Friday, December 12, 2008

Ok Aku Ketam

Aku tak berhajat menulis di sini untuk sesiapa ikut. Jalan hidup tentunya pilihan masing-masing.

Jika kalian suka, terharu, simpati atau apa saja yang positif tentang tulisan di blog ini, kalian boleh ambil sebagai pelajaran.

Jika ia nampak mengada, macam bagus atau kalian rasa aku tipu dalam hal kisah hidup aku dan sejarah hidup yang mampu aku ingat, itu hal kalian untuk mengumpat aku di belakang sana.

Ada satu jurang besar dari hal hati dan perasaan aku dengan kerja-kerja yang aku buat. Umum melihat kerja (berkaitan) politik ialah kerja orang bersilat lidah untuk mendapat pengaruh.

Aku tidak melihat begitu. Jika aku mencari pengaruh, aku hanya perlu 'aminkan' saja semua dari hal yang aku sifatkan celaka yang dicampakkan kepada pelajar semasa aku diamanahkan memimpin mereka. Tak perlu bersusah payah berdepan dengan mereka yang punya pengaruh besar, berjawatan tinggi dan punya autoriti untuk susahkan aku. Penat ok?

Tapi aku manusia. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Tanya mereka yang pernah malah enjoy susahkan aku, Apa salahkah aku bercakap hal yang jujur dalam mesyuarat rasmi atau ketika aku mewakili kepentingan ramai (atau bersama) dalam pertemuan-pertemuan yang banyak?

Kadang-kadang aku tak faham apa tujuan mesyuarat atau perbincangan dalam pertemuan yang banyak ini. Apa yang kalian nak buat sebenarnya? Hidup kalian fake dan kalian rasa itu baik? Aku terlalu lurus dan baik maka kalian tak suka kerana ada bahagian kalian dari kepentingan ramai (atau bersama) ini tidak dapat diperolehi?

Aku bukan tak pernah pentingkan diri sendiri. Mungkin satu hari bila kalian rasa apa yang pernah aku rasa, kalian akan mula berfikir sungguh-sungguh kenapa aku malas bersetuju dengan kalian dan sebenarnya aku berterusan ajar diri aku untuk sabar dari hal cuba menjadi orang baik.

Yang aku rindu tentang aku hanya satu - aku harap aku tidaklah menjadi skema sepenuhnya. Aku tak dapat elak tanggapan ramai di mana-mana. Pakai spek dan sikat tepi memang dah jadi bahan kutukan kawan-kawan sejak lepas SPM sampai ke universiti. Nak kata aku pakai kemas sangat macam mat skema, rasanya tak adalah sangat.

Tapi bagi mereka yang selalu lepak dengan aku, mereka tentu saja akan mengharungi advanture-nya kepala otak aku. Haha, kalian...sebenarnya aku juga enjoy dengan adventure-nya kepala otak kalian.

Perbezaan kita adalah aset kita dan bukan liabiliti.

Apa yang penting? Kerjasama!

No comments:

Post a Comment