Monday, December 8, 2008

'Eidul Adha

Hari Raya 'Eidul Adha kali ini mungkin sedikit berbeza. Aku demam, batuk dan sakit perut (tapi hari ini dah ok rasanya, cuma gastrik pula datang..hurm).

Lepas solat 'Eidul Adha, seperti biasa aku ziarah kubur kakak, pakcik, tok, tokwan dan nyang. Kemudian aku ikut ke tempat penyembelihan. Tahun ini abang hanya buat satu tompok atas nama kak Nana (kakak ipar aku).

Selepas lembu kedua ditumbangkan, aku menukar pakaian kerana akan 'mengerjakan' lembu keempat. Tak adalah leceh mana rupanya nak siat kulit lembu dan lapah daging. Cuma bab nak keluarkan perut tu kena hati-hati sikit.

Mula-mula kami hanya ada 4 orang sebelum yang lain datang ketika lembu telah disiat kulitnya separuh. Okla tu, daripada tak ada langsung :) Usai mengerjakan semua ni sekitar 12.30 tengah hari! Kerja tahun ini memang sedikit sunyi kerana pakcik aku Raja Hanif telah kembali ke rahmatullah. Kalau tidak memang agak meriah la sebab pakcik memang jenis banyak bergurau (semoga Allah s.w.t. cucuri rahmatnya).

Tengah hari saudara-mara memang penuh di rumah tok yang kini diduduki oleh mak ndak. Usai makan tengah hari, kami balik...

* Semalam jumpa beberapa teman baru di Bomaq dan berbual hingga 2.30 pagi! InsyaAllah bermula tahun 2009, aku akan usaha untuk pulang lebih kerap ke Perlis. Aku tak boleh tunggu lebih lama untuk mula menyumbang kepada anak watan. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain...doakanlah ya!

3 comments:

  1. kau ada dpt part batang pinang x? teman lelaki aku dpt part tu spjg melapah. sakit tangan kata dia, yg part btg pinang tu semua dpt kt dia..yg tua tua ngelat :p

    ReplyDelete
  2. b,tiba ms yg muda plak dh pn..;)

    ReplyDelete
  3. haha, aku rasa aku tau part mana. aku dengan akbar menguruskan tulang2 selepas orang tua2 kepung daging..

    mau tersandar gakla menguruskan tulang2 ni, hehe

    ReplyDelete