Tiba-tiba Karpal Singh buat gila. Bila Dr. Syed Husin Ali maklumkan bahawa Karpal Singh jarang hadir mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, maka ia tidak menghairankan aku.
Pasca Pilihan Raya, Isham pernah menulis tentang pentingnya kewujudan parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk kekal sebagaimana ada supaya mekanisme semak dan imbang itu wujud. Memang sekali tengok, terutama bagi mereka yang hardcore dengan ideologi, Pakatan Rakyat adalah sebuah pakatan yang ganjil dan sukar dibayangkan. Di luar negara, hampir tidak mungkin kita dapat melihat ini berlaku kecuali untuk isu-isu tertentu.
Jambatan bagi ketiga-tiga parti ini ialah DS Anwar Ibrahim di mana sebelumnya arwah Datuk Fadzil Noor yang memikulnya sementara DS Anwar di penjara.
Membakar jambatan ini tentu sekali kecelakaan besar dan UMNO-BN tahu tentang ini. Sebab itu serangan bertali arus terhadap peribadi tokoh ini tidak pernah luput. Tokoh ini bukan tokoh lembik yang tak teruji. Beliau juga berpengaruh dan mampu mengartikulasi idea dengan cepat. Bukan tidak ada tokoh lain yang teruji dan hebat dalam Pakatan Rakyat, tetapi nyata untuk berdiri sama tinggi dengan tokoh ini, mungkin tidak sama. Dialah DS Anwar.
Ramai yang mendakwa aku fanatikus DS Anwar atau mudahnya Anwaris. Ya, aku mungkin seorang Anwaris kerana sebagai anak muda, aku tidak mahu jambatan ini musnah. Jambatan ini tidak mungkin wujud dengan sikap keras kepala politikus PAS, DAP malah dalam PKR sendiri. Mereka ini bukan sehari dua berada di barisan pembangkang malah mereka teruji sekian lama sebagai pembangkang. TG Haji Hadi, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Dr Syed Husin dan sebilangan nama lagi adalah tokoh-tokoh penting dalam lingkungan pengaruh masing-masing.
Baik DS Anwar atau mereka, semua ada kelebihan dan kekurangan. Ini hakikat umum manusia. Tapi untuk maju ke depan, kita harus bekerja dengan kekuatan dan bukan dengan kekurangan.
Apa yang mungkin sama dalam ketiga-tiga parti ini ialah ianya cross-racial - tidak ada satu parti pun secara ideologinya dalam Pakatan Rakyat diasaskan dari semangat kebangsaan. Hanya saja dalam realiti politik Malaysia, DAP bertarung untuk kekal dengan usaha menyelamatkan undi dari bukan Melayu dan PAS dari undi Melayu. Hakikatnya, inilah kerangka yang UMNO-BN mahukan. Tentu saja gabungan UMNO-BN lebih baik jika DAP dan PAS kekal dalam realiti itu.
Hadir PKR sebagai parti baru ternyata lebih berani. Belum ada tokoh moden Melayu selepas Onn Jaafar yang berani menggagaskan Malaysian Malaysia secara tuntas. Malaysian Malaysia mungkin brand DAP tetapi artikulasinya mungkin beza. Kita harus berpijak di bumi yang nyata bahawa asas kenegaraan kita cukup longgar. Jika Rule of Law yang disifatkan ramai sebagai bentuk penjajahan asing yang tinggal, tetapi tidak dapat dipatuhi sebaiknya, apakah bisa kita mengharapkan lebih baik daripada ini?
Pakatan Rakyat perlu menunjukkan kesatuan dalam usaha menunjukkan bahawa mereka bersedia menjadi kerajaan. Jujurnya, sikap terbuka Karpal menyuarakan pendapatnya harus dipuji. Pakatan Rakyat harus melihat ini sebagai satu tindakan menggunakan hak demokratik Karpal sebagai rakyat dan ahli politik. Namun, pada masa yang sama, Pakatan Rakyat harus bekerja kuat agar rakyat dapat memahami hak-hak demokratik agar mereka tidak mudah dipasung oleh propaganda yang menunjukkan ketidaksatuan hati Pakatan Rakyat.
Aku pernah mendebatkan isu ini dengan seorang teman dalam sebuah kursus. Ya, prinsipnya kita mungkin tidak kisah apa rakyat fikir selagi kita menggunakan hak kita. Tetapi berkaitan politik, anda memerlukan undi rakyat dan undi ini datang dari persepsi dan bukan semua rakyat berminat dengan politik idea yang tentunya sarat dengan gagasan dan juga pertimbangan yang dalam perdebatannya. Rakyat akan bosan dan anggap mereka membuang masa melayan prinsip yang boleh ditoleransi.
DS Anwar tentu saja harus memanggil panglima-panglimanya yang tidak sedikit untuk meratakan pendidikan untuk meneguhkan faham ahli PKR khususnya dan rakyat umumnya tentang politik idea yang tentu saja penting dalam menghadapi hari mendatang. Ya, tentu saja PKR punya ramai mereka yang terdidik tetapi pengikut perlu merasa kelebihan mereka ini.
Anak muda khususnya pendokong Reformasi pada aku harus mula berfikir beyond DS Anwar. Siapakah lagi jambatan yang boleh diharapkan? Umum maklum, inilah cabaran yang mesti ditangani.
Jika ada kebaikan UMNO-BN yang boleh dicontohi, kerjasama politik dan bagaimana mereka menyelesaikan perbezaan pendapat itulah yang terbaik untuk dicontohi.
Sungguh, sebagai orang yang faham aku melihat kenyataan Karpal adalah satu tindakan menggunakan hak dan ruang demokratik yang beliau ada. Tentu saja ia mengundang propaganda berterusan oleh UMNO-BN untuk memecah belah Pakatan Rakyat.
Lambat laun, anak muda tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang quick fix dan tidak faham bahasa - baik mereka namanya ada dalam UMNO-BN atau Pakatan Rakyat.
Ingat, 2013 seharusnya 5 juta pengundi baru dan ini akan menambah kepada jumlah pengundi muda yang ada. Dan ingat bahawa 16 juta rakyat kini adalah mereka yang berusia 40 tahun ke bawah!
Terima kasih kepada Prof Aziz Bari kerana tentu saja aku juga berpegang kepada prinsip ini.
Sunday, February 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dulu-dulu amat respek dgn Karpal Singh sebab dia adalah seorang peguam yang bagus dan selalu menolong orang.
ReplyDeleteSejak dia terlibat dalam politik, rasa respek itu pudar.
Baru-baru ini semasa dia mahu menyaman Sultan, ke'respek'an itu telah luntur.
Dan petang tadi semasa menonton Berita Terkini tentang kenyataan dia mengenai DSAI, respek itu hilang terus.
an2blur,
ReplyDeletejangan cepat sangat hilang respect. Karpal should have his democratic rights as a citizen and Parliamentarian.
I don't have to agree with him but I will ensure he'll get his rights as stated in constitution.
Please read this:
http://mt.m2day.org/2008/content/view/17844/84/
dan ingat firman Allah s.w.t.
"janganlah kebencian kamu kepada satu kaum (atau individu) itu menjadikan kamu tidak berlaku adil"
gua respek orang berani.
ReplyDeletemacam israel. gua respek jugak.
tapi respek tak semestinya gua sokong.
jangan salah tafsir. heheh
haha semut. kita geng!
ReplyDeleteorg berani sentiasa ada tempat di sisi kita. tapi itu tak bermakna kita setuju semuanya tentang dia.
oh. thanks.
ReplyDeletehehe.
it just another blame game by Karpal and people will gonna get tired..
ReplyDeleteyeah, i got it
ReplyDelete=)