Thursday, March 5, 2009

Ides of March 2

Suka atau tidak, politik Malaysia menuju ke titik genting.

Tidak, ia bukan sekadar isu Perak, tetapi isu yang untuk aku lebih besar daripada persoalan politik itu sendiri.

Isunya tentang Perdana Menteri Malaysia.

Boleh dikatakan semua generasi muda hari ini membesar dan hanya kenal 'keagungan Mahathir'. Generasi tua juga bergerak dalam kerangka politik Mahathir. Meski sejak mula Mahathir punya lawan politik, imej positif yang digarap berserta 'bukti-bukti nampak' (tangible) cukup untuk menjawab balas lawan politik beliau.

Mahathir, secara umumnya dilihat positif.

Namun kejayaan Mahathir tidak datang tanpa kos melepas dan bukan semua kos melepas ini buruk kerana sebahagian daripadanya memang sangat perlu mengikut konteksnya. Antara kejayaan besar beliau mungkin pindaan Perlembagaan yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Tapi politik Malaysia tidak kaya wacana. Justeru, tompokan kuasa ini tidak berpindah kepada rakyat dalam pengertian demokrasi berparlimen, atau paling tidak menjadi perimbangan kepada Raja berperlembagaan. Yang nampak jelas ialah ia menjadi satu batu loncatan untuk pendewaan Mahathir.

Jiwa yang bebas dari pendewaan ini kini bertumpu 'memberi sokongan' kepada Anwar, sang pemberani yang berdepan dengan Mahathir pada waktunya. Namun, Anwar harus ingat bahawa jiwa bebas ini tidak akan selamanya bersama beliau kerana sifat jiwa yang bebas ini tidak berkehendakkan itu. Jiwa bebas ini berkumpul bersama Anwar pada masa ini mungkin sekali antara sebab besarnya kerana dialah magnet yang mengumpulkan kuasa rencam untuk bertumpu memecahkan 'punat bisul' yang ada.

Jika ada 'dosa legasi Mahathir', untuk aku salah satunya ialah jurang kepimpinan yang ketara. Malaysia mungkin harus mengimplementasi dasar Perdana Menteri hanya sepatutnya berada di kedudukan itu sekitar 2 atau maksimumnya 3 penggal.

Pakatan Rakyat, sedikit sebanyak beroleh dokongan besar antara lain kerana Anwar dilihat sebagai calon Perdana Menteri (dari bangsa Melayu) yang kuat meskipun mungkin pendokong PAS, DAP atau BN khususnya UMNO mahu menafikannya. Penafian ini bagus kerana ia sihat untuk sebuah demokrasi dan boleh membantu menghalang Anwar dari menjadi dikator. Politik demokrasi, dalam mempertahankan prinsip, tetap perlu mengolah persetujuan ramai.

Dan inilah cabaran Najib Tun Razak. Jujurnya, aku tidak punya bukti nyata tentang salah guna kuasa, korupsi dan skandal-skandal calon Perdana Menteri akhir Mac ini. Namun, jujurnya aku tidak punya keyakinan pada beliau.

1. Najib tidak punya tradisi jelas dalam hal prinsip dan ketrampilan kepimpinan yang kuat dalam mempertahankan sikap politik beliau.

2. Cubaan membentang perbelanjaan tambahan hujung tahun lalu cukup untuk menunjukkan kelemahan Najib sebagai Ahli Parlimen yang lama dalam memahami sistem dan peraturan mesyuarat di Dewan Rakyat. Aneh, beliau kini mengendalikan Kementerian Kewangan!

3. Isu skandal jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene berkaitan dengan beliau. Celaka apa duit pembayaran diluluskan sedangkan kapal selam tak timbul-timbul?

4. Kekalahan BN dalam siri Pilihan Raya: Pilihan Raya ke-12, Pilihan Raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah di bawah kepimpinan beliau selaku Pengarah Pilihan Raya.

5. Isu di Perak menunjukkan penglibatan beliau.

6. Isu tuduhan liwat - Saiful Bukhari berjumpa beliau dan alasan yang sangat lemah berkaitan biasiswa menunjukkan tahap pemikiran beliau yang boleh diragukan.

7. Ramlang Porigi, imam yang teraniaya dan tidak pernah terfikir menjadi mangsa dalam peraaingan politik mendakwa pegawai Najib yang mengaturkan urusan sumpah laknat.

8. Kehilangan Penyiasat Persendirian, Bala melibatkan tuduhan serius kepada Najib.

9. Tapi yang paling penting ialah isu Altantuya yang secara tidak langsung melibatkan sebahagian besar dari masalah Najib yang aku nyatakan di atas.

Kenapa?

i. Pembunuhan Altantuya tidak mungkin wujud tanpa motif!
ii. Jika ada motif, ia tidak mungkin bermula dari kehendak Sirul Azhar dan Azilah sendiri. Penglibatan Musa Safri sebagai pegawai Najib jelas menunjukkan ada orang yang lebih besar di sebalik pembunuhan ini.
iii. Transaksi kehadiran Altantuya ke Malaysia yang hilang cukup luar biasa dan tidak waras.
iv. Perlindungan Najib dari pendedahan SMS antara beliau dengan Razak Baginda "smells fishy".

Sebab itu...untuk aku, ini sudah melangkaui politik.

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat boleh terus wujud tanpa pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan kes jenayah serius dan juga korupsi yang melibatkan kepentingan awam.

Semoga Allah s.w.t. melaknat mereka yang layak dilaknat dan menyelamatkan umat ini dari fitnah yang bermaharajalela.

No comments:

Post a Comment