Masa aku buat BECOK ni, aku pernah bagitau pada Jim, aku harap tulisan di sini ada perbezaan berbanding di Tumpang Muda dulu. Tapi dari segi prinsipnya masih sama, cuma cara luahannya berbeza.
Selalunya orang muda macam aku tak suka tulisan skema. Misalnya nak tegur kerajaan tentang hal-hal yang aku fikir berlaku ketidakadilan melampau. Dalam bahasa skema, mungkin aku tulis "kerajaan harus segera memberikan keadilan kepada mangsa". Tapi dalam bahasa sebenar dan cerita kedai kopi "UMNO-BN ni sangat bangsat!". Ya, orang muda mungkin terlalu beremosi. Tapi kerja advocate macam Malaysia Think Tank memang selalunya cuba guna bahasa yang lunak tapi masih substance dan principlenya sama.
Dalam public sphere (pinjam istilah Habermas), ada benda-benda yang sensitif dari hal berpendapat ni. Almaklum proses pembesaran, pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penaakulan dan kesediaan berbeza pendapat sesama manusia adalah berbeza. Tapi aku rasa dari hal umum prinsip tetap sama, cuma cara kita perincikan mungkin berbeza. Contoh paling ketara ialah bagaimana beberapa ideologi cuba memberi pandangan dalam hal menyelesaikan masalah kemiskinan. Prinsipnya masalah kemiskinan mesti diselesaikan, caranya mungkin berbeza dan boleh didebatkan.
Aku rasa manusia boleh bersetuju bahawa kita semua tak sempurna. Maka, dari hal berbeza pendapat, aku pilih untuk menghargai semua pendapat yang berbeza meskipun ada waktunya telinga sangat pedih sampai merah-merah, hehe. Ya, memang aku latih diri aku untuk ini. Aku percaya Golden Rules sangat penting - treat others as you would like to be treated. Mungkin aku dah biasa, maka bagi aku hal pedih telinga dan cakap direct dalam mesyuarat itu normal. Serius, aku tidak kisah orang kritik aku dengan substance. Kalau pembunuhan karakter tu aku rasa terkilan juga la. Yerla, kita tak uniform kan? Aku mungkin tak kaya nak pakai trendy macam sesetengah orang. Tapi takkanlah pasal pakaian aku lebih murah, maka ia jadi isu penting dalam berpendapat? Kalau macam tu, apa kalian anggap pada orang susah di luar sana?
Dari hal ini aku boleh silap. Ada mereka yang mungkin tak bersedia dalam persekitaran ni. Ada yang tak boleh dikritik atau tidak melihat proses kritik sebagai proses belajar walaupun mereka boleh bersetuju dengan prinsip bahawa manusia itu tidak sempurna dan sentiasa boleh diperbaiki.
Cara aku mudah. Selagi mana kau cakap benda baik, walaupun kau tak buat atau hidup kau memang 180 darjah berbeza, aku akan sokong dan galakkan kau terus buat benda baik. Siapa tahu itu akan jadi bahagian amal kau yang paling ikhlas kau sampaikan dan Tuhan suka?
Kalau kau buat benda tak baik dan kau kawan aku, aku akan cari jalan untuk sampaikan dengan cara paling baik supaya kau tahu. Tapi kau tak perlu bersetuju dengan aku. Cukup sekadar aku sebagai kawan menyampaikan, dan pada bila-bila masa aku sedia mendengar juga jika ada sesuatu yang kau nak sampaikan dari hal perlakuan dan cakap aku yang kau tak suka.
Hal ini kebetulan berlaku pada aku baru-baru ini di Indonesia. Aku suka bila dia (kawan aku ni, laki ok!) secara personal jumpa aku dan sampaikan pada aku dari hal yang dia tak senang tentang aku. Jujurnya aku bukan yang terbaik untuk menilai diri sendiri. Niat yang baik tidak cukup. Maka, teguran personal ini pada aku membantu.
Dia juga ada terasa hati dengan seorang kawan yang lain. Aku cuba damaikan. Semoga mereka telah berbaik. Take it easy dude!
Hal khilaf sesama manusia ini normal. Hubungan yang sempurna bukanlah dengan tidak melakukan kesilapan tetapi bagaimana kita boleh compliment each others. Komplen dan kritik orang memang satu benda yang mudah, selagi ia tidak bersabit prinsip...aku rasa tidak ada persoalan yang terlalu sukar untuk dibincangkan.
Dan akhirnya, dari hal memperincikan masalah...tak semua masalah itu buruk untuk kita sebaliknya ia boleh menjadikan kita lebih menghargai kehidupan.
Jangan ada benci kerana sebahagian dari tanda sempurna iman itu ialah kita boleh mencintai saudara kita sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri. Agak-agak, bagaimana kalian mencintai diri sendiri?
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ala kawan2 ape ade hal ye tak..
ReplyDeleteya, selalunya yg dah berkawan-kawan sempoi je....
ReplyDeletenak makan hati pun lama mana...marah2 sayang la lebey kurang, haha
jgn benci aku ok! aku ni dh mcm adik kau. aku tadek lgsg amik hati apa2 ko ckp. SELALUNYA..semua kata2 kau aku amik jd kan pedoman, panduan..kau ni kira guidance aku jgk la..tp bab PERCINTAAN..huh! tanak ckp dgn kau:p sbb dh biasa dgr "ayat2 manis" dr kau..aku dh jd immune bila org dok sound2 aku..tp satu pkara palg aku SAKITT ckiitt bila bab MOK..ciss..
ReplyDeleteayat2 manis? apakah itu? sumpah aku tak pernah ngorat kau, hahaha...
ReplyDeleteaku jujur apa - memang aku tak tahu dan harap dapat belajar faham perempuan (umo dah nak masuk 27 weh!).
haha, perempuan mmg tak suka dipanggey gumuk ek? :p okla2, aku guna bahasa lebey sopan - sehat! atau bahasa kawan2 sarawak - nyaman! :p
abg slim..
ReplyDeleteso ok la..;p
b,amin jahat sgt bgtau..
jgn biar dia naik lemak..
huhuhu..
haha, okla2 aku tak panggey kau budak gomok lagi :p
ReplyDeleteceh,ngadu kat abg dia sokmo!haha
aku kan abg..;)
ReplyDelete"ayat2 manis" kau = "ayat2 berapi, pedas, kutukan, hina, kejian" dari aku..
ReplyDeletehahahahahha :D
x kesah le apa bhs skalipun kau pgil, aku akn tepis dan buktikan :p eceehhh..
alalala adik aku ni.
ReplyDeleteden, sejak bila dia jadi kuat? :p
falin, kalau teringat kau dengan kecik, aku jadi sayu...aku rasa kita betul2 ngam ho lepas kelas bisnes korang yang memangsakan aku kan?
cilanat sungguh!
aku rasa den carnal x tau pape ttg zaman cilanat tu, hahahaha