Aku sebenarnya tak mahu tulis apa sangat. Mak telah sedia di wad kelas 1, semoga semuanya lancar dan selamat. Terima kasih untuk mereka yang berutus doa dan juga ucap selamat melalui sms - kalian sangat baik!
_______________________
Cerita lain...
den pernah tanya aku "kau buat apa?" (aku selalu kekalkan kata den tu mula dengan huruf kecil, konon macam aslinya begitu, hehe).
Ewan pernah tanya aku "tak boring menatap laptop seharian? Aku rasa kalau tak ada benda tu kau mati kot?"
Haha, gila ke apa? Aku hadap benda ni seharian bukan hadap saja. Ini sebahagian sumber pendapatan aku dan sebahagian sumber mengendurkan ketegangan aku. Tapi aku ada benda lain yang aku buat juga. Gila bosan kalau ini saja hidup aku, dan aku bukan jenis orang yang sukakan rutin yang sama kot? Sebab tu aku fikir banyak kali sama ada aku sesuai untuk kerja dengan kerajaan atau tidak (dan aku tak pernah isi borang SPA. Ya, mungkin satu hari nanti aku isi siapa tahu?).
Masa muda ni (ceh!) aku nak nikmati ruang bebas. Tapi aku sedar aku akan kahwin dan ruang ini mungkin akan terbatas dengan sendirinya. Alangkan ada gf pun aku tengok ruang bebas itu terbatas sendiri, inikan pula bernikah (cewah di situ!).
Aku jawab pada den "Aku baca blog. Klik nama Pewaris Reformasi di ruang kanan bawah dan itu senarai blog yang aku ikut dari masa ke masa".
Kau ikut bukan beerti kau perlu setuju. Sejak dulu aku selalu bagitau kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan pakcik-pakcik yang menadah telinga dari kata ucap mulut aku. Apa yang aku cakap bukan untuk kau telan, tapi aku mahu kau kunyah dan pilih untuk telan atau ludah.
Apa yang aku mahu ialah kau merdeka. Kau harus berani fikir dan buat keputusan untuk diri sendiri. Pilih untuk merdeka beerti pilih untuk ambil tanggungjawab.
Bila kau dah merdeka, untuk maju ke depan, kau tentu perlukan alat (tools). Itu yang akan buat kau mencari alat ni. Dan itu adalah proses. Kalau kau takut cari alat ni, kau akan terus bergantung kepada orang lain yang ada alat-alat ni. Tengok, hanya orang yang ada alat-alat ni yang boleh bantu kau.
Ingat, jika kau tak ada sesuatu (yang diperlukan), kau tak boleh beri sesuatu (yang diperlukan).
Maka, kau perlu kongsi (ini maksud aku interdependent atau saling kongsi).
Aku orang yang percaya tiap manusia harus bebas. Tapi kau jangan sombong sebab kau independent. Aku pernah panas telinga dengan cakap dongak orang tertentu yang kini sudah punya nama. Dek kerana mahu bangga dengan independent, terpacul kata "aku tak minta mak dan ayah aku bela aku".
Bahasa apa ini? Bahasa biadab! Kau rasa apa perasaan mak ayah kalau kau cakap begitu di depan mereka? Aku tak fikir kau Isa Al-Maseh yang ditiupkan rohnya ke dalam perut bonda Maryam. Sedikit sebanyak kau harus belajar bagaimana mengolah persetujuan untuk bahagian tanggungjawab yang kau mahu ambil sendiri - bukan untuk buang mereka dari hidup kau tetapi untuk kau lekas dewasa supaya mereka dapat kau santuni kemudiannya.
Aku mungkin banyak subscribe alat berfikir dari Barat, tapi aku juga bukan bodoh untuk biar diri aku senget untuk lupa aku ada agama dan juga rumpun sendiri. Aku sang pencari dan aku selak sebanyak mungkin lapis hidup yang ada dan aku mahu buat ini dengan berani. Ya, sementara aku belum jadi pengecut.
Ok, balik pada cerita asal - kau tak perlu setuju. Bila kau sendiri tetapkan kau sanggup baca dan kau tak perlu setuju, kau telah melangkah ke satu lembaran baru cara berfikir.
Aku baca blog-blog yang ada dalam senarai itu kerana aku suka eksplorasi bahasa mereka untuk pamerkan emosi dan pandangan mereka yang ada. Aku tak suka semiotik sebenarnya, tapi aku tahu kepentingan bahasa.
Dalam bahasa ada makna. Makna ini yang bentuk pandangan sarwa kau.
Masuk bab bahasa sikit. Aku tak tau kau pernah salah faham atau tidak dari sms, YM atau apa-apa yang diwakili oleh teks tanpa konteks. Maksud aku kau tak tahu apa emosi sebenar di balik teks yang diluncur. Atau begini, sms kau tak dibalas...emosi kau menggila. Kau sangka kau sudah kehilangan cinta (barangkali). Ya, diam juga satu bentuk bahasa selain air mata.
Berdaur usia, aku harap fikiran dan emosi aku akan lebih stabil.
Kau jangan takut tersadung masa berlari. Kau tak kalah sebab waktu kau bangun balik, waktu itu kau menang.
Sebab hidup adalah proses. Ingat! Proses itu ada naik turun pasang surutnya. Itu realiti hidup yang buat kau jadi manusia sederhana (sepatutnya!).
Sebelum kau mati, kau akan sampai dari satu titik ke satu titik masa. Ada titik-titik yang akan letak kau ke puncak bangga, dan ada titik-titik yang buat kau rasa hina. Kalau kau anggap ini satu proses, bersabarlah. Hadapi dengan senyuman :)
Aku percaya dengan merdeka - ambil tanggungjawab sendiri, kita akan lebih lekas dewasa. Kau mungkin rasa tak selamat. Untuk aku, aku mahu bina sebuah iklim perhubungan di mana aku mahu dan sedia untuk letak kepercayaan yang tinggi pada kau. Aku mahu senyum untuk dengar kritik dan saran kau kerana aku percaya kau mahu aku jadi lebih baik. Hanya itu.
Di kalangan kawan-kawan, kau jangan jangka 100% mereka mahu pleased kau. Itu lambat laun akan runtuhkan kau. Ia boleh buat kau jadi pseudo-manusia. Kritik aku bila kau rasa perlu dan puji aku berpada-pada jika sesuai. Waktu lain, mari kita gelak tawa atau berkongsi muram durja atas nestapa yang aku yakin tak ada manusia meminta.
Kau mungkin meronta sekejap untuk sesuatu yang kau tak faham atau sukar terima. Tak apa. Jika kau nak belajar membenci, aku cuma harap tidak lama. Kau boleh baca seranah yang banyak di blog-blog yang tertera dalam senarai yang aku ikut.
Akhirnya, kau, dia dan aku....kita semua manusia. Dan Tuhan sediakan syurga untuk kita semua. Sama ada kita mahu ke sana atau tidak.
* Catatan ini untuk aku, dan juga kawan-kawan yang sedang bergelut dengan soal perasaan di sebalik erti perhubungan - sama ada cinta, persahabatan atau perjuangan (terlepas makna yang kau mahu berikan kerana nilainya mungkin beda antara kita).
** Aku memang selalu cabar diri sendiri untuk ikut bergaul dengan mereka yang punya lifestyle berbeza. Akhirnya aku temukan lebih banyak persamaan dari perbezaan yang sering kita dulukan dalam hal hubungan manusia. Tak percaya? Kau cuba...tapi kau harus sabar dan pandai memancing inti persoalan, bukan hal ehwal luaran seperti "kau pakai baju apa?", "kau bergerak dengan apa?" atau "kau lepak di mana?". Sebab tu skru aku ada loose sikit kot sebab aku tak tergamak membenci realiti ini. Kau, aku, dia, mereka...kita kawan kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kunyah.
ReplyDeletenak ludah, ludah.
nak telan, telan.
*hands down*
magnifisi
bila dah ludah, takkan nak jilat balik? yer tak?
ReplyDeleteeeee kotor la
ya..kita kawan :D
ReplyDeletekau beruntung sbb kenal aku yg masih lagi childish :p
haha, Einsten kata fikiran MACAM budak2 ni la yang buat kita berimaginasi tinggi - dalam konteks positif untuk nak tahu macam2 :
ReplyDeleteingat, konteks yg positif :p haha
org kita kalau sebut imaginasi dgn nada menggiurkan, entah apa2 yg difikirkannya.
fynn,
ya..kdg2 kau rasa benda tu sedap, tapi org lain tidak.
just me,
kdg2 apa yg kita makan tu spttnya sedap, tapi oleh kerana kita ada ulser, atau baru makan coklat hacks dsbgnya...maka rasa sedap tu macam tak ada..
uniknya!
*kesihatan yang baik
ReplyDeletesesungguhnya hubungan antara manusia ini sangat kompleks. kita sendiri pun kompleks kan?
ReplyDeletesemoga ibu kamu cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang bai oleh Tuhan
* baru sebulan aku mengikuti blog ini
baru 1st time comment:)
aediasri,
ReplyDeletethanks for sharing ur opinion...
opinion, x ada betul dan salah. hanya yg mana 'lebih berat'...
dlm sains sosial nilah keadilan paling susah nak terapkan..keadilan dlm erti kata meletakkan sesuatu pd tempatnya..
:)
dan aku gembira melayan karenah manusia yg pelbagai..
terima kasih kerana doa kamu!
hey kamu,
ReplyDeletekamu pakai baju apa sambil bergerak dengan apa dan kamu lepak di mana?
aku mahu satu jawapan tanpa ada kata hubung.
boleh?
hahaha...
ReplyDeleteaku makan pakai kemeja merah hush puppies di mamak...
boleh gitu belo?
kite kawan bleh?xde gaduh2 lg?hehe...
ReplyDeletetp kite memg kwn kan...huhu...=P
haha, ceh...buang masa je gado dgn kau. buat penat aku je :p
ReplyDeletedulu gado ada sebab dan mmg aku bengkek gila...kau tanya la lin sblm dia berpaling tadah.
tapi takpe, manusia leh berubah. dan kau dah byk improve (haha, ni ayat bodek sbb aku x konvo lagi :p)
kau pun dah byk tolong aku. o tsukare sama desuka!
min,
ReplyDeleteko punya entry panjang tapi aku tak smpi hati untuk tak smpi ke hujungnya...kerana kita kawan
aku ingat baru tiga empat hari kot aku tak baca blog ko, tapi sarat dgn segala pertelingkahan hati.. aku kagum gile la dgn ko ni(puji berpada2)..orait, adios!
haha,
ReplyDeletekamu ni!
dulu gado ada sebab dan mmg aku bengkek gila...kau tanya la lin sblm dia berpaling tadah.
ReplyDeleteapakah itu???
haha, lupakan saja...
ReplyDeletetakkan kau nak aku cerita kisah lurus bendul makhluk asing itu, ups!
ceh, ok2..manny dah byk tolong aku now. hait!