Aku tidur sekitar 1.30 pagi semalam maka aku fikir rancangan untuk bergegas sebaik usai Subuh seperti tidak praktikal apatah lagi diserang keracunan makanan dan ada simptom untuk demam. Nampaknya Eiduladha ini aku membayar kafarah.
Usai Subuh aku buat pemeriksaan kereta, masukkan barang di dalam kereta dan masukkan motor Naim ke dalam rumah. Kami hanya mula bertolak pada pukul 9 pagi.
Untuk 1 jam 30 minit pertama aku bawa...di tengah jalan rasa macam nak pitam. Doktor peribadi aku cakap mungkin aku perlu dapatkan ORS untuk rehidrasi (akibat keracunan makanan). Di Tanjung Malim aku tukar bagi Naim bawa. Tiba di Sungai Perak sekitar jam 1 petang, oklah tu dengan mengambil kira kesesakan terhad dan pemandunya Naim. Aku memang biasa isi minyak di Sungai Perak.
Dari Sungai Perak aku bawa semula dan tiba di rumah sepupu aku di Alor Setar pada pukul 3.15 petang (ini memang tak bagi chance, sentiasa cuba 140km/sejam. Kami singgah kenduri sepupu aku kahwin.
Balik ke Perlis selepas Asar. Kelmarin memang tak dapat layan Lala dan Arfan sebab aku terlantar je menahan sakit. Selepas makan malam dan makan ubat aku tidur.
Hari ini agak ok. Aku ada temujanji dengan beberapa teman. Akan ku gagahi dalam kesakitan ini :)
Salam Eiduladha untuk semua! Semoga pengorbanan kita yang kecil dan hampir tidak bernilai diterima Allah s.w.t..
Saturday, December 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bro..minum 100plus! kurgkan demam..
ReplyDeletethanks sis for ur advise.
ReplyDeletedah buat mcm2 :) tapi segala temujanji mesti disudahi walau dlm kepayahan...
org yg jarang sakit ni kalau sakit sekali kau fahamlah...byk himpunan dosa sedang dikafarah :)
red bull 2 tin..
ReplyDeleteshould be ok..
xok,tmbh dos red bull..;)
that's cool idea :p
ReplyDelete