Tuesday, November 18, 2008

Keputusan Akhir

01. Terima kasih Aida atas nasihat anda. Jujurnya, aku tak berminat untuk memanjangkan masalah aku. Aku hanya menuntut ruang keadilan selepas aku terasa difitnah dan dihina tanpa aku berpeluang mempertahankan diri. Ini komitmen aku pada nilai keadilan. Aku tak kisah jika mungkin dalam proses tersebut, rupanya aku yang salah. Ia pasti akan membantu aku memahami beberapa bahagian dari persoalan hidup dan tentunya aku tak ada masalah untuk mengakui, kesal dan memohon kemaafan. Apa ada dengan ego untuk memohon maaf jika kebaikan yang lebih banyak boleh diperolehi dengan sedia akur kepada kesilapan (jika ada). Malah bermaafan jika prinsipal tidak silap pun tidak merugikan kerana hati manusia lain-lain, mungkin ada yang tak boleh menerima prinsipal atas faktor tertentu.

02. Aku akur bahawa alternatif yang kau cadangkan adalah lebih baik. Terima kasih kerana kau dan aku memanfaatkan erti persahabatan yang ada dengan baik.

03. Kasih sayang Allah s.w.t. itu cukup besar. Ya, sungguh aku terasa sangat dizalimi. Tapi tidaklah aku mahu membalas fitnah dan penghinaan yang ada secara terbuka. Apa yang boleh aku buat?

i) Doakan supaya Allah s.w.t. bantu aku faham jika sebenarnya aku yang silap dalam memahami isu demi isu yang timbul sampaikan saranan untuk banyak sabar dan doa kepada Allah s.w.t. terhadap masalah orang pun boleh diherdik. Sungguh aku tak faham ego manusia.

ii) Doakan supaya Allah s.w.t. bantu mereka yang menzalimi aku faham dan insaf sekiranya hakikat sebenar mereka yang silap. Aku tak mahu menuntut bahagian dari hak orang dizalimi. Sesungguhnya dalam hal manusia, kemaafan itu lebih baik dan tak perlulah kita berlebihan dalam menangani urusan silaturrahim.

04. Terus bersabar dengan mehnah yang ada. Sebesar mana kasih dan benci kepada umat, sebesar itu kau akan diuji. What goes around comes around. Aku tidaklah mahu menjadi seperti mereka yang wewenang berbahasa dalam keadaan marah sampaikan tidak mengakui pernah ada silap. Apatah lagi bermuka dua - cerita yang hanya laku bila ruang komunikasi dikawal.

05. Argumentum ed hominem - ia bukan saja dalam politik. Jika kita faham fungsi falasi dalam komunikasi manusia, kita akan lekas menangkap kepura-puraan manusia. Tapi membenci bukanlah satu perkara yang baik, jalankan peranan untuk mengingatkan dan berdoa saja Tuhan bukakan hati manusia kepada kecantikan hidup dari hal berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

06. Syukurlah. Tuhan sedang berbicara dengan ibrah-Nya dan aku harus menerima ibrah ini dengan penuh keinsafan bahawa sejauh mana kita menjadi manusia, kita tak sunyi dari jatuh bangun kehidupan.

07. Sekarang masa untuk memahami bukan berpatah balik. Terima kasih juga untuk Fiqah dan Azila.

8 comments:

  1. Salam,

    Nampaknya mempunyai maslah yang agak berat.

    satu pertanyaan, adakah masa kita bermaslah atau ditimpa ujian maka kita akan memperbanyakkan tulisan. Sebabnya saya juga mangalami sebegitu.

    Pusing sana pusing sini masih lagi tidak hilang kerungsinan seperti tidak puas.

    miqdad

    ReplyDelete
  2. Saudara miqdad,

    Saya berkongsi kerunsingan saudara.

    Ya, kita manusia dituntut berusaha. Saya telah cuba dengan segala kepayahan dan saya tidak mengimpikan kemenangan dari usaha ini. Saya hanya impikan keadilan kerana jika saya bersalah di sana, sekurang2nya saya tahu ada ruang untuk saya terus memperbaiki diri.

    Kita kadang2 tak dapat melihat blind spot ini dan perlu ditunjukkan oleh orang lain. Seperti mana separuh air di dalam gelas - ada yang katakan ia separuh penuh dan separuh kosong. Hakikatnya sama.

    Mengenai banyaknya tulisan. Saya fikir kerana energy yg memberontak dari kerunsingan ini memerlukan ruang untuk disalurkan. Ia boleh jadi dalam bentuk berjumpa kaunselor, meluahkannya pada kawan2 atau pena. Dulu saya suka menulis untuk diri sendiri. Tetapi sekarang sudah ada blog.

    Apapun, ingat pesan Nabi s.a.w. agar kita banyak bersabar. Saya percaya dalam kompleksiti kemanusiaan, ada ibrah yang cuba disampaikan Tuhan. Di sana saya tak menolak kelalaian saya dan selalu mengharapkan kasih-syg-Nya.

    Dalam surah Ibrahim ada disampaikan bahawa kadang2 apa yang kita sangka baik untuk kita itu sebenarnya buruk dan buruk untuk kita itu sebenarnya baik. Allah s.w.t. ternyata Tuhan yang Maha Mengetahui.

    Saya suka jika dapat mendengar masalah tuan. Saya tidak selesa melihat manusia bersedih tanpa saya menghulurkan bantuan.

    ReplyDelete
  3. oh ya sdrku Miqdad,

    Sebenarnya memang ada kajian bagaimana menulis itu boleh dijadikan terapi. saya kebetulan terbaca kerana kajian sarjana saya berkaitan dengan rekreasi sebagai terapi.

    Dan saya fikir menulis ini boleh mengasah kemahiran kita meluahkan perasaan kita. Tapi awas, jangan harap semua orang suka. Cukup untuk mengharapkan diri sendiri jujur.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dengan nasihat yang diberi.

    Boleh saya mendapatkan email untuk lebih memudahkan perbincangan di antara kita.

    miqdad

    ReplyDelete
  5. amin(dot)ahmad1982(at)gmail(dot)com

    ReplyDelete
  6. Tuan Amin,

    'inward looking' dan 'outward looking'

    Yang mana yang Rasulullah lebih banyak lakukan: berfikir 'inward looking' ataupun berfikir 'outward looking'.

    Mohon saya diberikan pencerahan.

    ReplyDelete
  7. Puan Ainon sifu yang saya hormati.

    Soalan Puan ini soalan penting dan mungkin sukar untuk dijawab.

    Pada saya kedua-duanya ada. Bagaimana harus saya jelaskan ya?

    Bolehkah saya bagi contoh ini?

    Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa ada seketul daging dalam diri manusia, jika baik ia maka baiklah seluruhnya. Maka, fokus hati ini pada saya satu bentuk 'inward looking'.

    Pada masa yang sama agama ini adalah rahmatan lil 'alamin atau pada saya 'outward looking'.

    Saya gagal memisahkannya dan pada hemat saya ia berjalan serentak. Elok juga tajuk ini dibincangkan.

    ReplyDelete
  8. sat sat amin..sat sat pewaris...

    sah hang dalam alam konfious

    ReplyDelete