Monday, November 17, 2008

Buat Aku Tersenyum



Tadi tengok kotak mesej di Friendster. Dapat mesej ni:

a'kum,abg amin, kenai dak haziq adik jeri yg abg amin selalu gusti dulu bila pi rumah abg amin. lama x pernah nampak. abg amin kerja apa?


Aku memang tak kenal masa dia add aku - umur 17 tahun lak tu. Ingatkan sebab dia sokong Anwar Ibrahim rupanya dia adik kawan baik aku dulu. Punyalah lama tak jumpa sebab masa dia kecil aku suka 'pelekoh' (bahasa orang utara untuk gusti(?) kot?). Dia sangat comel masa tu macam Oyen (ini hanya adik-adik aku saja yang tau) anak saudara jiran sebelah rumah (untuk abang aku, mereka ini bersaiz Nabilla dan Arfan).

Aku memang suka budak-budak. Pernah masa aku bantu kursus untuk Remaja Antarabangsa dulu, ada satu kursus lain berjalan untuk kanak-kanak. Sudahnya aku tak ada masa rehat sepanjang kursus kerana waktu lapang seperti lepas makan tengah hari, sebelum makan malam dan di tapak perkhemahan, aku dipanggil oleh budak-budak ni untuk bercerita. Ingat lagi "Cicak Man, come aa tell us a story. We're boring meh". Mereka panggil aku Cicak Man selepas aku jawab soalan "why you wear this? (merujuk kepada tight panjang menutup aurat)"



Ya, mereka berbangsa Cina dan berusia 9 dan 10 tahun. Setiap malam selama 10 hari mereka akan menangis kerana homesick.

Aku suka juga bercerita dengan adik-adik yang remaja - even umur 21-23 tahun pun lepak juga suka mendengar. Aku mahu mereka menikmati pengalaman tanpa mengabaikan bahagian akademik. Aku taklah sehebat mana tapi ada sisi dari pengalaman aku yang aku rasa boleh dikongsi. Alhamdulillah mereka suka. Paling mereka suka tentunya cerita hantu dan cerita lawak. Jenuh kumpul modal nak bercerita.

Tapi ada sedikit perbezaan dengan remaja luar negara. Mereka sering mahu menguji kita dan sangat menghargai jika kita dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Mereka juga lekas membaca teguran kita tanpa segan silu berjumpa secara personal dan meminta maaf (mungkin ini hanya pengalaman aku, atau kerana mereka tak mahu aku meminggirkan mereka semasa sesi 'ramah').

* Nampaknya aku akan mula mengisi banyak gambar ke blog ini. Untuk Kema, kan aku menghampiri usia 15 tahun, haha

2 comments:

  1. hoh? ade nama haku..deng
    weh itu pic anda?
    aiseh..mcm penah tgk ..tp dimana ya?
    deng..deng..

    ReplyDelete
  2. haha, saja je cik kema weh..

    oh tentang pic itu? abaikan..

    ReplyDelete