Saturday, February 28, 2009

A “bunga tahi ayam” by any other name will not smell like a rose.

Jika kita ingat kes baju besi, Saidina Ali k.w. r.a. kalah dalam perbicaraan dan memulangkan semula baju besi itu kepada tuannya. Betapa tinggi nilai kedaulatan undang-undang dan betapa santunnya nilai kepimpinan yang ditunjukkan oleh Saidina Ali k.w. r.a..

Dan di sana, tidak pasti sama ada wujud gesaan Saidina Ali k.w. r.a. turun dari kerusi khalifah disebabkan oleh isu ini. Jika zaman sekarang, sudah tentu ramai yang mahu menggesa beliau turun kerana moralnya beliau kalah dalam perbicaraan.

Sebab itu aku rasa kita mesti tahu berehat sebentar dan menekuni tiap permasalahan yang dihadapkan kepada kita pada hari ini. Rasuah dan salah guna kuasa bukanlah sesuatu yang kita harapkan daripada mereka yang dibayar gaji dari cukai rakyat dan juga mereka yang dipilih melalui peti undi.

Tidak timbul soal kerajaan bagi gaji dan buat itu ini kerana sumber asalnya semua ini berjalan bukan kerja 2,3 kerat manusia melainkan masing-masing ada peranan masing-masing.

Kita maklum ada pekerja yang malas dan pekerja yang rajin. Pekerja rajin sebenarnya tak perlu rasa terusik pun dengan kritikan sinis. Pekerja yang tak rasuah sepatutnya gembira bila ada pembongkaran rasuah rakan sekerja atau pegawai mereka kerana mereka inilah kudis pada sektor awam dan pekerja jujur ini tidak berani melaporkan kerana 'jaga periuk nasi'.

Tak tahu sejauh mana undang-undang kita telah menyelamatkan 'whistleblowers' dan sejauh mana tegasnya kita terhadap kedaulatan undang-undang yang juga menjadi sebahagian peruntukan dalam Rukun Negara. Perasuah tidak taat Rukun Negara yang pertama lagi - kepercayaan kepada Tuhan! Jika mereka taat mereka tentu faham hadis nabi s.a.w. tentang pemberi dan penerima rasuah akan dimasukkan ke dalam neraka!

Kita harus tuntut ketelusan dalam kerja...sampai satu masa kita harus berani katakan, meski pada mereka yang punya talian darah dengan kita bahawa - cukuplah, takutlah pada Allah s.w.t. dan hadapilah kesan daripada perlakuan salah anda.

Keadilan tidak harus selektif.

Terima kasih Tunku Aziz yang memang dikenal ramai dalam perjuangan panjang Transparency International memerangi rasuah.

Terima kasih juga kepada Tuan Guru Nik Aziz untuk kenyataan ini. Semoga kita lebih berani dalam membezakan prinsip dan ketidakmatangan yang kita tempa sendiri untuk diri kita.

Darjah 6 - Sambungan

Oh, hari ini aku dapat tahu Ustaz Rifae - ustaz aku masa darjah 6 rupanya telah terima anugerah Guru Cemerlang hujung tahun lalu. Itu pun dari satu blog ustaz yang lain. Tahniah untuk beliau. Semoga melalui blog itu, aku akan dapat berhubung dengan ustaz.

Aku lupa tulis masa hujung tahun darjah 4 atau darjah 5 kami ada buat satu persembahan. Ustaz Rifae jadi penasihat. Persembahan ini biasalah - tentang anak muda yatim di kampung susah payah dan kemudian sambung belajar di ibu kota, hanyut sebelum insaf dan balik ke kampung menyedari maknya meninggal. Tipikal. Persembahan ni juga pernah aku buat semasa Smart Camp 2001 dan juga Malam Seni Budaya Islam 2002 di kolej.

Watak aku masa sekolah tu lebih kepada pelakon pembantu. Watak utama masa tu siapa ya? Tak silap Dzul. Hanya kami, selain Zofar pun yang agak berbakat dalam bidang ni, hahaha. Aku ingat lagi ramai-ramai pakat gelak sebab masa darjah 6 kami ulang persembahan ni dalam Perkehmahan Badan Beruniform 1995 di Batu Pahat, Perlis. Bila tengok balik, pergh...apa jenis tarian aku buat di atas pentas waktu 'malam di disko' itu?

Darjah 6 Warie jadi Ketua Pengakap sekolah sebab keaktifan dan keupayaan dia menjerit. Aku pun boleh jerit, tapi aku tak aktif sangat pengakap. Tapi entahlah, aku rasa aku minat berkawad, haha. Mencabar beb nak buat yang terbaik dan masa tu rasa cool pakai baju uniform. Azreena buat persembahan solo masa perkhemahan tu - dan dia memang berbakat.

Oh ya, aku ada masuk pertandingan pidato. Entah apa nasib aku, cikgu pilih aku jadi johan dan Muzri tempat kedua. Muzri calon favourite masa tu sebab dia memang pandai bercakap. Aku ni bidan terjun. Tapi aku rasa cikgu pilih aku sebab isu yang aku bincangkan tu besar. Muzri pidato pasal pengaruh televisyen kepada kanak-kanak. Aku masih ingat waktu dia kata kanak-kanak terpengaruh dengan gaya Ultraman sambil menunjukkan aksi Ultraman. Tapi aku cerita pasal krisis hubungan Malaysia dan Australia yang sedang hangat masa tu. Aku ingat lagi pantung yang aku memandai buat masa tu:

Pergi kedai rambut digunting,
Kedai tutup hari Selasa;
Jangan diikut resmi Keating,
Kerana mulut santan binasa.

Haha, pantun apa entah. Keating ialah Perdana Menteri Australia waktu itu. Kiranya aku ni patriotik habis la waktu itu. Jenuh baca surat khabar masa tu. Tapi arena pidato, debat, forum dan sebagainya ni tak begitu kuat melekat pada aku even sampai masuk uni. Walaupun masa Pilihan Raya kampus, gegak gempita pidato aku dan pensyarah serta kawan-kawan memang tahu aku ni 'boleh bercakap', aku tak pernah ada minat yang mendalam tentang ini. Aku rasa aku hanya boleh cakap benda yang aku ada passion saja kot, atau benda yang aku lalui. Aku memang tak reti nak retorik dalam debat di uni. Dahlah tak boleh petik ayat Al-Quran atau hadis, semantik tak ingat punya...

1994 Sekolah Stella Maris mengetuai kontinjen Korobori Pengakap ke Johor. Seingat aku hanya 3 orang budak Seri Indra yang pergi - Warie, Fahdli dan Amir Akmal (rasanyalah, mungkin Warie boleh bagitau nama yang betul). Oh ya, aku tak ingat bila Amir masuk Seri Indra, tapi sekolah menengah dia dapat masuk sekolah idaman - Malay College Kuala Kangsar (MCKK), tapi hanya sampai PMR. Di Stella Maris, aku hanya kenal 4 orang seingat aku - Hazril a.k.a. In (ex-KYS sampai tingkatan 2), Bakti Jawi (ex-RMC), Nurul Zaidi (ex-SAS) dan Mat Noor.

Darjah 6 aku berkongsi kejuaraan lompat tinggi dengan (arwah) Helmi Harison. Masa tu persaingan 4 orang. Aku, Helmi, Sheikh Faizal (budak baru juga) dan Zarizal. Sebenarnya masa tu lompatan kami sama saja 1.15 meter (rendah sebenarnya ni sebab masa MSSM 1997 aku tengok bawah 12 Sabah relaks je lebih 1.30!). Tapi percubaan kedua aku dan Helmi saja lepas.

Aku dah cerita aku wakil negeri main catur masa darjah 6 ni. Ya, aku menang dengan Dhiaul di peringkat kawasan, jadi juara negeri dan di peringkat negeri dapat no. 2 keseluruhan. Aku hanya ingat aku kalah dengan Rodzali pusingan pertama (dia junior tapi wakil negeri), menang dengan abang dia, menang dengan Faiz (dua-dua pun wakil negeri), menang dengan Megat juara kawasan Jejawi dan Suhail (Jejawi) serta Lee Jun Seng (Padang Besar).

Ragbi Sentuh pun aku wakil negeri. Sayang betul kami kalah masa perlawanan akhir dengan Sekolah Ahmad Mad Isa (tak silap aku). Sebenarnya dulu sekolah tu masa perlawanan persahabatan kami buli saja. Aku tak main separuh masa pertama dan kami kalah pun 0-5 (satu touch). Kecewa pun apa nak buat? Tapi aku dapat wakil negeri dengan Zaidi (budak Perlis kenal kot Dee BMX). Aku hanya ingat sebahagian pemain - Yon dan Badri (Paya), Thavoon Sengsureeja (abang Chittana) dan Ketot (Tunjong), Sofian (PTD sekarang, dan dua orang budak Ahmad Mad Isa yang aku hanya ingat muka mereka).

Masa tengah latihan intensif keputusan UPSR keluar dan aku tahu aku akan masuk SM Derma (masa tu bukan SMK Derma lagi). Oklah, masih boleh jumpa kawan-kawan lagi...

Tak 'Cool' Langsung...

Aku tak cadang nak tulis sekarang tapi oleh kerana ada beberapa kes 'samseng pelajar sekolah menengah' baru-baru ni termasuk ada yang mati kerana berebut 'girlfriend', maka aku hanya nak tulis:

hangpa tak cool langsung!

Mencari Kesempurnaan Yang Tidak Mungkin

Hidup ini jika tidak ada jatuh bangun...hanya ada berdiri terus sepanjang masa, rasanya tidak seronok kan?

Aku tak tahu. Tapi aku rasa, tidak semua orang sanggup dalam situasi jatuh. Memang senang kita sebut roda hidup sentiasa berputar - kadang kita di bawah dan kadang kita di atas. Senang.

Tapi semasa di bawah, hanya mereka yang benar-benar ada di sana tahu apa rasanya. Hidup sekadar mengadu dan komplen memang mudah. Sekadar. Tapi berdepan dengan masalah dan ketepikan kepentingan diri demi sesuatu yang sepatutnya dikongsi bersama - katakan mungkin damai dan tenang - memang susah. Tapi memang resam ubat itu pahit.

Sebab aku percaya yang sukar itu sebenarnya tidaklah sesukar mana jika kita ikhlas, maka aku percaya pada kebebasan bersuara. Dalam lambakan bising manusia mahu berkata-kata, akhirnya kebebasan bersuara itu akan diimbang oleh kebebasan bersuara yang lain. Sudah tentu lelah dan letih juga mendengar kebebasan yang dipekik kosong atau penuh kebencian, atau penuh ketirisan maklumat, apatah lagi ketirisan jujur.

Hidup ini tidak mudah, sebab itu ia bermakna.

Setengah orang yang biasa hidup senang. Petik apa pun dapat, nak apa pun dapat... permainan? pakaian? alat tulis sekolah? wang belanja harian? dan macam-macam lagi, tentu ada beza dengan mereka yang memperolehnya dengan cara bersusah payah. Tapi bukan semua mereka yang senang dapat itu buruk sikapnya.

Adab satu perkara yang perlu dilatih, agar kita tidak jadi biadab. Di sana kebebasan bersuara akan teratur spontan. Harap-harap. Jika tidak, kedaulatan undang-undang yang layak menghukum.

Tolong orang miskin memang baik. Robin Hood mungkin akan dianggap hero di kalangan orang miskin. Tapi mencuri bukan satu benda yang baik. Hidup tidak cukup sekadar kaya. Sebab itu Islam jadi tinggi.

Islam pada mesej revolusinya menegaskan bahawa semua manusia itu sama di sisi Allah s.w.t. dan yang membezakannya ialah taqwa. Taqwa bentuknya nilai dan diterjemahkan dalam amal. Taqwa tidak memilih sama ada kau Melayu atau bukan. Jeritlah puas-puas konon kau Melayu-Muslim...kita tak akan boleh tipu Allah s.w.t.

Sebab itu aku selalu takut. Aku banyak dosa. Dan sebab itu aku selalu harap Allah s.w.t. ampunkan aku, fahamkan aku, kuatkan aku dan redha pada aku. Itu hal hablunminallah, hablunminannas lain pula. Sebab tu aku tak malu untuk minta maaf dan paling lambat mahu 'haram'kan sesuatu dan sumbat orang ke neraka. Itu bukan aku kerana aku tahu batas ilmu aku. Aku bagus? Dah lama aku tahu tentang itu. Aku teruk? Juga dah lama aku tahu tentang itu.

Sebab itu aku harap bahagian buruk aku ini boleh ditampung dengan kasih sayang orang ramai. Dan kasih sayang yang banyak dalam kelebihan aku mahu aku tampung pada jeliknya sikap yang ada pada orang lain - jika mampu.

Yang sempurna itu hanya di kehidupan sana *tunjuk langit

Sebab itu mereka yang paling bijak ialah mereka yang paling banyak ingat mati...

Friday, February 27, 2009

Bruhaha..

Aku mungkin sebahagian daripada yang berkongsi pendapat yang sama dengan Raja Petra dalam isu penggunaan nama Allah s.w.t. ni.

Tidak. Aku tidak bermaksud aku yang paling tahu tentang Islam. Namun, dari segi pendekatan, aku sering ada rasa tidak selesa dengan sebahagian mereka yang sering mendakwa paling berautoriti untuk ini.

Di Malaysia, kita beruntung kerana kita punya ramai agamawan dan sebahagian mereka pada aku baik dan bagus. Memang ada barangkali mereka yang punya autoriti ini berlaku silap atas faktor biasa manusia - cuma bila mereka berautoriti, maka kesilapan mereka ini dipandang serius. Pada aku itu baik, kita memang nak semua orang - termasuk diri kita - tunjuk prestasi yang baik cuma kadangkala atas sifat manusia yang lemah itu juga, kita keterlaluan.

Pada pendapat aku, kita gagal memahami dan menggunakan kebebasan yang ada dengan baik. Tapi itu tidak juga bermakna kebebasan ini perlu dinafikan. Sekali lagi, pada aku proses selalu penting berbanding hasil akhir (tanpa memaksudkan hasil akhir tak perlu dicapai...).

Thursday, February 26, 2009

Membesar Bukan Salah Kita...

Masa aku tulis ni, aku sedang tengok Ally Iskandar di TV3 pasal cerita orang gemuk. Oh, tapi membesar pada tajuk ni bukan untuk cerita orang gemuk.

Dan ini bukan juga cerita aku masuk 27 tahun.

Selamat panjang usia kepada den carnal, (Dr.) Huda dan Khairul 'The Biawak'.

Membesar dalam diam, dan ia bukan salah kita sepenuhnya..kematangan tidak mesti diiringi usia - matanglah...

Mana Ada Orang Cemburu Pada Perkara Mediocre..

Itu ayat Fynn dalam komen masukan Marzuki (tutor IT 101 aku, haha). Langsung aku setuju.

Cemburulah pada perkara-perkara yang kita tinggikan nilainya di mata, fikir dan hati kita. Cemburu pun boleh dipositifkan.

Kata maaf selalu mewakili akal budi yang sihat (humble, bukan inferior). Hidup bermusuh tak pernah best pun...tapi itulah yang ramai suka! Hurm, ntah apa-apa!

Wednesday, February 25, 2009

Sebelum Sekitar 600 Kilometer Ke Tengah

Esok aku akan bersama emak dan adik ke KL. Emak cadang agar aku singgah jumpa Puteri (adik aku) di Perak.

Siang tadi Special Branch (SB) Fauzi telefon aku tanya jika lapang untuk berjumpa. Nasiblah kan, aku balik bukan nak jumpa dia :p tapi ya lah, kita ni diajar cakap hemah dengan orang maka aku tolak permintaan dia baik-baik. Ah, sebelum ni masa di Ijok pun aku rasa dia dah dapat sedikit sebanyak maklumat berkaitan aku. Setakat nak ambil nama, no IC, alamat dan nombor telefon tu apa sangatlah. Jika nak tanya pasal pandangan politik, maka siaplah sejam dua. Sebab tu aku tolak. Alasan mudah - aku tak ada cukup masa untuk berbual panjang. Setakat setengah jam mungkin boleh sebab aku telah aturkan beberapa pertemuan lain. Akhirnya dia kata nanti dia akan datang Kuala Lumpur dan kami boleh jumpa di sana. Jawab aku insyaAllah.

Hari ini juara catur bawah 18 telah diumumkan. Kategori lelaki budak sekolah Sains Tuanku Syed Putra jadi juara dan wanita budak SMK Derma (sekolah aku la tu!). Hurm, menarik...seingat aku dulu budak Derma yang fanatik catur ni hanya budak lelaki saja. Dan lebih menarik pertandingan kali ini, sekumpulan pelajar pilihan 'rebah'. Dulu zaman kami memang sukar untuk ditentukan prospek juara. Macam-macam boleh jadi. Untuk kategori remaja bawah 18 sahaja ada kira-kira 15 calon pilihan untuk jadi juara. Tahniah untuk mereka, bulan depan kot kami akan jumpa di Selangor - kejohanan MSSM.

Tadi cikgu Darwis minta aku bersama Syed Iskandar (pemain senior) berserta Marzuki buat perlawanan pertunjukan dengan pemain-pemain yang menang. Bukanlah nak undermine adik-adik, tapi aku rasa permainan mereka perlu diasah banyak lagi. Mereka bukan lemah tetapi kesungguhan perlu ditunjukkan. Sikap mudah berpuas hati tak akan membantu untuk ke depan.

Bos aku tanya perkembangan tugasan yang dia bagi. Agak bengkek juga sebab kes pindah, edit dan render video ni telah ambil masa sekitar 30 jam tidak termasuk muat naik ke laman web. Aku tak tahu apa masalah dengan talian internet yang ada. Sabar jerla...nak kata masalah lappy, hurm...mujur aku dalam kategori IT 101.

Ada lagi kerja lain. Tak apa, abaikan...tapi memang betul apa yang aku selalu bagitau - selain dari aspek teknikal, kita kena belajar PR dengan orang dan kita jangan ingat runding dengan manusia ni semudah kunyah gula-gula getah.

Balik rumah tadi ayah kata gambar aku ada dalam Suara keADILan - gambar masa buat laporan terhadap KP SPRM tempoh hari.

* Ada beberapa hal dari balik kampung ini tak dapat aku buat...insyaAllah lain kali.

Dalam Kehidupan Kita Sebenarnya Ramai Orang Baik

Aku tak tahu sama ada kau percaya atau tidak. Tapi selepas aku mengharung hidup sampai usia 27, aku yakin dalam dunia ni ramai orang baik.

Cuma dalam dunia ni mungkin kurang orang berani.

Atau lebih tepat pakej - jujur, baik, berani dan bijak.

Nakal sikit-sikit tu biasalah. Jahat? Harapnya jangan kita masuk dalam kelompok ini.

Mari pinjamkan bahu untuk mereka yang bersedih...masa terlalu suntuk untuk sedih tanpa berbuat apa-apa untuk hadapinya.

Tuesday, February 24, 2009

Terima Kasih Orang-Orang Perlis

Aku rindu kalian dan rindu ini akan kuterjemahkan bila sampai saatnya.

Doakan aku perkara yang baik-baik dan supaya aku dipelihara Allah s.w.t..

Kalian memang best!

Esok aku akan balik ke KL bersama mak dan adik...dan aku mahu sudahkan kerja yang sangkut-sangkut ni. Hujan memang ganggu kelicinan talian internet ya?

Benarlah kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang...

* Kawan-kawan, semalam aku locked kejap blog ni sebab konon nak cepatkan kerja yang sedang tergendala...maka, tak perlu SMS memohon jadi pembaca dan berteka-teki bahawa aku akan berhenti berblog dalam masa terdekat. Blog ni hanya blog biasa - untuk orang-orang biasa macam aku...

Aku Harap Aku Tak Minat Politik, Boleh Tak?

Apa kes? Apa kes?

Kalau Pandang Satu Benda Dari Sudut Yang Sama Lama-Lama Rasa Bosan Datang

Hari ni tiba-tiba abang Bakar telefon dari Johor. Kesian dia ada beberapa panggilan aku tak jawab. Abang Bakar ni aku kenal masa aku aktif tabligh satu tika dulu. Masa tu aku keluar 40 hari berdakwah di Pontian di mana abang Bakar adalah Penolong Pegawai Daerah di sana. Rupanya blog ini telah diketahui olehnya! Haha, ok je...aku tak akan tutup blog ni walaupun takdir satu hari nanti aku menunjukkan diri aku juga sama macam orang muda lain melayan arus...Tak apa, nanti kisah-kisah pengalaman tabligh insyaAllah akan termuat di blog ni dan aku akan cerita pasal abang Bakar. Tapi dia mungkin saksi akhir kisah cinta aku yang terkubur (1999-2001), hurm...

Gandalf (bukan nama sebenar) SMS ingatkan aku jika aku sudah balik KL jangan lupa hubungi dia. Oh, semoga aku mampu membincangkan hal ini secara serius dengan dia. Tempoh hari masa di Rasta, TTDI aku dah maklumkan kepada dia sedikit sebanyak apa yang terbentang di depan aku. Jika aku berjaya kendalikan apa yang terbentang di depan aku ni (semuanya akan lebih jelas pada Jun atau Julai 2009 insyaAllah), maka aku tentu sekali akan gembira. Ah, esok je yang tinggal pun sebelum aku balik ke KL bersama emak dan adik. Mak ikut aku sebab nak uruskan hal umrah. Eh, aku pun teringin la nak berumrah, melihat Kaabah dan makam Rasulullah s.a.w. serta pelbagai lagi kekayaan Tuhan di sana, hurm...

Tengah hari tadi bercakap dengan Pak Khalid di telefon. Semoga urusan yang kami bincang dipermudahkan. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri. Ya Allah, Kau Maha Hebat dan aku hamba-Mu yang selalu lalai. Janganlah nikmat yang Kau uji aku ini Kau biarkan aku gagal tak terpandu. Semua ini, pada akhirnya perlu aku bincangkan dengan cik Stateskop...dia ok je sebelum ni, cuma aku je kot yang takut-takut. Pengalaman buruk orang minta break dengan aku tapi pukul canang aku tak pernah couple dengan dia kot? Ops...dahlah, lupakan...

Senyum. Entahlah..kadangkala kesungguhan ni sukar diungkap dengan kata dan laku.

Petang macam biasa jumpa kawan-kawan Catur. Aku dah bagitau mereka awal-awal jika jadual Terbuka Perlis tidak bertindih dengan jadual umrah emak April ni, insyaAllah aku akan ambil cuti dan balik. Semua pun masih terkejut sebab permainan aku masih tersisa kualiti, cewah! Jika kalian baca siri lepas pasal Catur (dan ia belum habis!), mungkin kalian dapat sedikit sebanyak gambaran kot bagaimana pengalaman tu benar-benar mengajar aku.

Mak SMS tanya sama ada aku nak ke stadium atau tak malam (tadi la tu..). Oh ya, adik aku Akhbar tu memang penyokong fanatik bola sepak Perlis. Kami sekeluarga dah lali dengan kedegilannya. Dia pun ada pas masuk percuma sebab OKU. Cuma kedegilannya tu kadangkala membahayakan. Bayangkan bola main pukul 8.45 malam, pukul 12 tengah hari dia dah tercangak di stadium! Pening kepala beb! Pernah sekali aku dapat berita dia diserang sawan semasa di sana. Apapun dia adik aku dan cik Stateskop pun dah maklum. Aku harap Tuhan bantu tenangkan hati aku dengan menyuntik kasih sayang umat pada adik aku. Sekurang-kurangnya dia dah masuk syurga (insyaAllah).

Oh, malam ni selain tengok bola aku cuba bau suasana bola sepak di Malaysia. Dulu selepas aku berhenti main bola, aku sendiri tak sangka aku nekad berhenti terus! Ego zaman remaja kot? Mujurlah Pak Jon tak mahu aku siakan bakat, dapat juga main ragbi negeri. Entahlah, aku rasa sukan ni yang penting ialah disiplin dan kesungguhan untuk meningkatkan prestasi.

Tadi Perlis 0 - PKNS 0, tapi Perlis layak ke pusingan seterusnya Piala FA berdasarkan agregat.

Tadi di stadium mata dan telinga aku sangat aktif. Mata aku sayu tengok adik-adik kecil yang sebahagiannya sekolah rendah membanting tulang membantu keluarga dengan menjaja air, kacang, kuaci dan sebagainya. Mereka cari rezeki halal. Entahlah, aku harap pelajaran mereka tak terabai. Bila aku balik kampung dan jumpa kawan-kawan (haha, padahal di KL pun sama), topik anak muda, masyarakat dan pendidikan ni memang aku tak lupa fikir, kongsi dan yakinkan mereka sungguh-sungguh bahawa sesuatu boleh dilakukan. Ah, aku tulis macam ni bukan sebab aku bagus tapi tema 'sharing is caring' tu memang tema aku di mana-mana. Tapi awas, aku pun ada pengalaman dengan orang yang tak suka kau bercakap atau bercerita. Mereka ni manusia sempurna barangkali? Entahlah. Senyum sajalah, haha..itu pun aku mahir apa? Ya, sebab tu kawan-kawan akan mudah kesan jika aku gundah gulana, sedih amat atau marah. Huh, macam mana ek aku nak belajar supaya orang tak cam aku sedang sedih amat, marah atau gundah gulana? Sedih sikit-sikit tu biasalah aku boleh senyum lagi. Hurm, cermin besar yang aku wakafkan di ruang tamu tu mungkin harus dibeli lagi satu - buat praktis senyum waktu sedih amat, marah atau gundah gulana, muahaha.

Ops, terbebel cerita lain pulak! Haha, selain tu aku dengar penyokong-penyokong bersorak, berkomentar dan berbual hal-hal lain tentang hidup mereka. Haha, aku rasa orang Perlis ni best...pandai bercerita. Aku yang curi-curi dengar pun tak dapat nak elak dari tersenyum dan hampir ketawa. Macam harem je korang :p aku rasa berbaloi la bantu bola sepak Malaysia dengan tengok di stadium. Lagipun untuk negeri aku yang comel lote ni. Malam ni penyokong tak ramai, mungkin sebab hujan atau Piala FA. Dulu masa aku kerap ke stadium, pergh..memang ramai beb siap boleh buat Mexican Wave (Viva la bola 1986!).

Yang seronok tentang penyokong bola ni bila mereka maki pengadil sebab keputusan silap. Ya, pengadil pun manusia dan maki tu bukanlah benda yang baik, cuma aku faham bahasa-bahasa ni semua bahasa gurauan. Oh, di stadium memang ada awek-awek melawa dan orang yang datang bawa isteri dan anak. Oh, bahagianya. Tapi itulah, bila awek masuk stadium ni, bunyi 'sweet, sweet' tu (bersiul la!) memang tak boleh elak la. Yang datang berkeluarga pun cool. Ada seorang makcik tu bersorak sempoi je. Siap masa marah pengadil tu dia tanggalkan kasut nak baling, hahaha.

Urm, mungkin sentimen kampung aku tebal kot. Orang perempuan marah cara kampung lain sikit. Taklah sampai mencarut dan konon cool dengan mengulang wtf, sh*t, a**hole, f**khead dan sebagainya.

Esok berbaki satu hari lagi cuti panjang ini.

Tuhan, terima kasih untuk jawapan-Mu. Aku telah puas berdoa untuk itu :)

Masa depan selalu ada menanti kita jika panjang usia. Haha, lawak la cik Stateskop kata nanti nak dengar degupan cinta di hati aku guna Stateskop :p

Monday, February 23, 2009

Membuat Segalanya Indah!

c h i n t a - M o n o l o Q u e

Chinta
Monoloque

kau hadir bila tiba waktunya
tidak diundang tak jua dipinta
walau ku lari namun kau tetap datang jua
kerana mu cinta tak mampu menahannya
aku terus mencuba
untuk lari dari cinta
kerana perit terasa sengsara tanpa kata
kerana dusta

cinta kau luluhkan hati ini,
membuat sgalanya indah
walau sesekali menjengah tiba
cinta
terasa bahagia

hanya menunggu saat dan tika
kerana cinta

aku akan terus melangkah
walaupun tanpamu cinta
aku yakin akan adanya
s e t i a
ceritera yg tiada akhirnya

cinta
abadi cinta
cinta padanya

cinta satu cinta selamanya

Terhimbau Juga La Sikit-Sikit....

Hari ini hanya tiga aktiviti utama yang aku buat...

Tengah hari aku ikut AMK Perlis buat laporan polis terhadap kenyataan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu YAB MB Selangor. Kira aku pergi bagi ramai korum serta 'berjinak-jinak' dengan balai polis Kangar la, haha. Yang menarik tu rupanya balai polis Kangar dirasmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim!

Lepas buat laporan, kami bergambar sebelum tunggu ketua AMK Perlis selesai disoal siasat Pegawai Penyiasat. Semasa aku tunggu dalam balai tu macam biasa la sejak di KL, aku layan borak dengan Special Branch (SB). Haha, memang sejak dulu aku suka borak dengan SB ni. Mereka tak ada tujuan lain - dapatkan maklumat, kenal kita dan simpan rekod gambar dan diri kita. Tak ada hal punya. Aku sejak dulu memang cakap terbuka dan memang SB-SB ni kena layan ceramah aku la.

Ada seorang SB yang aku kenal di Ijok dulu rupanya dah ditugaskan di Perlis. Dia orang Kelantan. Dulu di Ijok aku bertugas sebagai Pemantau Pilihan Raya dan dia memang kena layan aku cakap macam peguam la, semua undang-undang berkaitan Pilihan Raya. Puncanya sebab dia tak pakai uniform, maka aku cakap baik-baik bahawa dia tak dibenarkan ada di kawasan yang telah ditetapkan. Borak dengan dia agak best dulu sebab aku rasa dia ada pendidikan dari gaya dia bercakap maka senang sikit aku nak bertukar fikiran. Ah, SB ni memang ada kerjanya dan aku pun tau jugalah kerangka percakapan mereka sikit sebanyak. Dengar 100, kunyah betul-betul dan telan yang baik. Mereka pun manusia apa? Niat mereka itu hal mereka dengan Tuhan. Oh, aku rasa nanti aku nak tulis pengalaman aku yang sikit sangat dengan SB-SB ni, hehe...mula-mula goyang juga sebab kali pertama tu umur aku baru 19 tahun! Dah lama okla...Oh, dia kata nak belanja aku makan bila-bila sebelum aku balik KL :)

Petang aku layan pergi tengok Catur MSSPs bawah 18 tahun. Pergh, rupanya selama 3 minggu ni mereka sedang habiskan kejohanan bawah 12, bawah 15 dan minggu ketiga ni bawah 18. Jumpa otai-otai lama yang sebenarnya guru-guru yang pernah mengajar aku. Terkejut mereka tengok aku datang. Kawan-kawan yang sepasukan dalam negeri dulu ada yang jadi guru dan kini mengajar catur di sekolah masing-masing, menarik!

Aku layan main catur dengan anak cikgu Darwis, tak ingat pula namanya. Seorang perempuan, hehe. Dia baru habis sekolah Derma (sekolah lama aku la tu) dan jadi juara kategori wanita selama 2 tahun sebelum tu - dari maklumat Marzuki, sparring lama aku dulu. Kak Syafinaz super senior aku pun jadi guru sekarang. Humang aih, umur dia aku rasa dah 30-an tapi masih macam anak dara comel gitu, haha. Aku baru tahu rupanya Syazliana budak batch aku masa sekolah tu adik dia! Kak Finaz ni masa aku tingkatan 1 dia tingkatan 6 atas. Batch abang Najib, Ketua Pengawas masa tu.

Rupanya permainan aku masih berbisa walaupun tak seagresif dulu. Dulu kalau aku main buah putih, memang selalunya aku agresif menyerang dan buah hitam seperti biasa bergantung kepada gaya permainan pemain buah putih. Lepas menang dengan anak cikgu Darwis, yang aku rasa permainannya bagus tapi boleh diperhebatkan lagi, aku layan main Blitz dengan Marzuki. Blitz ni ialah catur kilat - seorang pemain hanya diperuntukkan masa 5 minit seorang. Main 5 permainan dan keputusannya 2.5-2.5. Okla tu, sebab dah petang, orang nak balik. Bulan 4 ni aku mesti balik Perlis untuk kejohanan Terbuka Perlis, oh..nampaknya Josh Waitzkin terpaksa menjadi guru intensif aku lagi! Harap tak bertindih dengan jadual umrah mak aku - dan adakah kelas di Goethe boleh aku rundingkan? Err..adoi!

Petang lepak sekejap (?) dengan Shamril dan kejap lagi nak ke CC dia. Nampaknya kawan aku yang pekat BN ni dah mula waras bila masuk ke alam pekerjaan. Dia mula nampak apa sebenarnya yang aku cakap sejak tingkatan 5 dulu! Ah, orang muda jangan cepat lelah...

Esok aku nak ke rumah saudara mara kot. Sebenarnya YB Yusmadi ajak aku ke Balik Pulau Ahad lepas tapi aku tak dapat pergi - ada perbincangan berkaitan program. Dan aku juga terpaksa menolak jemputan perkhemahan di Gua Kelam kali ni. Tapi aku puas juga dapat berjumpa ramai orang kali ni dan aku rasa mereka lebih dari puas hati kot tentang pandangan aku tentang anak muda, masyarakat dan negara, cewah! Beb, bila kau ada passion tentang kerja kau, kau akan tahu apa yang kau cakap...

Urm, tentang mak dan ayah, sedikit sebanyak aku dah cakap tentang jalan-jalan yang terbentang depan aku sekarang. Harapnya aku tidak silap pilih...kalau silap pilih, terpaksalah cik Stateskop tunggu sekejap, ops!

Oklah, jumpa lagi!

Sunday, February 22, 2009

(Hampir) Semua Masalah Boleh Selesai Jika Kita Nak Selesaikannya

"Amin, mai lepak sat"

"Ada apa?"

"Dr. Mat baru sat tadi bagitau, dia suruh aku kaji fikiran hang
"

Aku tertanya dalam hati - apakah?

Husni kawan aku, budak Kedah (aku tak ingat daerah mana). Tapi dia budak Pembangunan Manusia di Fakulti Ekologi. Aku tak tau den carnal ingat atau tak mamat ni budak Kedah tinggi-tinggi misai dan selalu macam kalut di kolej dulu.

Di kolej dan kampus dulu, aku memang dikenali sebagai seorang yang outspoken, tukang ketuk bagi kerja jalan dan juga seorang yang kreatif(?) buat sesuatu. (oh apakah ini?). Tapi aku rasa keberanian jenis ini hanya bermula selepas Reformasi 1998, titik tolak aku meluruskan pandangan aku pada apa yang kita sebut masa depan kot?

Bila Husni datang bagitau aku macam tu, aku rasa nak tergelak pun ada! Tak adalah hebatnya aku ni cuma cara aku selesaikan masalah mungkin berbeza.

Aku jenis yang optimis kot? Maksud aku, aku tak gemar melihat masalah sebagai masalah sebaliknya masalah sebagai peluang - paling tidak pun ia akan mematangkan kita. Jika ada kawan-kawan buat masukan (entry) pasal masalah, aku akan selalu cuba redakan perasaan mereka dan bagi pandangan yang sesuai (dan kadangkala tak diperlukan kot? haha).

Dalam banyak hal pun aku selalu cuba jadi pendamai jika ada dua pihak bertelagah misalnya pergaduhan besar di kolej dulu. Tapi selepas percubaan ini mendapat maklum balas negatif (maksud aku emosi menguasai rasional), aku akan blah....

Aku tak tahu, tapi dalam hal berpendapat terutama dalam relationship thingy, aku kuat menggunakan rasional. Isu di kolej misalnya - masalah kemudahan pelajar, pelajar buat aduan dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM, ni untuk jawatankuasa pelajar di kolej-kolej dalam UPM) serta pentadbiran yang terima aduan. Aku tidak faham apabila ada pelajar buat aduan atau mungkin sinis, mereka akan dicop sebagai tidak reti bersyukur dan sebagainya. Hasil dari aduan pelajar ini dilayan sebagai 'musuh' di mana daripada persoalan aduan terhadap kemudahan dan sistem ia bertukar kepada peribadi (ini maksud aku relationship thingy).

Kisah benar ini hanya cebisan daripada banyak kisah yang aku temukan di banyak tempat! Dan aku hairan dengan cara orang kita selesaikan masalah dan cari jalan keluar untuk masalah ni.

Pada aku, semua masalah boleh selesai jika kita nak selesaikan. Tapi bila ia sampai mengheret kepada relationship thingy, padahal ia mungkin hanya persoalan benda dan sistem, perkara tu jadi sangat buruk.

Suka atau tidak sistem tidak bergerak sendiri, perlu manusia yang gerakkan. Maka, siapa yang bertanggungjawab terpaksalah sedikit sebanyak tempias kena. Tapi cara kita bereaksi kadangkala keterlaluan dan tidak patut.

Untuk aku, jika ada masalah...

1) Garis prinsip kepada masalah itu mesti ditentukan dengan jelas. Misalnya dalam kes aduan di kolej - prinsip pentadbiran ialah khidmat, patut terima aduan, maklumkan prosedur jika ada dan beri maklum balas lain yang sesuai. Jangan diturut sangat hati bengkak dengan ayat sinikal yang ada. Dan prinsip aduan juga harus jelas - fokus pada aduan, bukan kepada siapa yang bertanggungjawab selesaikan. Soal kegagalan orang bertanggungjawab selesaikan tidak harus jadi perkara pertama, tapi ia boleh diangkat jadi perkara prinsip apabila gagal berterusan - biasanya masalah sikap.

2) Sama juga dalam relationship thingy, jika ada masalah, perkara prinsip mesti diselesaikan. Misalnya pergaduhan dua rakan kerana kononnya kawan A kutuk belakang dan kawan B terasa. Langkah pertama, B patut berdepan dengan A secara terbuka - mendengar dan harus beri A peluang menjelaskan. Tapi B tidak boleh datang dengan kemahuan A mesti bersalah. Cakap direct ni memang susah tapi itulah cara nak selesaikan. B tak boleh selesaikan masalah dengan cara B tuduh sambil TELAH buat keputusan bahawa A salah. It doesn't help at all!

3) Sama juga dalam kes percintaan. Cinta seharusnya bermula dari rasa kasih sayang. Bila ada masalah, selalunya rasa kasih sayang yang menjadi asas permulaan itu diabaikan. Lainlah garis prinsip ini dilanggar - biasanya main kayu tiga.

Itu hanya sebahagian contoh dan ia bukan punca sebenar kenapa aku tulis tajuk ni. Ia persoalan lebih besar melibatkan politik orang tua-tua di mana aku anak muda pula yang kena turun padang selesaikan.

Oh itu satu lagi. Orang tua ada egonya, orang muda ada bodoh sombongnya. Aku rasa kita tidak terlalu bodoh untuk tahu conviction seseorang - jujur atau tidak dan juga mereka termasuk dalam mana-mana kategori atau tidak.

Sebagaimana aku jelaskan pada beberapa kelompok yang aku temukan - kita tak boleh selesaikan masalah dengan orientasi masalah (problem oriented) dalam minda kita. Orientasi pemikiran mesti bersifat orientasi-penyelesaian (solution oriented). Ini kerana manusia tak akan dapat lari dari masalah.

Sebab tu aku tulis jelas-jelas dalam manifesto masa aku di kampus dulu - masalah datang bukan untuk mematikan langkah perjuangan kita, tetapi memanggil kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian kita untuk menyelesaikannya.

Jika kita mengalah sebelum mencuba, kita tak akan menambah nilai apapun dalam proses kematangan kita. Jika kita mencuba, sekurang-kurangnya kita boleh menambah nilai kematangan kita berdepan dengan isu yang timbul.

Perkara kedua selalu aku tekankan - untuk menunjukkan masalah (condemn, complain dan sebagainya), kita hanya perlukan kesedaran. Tapi untuk menawarkan penyelesaian, kita perlukan lebih daripada itu termasuk kejujuran dan kebijaksanaan.

Masalah boleh selesai sekiranya kita sedia bertasamuh (berlapang dada) bahawa kita ada masalah tapi kita berkongsi nilai yang sama bahawa masalah boleh dan patut dilesaikan. Bermula dari keinginan ini, kita harus membuka perbincangan dengan falsafah Imam Syafie bahawa "aku mungkin betul dan aku mungkin salah, maka ikutlah yang betul". Tapi dalam proses menetapkan betul dan salah, kita harus pisahkannya daripada siapa yang buat betul dan buat salah.

Maksud aku tujuan perbincangan itu jangan akhirnya sekadar nak buktikan si A atau si B salah. Tujuannya harus pada prinsip - siapa betul pun A dan B kena ikut. Hari ini mungkin si A betul dan si B salah, tapi akan datang tak tahu.

Tapi di luar sana, aku rasa orang kita ramai yang kurang humble, tambah-tambah dalam politik.

Sudahlah kurang humble, kematangan orang ramai disekat untuk mendapat penjelasan yang wajar. Sebab itu dengan kewujudan internet, sedikit sebanyak pola berfikir masyarakat berubah. Sedikit sebanyak sahaja!

Garis hitam putih dalam politik atau mudahnya yang menang dapat semua dan yang hilang kalah semua sebenarnya garis yang tidak sihat. Sebab itu dari kampus dulu aku terus terang cakap aku suka garis kelabu. Jadilah kamu ahli UMNO, PAS, PKR dan sebagainya. Aku tak kisah pun. Tapi kamu harus datang dengan isi, bukan bentuk semata-mata. Kita berkongsi negara yang sama dan kita sama-sama setuju negara ini perlu ditadbir dengan baik, ini garis prinsip.

Pentadbiran yang baik ialah soal peranan dan bukan soal hak. Isu Melayu ialah soal hak dan bukan soal peranan. Jika benar isu Melayu penting, kita orang Melayu tidak boleh jadikan Cina dan India sebagai kambing hitam kepada masalah negara. Hak-hak Melayu yang terhakis selama ini. Yang rasuah, yang salah guna kuasa ni sebahagian besarnya Melayu.

Atas nama hak, peranan yang dijalankan buruk pun kita ajar rakyat supaya pejam mata! Mengalihkan persoalan peranan kepada soal hak adalah cubaan menipu rakyat. Inilah masalah besar kita. Dan kenapa rakyat bersedia untuk mengalihkan kepimpinan tidak lain dan tidak bukan kerana soal sikap bukan mudah untuk diubah. Rakyat tak boleh disalahkan apabila manusia yang selama berpuluh dan berbelas tahun korup, alih-alih cuba nak cakap dirinya tak korup. Selama ni kau buat apa?

Aku Melayu dan aku tahu masih ramai Melayu yang baik dan boleh ambil alih kepimpinan yang hanya hidup di puing hak, dan bukan peranan!

Aku yakin sebenar-benar yakin - Tuhan tak tanya kau Melayu masa kita mengadapnya! Tuhan mungkin tanya kau muslim atau tidak. Tapi bila Tuhan tunjuk kitab amal kau, Tuhan mungkin juga tanya, kau rasa apa yang kau amal ni boleh ke kau mengaku muslim?

Dan aku harus takut dan harap Tuhan selamatkan aku sejak di dunia lagi kerana aku sama macam kalian - manusia yang berdosa.

Semua masalah boleh selesai jika kita nak selesaikannya - jom selesaikan?

Nota:

Dr. Mat dalam tulisan ni ialah bekas Pengetua kolej aku yang dulu aku selalu argue kerana janji yang tak tertunai dan juga cakap lebat dia. Alam si PTD mungkin masih ingat saat kami rasa bengkek gila dengan dia sebab dia dengan poyonya mengaku Dr. Mahathir banyak buat idea-idea dia tapi dia tak dapat nama. Dia akhirnya dicabar oleh aku melalui satu perarakan penyerahan memorandum kepada Naib Canselor berkaitan pembangunan kolej dan juga desakan supaya dia ditukar atas beberapa faktor. Secara peribadi aku tak ada masalah dengan dia, apabila dia ada tanggungjawab dia kena buat. Aku masih tegur dan salam dia jika jumpa walaupun dia tunjuk muka jelas tak suka aku. Tentang masalah peribadi dia, itu urusan dia dengan Tuhan dan aku tak mahu mendahului Tuhan. Segala penentangan aku jelas berkaitan urusan awam (pelajar). Husni adalah orang kuat anak-anak Kedah di mana Dr. Mat adalah penasihat anak-anak Kedah waktu itu.

Hanya Mereka Yang Hargai Akal Mahu Berfikir

Cukup kot aku tulis tajuk tu untuk semua orang guna otak untuk faham?

Saturday, February 21, 2009

Aku Darjah 6: Sekolah dan Pergaulan

Akhirnya darjah 6 aku kena turun kelas - 6 Sejahtera. Guru kelas kami cikgu Salmiah. Kawan-kawan kelas pertama di kelas 6 Harmoni. Seronoklah mereka dapat guru kelas teacher Azizah. Sedih beb!

Darjah 6 tentu sekali berbeza sebab kamilah yang paling senior di kalangan pelajar di sekolah!

Masuk kelas baru ni aku kena mula balik dari kosong. Bukanlah aku tak kenal mereka semua, tapi mungkin tahap kemesraan tu tak sama. Hari pertama masuk kelas ada 2 pelajar baru - Razlina Azura anak Dato' Radzi Sheikh Ahmad dan (arwah) Helmi Harison. Tapi lepas dua hari Razlina dipindahkan masuk ke kelas 6 Harmoni, almaklum anak Dato'! Masa mula-mula masuk tu, Razlina cakap Perancis! Amboi, terasa kerek pula di situ, hehe.

Eh, dalam kelas lain pun ada budak-budak baru antaranya seingat aku nama dia Nor apa ntah? Yang aku ingat Naded minat kat budak ni. Budak ni pun memang lawa, dia di kelas ketiga.

Dalam kelas aku duduk sebelah Nizar. Mamat ni anak polis dan agak skema, hehe. Meja cantum bertiga, kadangkala siku aku termasuk dalam meja dia pun boleh jadi gaduh. Macam haram je aku rasa mamat ni.

Darjah 6 masuk kelas kena buka kasut sebab kami kongsi duit beli tikar getah. Konon supaya kelas bersih la, hehe. Oh ya, memang di sekolah rendah ni hal-hal tugasan kelas seperti cuci tingkap, susun meja dan sebagainya dititik beratkan. Siap ketua kelas ambil nama kalau tak buat kerja. Haha, macam apa je. Tapi aku rasa sebenarnya itulah yang mengajar kita disiplin.

Aku baik juga dengan Muzri, kami pernah buat komik Jurassic Park masa darjah 6. Satu buku panjang tu kami lukis penuh sampai muka surat terakhir. Tajuknya kami tukar dan ceritanya memang mengarut habis. Apa tajuknya ya encik Muzri?

Kelas kami ni kira budak-budak keras kepala juga - Naser dan Mukrim. Yang lain-lain adalah gergasi seperti Faizal Aziz, Zarizal dan Dezairee. Sebahagian pelajar ada yang bertukar sekolah, ikut keluarga pindah. Pelajar perempuan yang baik dengan kami hanya Zuziana Izati, Solehah (aku tak tahu bila dia masuk) dan Mas Eynah.

Seperti biasa dalam kelas aku masih kekal jadi penghibur. Cuma aku taklah sekecoh masa darjah 5.

Lain-lain waktu aku masih lepak dengan kawan-kawan di 6 Harmoni, cuma rasa segan tu adalah. Siapa lagi kalau bukan dengan Zofar, Dzul, Helmi dan Reza. Aku dengan Fadhli dah tak serapat masa darjah 5 tapi masih kadang-kadang berborak.

Kelas petang biasa aku datang dengan Mat Fitri...

(bersambung)

Aku dan (Arwah) Tok Wan Sebelah Ayah

Aku tak begitu pasti tapi rasanya pada tahun 1993, masa aku darjah 5. Waktu itu aku baru nak balik dari kelas petang dan terserempak dengan kak Imah (jiran aku) semasa kayuh basikal di bulatan (roundabout) Kangar (Perlis ada bulatan ni saja kot yang besar? hehe, Perlis rawk!).

Kata Kak Imah "Amin, mak ayah hang dok tunggu kat rumah. Tok Wan hang meninggal". Aku tak tunggu konon terus pecut balik. Sudahnya rantai basikal jatuh dan lekat! Potong stim sungguh...

Maka berjalan sambil tuntun basikal tu balik ke rumah. Kami sekeluarga bersiap. Jam 8 kami pergi makan di bandar Kangar dan terus ayah pecut kereta ke Kuala Lumpur. Kami sampai dalam pukul 4 pagi.

Dulu sebelum Tok dan Tok Wan pindah Dato' Keramat, mereka tinggal berdekatan dengan rumah Pak Chaq di Derga, Kedah. Tok Wan pendakwah dan guru agama. Rumah Tok Wan sunyi. Kalau malam tu hanya guna lampu pelita saja. Aku sebagai budak kecil masa tu memang rasa tak berapa seronok la pergi rumah Tok Wan.

Aku tak begitu ingat bila Tok Wan pindah ke KL. Ia tak lain tak bukan kerana anak-anak Tok Wan ramai yang menetap di sana. Dulu kalau nak pi KL tu rasanya setahun sekali. Ada juga la selang setahun kadangkala.

Pergi KL pun rasa tak bebas. Tok Wan garang. Aku ni jenis suka menyanyi sambil bermain buaian. Tok Wan biasa akan keluar bawa rotan dan marah sebab dia nak mengaji. Lagi satu kalau masa makan, TV tutup. Cuma satu yang aku suka ikut Tok Wan ialah duduk gaya sunnah semasa makan. Benda ni aku selalu amal kalau makan letak pinggan atas lantai.

Tok Wan dulu satu guru dengan Ustaz Hanafi Silat Cekak, itu kata Paksu dan Pak Njang. Anak-anak murid Tok Wan ramai dan merekalah antara yang membantu pengurusan jenazah Tok Wan selain daripada anak-anak Tok Wan.

Tok Wan mati disebabkan penyakit tibi.

Pak Ngah kata, aku cucu yang paling berpotensi untuk ikut jejak Tok Wan. Maksud Pak Ngah dari hal cepat belajar ilmu agama. Err, aku tak tahu. Aku rasa jauh panggang dari api kot? Tapi aku tak nafikan minat aku pada subjek agama dan berkaitannya cukup tinggi. Aku sentiasa cuba faham dan amal khusus tu cuba baiki. Dari hal amal umum, aku juga cuba yang terbaik.

Hei, come on, aku bukan nabi dan sama macam manusia yang lain. Tak sunyi buat silap tapi tak berminat nak bangga dengan kesilapan dan dosa aku. Dari hal kebaikan dan pencapaian, pada aku eloklah kita galakkan orang tanpa perlu rasa kita yang terbaik.

Yang terbaik itu belum tiba, dan ia hanya ada di dunia sana...dekat di sisi Tuhan.

* Satu ingatan juga untuk arwah Sudirman Haji Arshad yang pergi pada 22 Februari.

Ada Perkara Dari Hidup Yang Orang Boleh Ingat

Tadi pagi aku bergegas ke Dewan Warisan. Ada pula NGO baru di Perlis ni namanya Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS). Isu kolokium kali ini ialah berkaitan isu Melayu-Islam di Malaysia.

Aku datang sebab penceramahnya boleh tahan. Prof. Ramlah Adam, Prof. sejarah UM yang kini rektor di UTEM, Tan Sri Aziz, Prof Shaharir dan Dato' Hassan Ahmad. Itu sebahagian yang utama.

Tapi aku pergi separuh hari saja sebab jelak dengan corak program. Ah, mungkin sebab aku biasa dengan program di KL? Aku rasa itu mungkin sebahagian sebab, tapi yang lebih penting aku rasa program ini tidak akan mencapai objektif sebenar daripada cara pengendalian dan juga perbincangan.

Prof. Ramlah memang dikenali totok UMNO-BN. Aku bengang juga dan bangun untuk tanya soalan, tapi lekas pula rektor KUKUM yang juga pengerusi hanya ambil satu soalan dari pendengar. Prof. Madya apa ntah bangun tanya dan soalan dia ok.

Program ni memang highly politicize. Pertama dengan bodek raja, kedua dengan pandangan selektif dan ketiga sikap tidak profesional penganjur (bahasa mudahnya indoktrinasi).

Memang betul kes di Perak jelas. Sultan berkuasa lantik MB tapi mengikut peruntukan undang-undang tubuh tak berkuasa pecat MB. Sebab itu dari sudut perlembagaannya Karpal Singh berani mahu bawa Sultan ke mahkamah. Aku geram sebab yang dibincangkan ialah satu sisi tentang persoalan raja yang ada dalam Perlembagaan, tapi tak pula bincang semangat perlembagaan secara menyeluruh dan pengertian Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang jadi sistem dalam negara.

Isu Melayu dibincang penuh selektif dengan menjadi kes Perak dan keberhasilan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Mac 2008 sebagai kes pengurangan kuasa Melayu.

Ini gila! Sebab tu aku kesal sebab aku bangun nak tanya Prof. Ramlah sebab ada flaw besar oleh penganjur dan beliau sendiri dalam pembentangannya.

Aku layan juga duduk dengar Prof. Shaharir bentang pasal PPSMI. Perkara kedua daripada pembentangannya aku tak setuju iaitu isu pensejagatan sebagai punca pemimpin Malaysia (sebut saja Che Det) buat keputusan utamakan English. Aku memang banyak juga tak setuju dengan Che Det. Ah, itu cerita lain.

Jam 1.30 petang maka aku malas nak bangun tanya Prof. Shaharir sebab semua orang pun lapar. Aku terus balik.

Apa yang aku beza ialah liberalisme (dalam pengertian Prof. Shaharir tiada campur tangan kerajaan dalam sosio-ekonomi, di mana sebenarnya campur tangan minima) pada aku memperkayakan budaya. Duarte Barbosa yang mengiringi Magellan ke Melaka mencatatkan penggunaan 84 bahasa semasa era kemahsyuran di Melaka. Budaya dan nilai yang tinggi sentiasa akan mengambil alih nilai yang rendah dan tidak tekal. Kita jangan rasa rendah diri. Dulu ketika Mongol melanggar Iraq, akhirnya mereka yang masuk Islam! Unik kan? Penjajah masuk agama kelompok yang dijajah....

Beb, apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah persoalan nilai. Nilai datang dari agama...sendiri mau ingat ok?

Eh, masa program ni aku jumpa ramai cikgu aku. Best! Aku layan borak juga dengan mereka. Ada yang terkejut sebab aku masih ingat mereka sedangkan cikgu Adnan misalnya mengajar aku masa darjah 4 atau mudahnya 17 tahun lalu! Cikgu Aziz yang mengajar aku Kimia pun tak berapa ingat pada mulanya, tapi bila aku bagi kad aku, terus terkeluar dari mulutnya "kamu dulu yang juara catur tu kan?".

Oh, dia ingat!

Sebenarnya aku kesian tengok sekolah-sekolah sekarang ni. Dah nampak macam semua benda dibuat terpaksa, kerana nak hidup, dapat duit dan buatlah sedikit sebanyak yang boleh bantu pelajar. Sistem nak kejar berapa banyak A ni tak sepenuhnya mencelikkan kognitif kita sebagai manusia. Rigid.

Harap-harap ada lagi guru-guru yang semangatnya kuat pada Falsafah Pendidikan Negara. Sendiri mau ingat tahun bila dan siapa menterinya semasa Falsafah Pendidikan Negara ini dibentuk. Itu beza politikus yang mesra cendekiawan dan yang menunggang mereka.

Selamat!