Ada kenalan bloggers berpendapat sejauh mana kita berubah jadi baik, tetap ada manusia yang tak akan menerima kita kerana pengalaman dulu. Ada juga yang tidak suka bila manusia terlalu baik.
Aku setuju dan tidak sukar memahami kompleksiti sains sosial ini. Pernah dalam kelas Pengajian Belia dan Test, Measurement and Evaluation (aku ni memang suka ambil subjek-subjek luar sebab tu lambat bergraduat) kami terhenti melayan pening kepala kawan-kawan dari aliran sains tulen.
Ada lagi satu blog pula pohon rehat kerana sedang menghadapi kesakitan hidup. Dahla jatuh, diterajang pula katanya.
Dalam politik - hanya ada hitam dan putih. Dan aku dalam minat politik menolak sikap ini. Tanya saja kawan-kawan dalam politik. Ada yang dah jadi YB dan ada yang tidak. Aku sangat terbuka memberi dan menerima pandangan. That's how individual liberty (and responsibility works).
Untuk mereka yang cepat menuduh aku berfikir cara orang politik - hitam dan putih, rekod aku di banyak tempat membuktikan sebaliknya kerana aku sering rugi kerana sikap jujur dalam berpandangan.
Aku tak cari pujian. Aku datang dari keluarga susah dan aku ada harga diri. Ibu dan ayah aku tak ajar aku khianat orang dan ajar aku ambil tanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Sebab tu aku tak malu untuk mengaku jika aku silap dan salah. Aku tak malu nak tumpahkan air mata aku jika itu boleh membaikkan hubungan sesama manusia.
Aku mungkin kasar semasa zaman remaja aku tapi itu tak bermakna hati aku keras. Aku mungkin kasar dalam bergurau (maybe style orang utara kot?) tapi aku tak pernah suka biarkan kawan-kawan kesedihan dan susah.
Sebenarnya bukan kerja aku untuk buktikan semua ini. Jika kalian benar jujur menghambur caci maki pada aku, kalian harus bermula dari niat dan cara yang betul. Bukan sekali aku dizalimi malah bertubi-tubi. Sebab itu untuk kawan-kawan aku di luar sana, kenapa kalian sering bertanya dari hal aku tidak berkompromi dengan isu keadilan - kerana kesakitan hidup aku mengajar aku supaya kezaliman itu celaka dan alhamdulillah Tuhan itu sangat cintakan keadilan.
* Entry emosional ini sebenarnya aku tujukan kepada seseorang yang aku sangat sayang. Demi Tuhan, aku tak pandai berbohong sejak aku sedar pembohongan itu pintu kepada kecelakaan yang banyak. Ia mungkin nampak tak waras bila manusia tak tahu berbohong, ia bukan beerti aku tidak pernah berbohong sebelum aku sedar. Jika kita tidak mahu berbohong, pilihlah untuk diam.
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada waktunya, diam adalah perbuatan berbohong.
ReplyDeletePuan Ainon,
ReplyDeleteBarangkali benar pendapat Puan. Ia juga boleh jadi satu sikap pengecut.
Ada konflik keutamaan di sana.