Wednesday, December 10, 2008

Phew! (Updated)

Alhamdulillah, hari ini aku dapat langsaikan antara niat penting aku balik Perlis untuk satu tempoh yang tak sepatutnya. Semuanya selesai pada sekitar jam 5.25 petang tadi.

Petang tadi lepak dengan Pak Jub, Yeop dan Azila di Kuala Perlis layan sotong tepung sambil borak-borak. Malam ni aku kuarantin diri untuk siapkan kerja yang sedikit tergendala.

Batuk memang menyeksakan, semoga dosa-dosa aku gugur bersamanya...

Lepas Maghrib aku ke rumah emak saudara di Alor Tampang. Dia pernah mengasuh aku masa kecil dulu. Selepas Isya' aku ke CC Shamril untuk menyiapkan kerja Malaysia Think Tank yang sedikit tertangguh.

Bila kerja aku habis sekitar 11.15 tiba-tiba muncul Yeop dan Pak Jub. Haha, ye ye kata malam ni nak rehat. Tak lama selepas tu Essan juga muncul. Aku tak dapat hadir kenduri Essan (5 Harmoni) yang akan bernikah dengan Hamima (kelas aku). Sayang!

Sekarang masih di CC Shamril melayan YM dan YouTube :)

No comments:

Post a Comment