Sudah dua hari aku melihat kesungguhan adik aku - Naim - menggunakan laptop Apple aku untuk menyiapkan kerja animasinya. Dia kini belajar di Lim Kok Wing.
Dalam keluarga, hanya aku dan ayah yang punya minat terhadap Matematik. Rupanya, daripada sijil ayah dan juga cerita emak, ayah punya kemahiran melukis. Mungkin genetik ini turun kepada abang Ariff dan Naim. Abang dulu pernah bekerja dengan majalah BOOM! yang diusahakan oleh Ahadiat Akashah sebelum abang berpindah ke Ujang.
Aku fikir Naim mungkin cuba menurut jejak abang walaupun masa kecil dia pernah membuat pengumuman yang mengejutkan emak dan ayah - mahu jadi pemain bola sepak (haha, peace bro!). Ya, jersi Manchester United memang sinonim dengan dia kerana abang Ariff dan aku dulu berkongsi idola bola sepak - "Captain Mabel" Bryan Robson (sebelum aku bosan dengan publisiti berlebihan Manchester United, haha - peace untuk kawan-kawan yang pro MU).
Aku mengambil kertas Lukisan dalam SPM - oklah kan dapat C3 hasil belajar sendiri kerana sekolah aku tidak mengajar khusus subjek ini untuk pelajar aliran sains tulen dengan biologi.
Naim menunjukkan aku hasil yang berbaloi bila aku mempertahankan pilihan dia kepada emak, ayah dan abang. Abang walaupun pernah menjadi kartunis sepenuh masa agak reluctant membenarkan Naim melanjutkan pengajian dalam bidang ini dan aku menentang kerana pada aku biarlah Naim menyambung pengajian yang dia minat. Aku sendiri mengusahakan beberapa peluang untuk Naim mengikuti kursus intensif di luar negara - insyaAllah jika rezeki kau ada, adalah Naim ya.
Aku terkejut bila Naim menyatakan dia nak mulakan bisnes kecil untuk projek yang kian popular di Singapura, di Jepun tak payah cakapla. Di bawah ialah contoh projek orang lain yang ditunjukkan Naim kepada aku.
Ya, wedding animation. Semoga kau dipermudahkan, Naim.
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Captain Marvel la..Mabel mendeeer!
ReplyDeleteHang ngan naim dok ikut aku..apa aku suka hangpa sukaaa!
memang hang tak bole harap la cheetah!
aku ada signature robson!
hang kalau nak aku email hang atau hang copy kat blog aku nanti..
ReplyDeletehang ni bagi chance la aku tiru cerita P Ramlee - kapten mabel :p
ReplyDeletewah, that's great! bila Robbo nak coach England? hehe
oh, tidak, bila menulis England aku teringat lagu England Belongs To Me.
ahah, x perlu la begitu..tidaklah aku sampai begitu...
ReplyDeletehang ni dah beberapa kali aku bgtau. that's not my way :)