Wednesday, December 17, 2008

Kunang-Kunang

"Pakcik dah 20 tahun buat kerja ni, serupa ni lah dulu sampai sekarang. Mereka datang masa bulan terang memang tak nampak..."

Aku tak tahu berapa ramai kawan-kawan yang pernah bersama aku menghidupkan modul Kunang-Kunang dalam aktiviti rekreasi luar. Kredit tentunya pada senior-senior lama yang gigih membela alam sekitar dengan cara tersendiri.

Dah lama aku tak datang Kampung Kuantan. Dulu kami rancang ad-hoc naik 3 motor keluar kolej selepas Asar - Aku, Daha, Bro Sting, Taro, Chot dan Mamak. Patah juga la tulang belakang bila naik motor dari UPM ke Kampung Kuantan.

Semalam aku dapat singgah lagi ke sini. Tentunya wajah Kampung Kuantan sudah berbeza..

Seronok kali ni dapat tengok sangat banyak kelip-kelip bermain di pokok Berembang. Lantas teringat sungai Berembang di Kuala Perlis. Khabarnya di Sungai Lembing dan Larut Matang kini telah disinggahi Kelip-kelip....

Adakalanya, sesetengah tempat...sengaja kami biarkan gelap...(bukan hati ya! haha).

Aku akan balik semula ke rumah esok insyaAllah...kamu yang baca ini tolong doakan aku...doa aku dari masa ke masa seolah-olah sedang dicagar Tuhan dengan tanggungjawab yang datang bersamanya. Jangan jadikan aku lalai!

3 comments:

  1. x penah pegi lagi. tp penah lalu jek. cpt plan pegi ctu! meh naik silky aku nak? :p tp PASTIKAN kau ingt jalan!

    ReplyDelete
  2. erk...masalahnya ia malam. satu bot rm40 je...

    aku rasa x worth utk hanya pergi ke situ melainkan ia adalah sebahagian dari tentatif program yg lebih besar.

    pergh, balik2 aku? jap beb..sampai aku masuk usia 27 ni aku memang perlu susun baik2 hidup aku. usia 27 ni penting (bagi aku), insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. normally ke sane lps maghrib dh bleh tgk..n lps tgk kelip2 2 gi mkn seafood kt jeram..murah sket n puas ati..br rs bebaloi b..

    ReplyDelete