Tuesday, November 18, 2008

Politik Sihat

Mogok Lapar sempena 365 hari Tahanan Politik ISA
(teka yang mana aku?)
* Gambar tidak ada kena mengena dengan entry ini. Kebetulan saya bertemunya di laman sawang sahabat lama - Muthanna Saari. Semoga kasih sayang Tuhan ada pada kita.

Perhimpunan Agung UMNO kian hampir. Ini mungkin kayu ukur paling jelas sama ada idea Reformasi akan bergerak dalam UMNO.

Ketua Pemuda

Khabarnya YB Khairy kini tersepit dengan sentimen di dalam UMNO. Sebagai orang luar, non partisan dan mendokong Reformasi politik, aku fikir peluang YB Khairy 50-50. Jujurnya aku suka beliau kerana kapasiti intelek. Mungkin sebab itu beliau sedia berdebat untuk menonjolkan kelebihannya. Sembang politik bahawa korupsi dan salah guna kuasa berlaku dari tangan beliau sebenarnya perlu dibuktikan. Dan proses pembuktian ini memerlukan sistem yang terbuka. Tanpa sistem ini, beliau perlu menanggung persepsi dan word of mouth orang ramai. Untuk aku kapasiti intelek ini penting. Perwakilan? Terpulang.

YB Mukhriz mungkin dilihat paling berpeluang dari sentimen yang ada sekarang. Tapi jujurnya aku melihat ruang Mahathirisme yang cukup besar di tangan YB Mukhriz. Beliau mungkin popular di peringkat domestik tapi belum menonjol di peringkat yang lebih getir - sesuai dengan kedudukan Ketua Pemuda dan mungkin jawatan dalam kerajaan kelak. He's not bad cuma penonjolan kapasiti inteleknya belum teruji di lapangan keras.

YB Khir Toyo punya peluang 50-50 juga. Dia punya pengalaman dan juga berani menyahut seruan YB Khairy. Jujurnya aku rasa YB Khairy punya kelebihan dalam konteks ini. Tapi kelebihan besar YB Khir ialah dia di luar kaitan rapat dengan elit politik. Kenapa? Kerana ia tidak perlu menanggung beban lampau orang lain kecuali diri beliau sendiri. Jika boleh kita letak, YB Khairy-YB DS Abdullah dan YB-Mukhriz-Tun Dr Mahathir. YB Khir mungkin dilihat sebahagian daripada proksi Tun Dr Mahathir kerana penglibatan beliau dalam banyak siri serangan terhadap kelemahan Perdana Menteri sekarang.

Jika aku perwakilan UMNO?

Aku akan mengimbangi struktur kuasa di dalam UMNO dengan memilih YB Khairy. Tapi harus diingat politik dalam UMNO sangat tinggi 'ketidakmunasabahannya'. Perwakilan harus menolak politik wang dan menunjukkan iltizam tinggi kepada cita-cita perubahan (nilai dan bukan orang). Jujur aku katakan bahawa tindakan regim Perdana Menteri kini menghimpit YB Mukhriz di Jerlun pada PRU-12 yang lepas bukan satu tindakan yang baik. Dan aku juga tidak mengimpikan Mahathirisme berulang.

Tidak bolehkah kita berpolitik secara sihat?

Aku faham kawan-kawan sering melihat aku ideal dalam seruan ini terlepas real politik (baca: strategi). Sejak dulu aku kekal bertegas bahawa rakyat penat dan aku tidak nampak keseriusan kalian membantu rakyat bila memikirkan hendak kekal dalam struktur kuasa. Apakah kita memang harus terlalu bergantung dengan kekuasaan untuk belajar memberi?

Aku tidak percaya itu. Sistem yang mengongkong manusia berkhidmat hanyalah sistem yang mencabar perintah Tuhan untuk kita fastabiqal khayrat!

* Ini bukan kempen terbuka untuk YB Khairy, ia hanya pandangan senget oleh aku yang tidak menemukan sebahagian puzzle yang ada buat masa ini.

No comments:

Post a Comment