Thursday, December 11, 2008

Hurm...

Waktu aku taip ni Lala sedang batuk dan bunyinya sangat meruntun hati. Kesian Lala. Tadi aku bawa dia ke hospital dan buat nebulizer (betul kan ejaan ni?ahah! :p). Sebenarnya mak yang uruskan semua ni dan aku hanya jadi pemandu ke Hospital Tunku Fauziah (HTF), nama baru bagi Hospital Besar Kangar (tapi seingat aku dah lama gak dia tukar, hehe).

Batuk memang satu benda yang tak best. Bayangkanlah aku selama dua hari selepas balik Indonesia siap ada keracunan makanan, demam, batuk....

Walaupun keluarga abang jarang pulang ke Malaysia, tahun ni aku taklah bermesra sangat dengan Lala dan Arfan kerana sakit ni. Lala sekarang dah agak fasih bercakap dan dia pun agak liat nak buli aku berbanding dulu. Almaklum dah aktif bergerak sendiri. Pantang aku bersiap sikit datanglah dia jengok di pintu "Al-Amin go where?" (Al-Amin ni nama yang dia panggil aku sebab sama dengan nama tadika dia, dah jenuh ngajar panggil Pak Ngah Amin).

Kalau dia jengok aku dok main laptop di bilik, dia tanya "Al-Amin do what?". Macam-macam lagi la dia berbasi basa. Arfan pula baru pandai berdiri dan berjalan perlahan. Dia dengan Lala agak kontra sebab Arfan tak mudah menangis. Dia dah pandai tendang bola (saiz kecil). Melayan la aku jadi goallie kejap.

Malam-malam di Malaysia kian sunyi, sesunyi hati aku...

* Lala kena tahan di hospital (khabar terkini daripada abang jam 11.55 malam, hurm...)

3 comments:

  1. apabila malam sunyi carilah penawarnya...

    *anak buah dah keluar hospital ?

    ReplyDelete
  2. hati saya sangat gembira dengan kepulangan ke Perlis kali ini.

    saya dapat rasa jiwa saya sangat dekat dan hampir untuk balik berbakti.

    semoga Allah s.w.t. mempermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Biasalah sdr., anak-anak memang begitu. Sihat akan lasak, bila sakit kita yang sesak.

    Saya juga ada anak yang athma, Along. Biasa bagi saya jam 2, 3 pagi berkejar ke HUSM kubang Kerian.

    ReplyDelete