Aku baru balik dari kedai. Bukan tengok bola, tapi baru lepas jumpa kawan. Dia bawa abang dan adik dia - lama gila kami tak jumpa. Orangnya ialah Hazlan a.k.a. Chilan. Abangnya Hazli adalah bekas Ketua Pengawas masa aku sekolah rendah - tua setahun dan adiknya Hazwan - muda dua tahun tak silap aku.
Hazli terkejut sebab aku kenal dia dan dia tak cam aku. Selepas Seri Indra dia masuk SMAP Labu. Hurm, aku pun tak tahu kenapa aku boleh ingat ramai orang even dah lama sangat tak jumpa. Somehow aku rasa sebab aku terlibat (participate) dalam situasi. Asalnya kami nak jumpa sekejap sahaja - borak bisnes. Tapi akhirnya larut sampai sekarang baru balik. Rupanya kami berkongsi sentimen yang sama tentang Melayu-Islam di Malaysia.
Malam semalam aku borak dengan Airil Rizman (pemain golf negara) yang merupakan senior aku semasa di sekolah. Sama juga, dia mulanya tak ingat aku hinggalah aku ceritakan beberapa hal yang dia ingat. Seronok bertukar pandangan tentang Malaysia. Kami kisahkan hal politik, ekonomi dan masa depan Malaysia. Dia kini 30 minggu setahun di luar negara mengikuti pelbagai siri pertandingan golf.
Sebenarnya aku seronok berbual dengan orang pro-UMNO yang rasional dan objektif. Mereka sangat berbakat. Jika ada yang kurang mungkin tahap keberanian. Tapi itu tidak bermakna mereka tidak berjuang. Perspektif berkaitan apa itu perjuangan adalah hak milik masing-masing. Sekurang-kurangnya aku tahu Malaysia tidak ketandusan manusia berbakat dan rasionalisme sentiasa lebih baik dari fanatik buta.
Bolehlah aku terus tidak menjadi ahli politik sepenuh masa dan fikirkan soal-soal hidup yang lain, hahaha :)
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gua pernah dengar seorang pro PAS cakap, tak semua orang umno tuh jahat, tak semua orang PAS tu baik. Gua memang setuju.
ReplyDeleteSepatutnya PAS menggunakan kesempatan utk memanipulasi kejelekan UMNO tetapi PAS sudah terjun ke dalam lumpur bersama UMNO.
Bak kata Wings, bernafas dalam lumpur
gua fikir lurus mcm tabligh lagi mudah..
ReplyDeletemacam mana?
impian nabi s.a.w. ialah supaya seluruh umat dapat kecap nikmat iman.
sebab tu gua percaya proses, bukan matlamat.
sebab gua mahu jadi realistik - bahawa syurga itu pilihan Tuhan.
haha..ini rupanya blog hang! aku dah ingat hang masa hang sebut hang main chess untuk sekolah. aku rasa aku pernah lawan hang chess masa sekolah dulu. and it was fun having intellectual conversation with u
ReplyDeleteTomoyo,
ReplyDeletesiapakah anda? Zaid?
* Zaid pernah main chess dgn aku ke? + intellectual conversation with me..
urgh...i'm not so intellect. i'm just an ordinary men who wants to participate and share my dreams about the country where i'm living and will leave my generation insyaAllah :)
Oh, ok...aku boleh teka.
ReplyDeleteHang lah Airil Rizman, haha
aku abang chilan la
ReplyDeleteoo..bukan apa, dengan Airil pun aku berentap juga :)
ReplyDelete