Sunday, December 14, 2008

Make Sense

Aku pernah dapat soalan yang agak tricky tapi aku rasa penting tentang hubungan percintaan.

"Awak pilih orang yang cintakan awak atau yang awak cintakan dia?"

Serius, buntu juga aku fikirkan. Yerla, aku percaya yang terbaik tentunya bila saling mencintai.

Tapi ada pandangan yang kuat juga tentang cinta sebagai satu elemen yang boleh dipupuk. Ya, tentu saja ada yang bahagia cinta lepas kahwin, dan ada saja yang bahana meskipun cinta berkurun.

SNM tiba-tiba bagi pandangan yang bernas petang kelmarin (ya, kami lepak dengan den carnal di Kajang - tapi tak keluar pula cerita hoyeh-hoyeh seperti entry di bawah, haha!). Yerla, SNM mungkin lebih bijak tentang subjek pembicaraan.

Kata SNM, lebih baik lelaki yang lebih mencintai perempuan. Ini berdasarkan realiti lepas kahwin. Aku tak ingat ayat tepat hujahan SNM tapi ia sangat make sense.

Aku tak tahulah di bandar bagaimana. Mungkin ada yang tak kisah tak nikah tapi hidup berpacaran dengan pelbagai lelaki - tambah-tambah bila bab duit tak jadi isu. Mungkin juga sebahagian berfikir bahawa mereka independent dan tak perlu bergantung kepada lelaki.

Aku masih ada jiwa kampung yang konservatif rasanya bab ni. Pada aku lelaki dan wanita ada kelebihan masing-masing dan kekurangan masing-masing. Tak perlulah diberi dua pilihan yang sempit. Menerima lelaki sebagai ketua keluarga bukanlah sebuah tiket untuk memberi kuasa penuh kepada lelaki. Menjadi ketua keluarga juga bukanlah satu tanda kita sebagai orang lelaki sangat best dan cool.

Pada aku rasa hormat penting. Pandangan ustaz Hasrizal yang pernah aku petik itu punya maksud mendalam bagi yang mahu mengerti.

Tentu kalian pernah dengar lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit oleh P. Ramlee. Kalau tengok filem 3 Abdul tu memang rasa macam hampehnya perempuan buat kat laki macam tu (dan dalam dunia kini seolah-olah tak ada harapan la boleh baik).

Tapi aku selalu percaya rasa cinta dan hormat sentiasa boleh dipupuk. Kita semua tentu percaya manusia boleh berubah - sukar atau tidak, memilih untuk berubah atau tidak.

Dulu aku selalu dengar tentang Paradigm Shift dari cikgu Inggeris aku - Mr. Azrin yang orang panggil To' In. Tapi masa aku belaja ubah diri baru aku tahu kuasa di sebalik kata ini.

Dare!

Korang tentu ada pendapat lebih superb kan?

13 comments:

  1. Biar Lelaki Sayang Perempuan Lebih, daripada Perempuan Sayang Lelaki Lebih..

    masa couple mmg x nmpk sgt. bg aku, masa dh nikah br nmpk relevan apa aku ckp. dh sehati, sejanji untuk hidup bersama. disaksikan tok kadi, wali dan saksi2 yg sah.

    Lelaki..blh kahwin smpi 4 dlm satu masa. Perempuan, seorang saja dlm satu masa. Lelaki (suami) yg sayang sangat/lebih pada perempuan (isteri) mungkin x cari perempuan lain sbb dia dh ada isteri yg dia sendiri sayang & cinta. bg aku, ppuan mcm ni mgkin lbh secure sbb suami akn pstikan si isteri tjaga. lgpun, isteri klu dia cinta org lain pun, dia x blh kejar lelaki lain sbb dia dh bsuami. TAPI, klu si isteri yang sayang suami dia lbh dr si suami syg isteri, kmgkinan besar, dia kne hadapi risiko yg si suami mgkin akn cr ppuan lain yg dia cinta..

    aku pun lupe dh apa aku bebel. rsenye ni kut kan, bro?

    ReplyDelete
  2. ni plak pendapat sy..ade betul gak kata2 snm tu..tapikan kalo bole la biar saling sayang menyayang..kalo suami yang terlebih syg tapi wife takde rase syg..lama2 suami jadi bosan gak n end up dgn penceraian..memang isteri tak leh cari laki lain n terkejar2 laki lain..tapi byk je kes skunk ni isteri mintak cerai tak pun isteri lari ikut org lain,suami kena madu la(hahaha yang ni tak leh bla langsung)..mcm2 alasan yang dieorang bagi..sudahnya bercerai juga.. nak ckp prpuan skunk advanced sgt pun nth la..advanced sampai lupa agama..nway my conculsion better la dua2 saling sayang menyayangi tu lebih afdal rasanya..macam tak adil je bila sebelah pihak je beri kasih sayang n menerima kasih syg..kalau dapat isteri or suami yang hati lembut nak syg blk ok la..tapi hati batu wat dek jer..merana la oi...kuang3x...

    ReplyDelete
  3. amin yg budiman,

    Aku pernah tanya mak aku, adakah dia cinta bapak aku. Mak aku malu-malu.Dia cakap dia xpernah cinta pun. Ntah la,aku rasa mak aku xtau kot maksud cinta.

    hehe..kawinlah hai amin oi.Ini sudah macam bunga-bunga daa..bunga-bunga nak kahwin.ngeh he he

    ReplyDelete
  4. haha, bunga-bunganya memang boleh nampak awal, tumbuh mekar menguntum harumnya entah bila :p

    ReplyDelete
  5. Sejak dari Jakarta sampai ke Malaysia, masih lagi tentang cinta?

    ReplyDelete
  6. haha, bro, kau perasan sesuatu tak?

    aku telah berjaya buktikan sesuatu..takpe, nanti aku ceritakan :p

    ReplyDelete
  7. cinta, seperti iman, ada hari turun naiknya.

    siapa lebih cinta siapa, selepas nikah, biasanya tidak timbul lagi.

    sebab setiap terbukanya mata mmg cuma ada dia. :)

    tapi itulah. kalau bernikah semata2 kerana rasa, bukan atas indahnya konsep pernikahan, susah. sbb ramai pasangan yang expect cinta dalam tv. cinta tidak matang. cinta langit.

    tp itu pendapat sayalah.
    :)

    cuba kamu kahwin. nanti jawapan kamu lain, mana tahu.

    hehe

    ReplyDelete
  8. haha :p

    fynn, aku sangat menghargai kau sudi tumpahkan pandangan kau di blog ini yang serba cincai...

    takpe, aku akan kawin..yg tu kau jangan risau, hahaha

    waktu tu aku akan bagitau kau - kau memang best! hahahaha (gelak lebih kuat).

    ReplyDelete
  9. aku x berhak ckp pasal cinta sbb memang fail lah...hahaha!!!

    tp aku akan cari lelaki yang macam bapak aku.boleh hidup & jaga mak aku dengan baik.beri kami kehidupan yang bukan semua orang dpt kecapi.bukan senang tp serba cukup...Alhamdulillah...

    kau cpt2 la kawen!!aku nk gi perlis!!!=P

    ReplyDelete
  10. amin tadek calon..amin, masukkan manny dlm calon list boleh? :p
    *lariiiiiii sambil menyorok dlm WHG*

    lg 1 kan, aku agree dgn manny..kbykan wanita, gadis2 akan pilih karakter lelaki yg menyerupai ayah. aku rs, xde org lagi blh celen karakter ayah aku. smpi satu tahap, aku TER memaksa mr.snm bertukar menjadi spt ayah aku. hihihik :p sampai dia ckp, **"Cari lah org spt itu, sbb aku blm mampu lg mcapai tahap spt abah..tp jgn risau..aku BELUM lelah melayan karenah kamu krn aku sayang kamu lbh dr diri ku sndr :p"

    **ada tokok tambah ayat bagi jadi manis :p

    ReplyDelete
  11. woit SnM!!!bleh je jd calon.pastu ko tgk la perang dunia yg xkan berakhir...hahaha!!!=P

    ReplyDelete
  12. pergh, ni apahal lak kenen2 org kat aku ni? kalian tak akan berjaya dgn cara itu :p macam la tak kenal aku...

    erk, ye ke? adakah kerana dah biasa hidup dgn ayah camtu maka ada kecenderungan camtu. bunyinya agak mengerikan.

    aku xde pape yang menarik..would be love to be an imam to my wife+kids :p that's all...

    ReplyDelete