Friday, December 12, 2008

Dah Sampai KL

Bertolak keluar dari stesen minyak Petronas di Seriab sekitar 3.30 petang. Pagi ingatkan nak keluar pukul 10, tapi tak jadi sebab Lala belum keluar dari wad. Maka, aku buat keputusan untuk bertolak selepas solat Jumaat.

Aku tukar 4 tayar pagi tadi, terbang RM800. Tapi okla sebab tayar lama tu memang dah tak sesuai - membahayakan nyawa, cewah!

Ada orang ajak minum pagi sama. Maka aku pun hadir, ingat nak minum kat luar...tiba-tiba kereta buat masalah. Bateri kereta aku lemah pula! Jenuh la aku cuba hidupkan kereta tu di tengah khalayak. Akhirnya kami buat keputusan minum di cafe hospital je. Okla tu :)

Lepas minum pening kepala jap memikirkan caranya. Call ayah tak angkat. Aku pesan pada Naim untuk maklumkan ayah. Aku call Yeop dan Pak Jub. Alhamdulillah Tuhan permudahkan sebab mereka memang ada sekitar Kangar dan cepat je datang. Kami beli jumper (duit lagi!haha) dan dapat hidupkan kereta.

Aku ajak Yeop dan Pak Jub minum dulu di Kangar. Tiba-tiba Shamril pun muncul. Okla, rezeki mereka hari ini aku belanja atas pertolongan yang diberi. Tiba-tiba kereta masih tak boleh hidup. Guna jumper lagi la sebelum balik ke rumah.

Usai solat Jumaat aku tukar bateri baru. Tak ada masa nak tunggu caj bateri. Terbang lagi RM230 untuk sebuah sel kering. Pejam mata la kejap.

Top-up Touch n' Go di pertengahan jalan kerana Petronas Seriab tak ada nilai kredit berbaki untuk dipindah ke kad aku. Aku buat percubaan untuk hanya isi RM 60 dari kedudukan E di petunjuk minyak. Ya, biasanya aku tambah lagi RM 20-30 di Sungai Perak tapi kali ini tidak!

Aku bawa sampai Juru sebelum bagi Naim bawa sampai Simpang Pulai.

Alhamdulillah, sampai di rumah pukul 9 malam lebih kurang dengan minyak yang ada. Phew!

No comments:

Post a Comment