Thursday, April 8, 2010

Kaduk

Gua dengar MU menang dengan Bayern semalam. Serius gua ingat Bayern dah kena titik 3-0. Alih-alih Bayern layak.

Apakah? 3-0 pada mulanya rupanya berakhir dengan 3-2.

Itu namanya Pak Kaduk, menang sorak, tapi tak layak! kah kah kah

Sunday, April 4, 2010

;)

Lepas ni gua syak budak-budak MU akan cerita kisah sejarah mereka menang treble, ada koleksi juara liga, juara Eropah, juara piala FA dan sebagainya...

Tapi apapun, mereka tak dapat ubah keputusan semalam, Chelsea 2 Man Utd 1, kah kah kah

Sunday, March 28, 2010

Waduh!

Selamat.

Hari tu balik Perlis bawa kereta macam pelesit. Keluar jam 12.15 pagi sampai jam 5.15 pagi. Walhal hari tu serius persiapan tak buat apa sangat. Balik kerja awal sikit sebab singgah tempah kad kahwin dan kemudian ziarah Eda di HUKM. Dia dapat anak perempuan yang amat comel. Muka Firdaus!

Balik Perlis kali ni produktif sikit. Sempat uruskan hal-hal perlu dan meeting berkali-kali dengan kawan-kawan. Tidak dilupakan tentunya bersama keluarga dan rakan-rakan. Layan Chelsea menang 7-1 dengan Villa, hoho.

Tadi balik singgah Seri Iskandar jumpa Puteri. Bagi kat dia Pen mahal yang dibeli dan makanan yang mak masak. Kemudian cuba balik ikut Sabak Bernam sebab malas nak patah balik. Nak jadi cerita...hujan dari Bagan Datoh sampai ke Klang! Waduh!

Sebenarnya aku baru tiba dan mungkin tidur lewat sebab dapat panggilan Puan Penyelia yang sampaikan keperluan kerja segera, nak esok pagi! Waduh!

Wednesday, March 17, 2010

Terima Kasih Art

Bukan rahsia bahawa saya mendokong perjuangan reformasi di Malaysia. Saya belum menjadi ahli mana-mana parti. Jika ada parti yang ingin saya sertai, ia mesti komited dengan agenda persamaan di mata hukum bagi semua rakyat, mendokong kebebasan individu dan boleh dipercayai pertanggungjawabannya.

Berdepan dengan status-quo yang besar, saya kira artikel Art boleh membantu kita memahami dengan lebih jelas apa yang selama ini kita dimomokkan. Sebetulnya ia adalah satu daripada sekian banyak penulisan dan pandangan awam yang serupa. Cuma kerana Art membuatnya secara tersusun, maka saya fikir elok ia dibaca oleh mereka yang patriotik dan percaya kepada nilai kemanusiaan universal. Sesungguhnya, tercatat di dalam al-Quran bahawa Allah s.w.t. memuliakan seluruh Bani Adam.