Wednesday, January 7, 2009

Ada Juga Saat Kita Perlu Gembira

Ya, dalam situasi mak yang tentunya perlu rehat dan kisah Palestin yang dihadapkan kepada kita kebelakangan ini, menjadi gembira itu dah macam ralat pula. Rasa macam tak best pula nak gembira lebih-lebih.

Ia jadi lebih tak menggembirakan bila ada yang cepat sangat nak mengganggap kegembiraan kita itu sebagai sesuatu yang offensive terhadap duka lara yang ada di sekeliling.

Sebenarnya aku tak tahu, kalian ni betul-betul perihatin isu Palestin atau jadi sebahagian daripada mereka yang masuk ke dalam teori propaganda yang dipanggil bandwagon?

Begini...

1) Kalian sokong Palestin sebab mereka orang Islam?
2) Kalian benci Israel sebab dia Yahudi?
3) Kalian sokong Palestin sebab kesian tengok mereka ditindas dalam pertarungan yang tak balance?
4) Kalian benci Israel sebab guna kelebihan yang ada untuk zalim orang Palestin?

Aku tanya dan sama ada kalian masuk dalam perangkap bandwagon ini bukan apa. Aku tak tahu sejauh mana kalian betul-betul benci dengan kezaliman dan betul-betul cintakan keadilan.

Kita selalu diam bila set-set kita buat salah. Apa lagi kalau kita sendiri buat salah. Kalau kita sendiri buat salah itu mungkin ego kita tak mahu mengaku. Kalau set-set kita mungkin sebab kita tak mahu hilang kawan.

Sama.

Aku kadang-kadang sinis dengan kawan-kawan aktivis dakwah bukan sebab aku tak sayang mereka. Biar aku sebut terang-terang bahawa kalian jauh lebih baik daripada aku - 'alim, wara' dan tinggi pengorbanan. Aku pula si jahil, amal cukup makan (tu pun entah diterima ke tak) dan pengecut.

Aku sinis dengan kau juga wahai pembaca bukan sebab aku benci kau. Kalau kau tengok balik di Tumpang Muda, kau pernah borak dengan aku lama-lama, kau pernah ikut aku masuk keluar hutan dan kau boleh baca di tagline blog ni (maksudnya ada di ruang kanan - ruang kenyataan-kenyataan tu), kau akan lebih faham aku. Aku ni orang paling wahid kot yang bencikan permusuhan. Tapi aku mahu tegaskan prinsip. Sebab itu aku selalu sebut bahawa kita semua perlu kerja kuat untuk bina satu persekitaran yang sihat - setuju untuk tidak bersetuju - dan terus jadi kawan.

Latih telinga kita ni pedih sikit dengar kritikan. Kau boleh jawab balik dengan bahasa yang sopan dan hujah yang ada justifikasi.

Hidup ni macam puzzle, kita tak boleh tahu semuanya melainkan terpaksa mencari dan cuba tengok sesuai atau tidak.

Maka, jangan cepat ambil hati. Ya, kita manusia hati bukan boleh kita nampak macam mana nak jaga. Ok, sila merajuk tapi jangan lama-lama. Dan kau pun, kalau dah buat orang terasa hati walaupun kau tak niat, tak perlulah ego sangat. Jumpa balik dan borak macam biasa. At the end, kita tak tahu kita boleh jumpa di syurga atau neraka. Silap-silap aku masuk neraka dan kau di syurga...kita tak jumpa!

Allah humma aj-jirna minan nar! Minta simpang la ya Allah, bagilah aku peluang masuk syurga..yang paling kecil pun tak apa dah. Bukanlah aku nak sangat masuk neraka, tapi macam tak layak nak masuk syurga. Tapi aku ingat Nabi s.a.w. pesan supaya minta masuk syurga!

Allah humma inna nas aluka ridhoka wal jannah, wana'u zubika min soqa tika wannar! (err, aku tulis doa-doa ni dalam bahasa Melayu..mungkin dari segi kosa kata Arabnya salah ok? Maksud aku pecahan-pecahan kata yang membentuk perkataan sebenar).

Aku mahu kau faham - kezaliman, di mana-mana saja kau patut lawan. Tak kira ianya dari tangan bukan Islam atau Muslim sendiri. Kita sendiri, ya kita sendiri pun selalu zalim. Jom join aku lawan kezaliman diri sendiri. Maksud aku, marilah kita bina satu persekitaran yang sihat - kita sedia dibaiki dan memperbaiki diri.

Keadilan - kau kena faham ia beerti 'meletakkan sesuatu pada tempatnya'. Maka, sebab itu aku tak berapa gemar bila ada puzzle yang tak lengkap dari hal aku nak faham sesuatu benda. Susah jadi aku ni, gelisah memanjang bila ada benda yang aku tak faham. Bila kita letakkan sesuatu pada tempatnya, kita kena bagi peluang untuk orang tanya kita, jelaskan kepada kita dan juga peluang untuk dia baiki diri (mungkin berkali-kali). Dalam kata mudah, don't give a f**k too much and just move on. Sebab itu, berlaku adillah pada kawan dan lawan. Yang paling penting berlaku adil pada diri sendiri.

Dulu masa aku gila main Chess, aku dan Abang Pon (Syaiful Zamani Power Rangers) rajin sebut "Menang pelbagai cara, kalah pelbagai alasan". Ya, mungkin kita boleh sebut selalu pada diri kita "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Hei, dalam cinta pun boleh "Kalau padi katakan padi!", haha, sempat lagi di situ!

Kita ni cenderung jadi ignorance, suka atau tidak. Kita ada life masing-masing. Kita ego. Ok, tapi kau jangan ingat aku tak pernah pesan apa-apa tentang hidup sesudah mati. Kau tanya diri kau sendiri la, kalau kau tau esok kau akan mati, maunya tunggang terbalik kering air dalam badan kau sujud dan doa nangis-nangis minta ampun dari Tuhan. Kita memang hampeh! Kejap lagi je, percayalah, kita boleh lupa Tuhan.

Sebenarnya pesan-pesan tu semua untuk diri aku sendiri sebab sambil tulis aku fikir, aku baca dan aku sebut dulu untuk telinga aku yang lebih dekat dengan mulut aku berbanding telinga kalian.

Ok beb, laknat mereka yang zalim waktu mereka buat zalim. Doa orang yang kena zalim dapat lepas siksa mereka di dunia. Kalau rajin sikit, doa mereka yang buat zalim diberikan hidayah supaya mereka tak buat zalim tapi jadi penegak keadilan.

Kau boleh buat, aku yakin. Tapi jangan lupa iblis dulu kena terajang keluar dari syurga antaranya sebab lupa doa untuk diri sendiri. Doa banyak-banyak. Doa Nabi Yunus a.s. tu pun penting - La Ila hailla anta subhanaka inni kuntu minadz dholimin (Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Hei, aku bukan marah kau dah sokong Palestin dan laknat Israel. Aku hanya nak kau lebih jelas apa prinsip yang kau nak kendong sampai kau mati. Itu saja. Kau jangan rasa down seolah-olah kau tak layak berada di barisan depan berjuang hanya kerana kau 'kurang Islamik'. Hei, kalau kau rasa begitu, aku yang patut lari duduk di belakang sekali!

Jangan lupa doa aku ok? Terima kasih untuk itu.

* Hari ni aku gembira sikit lepas terjemah artikel baru bos aku yang akan dimuatkan kemudian di WauBebas.Org. Aku nak cakap macam mana ya? Ia sangat mencerahkan dan ia buat aku rasa nak toreh tangan sendiri dan tangan kau - nak tengok darah kau dan darah aku. Sama rupanya!

4 comments:

  1. Min,
    dah alang2 ko sebut pasal doa...
    aku mengajak b'kongsi aku pasal doa di mana lagi...NSA la..sekadar tazkirah jumaat, bukan pengukur iman aku tebal, ilmu aku dalam...

    ReplyDelete
  2. ok Man, aku sering di sana cuma tak tinggal komen :)

    almaklum kau pun sembunyikan bakat kau, haha.

    hei, aku tengok sepintas aku dah tau itu petikan Ibrahim Adham kan?

    Rindunya zaman itu...

    ReplyDelete
  3. wahai teman yg aku kasihi,

    I-Allah kebenaran itu akan sentiasa dtg jika kita mencarinya dgn hati yg ikhlas. Mustahil tuhan selindungkan kebenaran dari org yg mencintai-Nya.

    Islam itu bukan hanya utk aktivis dakwah shj.

    Islam itu kepunyaan tuhan yg diberikan oleh tuhan kpd hamba2nya melalui pintu hidayah.Aku sgt yakin dgn itu.Walaupun aku tidak memandang sinis aktivis dakwah, ttp mereka sering memandang sinis aku.Utk aku,aku akan bekerja utk apa yg aku percaya.sama ada aku terperangkap di dlm apa yg aku percaya, aku hanya berdoa.

    Al-Ghazali : Bagaimanakah kalian tahu kebenaran itu adalah kebenaran. Sedangkan bila kita bermimpi kita anggap mimpi itu kebenaran, tetapi bila kita trsedar dr tidur ternyata itu bukanlah kebenaran.

    Semoga Tuhan memberkati dirimu wahai teman. dan aku juga.Aku sgt yakin akan dirimu.

    ReplyDelete
  4. aku tak kenal pun sape tu Ibrahim Adham, aku cuma membaca dan menulis untuk org2 yg tidak berkesempatan utk membaca buku2 tebal...

    ReplyDelete