Sarapan pagi ditaja oleh Fenzi. Mimpi apa entah sejak lepas kahwin dia ajak kami - aku, Rauf, Ewan dan Naim - pi rumah mak mertua dia sarapan.
Lepas tu kami ke HQ Perhilitan hantar Rauf - katanya mereka ada buat inventori di Banjaran Crocker (pergh, mendaki Crocker tu bunyinya sangat best! Tapi bila ada perkataan inventori di situ, aku gelakkan je Rauf, haha).
Balik kemas rumah apa yang boleh sebelum aku dan Ewan ke kenduri kahwin Hafizal. Aku rasa ini kali pertama kehadiran budak hutan paling ramai aku tengok (maksud aku serentak), siap dengan pensyarah terpilih. Macam biasa, hampir semua budak rekreasi selain budak batch Hafizal (senior aku setahun). Pensyarah yang aku nampak hanya Doc Mano, Encik Jon, Dr. Hasmadi, Dr. Hazandy, Dr. Khamu, Dr. Azani, Cik Rasmina dan beberapa tutor.
Makan semeja dengan Pojoe, Arie (Fasi logistik Kem Hutan 2003 ingat tak Zai? tapi 'paling banyak terima surat cinta' masa kem Ijazah, haha), Fenzi dan Hafid (jangan tak kenal ok!). Sedar tak sedar kami lepak sangat lama melayan lenggok Dikir Barat yang betul-betul ngam ho!
Pizal dan Sue - lama gak mereka ni mengharungi suka duka. Aku sebenarnya tak rapat sangat dengan dia sebelum ni sampailah aku sambung Master. Dulu dia Presiden K3 dan kemudian menjadi tutor di fakulti. Kami banyak bekerja untuk pengisian kursus rekreasi di fakulti. Hafizal banyak berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan aku. Dia akan melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah nanti. Semoga kau berjaya dan balik memberi bakti kepada masyarakat.
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syg xdpt gi..
ReplyDeletetepaksa bekhidmat tuk negara..
hehehe..
hohoho en arie tu mau tak knl..walaupun fasi kump zai tapi muka yang slalu menempek dikump kami adalh ketua fasi kem 05(jangan buat2 lupa yer)..hehehe..walawei byk trima surat cinta..dasat2..
ReplyDeleteslalunya junior mmg tak penah lupa senior tapi kebarangkalian senior tak kenal junior tu mmg tinggi r..:-p
haha, rasanya aku la kot seeenior (punya la lama :p) yg paling byk bercampur dgn korang adik2...
ReplyDeletesuka sangat tgk korang masing2 dah berjaya now..tapi xle blah bila sering ditanya "bila nak abes?"
haha, relaks beb...
hohoho..mane org tak tanye bila nak abis..bila "seseorang senior"tu masih bertapak kat situ n kalo bole ntah berapa keturunan junior sume die bole knl..hehehe..lagi bahye bila sampai satu thp junior tu terpaksa panggil "pak cik" instead of "abg"..hahahaha..
ReplyDeletehahahaha
ReplyDeletezai, kau memang org yg tepat bila aku pilih jadi rimbawati :)
pilihan itu menjadi tepat setelah lwn ku jatuh sakit(itu menurut anda)kalo tidak "kwn baik" abg amin la yang jadi rimbawati kan...hohoho(sure igtkan):-p
ReplyDeletehahaha, ya..aku bercakap benar. mmg dia calon favourite ramai tahun itu. almaklum batch diploma korang kan tak ramai laki sampai perempuan kena gi cari kayu api? :p
ReplyDeletesebenarnya Tuhan nak tunjuk kat fasi, mereka yang 'sehat' juga berbakat besar!
eh, apa rahsia kau kurus muda jelita? haha, x bleh blah ayat aku ni..
pergh baru tau..ala nak cmpared die dgn sy dh mmg forsure die byk undiankan.."tu mmg tak dinafikan"byk sbb tersembunyi..hehehe
ReplyDeleteehh kiteorang hampir balance la perempuan n laki..kalo lebih pun tak sampai 10..sy tau la..sykan one of the ajk...:-p
kerana waktu itu kami perempuan2"gagah" n bersemangat..serius bersemangat sbb msk lepas sem 1 tak mcm skunk..msk hutan bila dh knl hutan..kiteorg mmg blur n tak tau psl hutan waktu...
kurus bole ditrima..wei mmg la muda lagi nak bandingkan ngan ketua fasi mmg t**..hohoho...
jelita dari sejak azali..kuang3x..
jwpan artis ni"erm sy minum air msak yg byk setiap hari"(hahaha aku pun tak bole bla ngan ayat ni)
ala, bab pilih rimbawan dan rimbawati ni sebenarnya byk gila politik. sama jer dlm mana2 kem..unsur rasis juga ada. tapi bila aku jadi ketua fasi kem hutan dan kuiz alam sekitar kebangsaan, sorryla nak tolerate dgn hal ni...merit la beb :)
ReplyDelete