Tuesday, July 14, 2009
Ingatkah Dikau?
Sejak bila Tun goyang untuk ambil sikap yang baik?
Politik - banyak sisi sulit yang ramai mahu cakap-cakap dari jauh sedangkan sebahagian kecil sungguh-sungguh bertarung menjadikannya medan amanah.

Friday, June 19, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Perlis: Tak Habis Lagi Rupanya...
Polemik politik di Perlis mudah saja bacaannya. Ada seorang bekas Menteri Besar masih tak puas hati kerana tak jadi Menteri Besar untuk penggal ini. Masa Raja Perlis lantik YAB Md Isa Sabu, ada sebilangan rakyat Perlis 'meragas' pagar istana sebagai tanda protes.
Orang-orang politik mungkin tahu bahawa bekas MB ni berkali-kali berusaha meyakinkan Raja dengan pelbagai cara bahawa YAB MB baru tak perform.
Aku ingat benda ni dah reda sikit, tapi aku syak ia kembali panas bila bekas MB kritik kerajaan negeri kerana dia terpaksa menggunakan duit sendiri kira-kira 200 ribu sebulan untuk menanggung perbelanjaan pasukan bola sepak Perlis.
Wow! 200 ribu sebulan. Kaya tu...kalau 5 bulan dah sejuta!
Untuk ingatan ramai, cuba tanya bekas MB ni kenapa:
1. MPK boleh disita semasa zaman pentadbiran dia.
2. bil air rumah MB tak dijelaskan sampai lebih seratus ribu.
3. bil air pasukan bola sepak Perlis juga tak dijelaskan lebih seratus ribu.
Nak patah balik jauh sikit, cuba tanya agak-agak kenapa Dato' Ali, ayah kepada YB Dato' Ahmad Bakri dulu tukar bekas MB ni semasa dia jadi PTD dulu.
Juga tanya dia, apa peranan anak saudara dia yang kerja di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Semak kekayaan anak saudara dia ni dan perbelanjaan dia yang luar biasa. SPRM boleh soal siasat semua kontraktor yang dapat kontrak melalui jalan ni. Cuba semak ada tak kes siling sekolah sekeping ditukar dengan kos RM9000. Prosedur memang boleh buat betul, tapi naif sangatlah jika tak boleh baca tangan ghaib di sana!
Juga jangan lupa tanya apa jadi dengan Pulau Brasmana. Siapa yang dok kaut untung dari sarang burung di sana dan status pulau tu apa kena mengena dengan kerajaan Thailand?
YB bekas MB ni semua orang tahu gangster. Siapa kutuk dia silap-silap boleh kena belasah tiba-tiba oleh mereka tertentu. Dulu PRK Indera Kayangan pun orang dah boleh nampak macam mana Pilihan Raya Kecil jadi medan gangster bermaharajalela.
YAB MB baru mungkin nampak lemah tapi kelemahan ini tidak disebabkan satu faktor. Cuba suruh YAB MB baru bentang tengok kedudukan kewangan negeri sebaik bekas MB tak mentadbir lagi.
Silap-silap duit bekas MB ni lagi banyak dari duit negeri Perlis!
Jika YAB Md Isa benar-benar tak upaya sekalipun, sebagai anak jati negeri Perlis, aku tak berminat nak terus ber-MB-kan YB DS Shahidan Kassim.
Aku rasa ahli politik mesti serius dengan komitmen bahawa mereka hanya sepatutnya menjadi YB untuk 2 penggal dan tambahan 1 penggal maksimum. Belajarlah menjadi negarawan dengan membenarkan muka baru memimpin dan mereka menjadi pesara YB yang boleh membantu dalam bentuk lain sebagai masyarakat sivil. Barulah negara kita cepat bergerak ke depan!

Friday, June 20, 2008
Yon Goicoechea Lara 2
Jika di Malaysia kita ada ISA7 di kalangan mahasiswa dan ISA6 di kalangan aktivis politik, di Venezuela pula ada Caracas Nine dan seorang darinya adalah aktivis mahasiswa yang dinobatkan sebagai penerima anugerah Milton Friedman pada tahun ini.
Aku cuba membayangkan situasi Venezuela di mana senjata api bebas diguna pakai dan bagaimana serangan fizikal dihadapkan kepada Goicoechea Lara sehingga hidungnya patah. Di Malaysia, aku percaya serangan fizikal ini boleh muncul - malah bibitnya telah berlaku. Hanya kerana fanatisme terhadap tokoh atau parti sudah cukup untuk mengundangnya.
Ada yang mendakwa mereka punya kebenaran hujah tapi anehnya penghujahan itu tidak didahulukan, malah di Malaysia ruang untuk berhujah juga cukup sempit. Mungkin itu sebabnya fenomena blog cepat berlaku.

Monday, June 16, 2008
Anwar dan Sesumpah
Pasca pembebasan DS Anwar, argumentum ed hominem kekal mengambil tempat, mungkin kerana Reformasi 1998 tidak kuat dinatijahkan dari halus akal budi (baca:budaya) untuk merumus keperluan pergerakan ini. Mujur sekurang-kurangnya garis kasar rangka perjuangan ada - Perisytiharan Permatang Pauh.
DS Wan Azizah wajar diberi kredit yang banyak. Seorang wanita berhati waja, dan beruntunglah DS Anwar kerana memilikinya sebagai teman hidup.
Jika politik boleh mahu dikaitkan dengan ahli politik, nisbah yang mungkin dekat ialah untuk kekal popular. Dari perihal popular ini aku merumus politik sebagai pertarungan komunikasi berasaskan persepsi. Maka, suka atau tidak, politik Malaysia tidak lekas membina pertarungan yang sihat. Sebagaimana bola sepak, kita cemburu dengan persaingan bola sepak luar, khususnya Bola Sepak Inggeris, Seria A, Bundesliga dan sebagainya (baca:Eropah).
Adakah nilai yang kita puja secara tidak sedar itu muncul sendiri? Kekuatan apakah yang memunculkan ia dan bagaimana ia mengekalkan bentuk popularnya tanpa menghilangkan mutunya?
Begitulah acuan yang aku selalu pilih dalam melihat DS Anwar. Beliau dituduh sesumpah hanya kerana pidatonya memukau dan secara umum beliau berani berpendirian untuk menolak agenda Negara Islam sebagai yang dihajatkan PAS. Maka lekaslah panglima perang yang bergetar hatinya mahu lekas masuk ke medan. Mereka gagal menghimpun watak DS Anwar, maka mereka memilih watak-watak yang difikir cocok dengan agenda perang yang mereka sendiri canang dan mereka sendiri mahu umum siapa pemenangnya. Ya, sekurang-kurangnya kerana DS Anwar kekal jadi berita, kerana UMNO-BN terdesak untuk memulihkan citra perjuangan mereka, kerana mahu lekas jadi terkenal..sebenarnya mereka mahu menumpang populariti DS Anwar secara psikologi terbalik. Wah, hebat dia kerana berani kritik DS Anwar. Dan dia yang mengkritik kekal di luar gelanggang, paling tidak akan mengelak bertarung di medan yang penuh duri.
Aku tidak fikir DS Anwar bak sesumpah. Politik adalah seni dan sains yang tidak mudah - tetapi DS Anwar kekal dengan tema yang sama sepanjang zaman. Kerana dakwah itu bak air, memilih bentuk yang sesuai untuk kekal memberi manfaat. Pada tingkatnya yang menyegarkan, ia akan mengalir tanpa boleh disekat. Dan air pada masanya tidak harus dibiar lama bertakung.
DS Anwar tidaklah perlu disanjung sebagai manusia sempurna, tapi cukup untuk kita mengerti bahawa dalam realiti itu beliau pilih untuk bertarung dan membina erti hidup di mana-mana. Kita yang hidup jangan lekas mahu menolak orang ke neraka. Apakah kalian risau syurga akan penuh?
Sampai sekarang dan sampai bila-bila aku tidak akan faham DS Anwar, dan apa perlu kita faham? Sekurang-kurangnya mari kita fahamkan bagaimana proses hidup ini bergerak.
Ada sesiapa boleh muktamadkan pada aku DS Anwar agen Libya, Amerika, Israel, Arab Saudi atau dari mana lagi? Islam ala yang korang nak dia faham, Liberal atau Sosial Demokrat, atau malah seorang terroris?
Politik Malaysia selalu bosan! Tapi bosan itu bukan sebab untuk aku berhenti mengenali dan berurusan dengannya. Hanya saja masa aku akan tiba untuk memunggah kepalsuan. Dan aku tidak harus berpeluk tubuh untuk itu!

Thursday, June 5, 2008
Yon Goicoechea Lara 1
Ya, betul kata Pak Khalid, sekiranya Majlis Pemilihan Antarabangsa 2008 tidak mengumumkan pemenang Hadiah Milton Friedman 2008 ini, maka kita mungkin tidak pernah kenal siapa Yon Goicoechea Lara.
Milton Friedman adalah pemenang Hadiah Nobel Ekonomi yang baru meninggal pada tahun 2006.
Mungkin kita wajar mengenali anak muda berusia 23 tahun ini. Seorang pelajar jurusan undang-undang di Universiti Katolik Andres Bello yang tekal memperjuangkan kebebasan masyarakatnya dan berdepan dengan Presiden Hugo Chavez di Venezuela.
Pesan untuk diri dan kalian, anak muda, sentiasa di mana-mana harus berperanan!

Monday, April 7, 2008
Eekmal, Aku dan Orang Muda
Hari ini bosan, maka aku mahu cerita tentang seorang rakan - Eekmal.Seingat aku, perkenalan kami hanya bermula sekitar 2005, di IKD (waktu itu masih di Telawi). Aku hanya tahu dia lulusan Undang-Undang dari UiTM Shah Alam, 2 tahun lebih berusia dari aku. Sehingga 2008, aku kira kami sangat jarang berbual, hampir tidak pernah.
Namun 2008 insyaAllah membuka ruang baru hubungan kami. Eekmal kini aktif bersama MEGC. Dia juga adalah pemuka yang menggerakkan TEAM Asian Renaissance 1.0.
Entah kenapa, aku dengan dia lekas rapat. Mungkin kami orang utara, lawak gurau kami selalu berbunyi kasar, tidak berlapik. Kata sesetengah kawan, MEGC adalah tempat berkumpulnya kroni-kroni Pencerahan dari utara. Tanpa sedar, ia nampak begitu. Dan aku kira MEGC satu perkumpulan yang meyakinkan. DS Anwar pernah, sebelum lahirnya MEGC menitip satu risalah harapan dari balik pagar sel penjara - hanya kerana anak muda yang sebahagiannya lulusan Timur Tengah mula mendekati karya-karya besar dari dunia Barat dan anak-anak keluaran universiti tempatan juga menunjukkan minat yang sama di samping karya-karya besar dari Timur Tengah.
Eekmal dalam satu titipannya pernah menulis "Aku bangun dari tidur hari ini, menggosok gigi dan menatap cermin. Sial betul! Umurku 26 tahun, belum berhasil satu risalah apapun untuk kuhidangkan kepada manusia. Ya! Aku memang cemburu, mana tidaknya pada umurnya lebih kurang 25 tahun, anak orang kaya dari Vienna yang bernama Ludwig Wittgenstein telah mula menulis satu risalah yang besar bertajuk Tractatus Logico-Philosophicus. Orang berada ini menulisnya di celah parit-parit dan mayat soldadu Perang Dunia Pertama. Umur 25! Dan aku masih merangkak menghafal nota-nota pengajian sekadar untuk lulus peperiksaan".
Dan ungkapan jujur di atas sangat dekat dengan aku. Pada usia 26 tahun, antara perkara yang aku kesalkan mungkin kerana masih tersedut dengan persekitaran manja yang tidak membantu aku menjadi makhluk mulia sebagai mana yang difirmankan Allah s.w.t..
Aduh!

Saturday, January 12, 2008
Sir Edmund Hillary
29 Mei 1953 pada usia 33 tahun, Edmund Hillary dan Sherpa - Tenzing Norgay adalah dua dari sembilan pendaki ekspedisi British yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest setinggi 8,853 meter.
Malaysia, dalam proses membuktikan Malaysia Boleh telah memilih Everest sebagai satu daripada destinasi pembuktian dengan angkatan 1997 telah membolehkan dua pendaki - N. Mohandas dan M. Magendran berjaya tiba di puncak pada 23 Mei 1997.
16 Mei 2004, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menjadi pendaki termuda dari Asia Tenggara yang berjaya tiba di puncak Everest.
Bagi mereka yang seperti aku - menghargai kegiatan mendaki gunung - pasti kenal makna pendakian sebagai proses mengenal erti Tuhan, diri, orang lain dan alam.
Ada satu peristiwa antara Hillary dan Tenzing dicatat dalam Into the Thin Air tulisan Jon Krakauer saat dia mencatatkan perjalanan panjangnya ke puncak Everest.
Hillary dan Tenzing - dalam mendokong Spirit of Camaraderie (semangat setiakawan yang tinggi) tidak pernah menceritakan kepada sesiapa soal siapa tiba dulu ke puncak. Bagi mereka yang faham isu-isu berkaitan pendakian di kawasan beraltitud tinggi, pasti mudah menanggapi soal ini.
Hinggalah selepas kematian Tenzing pada 9 Mei 1986, Hillary mendakwa bahawa dia adalah orang pertama yang tiba di puncak. Spekulasi memang wujud, kerana British adalah antara kuasa besar saat itu, tidak mungkin mengiakan Tenzing sebagai manusia pertama tiba di puncak. Tetapi itu tidak jadi persoalan untuk mereka berdua.
Dua personaliti ini sebenarnya harus diingat bukan sekadar kejayaan mereka menikmati puncak Everest saat itu, tetapi sumbangan mereka kepada kehidupan selepas dikurnia kejayaan yang menjadi mercu tanda potensi manusia.
Kita yang terpilih melaksanakan projek Malaysia Boleh atas nama negara - apa sumbangan kita untuk kehidupan?