Monday, December 21, 2009

Cerita Enjin

Ia berlaku pada tahun 2007, tapi disedari tahun 2008. Laporan polis dibuat selepas beberapa bulan. Dihebahkan pada kita kini...

Menteri Pertahanan waktu itu, DS najib Tun Razak yang kini Perdana Menteri kita.

Sedar atau tidak, semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan, ada 4 isu besar di bawah Kementerian beliau iaitu:

1) Al-Ma'unah senang-senang boleh masuk kem askar dan bawa sejumlah senjata keluar.

2) C4, bom yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya, juga dimiliki oleh ATM.

3) Tender kapal selam yang telah dibayar habis, tetapi jumlah kapal selam yang tiba tidak cukup, malah tak memenuhi spesifikasi.

4) Kini, 2 enjin jet dengan harga tiap satu-nya 50 juta hilang.

Wajar kita tuntut Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat seluruh prestasi Kementerian tersebut sepanjang tempoh Menteri Pertahanan tersebut berkhidmat.

Ini soal keselamatan negara, melangkau sempadan politik kepartian.

Saya yakin bahawa Santa Claus tak pinjam enjin itu sempena Krismas. Saya juga yakin ia tak dijual untuk manfaat ekonomi negara. Saya juga yakin bahawa gambar di bawah ini bukan bermaksud menjawab bahawa "jet kita tak pakai enjin!"

Saturday, December 19, 2009

Ada

Dalam hutan, ada taman; dan dalam taman ada puterinya.
Dalam baju, ada cinta; dan dalam cinta ada segala-galanya.
Dalam awan, ada hujan; dan dalam hujan ada lautan.
Dalam aku, ada dia; dan dalam dia ada kita ada semua...

Saturday, December 5, 2009

Weekend?

Gua di Lumut sejak hujung bulan lepas dan akan berakhir sebelum Krismas. Raya Haji pun gua tak balik.

Kejap lagi gua akan berkayak ke Pangkor dan lepak sana dua hari.

Bila lapang, kat bilik ni gua akan menulis..tapi bukan di blog. Gua tengah sibuk siapkan buku gua untuk terbitan tengah tahun depan, insyaAllah.

Gua pun tak tau lagi apa tajuknya! hahaha

Friday, November 27, 2009

Semadilah Tawfiq

Saya mungkin jauh, tapi hati saya pedih.
Saya mahu membantu, tapi ruang saya terhad.
Saya telah cuba, tapi ada mereka yang risau cuba memasung.

Saya tidak lupakan saudara, meski kita tak pernah kenal.
Adik saya juga seorang OKU, justeru saya tahu apa rasanya.
Celakalah mereka yang memperolok saudara.
Celakalah mereka yang tergamak menembak saudara.

Saya tahu ada mereka yang akan tetap terus berlindung di balik kuasa.
Dan mereka untuk saya bukanlah manusia.
Mereka mungkin tak pernah tahu tentang khutbah wida', khutbah yang sama
Rasulullah s.a.w. ingatkan tentang Al-Quran dan hadis.
Khutbah yang sama Baginda s.a.w. tegaskan tentang sucinya nyawa.

Semadilah Tawfiq,
Dalam galau hati, saya terpaksa bersabar menanti keadilan Tuhan untukmu.
Namun kata untuk melupakan nasib saudara, tidak sekali-kali.
Mereka boleh mengugut sesiapa yang bangkit, sebahagian dari jual beli mereka untuk keuntungan dunia yang sedikit.

Saya tidak akan mengalah,
Dan saya akan sentiasa ingatkan massa tentang nasib saudara - seorang OKU yang mati ditembak polis dalam keadaan bergari.

Dan saya tidak pernah ada masalah dengan polis, kecuali dengan polis-polis bermasalah.