Haha, hujung minggu layan tulis kisah cinta.
Sebenarnya aku tak minat nak tulis bab cinta ni sebab aku rasa dalam hal ni aku masih kategori LOSER. Tapi aku suka baca orang tulis bab ni. Even aku baca juga novel-novel cinta seperti tulisan Ahadiat Akashah dan lain-lain. Oh, jangan salah faham, aku juga baca buku-buku lain. Bacalah apa saja - duit anda, kehidupan anda. Jangan lekas nak kata macam-macam kat orang.
Jika baca novel, atau tengok drama, rasa macam isu tipikal. Cinta itu biasanya terjejas kerana adanya orang ketiga. Jangan fikir sempit. Orang ketiga ini boleh saja i) cinta yang lain, ii) keluarga iii) kawan atau siapa saja.
Rasanya, tanya siapa saja, dengan hadirnya orang ketiga ini, tindakan kita selalu menjadi tidak rasional. Misalnya, seorang isteri yang tahu lelakinya ada perempuan lain. Cukup tahu saja, belum tahu benar, pecahlah hatinya. Setakat yang aku tahu, mulalah berlaku penyiasatan dan beberapa tindakan susulan untuk menangani masalah ini.
Aku masih ingat dulu cikgu catur aku bergurau semasa kami di kejohanan catur MSSM. Ada dua orang pelajar dari Kelantan sedang bermain sesama mereka. Orang Kelantan memang manis-manis. Cikgu ini tanya pada aku "Amin, antara 2 tu, kalau boleh pilih satu hang nak yang mana?". Aku pun tunjuklah salah seorang tu.
Dia jawab "yang tu bahaya, kalau gaduh baling pinggan tu! Seorang lagi tu paling kuat menangis saja". Aku ketawa. Maksudnya di sana 'baling pinggan' tu satu yang tidak rasional, konon kalau bertekak laki bini boleh berbincang.
Ya, aku seorang yang kuat percaya bahawa semua masalah boleh selesai dengan perbincangan. Tapi aku juga percaya, jika si suami bermain kayu tiga terhadap isteri, tindakan 'baling pinggan' itu boleh jadi satu yang rasional!
Aku ketawa menonton slot Ally Iskandar dan Salih Yaacob tempoh hari. Salih Yaacob memang pelawak yang aku suka dan mungkin Tuhan bagi dia kelebihan kahwin empat di mana isteri-isteri dia redha. Pendek kata, masalah orang ketiga tidak timbul di sana.
Percayalah cakap aku, orang ketiga dalam kategori cinta lain dalam hati, siapa pun tak mahu. Aku pun tak tahu jika ada perempuan di luar sana secara prinsipnya tak kisah meski pun agama membenarkan.
Tapi percaya atau tidak, lelaki juga berfikiran yang sama. Dayuslah seorang lelaki yang sedia diduakan! Rasanya jika berkeluarga, isteri ada skandal lain, maunya makan penampar si isteri tu.
Dan kuasa talak diberikan kepada lelaki kerana fitrah kejadian lelaki adalah lebih rasional berbanding wanita. Lelaki jarang sangat buat keputusan ketika marah atau saat membenci manusia. Bukan tidak ada. Dan wanita juga bukan tidak ada yang kuat rasionalnya. Tapi kalian sendiri tahu, secara biologi, ada masanya kalian menjadi sangat moody walhal kalian jika boleh tidak mahu begitu.
Orang ketiga juga boleh muncul dalam bentuk keluarga. Bayangkan keluarga menghalang percintaan anda yang berkurun lama, atas pelbagai faktor yang kalian boleh fikir sendiri misalnya kalian masih muda dan mentah, kalian masih belajar, status keluarga tidak sama (teringat Amran si Penarik Becha!), status pendidikan tidak sama, faktor jarak misalnya kes kawan aku seorang di Sarawak seorang di KL (bukan kamu ya Kecik!), faktor jarak usia, kamu bercinta dengan suami orang dan sebagainya.
Waktu ini muncullah pepatah Melayu "kerana hati aku turutkan". Rengganglah hubungan kekeluargaan atas sebab-sebab yang kadangkala kabur penjelasannya. Namun tidak dinafikan ada yang berjaya meyakinkan keluarga bahawa semua akan baik-baik saja.
Selain itu juga faktor kawan. Misalnya begini. Hubungan cinta, pada tingkat yang jelas tentu saja baik untuk diketahui sekurang-kurangnya oleh keluarga dan sahabat terdekat, jika tidak mahu umum tahu sekalipun. Rasanya zaman cinta monyet orang beria nak isytihar dia couple dengan siapa. Konon "aku dapat awek paling hot" atau "aku dapat balak paling hot".
Aku tak tahu sama ada ia sama seperti konsep tunang, sebagai tanda kepada khalayak bahawa "saya sudah diikat, justeru tidak manislah jika saudara atau saudari mahu jadi orang ketiga dalam hubungan kami". Ya, kerana kadangkala manusia punya kemahuan terhadap apa yang telah jadi milik orang sampai isteri atau suami orang pun boleh bercerai-berai kerananya!
Apabila kawan tahu dan kawan tak suka, kita mungkin rasa ralat dan mencari-cari sokongan kawan lain yang sedikit rasional dan neutral untuk menambah keyakinan diri. Aku pernah berdepan dengan kes ini dan kawan-kawan dalam hal mencari manusia neutral dan rasional, memang selalu cuba sedapkan hati untuk dengar pendapat aku sebab aku memang bukan jenis menghukum dan paling suka cari win-win situation. Yalah, aku pun tak mahu kawan-kawan masam muka dan tak bertegur siapa, apatah lagi putus kawan!
Apabila kawan tahu dan kawan suka atau pun neutral (biasanya neutral cenderung positif sebab mereka tidak kisah - konsepnya "itu hal kamu"), kita lebih selesa. Bila ada masalah, kadangkala kita beritahu kepada kepada kawan kategori ini. Rasanya ia lebih kepada faktor "perlukan seseorang untuk mendengar". Dalam hal ini, aku rasa perempuan suka ambil jalan tengah - tidak mahu nyatakan sikap dengan jelas. Kekal neutral. Lelaki pula, jika pengadunya lelaki, lebih gemar mengajak lelaki melihat kembali apa silap kami. Tapi jika pengadunya perempuan, lelaki cenderung please that girl walaupun tak tahu apa kisah sebenarnya.
Perempuan yang bersikap neutral bukanlah tidak ada sikap, tapi aku rasa mungkin play safe (buat apa nak campur lebih-lebih hubungan orang kan?). Dan perempuan cenderung simpati dengan rakan sejenis. Itu biasa. Tapi perempuan yang rasional, mereka sedia mendengar dan mengambil sikap yang jelas.
Tapi kesian. Kadangkala bila perempuan ambil sikap rasional, dia dimusuhi pula oleh rakan perempuannya. Dalam hal ni aku minta maaf sebab puji lelaki. Lelaki jarang sangat memusuhi orang ketiga yang against dia secara rasional, malah menghargai.
Macam aku pernah tulis, ego lelaki pada rasionalnya dan ego wanita pada emosionalnya.
Hei, tunggu.
Sebenarnya masalah dalam hubungan kamu/kita bukanlah tidak boleh diselesaikan. Untuk aku begini:
Kita mesti mengiktiraf bahawa orang ketiga dalam hubungan tidak patut wujud. Ia wujud sebab kita melayan.
Dari pengalaman aku, lelaki memang ada kuat cemburu. Selalunya lelaki cemburu kerana kami tahu lelaki lain jika suka pada kekasih kita, memang sentiasa cari ruang untuk dapatkan kekasih kita. Alasan sekadar kawan semua tu bullshit.
Rasa tak secure pada sang lelaki akan bertambah bila sang kekasih juga tidak menunjukkan tahap keseriusan yang jelas. Perempuan selalu menagih rasa percaya dari lelaki, tetapi tidak suka lelaki menagih rasa percaya dari mereka. Konon mereka pandai jaga diri.
Beb, aku pernah berdepan dengan hal ini. Kawan aku si perempuan penuh yakin dia mampu berdepan dengan lelaki mulut manis meskipun ramai telah menasihati. Akhirnya dia kecundang - maksud aku tercouple dengan lelaki mulut manis sampai bergolak hubungannya dengan kekasihnya.
Tapi aku ada masalah.
Aku seorang yang percaya soal kebebasan. Dan sebagaimana maklum, kebebasan sentiasa datang dengan tanggungjawab. Konsep ini terpakai bukan saja dalam hubungan cinta, tapi juga politik. Ia dah jadi common sense pada aku.
Entah, aku rasa dengan menyekat kebebasan, aku tidak membenarkan manusia menikmati hidup dan belajar mengambil tanggungjawab sendiri.
Tapi ia akan jadi palat bila kebebasan ini tidak digunakan dengan tanggungjawab.
Mudahnya, bila si ayah benarkan anak bebas, tapi anak gunakan dengan belajar hisap rokok, berfoya sampai curi duit mak ayah dan sebagainya, rasionalnya si ayah akan mula mengongkong si anak. Malu muka mak ayah beb.
Aku tak tau analogi di atas boleh pakai atau tidak. Tapi begitulah. Lelaki pantang bila wanita buat mereka macam dayus setelah memberi pelbagai kelonggaran. Tambahan pada tingkat usia yang seharusnya matang, perlukah lelaki beritahu hal asas ini?
Haha, sebenarnya dari semua cerita aku di atas, ia balik kepada Golden Rule - "berbuatlah pada orang sebagaimana kita nak orang buat pada kita".
Jika kita nak orang layan kita baik, layanlah orang dengan baik. Jika kita layan orang buruk, jangan terkejut bila dibalas buruk.
Bukan semua orang pandai menghargai. Tapi jika ia berlaku secara tidak sengaja, belajarlah memaafkan kerana sebagai manusia yang tidak sempurna, kadangkala bila kita terbuat salah, kita juga harapkan begitu bukan?
Ok, hadapi dengan senyuman ya? Semua akan baik-baik saja.
Cintailah cinta!
* Wei, silalah nonton Kamulah Satu-Satunya - ada movie penuh di YouTube. Cool beb!
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1) dah lebih 5 minit
ReplyDelete2) lu paling menyerlah kalau tulisan bab cinta. gua rasa kalau jawatan dewa cinta ada kosong, nanti gua calonkan nama lu.
gua paling menyerlah?
ReplyDeletemacam sial! hahaha
mana gua nak taruk title LOSER dalam kategori cinta ni?
tersentuh jiwa wanita ini. hahaha.
ReplyDeletehehe, kenapa?
ReplyDeletehuh panjang,mujur aku sudah pandai membaca dgn laju.hehe...
ReplyDeletetapi hilang fokuslah,lagi cantik kalo ko buat sub-tajuk, lagi senang nak fokus n nk paham.
ermm,,title loser tu ko boleh buat tajuk buku.
"From loser to belover".amacam?
hahaha
ReplyDeleteaku nak buat tajuk "sometimes being LOSER is GREAT", hahaha
gua bukan tak nak buat sub-tajuk. gua pukul rata satu isu.
saya kagum dgn hasil penulisan anda
ReplyDeletekenapa ya?
ReplyDeletedah curi 5 minit masa saya nih!
ReplyDeleteanyway saya tak percaya ngan lelaki nih...mulut manis!
cukup sekali kecewa dek kerana orang ke3!
Pesan pada diri semdiri" aku kene lebih berhati2"
dan kerana itu hati ini belum dimiliki
n,
ReplyDeletetrust me, bukan saja lelaki tetapi perempuan pun ada pasang.
at the end, i realized that ia sebenarnya bergantung kpd tahap kematangan seseorang memberi nilai kpd perhubungan.
lelaki dan perempuan sama saja - nak test market zaman rasa byk peminat :)
mujur zaman kegemilangan saya dihabiskan dgn jadual yg padat.
tapi kan, bila dah masuk kerja, perempuan selalu rasa pilihan mereka terhad. lelaki jarang rasa mcm tu sbb lelaki percaya kerjaya akan membantu mereka approach perempuan - sebab keluarga mana nak bagi anak mereka pada lelaki yg stabil?
mujur la korang, ada internet..haha
tapi ada internet pun, janganlah ingat dunia ni besar sangat ;)
peace!
so saham lu tengah naik la ni?
ReplyDeletesaya bukan nak menidakkan hal berkaitan jodoh.
kadang2 bila dok sorang2, terfikir yg lebih baik single..
TITIK
saham gua tengah naik? celah mana?
ReplyDeleterelaks. join kelab BSK. ada beran?
Beb,
ReplyDeleteBSK tu apa erk?
gua ni dah ketingalan zaman ke?
huwa...
tak leh konsentered nih....
gapo dia BSK tuh
hahaha
ReplyDeleteitu gua cilok dari Lulu di plurk.
sangat yakin semua pun tak tahu.
cubalah teka! :p
wah...aku baru nak terasa bila ko cakp situasi tu. hahahaa....kalau aku pun aku tak kisah.harap2 in reality ko akan sehebat seperti mana yang ko tulis ni...Amin...yang pasal mulut manis tu aku tahu eh benda tu? hehehehe.
ReplyDeletedun b loser anymore!blajar dari pengalamn eh! GUD LUCK
Liza,
ReplyDeletetakpe, walaupun gua LOSER, gua yakin..perkara prinsip sentiasa boleh dipertahankan.
gua still gila2 mcm lu kenal gua..cuma kaki gila2 kureng dan gua terpaksa menghadap benda2 serius lebih banyak dari zaman kampus.
stress :p apakah? haha
pendek kata gua rasa prinsip gua sbnrnya mudah cuma mencabar bg mereka yg melihat cinta mcm touch n go ni. kira piawai gua la konon2 :p
gua boleh tulis semua di atas ni sbb gua bukan saja mengalami, tetapi memerhati, berinteraksi dan berfikir - proses belajar kan berterusan? hahaha, amacam gua punya ayat cover?
Amin,
ReplyDeleteloser yang selayaknya jadi pakar dalam bidangnya..bak kata Thomas Edison "I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work."
Tido tak lena, makan tak lalu gua beb....sekali lagi gua tanya BSK tu ape?
ReplyDeleteYang gua tahu BSK tu
1) Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
2) Rumah Baitu Saidati Khadijah
hahaha...banyak le ko nye cover...dalam byk2 yang leave comment ni satu pun aku sik kenal. hahaha...banyak le ko nye goreng. all d best bro! i know u can
ReplyDeleteakuatik, danke!
ReplyDeleten, rahsia! :p
liza, change we can believe in! (ada mcm obama tak?)
Malas la nak layan hang...
ReplyDeletegua memang berani orgnya...tapi mana boleh nak men join jer BSK tuh
Gua ada definisi tersendiri tentang BSK..
BSK-boyfren suka kentot---tu kelab ke?
BSK-budak suka kelentong/karoke
BSK-badan senang kurus
BSK-Botol shampoo kecil
BSK-Bosan sama kamu
BSK-Bacelor Sains Kepujian
Arghhhh....MALAS..
TITIK
hahaha,
ReplyDeletekalau lu x nak join BSK, berusahalah dengan tekun :p
Cilakak,
ReplyDeleteAmin saja2 tak nak buat entri baru sebab dia nak naikkan saham dia dalam entri ni.
Lu update la brader. Seribu Tahun Takkan Mungkin.
Hahaha
hahaha,
ReplyDeletesabar beb..gua sibuk layan Pilihan Raya dan beberapa kerja gua.
harap2 betol la lu jadi obama....hahaha....kelakarla ko panggil aku liza, kechik sudah la. ko bla nak lawat sarawak ni?
ReplyDeletekecik,
ReplyDeletedoakanlah..
salam..
ReplyDeletedalam bercinta dengan manusia sentiasa ade LOSER nye..baik pkir hal lain dr duk pkir hal tu..
sye pun suke gak menulis bab2 cinte ni..tapi tu ah..kalau diri pun kekdang terase LOSER nye..mmg kite akan rase down..time tu jgak...
Bonjorno, becok.blogspot.com!
ReplyDelete[url=http://viagraradj.pun.pl/ ]Acquistare viagra [/url] [url=http://cialisantr.pun.pl/ ]Acquistare cialis in Italia[/url] [url=http://viagrarier.pun.pl/ ]Comprare viagra generico[/url] [url=http://cialistagh.pun.pl/ ]Acquistare cialis in Italia[/url] [url=http://viagraenat.pun.pl/ ]Acquisto viagra [/url] [url=http://cialisdkee.pun.pl/ ]Vendita cialis generico[/url]
CINTA KEPADA ALLAH IS THE GREAT...xda istilah loser,xda isttilah orang ketiga..i ada pgalaman hbgan pts sb org ketiga.but,alhamdulillah,i've come to my sense that xda yg lbh hakiki melainkan cinta allah...
ReplyDeletehttp://foto.thoeisen.dk/viewtopic.php?f=23&t=28338 http://belarusy.org/phpBB3/viewtopic.php?f=3&t=23047 http://www.buildmasters.com.au/forum/viewtopic.php?f=9&t=331131 http://www.ig-fck.de/phpBB2/viewtopic.php?p=1001817#1001817
ReplyDeletehttp://yrpc.ebai.ca/forum/viewtopic.php?p=38914#38914 http://sm.gjaj.net/index.php?topic=102130.new#new http://forums.ninjalooting.com/index.php?topic=294446.new#new http://www.labfotogrametria.usach.cl/foro//viewtopic.php?p=142796#142796
http://forums.teamaramp.org/viewtopic.php?f=8&t=70608 http://www.puertoricoparagliding.com/forum/smf_1-1-2_install/index.php?topic=95478.new#new http://ongbak2themovie.com/webboard/viewtopic.php?f=2&t=170282