Sebenarnya kerja sekolah banyak untuk diulangkaji. Almaklum, belajar bahasa baru ni memerlukan kesabaran. Aku dah dapatkan kamus dan sebuah buku untuk ini.
Pergi Alamanda beli beberapa buah buku - baru 4 April dah habis peruntukan beli buku sebulan - gatal tangan! Ikut nafsu banyak lagu buku nak diangkat, tapi akal mengatakan cukuplah RM200 sebulan untuk ini. Lagipun semua rak buku aku di rumah telah penuh.
Ok, sekarang aku telah ada perpustakaan mini sendiri, terbahagi kepada beberapa ruang:
i. Alam sekitar (termasuk buku-buku berkaitan dengan bidang aku - Pengurusan Rekreasi Luar). Bidang aku sendiri terpecah dua - Pengurusan Sumber Rekreasi Luar dan Pengurusan Khidmat Pengguna Rekreasi. Maka, selain dari buku-buku teknikal berkaitan Sumber, ada juga buku-buku Psikologi dan selainnya berkaitan dengan Pengurusan Pengguna Rekreasi Luar (termasuk buku Games dan Personality yang aku banyak olah sebagai modul latihan).
ii. Politik dan Ekonomi - khusus untuk buku-buku bersabit idea Politik dan Ekonomi.
iii. Agama - kitab-kitab. Tapi ada satu koleksi himpunan khusus tentang Negara Islam dari pelbagai perspektif - tulisan pelbagai tokoh. Juga ada satu koleksi buku-buku agama yang dianggap liberal.
iv. Tokoh - koleksi Autobiografi dan juga magnum opus tokoh-tokoh dalam pelbagai lapangan.
v. Malaysia dan Melayu - buku-buku berkaitan Malaysia dan Melayu.
vi. Pembangunan diri - buku-buku motivasi.
vii. Novel dan Komik (koleksi Gila-Gila macam Atuk, Ujang, 3 Dara Pingitan dll, hehe)
Sebenarnya buku-buku ini ada yang bertindih labelnya. Tapi apa nak buat, aku terpaksa letak pada satu label khusus supaya aku senang mencari. Gembira bila dah dapat susun 80% buku ni. Tapi kopaklah juga duit beli rak besar penuh dinding bilik untuk muatkan 50% buku-buku yang ada. Rak-rak lama masih digunakan.
Selain itu aku mula membaca juga dan hujung minggu ni wajib habiskan buku Saya Pun Melayu tulisan Dato' Zaid Ibrahim. Perspektif dan pengolahan beliau mungkin beza dengan siri Aku Pun Melayu yang aku tulis di sini. Tapi aku yakin geistnya sama.
Basuh baju, kemas rumah sikit-sikit tu sekarang dah jadi macam aktiviti berterusan. Sebenarnya kita akan rasa seronok hidup berdisiplin bila sesuatu yang kita hajatkan dapat dicapai melaluinya.
Semalam menonton Kamulah Satu-Satunya - best! Dan hajat nak menonton Talent Time dan Fast and Furious...hurm, nak join?
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ulat buku
ReplyDeletejgn ulut bulu sudah
hehe
-da lama xmengadap buku yg tebal2-
hahaha
ReplyDeletemana de ulat buku...untuk hidup bro.
manusia itu apa ertinya? hehe
ulat bulu? (baca gaya labu labi!)
salam
ReplyDeletebanyaknya buku kamu
macam mana kamu cari masa untuk habiskan buku2 tu?
maksud disini, kalau baca, mesti kita nak hadam kan. not only for the sake of finishing it kan :)
saya ke wacana wadi ilmu tadi
amat menarik, dan timbul bermacam soalan
hm, perkara yang menarik memang selalunya begini
aedi,
ReplyDeletesaya ada urusan lain tadi. maaf.
apa hasilnya debat di sana? sayang sekali saya tak dapat hadir. isham dan khalid adalah dua guru penting aliran bangsar - seorang keynesian dan seorang marxis (dlm pandangan ekonomi).
tapi kedua mereka juga menguasai aliran lain, justeru debat jadi menarik.
ditambah pula dengan adanya Prof. Nazari, wah...harus hangat! kongsilah!
aedi, buku mmg paling lazat saat kita cuba menghadamnya. tapi percayalah kata saya, idea juga kdgkala berdepan dgn konteks. justeru, apa yg kita fhm pada satu idea dlm satu konteks, mungkin memberi perspektif berbeza dlm konteks yg lain.
hebat Tuhan kan?
salam, tak mengapa.
ReplyDeletedebat tadi memang hangat!
tak tahu sangat, tapi saya cuba seboleh mungkin.
pak khalid mengatakan ini adalah konflik kapitalisme, seharusnya kapitalisme sendiri yang menyelesaikannya. dia mengajukan theory keynesian dan 'creative destruction'. yang ni saya hanya faham secara permukaan sahaja.
isham pula mengatakan ini adalh fitrah alam. di mana giliran sistem sosialis pula digunapakai. maknaya mengikut kitaran, seharusnya ini penghujung bagi kapitalisme dan masa untuk sosialisme. yang menariknay, dia berkata sosialisme pun pada satu masa akan berakhir juga mengikut kitaran.
tetapi, cadangannya supaya kembali ke bercucuk tanam untuk diri sendiri, dalam konteks negara, menanam bukan untuk diimport saya kira tidak praktikal.
bagaiman dengan negara yang tandus tanahnya, seperti benua afrika?
perdagangan harus juga berlaku kan?
Prof. Nazari pula mengajukan kebali kepada islam secara holistik. Apa yang menarik, dia tidak menolak private property dalam kapitalisme, tetapi menyarankan industri hutang dihapuskan. dalam islam, semestinya institusi baitulmal.
bagaimana nak dihapuskan, bukankah sistem perbankan sekarang tunjang bagi kapitalisme (betulkan kalau salah?
dari segi penyampaian, isham adalah terbaik.memang dia dilahirkan untuk berhujah! serangannya tentang nilai yang dibawa kapitalisme juga boleh diterimapakai. pak khalid pun baik, tapi tak sebaik isham. saya kira kalau prof lebih pandai berhujah, tentu hujahnya menjadi lebih menarik.
dalam kehidupan manusia ini, masalah dan konflik mesti timbul. dan manusia ini dikurniakan akal dan kreatif sifatnya.
saya kira, manusia mendirika sistem, pastinya untuk kebaikan.
sosialisme kelihatan agak menyekat kreativiti manusia. kebebasan dan kreativiti manusia tidak wajar disekat. bagi saya, ini kekurangannya. kapitalisme pula mudah dieksploitasi oleh orang yang haloba.kata pak khalid, ini fitrah manusia. sistem islam pula, perlu holistik.sistem ekonomi islam tidak lengkap, sekiranya sistem lain tidak islam. contohnya perbankan islam sekarang.
kerana faktor masa, pak khalid tidak menjawab semua soalan yang diajuka.
kenapa tidak diambil nilai-nilai baik dari seiap ini dan disatukan?
social market pula bagaimana?
dalam debat sebegini, tentunya bukan bertujuan untuk mencari pemenang.
amin, mohon tunjuk ajar :)
betulkan sekiranya ada tersilap.
p/s - tiba2 terasa ingin membaca the wealth of nation.
terlupa,isham mengatakan community based agriculture tu sementara sahaja, sebelum keadaan benar2 pulih
ReplyDeleteit sounds very good!
ReplyDeletetak apa, teruskan membaca. jika minat boleh saja baca alan greenspan dan juga paul krugman...pasti lebih hangat utk menambah nilai dalam pemahaman ekonomi.
social market economy adalah gagasan Kondrad Adenauer, Canselor Jerman pertama. saya pernah berbincang hal ini dengan Dr. Thomas Knirsch semasa berkunjung ke KAF Malaysia. tentu saja ada justifikasi berkaitan dasar ini, tapi saya kira secara realistiknya Malaysia perlu memelihara sistem.
saya sudah jangka bahawa Pak Khalid adalah panel yg akan menerima paling byk soalan. namun saya rasa sistem ekonomi sosialisme tak akan mampu hidup selepas jatuh. ia hanya sekadar mampu mengacah.
cdgn Prof Nazari berkaitan institusi Baitulmal itu bunyinya sangat menarik. harus diperdalamkan idea itu. tidak adakah persoalan yg muncul berhubung idea ini?
dengan pengetahuan yang tak seberapa ini, saya juga merasa sangsi akan sosialisme sebagai penyelesaian.
ReplyDeletewalaupun agak condong dengan kapitalisme, tetapi ada beberapa nilai yang perlu dijelaskan.
Prof Nazari hanya mengatakan industri hutang sebagai puncanya. beliau tidak menyebut baitulmal secara terus.
itu hanya telahan saya sahaja. memandangkan cadangannya menghapuskan industri hutang, pastinya institusi perbankan tidak wujud lagi.
hence, baitulmal institution.
betulkan sekiranya tersilap.
amin, tidak berapa jelas dengan penyataan 'Malaysia perlu memeihara sistem'
begini maksud saya, ekonomi ini dinamiknya. malahan zaman Baginda s.a.w. sendiri harga brg naik dan apabila diadu, Baginda s.a.w. menjawab bahawa beliau tidak masuk campur dan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.. Di sana ada 2 konsep penting dalam kapitalisme iaitu berkaitan campur tangan kerajaan yang menjejaskan keteraturan spontan (spontaneous order) dan teori tangan ghaib (invisible hand).
ReplyDeletekonsep equality dlm kapitalisme juga lebih cocok dgn islam berbanding konsep sosialisme. social market economy adalah ciri ekonomi Jerman di mana pasaran kekal bebas, namun ada campur tangan kerajaan pada tingkat yg paling minima di mana soalan yg saya kira absah utk difikirkan ialah seminima mana dan sebebas mana kedua2 ciri ini bergerak.
ekonomi tidak berdiri sendiri melainkan ada sistem yg jelas dan sistem yg jelas memerlukan institusi. itu maksud saya.
aku pun baru aja semalam 'terbeli' buku the reluctant fundamentalist. azam baru kononnya tak mau beli dah buku selagi yang ada tak abih dibaca..tapi menarik sungguh offer buy 1 get 1 free..terus kongsi beli ngan member..
ReplyDeleteselamat membaca!
ReplyDeletememang sekarang buku2 yg sedikit outdated dah dijual begitu.
tapi nak kata outdated sgt pun tidak, sebab maklumat bergerak pantas skrg!