Thursday, December 11, 2008

Esok Balik KL

Hari ini mak buat kejutan. Aku cakap telefon dengan saudara di Perak berkaitan urusan perniagaan kecil-kecilan yang aku telah mulakan sejak hampir dua tahun yang lalu. Semoga Allah s.w.t. memudahkan segala urusan.

Tengah hari aku kenal seorang rakan baru - Najib. Dia belanja aku makan. Aku kenal Najib melalui seseorang yang minta aku temankan dia. Boleh pula terserempak dengan abang aku semasa kami tunggu Najib di satu tempat.

Hari ni cek kereta ala kadar. Cukai jalan (huh!) tamat hujung tahun ni tapi akan dilangsaikan sebelum aku balik KL esok.

Kemudian aku bawa keluarga abang pergi kampung kami di Mata Ayer untuk beberapa sesi bergambar. Ya, banyak juga perubahan di Mata Ayer meskipun tak ketara. Tak ada lagi kedai gunting rambut Melayu dalam pondok berdekatan rel kereta api, tak ada lagi peniaga cendol yang lazat di tepi jalan di mana upah arwah tok sebanyak 20 sen selalu habiskan di sana.

Usai Asar, aku isi dengan janji temu bersama seseorang (rahsia beb! hehe). Okla tu satu jam. Sekurang-kurangnya aku telah menjadi seperti mana selalunya aku - bercakap sendiri hal baik buruk tentang diri secara berdepan.

Sepatutnya hari ini aku ikut Yeop dan Pak Jub merewang ke Alor Setar tapi aku batalkan semalam juga. Ya, semalam aku pulang pada jam 4 pagi selepas aku, Yeop, Essan, Shamril dan Pak Jub menghabiskan masa di CC Shamril. Di kedai makan, kami jumpa Bang Pen. Entah dari ceruk mana dia muncul aku tak pasti. Mungkin baru habis membersihkan kedai makan Bomaq tempat dia mencari rezeki.

Hari ini aku dapat SMS penting. Ada bungkusan yang akan dihantar ke rumah. Tapi alamatnya di rumah Perlis! Aduh, aku tak pasti sama ada si pemberi sudah menghantarnya atau belum. Tapi minggu depan insyaAllah aku akan balik. Ya, belum pasti.

Sejak aku merantau, aku sering mengingatkan diri tentang janji untuk balik berbakti di Perlis. Pengalaman melihat ranahnya kehidupan dan tingginya harapan di Indonesia menjadikan aku semakin berkobar untuk memberikan sesuatu kepada masyarakat tempat aku membesar.

Aku mendengar seranah rakan-rakan yang menghadapi kesukaran berniaga di Perlis kerana dasar yang celaka sebelum ini. Semoga satu hari nanti aku dapat menjadi seorang pemimpin yang adil untuk diri dan masyarakat. Aku yakin aku akan balik menabur bakti di Perlis sepenuh masa hingga akhir hayat nanti.

Esok aku akan balik ke KL...doakan perjalanan aku selamat.

No comments:

Post a Comment