Friday, December 5, 2008

Hari Akhir

Pagi tadi pidato DS Anwar di Universitas Indonesia (UI atau disebut U tu dalam sebutan U pada Ubat dan I dalam bacaan e) pada aku hanya meyakinkan aku dengan pandangan konsisten beliau berkaitan isu ekonomi.

Dewan padat dan orang Indonesia itu pada aku mesra saja :) Mahasiswa Indonesia nyata seiring dengan perkembangan industri buku di sana. Mereka cukup bersedia dengan dialog idea yang sarat. Hanya saja, mungkin yang perlu diasah ialah Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Pak Furqan dari Indonesia bercerita penuh semangat tentang UI sebagai titik mula pergerakan menumbangkan Soeharto. Pak Furqan, ya..pensyarah di UIN ini semalam mendeklamasikan sajak Malu Aku Jadi Orang Indonesia karya dari Taufik Ismail.

Ini mungkin kali pertama DS Anwar menyediakan masa yang panjang untuk sesi soal jawab - sekitar satu jam setengah. Ia cukup memukau kerana nyata sekali para pelajar di UI, selain peserta Asian Renaissance tidak memberi ruang dengan soalan bertalu-talu. Sebelum program bermula, aku diserang soalan bertalu-talu tentang liberalisme klasik oleh teman-teman.

Usai program kami bersiap untuk solat Jumaat di sana (kami hanya buat jamak) sebelum ke Sekretariat ASEAN untuk dialog terakhir di sana. Kemudian kami terus bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarn-Hatta. Ya Allah, ada bening di mata kami saat melihat kesakitan hidup sepanjang perjalanan ke sana.

Rata-rata kami sakit perut disebabkan ada yang tak kena dengan makanan semalam. Dari siasatan rambang, ia berkemungkinan berpunca daripada Udang Galah Bakar. Saat aku menulis ini ia masih belum hilang sepenuhnya.

Aku tiba di KLIA pada jam 11 selepas dua jam menaiki MAS. Rata-rata di kalangan kami sakit tekak dan mungkin akan jatuh demam. Oh tidak! Pagi ini aku mahu memandu balik ke Perlis, semoga kali ini tidak jadi hambar kerana mengisi masa terlantar di rumah.



* Ramai pula kawan aku kahwin 20hb ni...adeh! doakan la aku ada rezeki lebih nak balik Perlis.
** Untuk Lee, aku dah sampai Malaysia, telefon aku habis bateri tadi. Surely I'll lend my ears to hear your problems. Be tough friend!

No comments:

Post a Comment