DS Anwar Ibrahim dan teman saya membuat catatan ringkas di sini.
Aku masih ingat ketika cuba mendapatkan buku Gelombang Kebangkitan Asia atau di Indonesia ia ditulis sebagai Nahdah Asia. Pegawai DBP yang bertugas waktu itu menyatakan bahawa ia telah diarah lupus oleh kerajaan Malaysia! Sampai begitu sekali!
Tapi dia kemudian memanggil aku lebih dekat. Katanya dia ada simpan 10 buah naskah ini jika aku mahu membelinya. Ya, aku beli dan tidak lama selepas itu mendapatkan tanda tangan DS Anwar semasa kunjungan aku ke Palace of Justice, Putrajaya (kini Istana Kehakiman..takut betul orang dengan perkataan keadilan ya?).
Sayang buku tersebut kemudiannya dicuri semasa aku tinggal di rumah lama di Serdang. Aku rasa aku boleh teka siapa pencuri ini. Semoga Allah s.w.t. memberi natijah yang baik daripada perbuatannya. Aku tidak menunggu lama sebelum bergegas cuba mendapatkan buku ini dan alhamdulillah masih ada stok untuk aku. Sekali lagi aku dapatkan tanda tangan DS Anwar. Sewaktu kali pertama dulu, sukar sekali untuk dapatkan tanda tangan ini kerana polis cuba menghalang...tapi mereka serba salah kerana waktu rehat perbicaraan itu aku menerjah ke depan untuk mendapatkannya.
Asian Renaissance versi Bahasa Inggeris mungkin mudah didapatkan. Tapi menurut DS Anwar, ia sedikit berbeza dari segi olahan bahasa. DS Anwar ada memaklumkan pada aku tentang penerbitan semula dan penambahan dua bab - Pentadbiran yang baik dan Prinsip Akauntibiliti (Good Governance and Acountibility).
Beberapa kali aku cuba sarankan agar AMK menghidupkan diskusi di peringkat akar umbi supaya PKR dapat benar-benar merakyatkan idea perubahan. Aku mungkin bukan ahli parti politik mana-mana pada waktu ini, tapi aku yakin perubahan harus bermula dari usaha pemerkasaan atau pemberdayaan masyarakat. Kita tidak harus menggantikan kelompok elit politik dengan kelompok elit politik yang lain.
Ramai rakan-rakan menguji pandangan politik aku dengan prinsip liberalisme klasik. InsyaAllah, kalian hanya perlu doakan aku menjadi pilantrophist yang baik. Aku akan buktikan bagaimana seorang muslim seperti aku dapat menunjukkan cocoknya idea liberalisme klasik ini dengan apa yang pernah hidup pada zaman kegemilangan Islam.
Aku, sebagaimana sering aku ulang di kampus...hanya akan mengambil tanggungjawab (politik) apabila tidak ada yang sanggup mengambilnya dengan penuh tanggungjawab.
Sunday, December 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment