Dulu aku ada kakak angkat yang kadang-kadang sms atau call aku untuk ingatkan aku tentang Tuhan dan kehidupan. Tapi dia telah berkahwin. Walaupun aku hanya tahu kemudian, doa aku tetap agar dia berbahagia hingga hujung nyawa dan Allah s.w.t. mentakdirkan yang terbaik untuknya.
Hanya baru-baru ini kami bertemu kembali dan sering bertukar pandangan tentang isu semasa. Aku terjumpa satu lagu dari kawan-kawan di Lim Kok Wing yang melodinya cukup menyentuh hati aku. Semoga rasa kasih dari melodi ini akan sampai dalam hubungan kalian sebagai suami isteri.
Untuk Kak Nirah, sejauh mana kita berbeza pendapat, kita sentiasa yakin bahawa kasih sayang Allah s.w.t. tidak terbatas. Terima kasih untuk masa-masa berharga sementara aku meniti kedewasaan.
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment