satu undi di mana tidak kira Profesor, buruh kasar atau siapa saja dan apa juga kelayakan diiktiraf sama disisi undang-undang dalam proses membuat keputusan. Dalam erti hidup bernegara, kesamaan di mata hukum adalah cukup penting.

Rakyat yang merdeka harus diberi makna kemerdekaan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Bagi mereka yang ghairah terhadap isu ini, marilah kita bertafakur bahawa situasi hari ini tidak wujud dalam ruang vakum - tanggungjawab terlalu banyak untuk kita pikul jauh melampaui batang tubuh DS Anwar atau siapa saja yang dinamakan pemimpin.

* Aku terdengar khabar ada usaha memanggil semula Tun Dr Mahathir untuk memangku jawatan Perdana Menteri! Aduh!

Tuesday, August 26, 2008

Mahathir Pada Saat Yang Terbaik

Aku harus jujur bahawa mendokong proses reformasi antaranya adalah memerangi Mahathirisme dalam konteks bagaimana banyak institusi negara 'rosak' di tangannya dalam proses memastikan DS Anwar tewas.

Pun begitu, sifat centrist yang kuat ada pada aku menolak kebencian melampau terhadap manusia. Kerana yang memuliakan seluruh manusia adalah Tuhan. Sebab itu kempen dalam bentuk argumentum ed hominem tak pernah membujuk aku malah kempen apa juga yang terlihat ada diskriminasi selalu lekas mengundang rasa skeptikal untuk aku.

Sebagai individu yang rapat dengan idea libertarian, aku meraikan pandangan Tun Dr Mahathir yang terkini, dan tentunya ia mencabar pandangan libertarian.

Sudah tentu di saat kemenangan DS Anwar, memperihalkan kisah Tun Dr Mahathir nampak canggung. Tapi telah ku katakan, bahawa aku tidak menjadi ahli mana-mana parti dan proses reformasi ini mahu aku ikut dengan perspektif idea (atau mahu disebut ilmu?).

Memuji Tun Dr Mahathir tidak pernah melepaskan kita dari tanggungjawab mendakwanya sekiranya wujud salah laku pada pentadbirannya yang lepas. Umum, termasuk DS Anwar mengakui bahawa beliau punya jasa yang tidak sedikit terhadap Malaysia dan itu tidak menjadikan beliau terlepas dari persoalan Kedaulatan Undang-Undang.

Itu bukan persoalannya sekarang, terlanjur kita mahu terus melangkah ke depan - pertarungan idea yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir harus sama-sama kita tekuni dan aku percaya ia akan membangkit emosi untuk rasa setuju kalian terhadapnya dan aku mahu meneladani sisi rencam dari hal ini.

* Entah bila dapat ku habiskan mengupas Debat DS Anwar dan D Shabery Cheek!?

Tahniah DS Anwar!

Kemenangan DS Anwar dalam realiti UMNO-BN masih terus angkuh menggunakan seluruh jentera kerajaan adalah kemenangan rakyat. Kemenangan rakyat disimbolkan (untuk masa ini) dengan memilih mana-mana tokoh dari Pakatan Rakyat.

Meskipun jauh di sudut akal dan hati aku bukanlah wajar kita memilih berasaskan parti, tapi untuk meruntuhkan sebuah barisan yang bersatu atas kezaliman dan keangkuhan kaum memerlukan apa yang kita pilih hari ini - sebuah pakatan yang bersatu meruntuhkannya.

Selepas ini kita harus giatkan dialog mencari keutamaan dalam sifir masyarakat agar kezaliman tidak berulang dan kemakmuran dapat dirakyatkan.

Meski jumlah turun mengundi hanya sekitar 65% berbanding 80% pada Mac lepas, aku optimis DS Anwar akan menang sekitar 16 ribu undi. Buat masa ini selepas 14 peti undi (separuh), DS Anwar mendahului sekitar 10 ribu undi.

Terkini Dari Permatang Pauh: DS Anwar Menang, Tapi Perlawanan Belum Berakhir.

Apa juga keputusannya, DS Anwar telah menang, sekurang-kurangnya di hati rakyat Malaysia. Situasi hari ini cukup berbeza. Rakyat lebih berani, lebih bersedia dan lebih bersatu dalam menggerakkan agenda sulit ini - agenda Reformasi, demi mengangkat maruah insan tanpa mengira agama dan bangsa, demi mengangkat maruah negara, demi melestarikan kesatuan dalam kepelbagaian.

DS Anwar hanya simbol. Tuhan telah memilihnya untuk dijadikan korban pada 1998 untuk membangkit sedar rakyat agar bangun berjuang. Untuk melawan kezaliman, cukup dengan kesedaran, tetapi untuk mengisi keadilan ia memerlukan kesedaran, kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian.

Cabaran datang kepada kita bukan untuk mematikan langkah perjuangan kita, sebaliknya memanggil kesedaran, kejujuran, keberanian dan kebijaksanaan kita menghadapinya.

Perjuangan belum selesai...jika takdir mengangkat DS Anwar menjadi Perdana Menteri, tugas kita adalah untuk meneruskan perjuangan Reformasi - ada atau tanpa beliau.

Setakat 6.35 petang aku dimaklumkan PKR mendahului dengan 3377 Undi, BN 911 Undi dan AKIM 3 Undi. Jam 7.55 setakat kiraan PKR: 13988, BN 5375 dan AKIM 21.