Mungkin sejak dua menjak ni ramai yang sibuk menghadiri kenduri kahwin.
Mungkin sejak dua menjak ni ramai yang sibuk bertanya soal bila kau (termasuk aku) nak kahwin?
Mungkin sejak dua menjak ni kita sendiri tertanya diri kita bila kita nak kahwin?
Aku selalu fikir orang yang sibuk ialah orang yang ada masa kerana mereka sentiasa penuhkan masa mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan masa lapang itu kadangkala boleh memberi kesan negatif kepada kita. Rasa malas dan sikap menangguhkan kerja sering hadir saat kita tidak sibuk.
Untuk orang bercinta sakan, masa lapang ini mungkin bermakna untuk mereka merasai apa itu rindu. Untuk mereka yang merana sakan, rasa rindu ini mungkin sesuatu yang menyakitkan.
Manusia, sebesar mana kerjamu, kita masing-masing ada 24 jam dan 7 hari seminggu. Umur manusia dari sabda Nabi s.a.w. tentang umatnya - sekitar 60-70 tahun.
Masa terlalu singkat untuk kita tidak berbuat baik kepada manusia. Masa juga terlalu singkat untuk kita meneroka keluasan hidup di dunia.
Manusia, ada yang introvert, ada yang ekstrovert. Di sela masa inilah Tuhan memberikan kesempatan kita berinteraksi, untuk SALING KENAL antara satu dengan yang lain dan jadi tempat persaingan amal dan fastabiqal khayrat (perlumbaan berbuat baik).
Rasa tidak puas hati sering muncul dalam diri terhadap pelbagai perkara. Ya, kerana kita manusia maka ia tidak mungkin sempurna. Ketidaksempurnaan ini juga tidaklah boleh dijadikan satu alasan semata-mata melainkan kita sama-sama mahu merenungkan uniknya sebuah penciptaan bernama manusia.
Ah, jika kita percaya dan yakin sungguh-sungguh tentang alam akhirat, tentu sekali kita tahu berpada-pada.
Kalian - aku selalu memaafkan. Semoga kalian juga selalu memaafkan segala kesilapan, kebodohan, kegagalan, kebudak-budakan, ke'dewasa'an dan apa juga yang memberi bekas 'tidak baik' kepada kalian dari aku.
"Andai ku tahu...."
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
beb..
ReplyDeleteslh 2,bknnye andai ku tahu..
ade lagu gk tuk ayt ko ni..
alleycats - sekiranya ku tahu..
*best juga dinyanyikan semasa karoke..
andai ku tahu tu ingat Tuhan sket :)
ReplyDeleteaku bg tu bersesuaian dgn lagu..
ReplyDeleteko dgr dulu la,lyn beb..!!!
ni ingt tuhan time ssh jek..
time senang,xingt lak dlm blog ni..;p
hahahaha
ReplyDeletebaik tuan! aku insap!
hehe..
ReplyDeleteaku pn..;)