Kalau lu baca sedikit sebanyak tulisan pengalaman hidup gua (setakat ni baru tulis sampai tingkatan 1) dan juga tulisan campur-campur yang lain, lu mungkin ada gambaran yang gua dulu aktif sukan.
Selain main bola dan olahraga, gua main ragbi - wakil Perlis 1994 (ragbi sentuh) dan 1999 (MSSM bawah 18). Amacam? Soalan yang gua dah boring nak jawab ialah takkanlah badan kurus macam gua boleh main ragbi? Tak patahkah? Macam haram, tapi tak apa..benda tu pun dah berlalu lama, gua cerita pun lebih sekadar kenangan. Memang kawan-kawan sekolah pun rasa aku dah sangat berbeza.
Tadi gua tengok bola Liga Super kat TV, tu yang sebenarnya kenapa aku tulis masukan (entry) ni. Haha, padahal gua berani kata gua tengok lebih banyak perlawanan Liga Perdana Inggeris berbanding siaran langsung liga tempatan. Bukan gua tak minat, tapi mungkin gua keluar - pergi window shopping ke, tengok wayang ke atau pergi lepak makan sambil jumpa kawan. Kebelakangan ni gua masak di rumah sebab gua sedang jimat atas faktor tertentu, hehe.
Sebenarnya bila gua tengok tadi, tiba-tiba berdesup masuk dalam hati zaman dulu pakai jersi. Beb, gua percaya bila orang kata "dulu, pakai jersi kebangsaan ni rasa bangga". Gua tak pernahlah wakil Malaysia dalam sukan padang ni walaupun gua pernah main bola dengan Thomas (budak Denmark) dan sapa entah nama mamat Jepun banyak skill yang duduk sekolah gua masa pertukaran pelajar dulu. Ada dua pemain import pun pasukan sekolah gua kalah juga dengan sekolah Akmal Rizal 4-0 masa kejohanan Premier, hehe. Masa tu gua baru 15 tahun tapi dah diserap masuk pasukan bawah 18. Gua memang sampai sekarang syak Pak Jan (Norizan Bakar) sayang gua dulu, haha.
Tapi gua masih ingatlah masa berdiri satu barisan panjang tu. Pergh, rasa bangga pakai jersi sekolah dan jersi negeri (masa main ragbi beb). Masa main ragbi tu aku masih ingat pesan cikgu Azmi (cikgu dan jurulatih pasukan SM Syed Sirajuddin yang mewakili Perlis, gua hanya pemain import) "masuk mesti smart, keluar padang mesti belengas (kotor la tu)".
Gua juga masih ingat panasnya telinga gua masa pemain Kelantan (juara tahun tu, budak-budak A'a pemain UPM dan Malaysia yang sangat popular itu! padahal dia dah masuk matrik masa tu, tua setahun dari aku!) kata gua "badan papan sekeping tak takut patah ke wei?".
Diorang sorak dari jauh je sebab tengok perlawanan Perlis dengan Sabah masa tu. Cikgu Azmi panggil gua. "Depa kata hang papan sekeping, hang masuk dan buktikan!" saja dia tambah hangatkan hati gua.
Keluar game dia puji aku. Hati aku berbunga dan terus main untuk setiap game. Tapi masa kalah dengan Kedah (budak-budak Pedu dan Sony KSAH), aku rasa macam nak pecah dada pun ada! haha. Masa sekolah premier, Derma jumpa KSAH pulak sekali lagi, hancoq!
Moral yang gua nak bagitau ialah sukan boleh jadikan lu manusia yang bagus. Tapi kalau lu main sukan pakai tenaga fizikal dan tak pakai otak, sebenarnya lu tak betul-betul optimumkan keupayaan lu.
Majulah sukan untuk negara!
* Untuk sekolah gua - SMK Derma - yang khabarnya dah tinggal jadi sekolah budak-budak nerd sepenuh masa, gua harap dasar sekolah dapat kembali seperti dulu. Play hard, study smart. Karakter beb!
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment