Sebab bila ada dua pihak atau lebih bertelagah, keadilan mesti diberikan. Sebab tu ia disebut pengadilan.
Bayangkan jika si A menuduh si B, si A buat keputusan sendiri. Nayalah si B. Dan dalam hal memberi keadilan ini, Nabi s.a.w. pernah bersabda mafhumnya lebih baik membebaskan yang bersalah tapi tak dapat dibuktikan. Prinsip pembuktian ini penting.
Dalam prinsip pembuktian, kewajipan hadir bila disapina menjadi penting. Kebebasan pengadilan juga menjadi penting. Bukan semua perkara dapat dibuktikan dan keadilan dapat ditegakkan dari proses mahkamah. Sebahagian saksi mungkin takut kerana kezaliman hidup. Sebahagian mungkin tidak dapat ditemukan dari puzzle yang terpencar dalam siasatan. Pokoknya sistem yang membina pendekatan mencapai keadilan itu mesti bebas dan diyakini adil.
Menjadi pengadil bukan mudah. Mereka membuat keputusan berdasarkan bukti. Pengadil juga tidak harus berpihak sepanjang proses pembuktian. Mereka hanya berpihak selepas peluang yang adil diberikan untuk pembuktian. Pengadil juga tidak berpihak kepada orang tetapi kepada nilai yang mewakili orang tersebut. Aku pernah dipilih menjadi pengadil perlawanan akhir bola sepak di sekolah dulu atas persetujuan semua pihak. Mereka tahu aku sangat tegas dalam hal keadilan. Tapi dalam perlawanan bola sepak, ia tak memerlukan hujah semata-mata tetapi bantuan penjaga garisan. Di sana dinamisme hidup dapat dipelajari bahawa dalam proses pengadilan, ia tak semudah disangka. Ada hikmah di sebalik pesan Nabi s.a.w..
Kita pernah mendengar kisah seorang remaja yang alim dituduh mencuri dan dipotong tangan serta kakinya walhal dia dizalimi. Tapi dalam kisah tersebut ia merujuk kepada doa si ibu.
Aku pernah bicara sama seorang kawan yang mengaku agnostik. Tak pasti sama ada dia masih mengikuti blog ini atau tidak. Nilai tertinggi yang membawa aku 180 darjah dalam laluan yang aku pilih ialah keadilan. Dan dari hal kezaliman dunia, sentiasa manusia Islam itu percaya dengan keadilan Tuhan. Di sanalah tingginya sebuah keimanan. Tak dapat terbayang bagaimana jika keadilan Tuhan itu tidak wujud. Maka benarlah sabda Nabi s.a.w. bahawa mereka yang bijak itu ialah mereka yang ingatkan mati dan bersedia untuknya. Ya Tuhan, sungguh aku sering lalai tapi Kaulah Maha Penyaksi bahawa aku mencintai keadilan dan berusaha untuk menempatkan sesuatu pada tempatnya. Jika aku lalai dan silap, Kaulah sebaik-baik pemberi balasan.
Aku pun bukanlah sempurna (eh, macam lirik Butterfingers pula). Tapi nilai ini cukup menghantui aku satu waktu dulu. Ingat tak aku pernah tulis pasal tak dapat tidur malam memikirkan umat di luar sana? Perasaan ini selalu ada pada mereka yang mula menerima amanah dakwah dengan fikiran lapang. Tidak hairan sebahagiannya nampak radikal dan gopoh. Aku pernah lalui saat itu dan tak mustahil terulang tanpa niat.
Maka, aku tidaklah gembira jika ada di kalangan mengherdik mereka yang belajar memperbaiki diri dengan hidup berpesan-pesan untuk kebaikan. Hari ini hari kita, esok mungkin hari dia. Hidup dalam realiti inilah yang Tuhan jelaskan dengan kata khayra ummah. Dengarkan teman-teman, keadilan itu lebih dicintai Allah s.w.t. dari kezaliman. Berpada-padalah dalam membenci dan mencintai - ini pesan Nabi s.a.w.. Semoga aku dan kalian dapat sematkan sebagai amalan.
* Teringat dulu ada budak kena belasah di kolej kerana dituduh mencuri telefon bimbit. Semoga pertolongan aku yang sedikit itu dapat memberi ingatan pada kalian bahawa aku sedia menegakkan keadilan biar berseorangan dan dalam realiti emosi menggila.
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
slm,
ReplyDeleteboleh saya letak link to this post?
sure if u think it'll benefit u and others.
ReplyDelete