Sunday, December 27, 2009

Dr. Ridhuan Tee

Saya membaca status rakan-rakan di facebook. Kebetulan juga pada masa yang sama seorang pengunjung blog ini memaklumkan hal laman peminat Dr. Ridhuan memuatkan jawab balas saya kepada Dr. Ridhuan dalam tulisan lama beliau yang disiar di The Malaysian Insider.

Saya hanya mahu mengatakan ad hominem hanya layak jadi hujah mereka yang tidak punya hujah. Dan saya telah bertemu ramai 'pendakwah' yang memulakan 'dakwah' mereka dengan sikap prejudis, bukan harapan kepada sebuah kenyataan baru.

Untuk pendakwah jenis ini, saya ucapkan Bon Voyage! :)

Friday, December 25, 2009

Santa Claus

Berikut adalah perbualan SMS antara Santa Claus dan aku.

Santa Claus: hohoho!

Aku: hohoho! Apsal kau tak tinggal hadiah kat rumah aku?

Santa Claus: Maaflah bro, aku tak dapat bergerak jauh semalam.

Aku: kenapa?

Santa Claus: enjin hilang!

Aku: hohoho! Merry Christmas!

Wednesday, December 23, 2009

Natal

Orang-orang Kristian adalah saudara saya dari keturunan Adam a.s.. Mereka menyambut perayaan Natal pada 25 Disember setiap tahun. Saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Meraikan Krismas kepada kalian. Persaudaraan kita menuntut kerjasama kita dalam hal kebaikan dan juga mencegah keburukan.

Hohoho!

Monday, December 21, 2009

Cerita Enjin

Ia berlaku pada tahun 2007, tapi disedari tahun 2008. Laporan polis dibuat selepas beberapa bulan. Dihebahkan pada kita kini...

Menteri Pertahanan waktu itu, DS najib Tun Razak yang kini Perdana Menteri kita.

Sedar atau tidak, semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan, ada 4 isu besar di bawah Kementerian beliau iaitu:

1) Al-Ma'unah senang-senang boleh masuk kem askar dan bawa sejumlah senjata keluar.

2) C4, bom yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya, juga dimiliki oleh ATM.

3) Tender kapal selam yang telah dibayar habis, tetapi jumlah kapal selam yang tiba tidak cukup, malah tak memenuhi spesifikasi.

4) Kini, 2 enjin jet dengan harga tiap satu-nya 50 juta hilang.

Wajar kita tuntut Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat seluruh prestasi Kementerian tersebut sepanjang tempoh Menteri Pertahanan tersebut berkhidmat.

Ini soal keselamatan negara, melangkau sempadan politik kepartian.

Saya yakin bahawa Santa Claus tak pinjam enjin itu sempena Krismas. Saya juga yakin ia tak dijual untuk manfaat ekonomi negara. Saya juga yakin bahawa gambar di bawah ini bukan bermaksud menjawab bahawa "jet kita tak pakai enjin!"