Assalamu'alaikum w.b.t.
Kawan-kawan, esok mak aku akan masuk hospital dan insyaAllah esok akan buat 'small operation' untuk tampal lubang yang muncul di gegendang telinganya.
Doakan semua selamat dan lancar boleh?
Kalau kalian ingat dalam entri lepas-lepas (aku malas cari linknya), aku pernah tulis pasal 'surat' yang aku bagi pada mak. Sebenarnya mak balas surat tu. Mak ada sakit lain yang dirahsiakan daripada kami - tapi aku tahu melalui surat itu.
Entahlah, masa aku tulis ni pun air mata aku bergenang.
Banyak dosa aku pada mak dan ayah :(
Kalaulah kalian tahu jalan hidup aku yang sebenar (yang sebahagiannya tak mungkin aku mampu tulis di sini), mungkin kalian akan tahu apa yang membawa aku pada hari ini.
Kadang-kadang kita jangan ingat semua senyuman gembira manusia itu menggambarkan keceriaan. Adakalanya ia hanya mewakili satu semangat yang menampung kesedihan...
Aku tau pengalaman hidup aku biasa-biasa saja. Di luar sana ada yang jauh lebih buruk nasibnya. Sebab itu aku tak mahu kalah, dan aku mahu ke depan. Mereka juga layak untuk menguntum senyum.
Kau pun, jangan kalah ok?
Aku ucapkan terima kasih untuk doa kau dan aku juga mahu doakan kebaikan yang banyak untuk kau yang baik hati.
* Tan Sri Azmi Kamaruddin meninggal dunia akibat sakit tua. Al-Fatihah. Kalian tak kenal dia? Urm, tak apa...
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 perkara untuk Amin...
ReplyDelete1. Semoga semuanya berjalan seperti yg dirancangkan
2. Semoga semuanya selamat
3. Semoga mak Amin selamat&sihat
4. Sesungguhnya pengalaman manusia tu berbeza... dan ada yg kadang2 tak boleh diceritakan atau ditulis dimana2... dan pengalaman tu lah yg menjadikan manusia berbeza2...
5. bayangkan tu baru 26 - 27 tahun, banyak dah pengalaman yg kita dapat... kalo mereka yg hidup 40 - 50 thn tu... wahhh lagi banyak... dan mungkin kalo nak cerita... sangatlah banyak...
6. InsyaAllah... Allah bersama mereka yg kuat dan tabah menghadapi ujiannya...
7. keep berdoa...
8. seyuman tu sekadar untuk melindungi kegusaran dalam hati... semua org pun macam tu... aku pun mcm tu juga...
9. Semoga kita menjadi anak yg soleh dan solehah... yg mampu membahagiakan org tua kita dalam apa juga tindakan kita...
10. suka baca blog ko... banyak pengalaman yg saya lalui tak sama dgn yg amin lalui... bleh jadi panduan untuk masa depan
Bismillahirrahmanirrahim
ReplyDeleteMoga dgn Rahman & Rahim Nya, mak kau selamat semuanya.
Dikuatkan fizikal mental.
Menghadapi minor operation.
insyaAllah...semuanya akan selamat..aku doakan untuk mak kau dan untuk kau juga...aaaminnnn...
ReplyDeleteinyaallah everything will be just fine..serahkan pada Allah :)
ReplyDeleteaskm amin,
ReplyDeleteaku doakan semoga semuanya selamat2 dan baik2 shj.
sometimes aku rasa insan yg paling aku benci adalah mak aku, sometime aku rasa insan yg paling syg adalah mak aku. Itulah seorg ibu yg membuatkan hati kita ni sering marah dan syg kpdnya.Namun apa pun kita dia tetap syg pd kita ;)
kau putus cinta??semoga cinta hadis kali kedua,ketiga dan ke4.ngeh he he
hadis* = hadir.
ReplyDeletenanti ada org silap paham plak.hihihi
smoga smua selamat, smua ok n smua bahagia..tabah yer encik amin
ReplyDeletesemoga operation tu berjalan dengan lancar.. :))
ReplyDeleteanak yang menghargai ibu je akan tau erti kasih sayang seorang ibu..
aku doakan, sahabat.
ReplyDeletedan sekarang, tugas kamu pula hangatkan kulitnya dengan sentuhan kamu.
itu mungkin bukan ubatnya, tapi cukup sbg anaesthetic seorang bunda.
percayalah.
ini suara dari seorang perempuan yang sedikit2 ada naluri seorang ibu.