2009 ni memang banyak yang aku rancang dari segi career path aku. Ini tahun yang penting. Walaupun mungkin cerita nak kahwin dah terkeluar dari senarai tahun ini, aku rasa dalam senarai 2010 ia akan muncul kembali :)
Aku gembira kerja dengan MTT sebenarnya. Banyak perkara aku belajar. Mungkin benar kata Prof. Khoo Khay Kim, pelajar Sains Sosial punya pasaran yang lebih luas berbanding pelajar Sains Tulen. Aku sebenarnya dari aliran Sains Tulen tapi entah kenapa, akhirnya aku sedar bahawa aku lebih cenderung kepada Sains Sosial semasa di kampus.
Bila kerja dengan MTT, tentu saja ia berbeza sepenuhnya dengan apa yang aku belajar di kampus - Perhutanan dengan pengkhususan Pengurusan Taman dan Rekreasi. Mungkin kerana minat aku pada isu-isu besar dan mencabar diri sendiri seperti Politik, Ekonomi dan Sosial, maka aku sahut cabaran ini dan jujurnya bertatih untuk mendisiplinkan orientasi fikir dan gerak aku untuk diterjemah dalam kerja.
Blog pada asalnya lebih kepada suka-suka. Aku memang suka mencatat pengalaman dan sudut pandang aku dulu tapi hanya dalam laptop pertama dulu. Kemudian aku berani sedikit menulis di Rentis Rimba, Buletin Fakulti Perhutanan dan juga kadang-kala tulis artikel semasa Paralimpiad dan semasa menjadi MPP (hanya untuk edaran kawan-kawan).
Kini aku sudah ada kolum sendiri di - Carpe Diem - dan aku harus disiplin untuk menyediakan keutamaan aku pada kerja dan juga menambah pendapatan lain melalui hal-hal yang aku minat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa beza sains tulen dgn sains sosial tewwww.. hmmm
ReplyDeletekedua-duanya sains - tentang benda dan manusia.
ReplyDeletebagai pinang dibelah dua--itu sains tulen, dan itu sains sosial. tiada beza.
ReplyDeleteya, kedua2nya saling kamil al-mutakamil :) saling melengkapi maksud saya...
ReplyDeletefor me sains tulen more tu fakta... tapi sains sosial more to falsafah... elaboration dia lebih luas dalam sains sosial...
ReplyDeleteyes bro amin... keep on your track...
eh nape plak cerita kawen dah terkeluar dari senarai tahun nie... baru bulan 2... banyak masa lagi nak ke tahun depan... anytime u leh jumpa the right one...
i think manny and lin ada plan untuk u... hehehe
hahaha, mereka dan sesiapa pun x pnah berjaya jika plannya melibatkan isu tu.
ReplyDeletetidak semudah disangka. rahsia.. :p