Wednesday, November 19, 2008

Gastritis

Seingat aku, aku mula mendapat gastritis pada 1997 - tingkatan 3. Waktu itu aku bermain bola di bawah jurulatih Norizan Bakar (Pak Jan) sebelum dia ke Brazil untuk mendapatkan lesen A kejurulatihan. Kemudian pasukan bola kami dijaga oleh cikgu Azizol (Pak Jon) - Pengarah Akademi Soccerstar 1.

Sebenarnya aku tak pasti apa punca awal. Pagi itu di sekolah kami ada ujian kecergasan. Petang itu aku hadir latihan bersama pasukan bawah 18 - kami tewas 0-4 kepada Sekolah Sultan Abdul Halim yang diterajui Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam sukan Premier kemudiannya. Semasa latihan petang ini aku melalui satu lagi ujian kecergasan.

Selepas itulah aku diserang sakit dada di bahagian ulu hati. Ia bukan datang berkala seperti gastritis. Ia sentiasa sakit. Pada mulanya aku mengabaikan sakit ini - cuba berfikir bahawa ia hanya sekejap saja.

Kemudian sepenuh masa bersama pasukan bawah 16 Piala Coca Cola dan sakit aku belum pulih. Akhirnya aku ke hospital atas arahan tegas mak. Entah apa ke nama bendanya yang macam sotong-sotong tu diletakkan di dada aku untuk satu tempoh waktu. Seram pula rasanya sebab sebelumnya seorang rakan dari pasukan olahraga juga melakukan ujian yang sama (kami juara 4x400 negeri untuk bawah 15 waktu itu - aku pelari pertama dan dia pelari kedua).

Doktor tak dapat memberi jawapan pasti. Yang aku masih boleh ingat ialah something to do with urat belikat. Oklah, I need rest.

Selepas itu aku berhenti bermain bola sepak (ini sebab lain dan tak ada kena mengena dengan sakit aku).

Aku diserang sakit dada yang teruk setiap hari bermula tingkatan 5. Oh, aku tak pernah hisap rokok, adakah ini akibat berkawan dengan terlalu ramai perokok? Atau ada yang tak kena dengan sakit aku semasa tingkatan 3? Mustahil!

Ada waktu aku minta izin keluar kelas dan tersadai di dalam bilik air kerana serangan sakit ini - yang kemudiannya aku pasti tanda gastritis. Sakit ini berlarutan sampai sekarang - setelah 9 tahun.

Tidak lama sebelum ini emak memaklumkan pakcik aku - arwah Raja Hanif - meninggal berpunca dari sakit ini. Oh tidak! Berita ini amat mengejutkan aku. Tapi akhirnya aku kekal berfikir bahawa ajal maut di tangan Tuhan.

Jujurnya aku tak pernah buat pemeriksaan serius tentang ini. Aku hanya mendapatkan ubat secara berkala - itupun disiplin makannya aku langgar. Entah tahap mana gastritis ini. Maaf untuk kawan-kawan yang sering berasa takut apabila melihat aku diserang sakit ini.

* Ni orang panggil entri orang kena serang gastrik....

3 comments:

  1. Minum susu atau jangan biar perut kosong..standby roti dalam beg! makan sikit sikit tapi banyak kali..

    tgk aku makan sikit sikit lama lama perut buncit!

    niamah!

    ReplyDelete
  2. Saya juga pernah bermain di bawah asuhan Cikgu Jan pada tahun 2001.

    saya rasa ada peningkatan permainan di bawah beliau.

    sekarang main lagi ker bola sepak?

    ReplyDelete
  3. Saya dah berhenti bersukan sejak semester 3 Diploma (2001) kerana beberapa sebab yang datang serentak:

    1) tak dapat bagi masa dengan baik antara sukan, persatuan, akademik dan kerja dakwah.

    2) kasut+seluar sukan saya dicuri di kolej.

    3) saya takleh cari makan dlm sukan. saya sempat main ragbi selama 3 sem ini tetapi di UPM pemain ragbi Malaysia bersepah waktu tu.

    4) tahap kecergasan saya sangat teruk, maka saya malas. tapi saya hairan kenapa saya punya cukup tenaga untuk mendaki gunung? mungkin ada beza kot slow pace dengan fast pace dlm sukan ni.

    ReplyDelete