Tuesday, February 3, 2009

Pilihan Raya Kecil Mesti Diadakan Di Perak

Sebenarnya aku menyampah dengan political games yang sedang berlaku di Perak.

Pertama, ia menunjukkan sikap tak berprinsip oleh UMNO-BN dalam hal lompat parti.

Kedua, pada aku tak perlu Akta Lompat Parti. Cakap-cakap konon lompat parti tak beretika adalah cakap poyo orang politik. Entah banyak mana mereka betul-betul fikirkan etika?

Pada aku benarkan saja jika ada YB nak lompat parti. Cuma mungkin mekanismenya dibuat dalam bentuk lain. Caranya ialah letak jawatan dan bertanding semula dalam Pilihan Raya Kecil. Tapi undang-undang yang tidak membenarkan mereka bertanding semula mesti dipinda. Waktu itu kita boleh tengok rakyat sokong 'causes' atau 'calon' atau 'parti'.

Rakyat tidak cukup bodoh untuk dibodohkan oleh orang politik.

Dalam kes di Perak, Pilihan Raya kecil mesti diadakan. Ini berdasarkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Hebat macam mana pun seorang ahli politik, kita tak boleh benarkan mereka above the law.

Sejak bila Suruhanjaya Pilihan Raya punya kebenaran untuk buat keputusan tentang perlu atau tidak Pilihan Raya kecil diadakan tidak dapat dipastikan. Yang pasti Speaker DUN punya kuasa untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya bahawa kekosongan memang berlaku. Sekiranya ADUN berkenaan tidak bersetuju, mereka boleh mencabar Speaker DUN di mahkamah.

Rule of law, please....

Sila jangan tadbir negara ni ikut benak ahli politik. Dahlah pengasingan kuasa tu rakyat nampak macam tak berlaku. Apa nak jadi negara ini?

5 comments:

  1. Betul, Pilihanraya kecil perlu di adakan di BOTA, BEHRANG dan CANGKAT JERING.

    ReplyDelete
  2. Dalam kes Bota, ia mungkin berbeza sedikit kerana tidak ada dokumen tentang mengosongkan kerusi DUN tersebut.

    Walaubagaimanapun, saya kira adalah lebih beretika utk dia juga mengosongkan kerusi DUN Bota.

    Juga di mana-mana DUN atau Parlimen. Bila mereka menang atas tiket parti lain, lompat parti pada rakyat mungkin berubah 'causes'. Maka, Pilihan Raya semula mungkin boleh memberikan jawapan paling tepat.

    Kos memang kos...sebab tu menyampah!

    ReplyDelete
  3. tak sabo nak balik kampung ni yop. kena apply cuti lebih ni

    ReplyDelete
  4. aku benci betul dengan BN ni... tp aku kira skg buku dan jumpa ruas... tp jgn kancil mati ditengah2 oleh gajah bergaduh...

    ReplyDelete
  5. jika kita org, jgn suka sangat2..jika kita benci org, jgn benci sangat2..

    hidup bukan di dunia saja :)

    ReplyDelete