Thursday, April 30, 2009

Penang!

Lama juga gua tak datang Penang untuk bercuti. Dulu gua datang main catur di USM tahun 2007 pun tak sempat berjalan sangat.

Kali ni pun gua tak rasa sempat berjalan. Tapi tadi gua dah tawaf bandar Georgetown sekejap sebelum sekarang lepak di Mr.Pot depan Hotel Bayview. Dari bayar internet dekat hotel yang harganya macam harem mahal, untung main sini percuma. Tapi makan dia western la. Gua hanya order telur separuh masak untuk sarapan.

Tadi keluar KL jalan macet. Ramai orang balik kampung atau pergi bercuti agaknya. Waktu orang sibuk bercuti, aku bekerja. Gila liberal! Haha

Kereta gua hari ni jadi lori - penuh barang-barang. Tadi kenduri doa selamat di ofis terus kami datang sini. Ok beb, tengoklah kalau gua rajin, gua update lagi. Selamat bercuti!

Wednesday, April 29, 2009

Corat Coret Gua Yang Nak Demam

Pagi tadi dapat SMS dari Adilah, Astro AWANI. Mereka jemput aku sekali lagi sebagai panelis untuk membincangkan tajuk Menggalakkan Anak Muda Menyertai Sektor Awam.

Dulu ada orang pernah cakap pada aku, kerja dalam sektor awam ini secure, dan aku setuju. Cuma mungkin aku belum puas mencabar diri. Sebagai anak muda yang datang dari ceruk Perlis, aku rasa banyak perkara yang mahu aku cuba dengan jujur dan berani (probitas ed fides). Ia tidak mudah. Sukar. Sangat sukar. Tapi di sana aku banyak belajar.

Aku percaya je ramai anak muda nak masuk sektor awam. Secure dan boleh terus rancang masa depan - kahwin dan sebagainya. Best kan?

Beb, aku lelaki normal, tentu saja persoalan kahwin ni pun ada dalam kepala otak aku. Tapi aku juga mahu realistik. Kesian dia yang aku sayang. Harap-harap aku tak menghampakan.

Aku tolak jemputan Astro AWANI tersebut. Pagi tadi aku rasa sangat nak demam, sampai sekarang. Pulak tu, emak baru balik dari umrah, ayah dan adik pun datang dari kampung, kenalah aku melayan sikit. Mungkin bukan rezeki aku.

Hal ini dikuatkan lagi kerana aku akan ke Pulau Pinang esok bagi "merakyatkan kapitalisme", hehe. Sebetulnya mak patut balik 27hb tapi ditunda kepada 29hb. Tak dapatlah spend masa banyak dengan mak. Tapi macam biasalah, orang baru balik dari Tanah Suci ni banyak ceritanya. Aku bersama keluarga besar lain di Subang tadi melayan saja mendengar.

Best, ayah bawa banyak buah mempelam harum manis!

Aku nak demam ni, serius. Doakan yang baik-baik saja ok? Nak tidur dulu. Banyak nak cerita tapi mood kureng :p

Tuesday, April 28, 2009

PAS dan Tanda-Tanda

Dulu bila muktamar PAS, rasanya tak ramai yang peduli pun. Aku masih ingat guru-guruku di sekolah cakap berlapik "semalam saya pi angkat bulan (maksudnya bendera PAS la!)", "hari ni baju saya tema hijau sempena muktamar PAS (di depan sekolah kami)", "saya suka pelajar saya pass (dengan menekankan perkataan PAS sambil bertanya kepada aku "betul kan Amin kan? (jangan terkejut, dia cikgu Cina!)" dan sebagainya.

Tapi hari ini pasca Reformasi, lebih-lebih lagi selepas 8 Mac 2008, urusan PAS juga secara tak langsung telah jadi urusan awam. Ramai yang ambil tahu dan ramai yang mahu berikan pandangan untuk mempengaruhi pemilihan kepimpinan parti.

Dari sanalah titik mula wacana (discourse) dalam parti PAS turut terheret dan kita tahu sejak dua menjak ini ada 'pertembungan terbuka' atau lebih tepat perbezaan pandangan terbuka di kalangan pimpinan PAS di ruang awam. Aku dah menulis hal perbezaan pandangan dua Tuan Guru yang seharusnya tidak dilihat jelik dalam PAS.

Tapi kenapa ia begitu menghambat dan kelihatan jelik?

Tidak adil untuk aku mendakwa, tapi mungkin ia berpunca daripada rigidnya pendekatan usrah dan tarbiyah. Ia tidak bermakna pendidikan politik khususnya dalam parti lain lebih baik, PKR misalnya lebih haru biru dengan kerencaman yang jauh lebih kusut, dan ia juga tidak bermakna pelaksana usrah di pelbagai peringkat gagal total. Ia lebih kepada persoalan semangat dan teknikal.

Jujurnya dua tulisan Ustaz Nik Abduh tidak pun menyelesaikan persoalan berbangkit malah berkemungkinan mengusutkan. Tapi ia tetap akan sentiasa ada pembela. Aku mungkin simpatisan Pakatan Rakyat yang dilihat kuat menghentam PAS berbanding yang lain. Tidaklah tuduhan yang datang bertimpa pada aku itu merujuk kepada pandangan-pandangan aku yang banyak dan di mana garis beza dengan sikap yang diambil PAS. Kecenderungan biasa mudah ternampak sebagai "anti Islam", "liberal" dan sebagainya sampai ada yang dengan cool-nya mengaku "saya telah lama liberal" (dengan pengertian sendiri).

Di mana-mana aku selalu memerhatikan tanda-tanda termasuk apa yang aku lakukan. Kita kenal diri kita dan waktu bila kita berada di situasi paling hopeless dan paling berani berjuang.

Jujurnya aku menolak apa yang dipanggil Unity Government seperti diusulkan PAS. Malah aku juga tidak melihat Pakatan Rakyat bersedia menjadi Kerajaan Persekutuan meskipun dari perbandingan, aku memang melihat sistem UMNO-BN semakin hopeless.

Maka apa kalau sudah kedua-duanya tak boleh?

Demokrasi!

Ini bukan zero-sum game di mana ada yang patut mengalah. Dengan adanya demokrasi, apakah PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak boleh bergerak sebagai rakan bina negara atas nama pembangkang? Sejak bila menjadi pembangkang itu buruk? Dalam demokrasi ada hak-hak berkaitan kebebasan, keadilan, pengasingan kuasa dan sebagainya. Pokoknya perlaksanaan kita sangat hampeh, macam celaka!

Inilah taboo dalam masyarakat kita. Dan tidak ada tanda taboo ini mahu diruntuhkan oleh kerajaan UMNO-BN kerana mereka "bernafas" dengannya. Meruntuhkan taboo ini hanya akan menjadikan UMNO defensif kerana mereka tidak sedia menjawab kesilapan-kesilapan mereka yang lalu sedangkan rakyat kita pada aku adalah rakyat yang paling pemaaf. Tapi rakyat kita juga memang jenis ego dan sombong - berlagak serba tahu dan paling akhir mengaku diri lemah dan salah. Kiasu di mulut yang sering tidak seiring dengan sikap.

PAS dan siapapun harus berhenti jadi elit. Aku melihat di mana-mana masalah manusia adalah berpunca dari sikap - berlebihan atau berkurangan - dan masalah asas ini disalut dengan kata menghina, kata merendahkan dan meremehkan orang lain, unsur baik yang dipinjam untuk menjustifikasi kekurangan diri dan sebagainya. Falasi.

Ia tidak sepenuhnya salah. Cuma mungkin kita sejak dulu, pada aku, kurang mengajak diri melihat umat sebagai batang tubuh atau cermin kita. Justeru kasih sayang itu tidak ada dan tidak dirasai. Kita berhubung sekadar fizikal, bukan ruh dan jiwa. Individualisme kita dari jenis yang salah atau di luar semangat Islam. Kita mendahulukan benci dan hukum dari kasih dan dakwah. Kita melekaskan permusuhan berbanding sifat pemaaf, persahabatan dan saling melengkapi.

Sebab itu, masalah akan dilihat sebagai masalah, bukan satu cermin betapa tidak sempurnanya kita dalam usaha berterusan sebelum bertemu Yang Maha Sempurna.

Memang ramai yang lekas melompat kepada kesimpulan - bahawa tidak wujud apa itu Islam progresif, Islam liberal, Islam Hadhari dan sebagainya. Islam memang satu, cuma Islam (dari perspektif) mana dalam mindamu?

* PAS harus melihat 'campur tangan' awam dalam urusan parti sebagai tanda penerimaan luas. Ramai orang sudah malas berkomentar tentang potensi UMNO dan ia boleh dilihat dalam PAU baru-baru ini. Semangatnya tidak sama seperti PAU yang dulu-dulu. Tapi semangat itu beralih kepada PAS. Tidakkah itu cukup sebagai tanda?

Kata Ismet Emir

Gua tak ingat pula ejaan benarnya macam mana. Tapi Ismet memberi nafas baru kepada sabda Rasulullah s.a.w. tadi. Katanya:

"Jangan menyukai seseorang sangat-sangat, takut-takut nanti tidak ternampak keburukannya. Jangan membenci seseorang sangat-sangat, takut-takut nanti tidak ternampak kebaikannya".

Manusia memang mencari kesempurnaan, tapi apakah ia?

Hari-Hari Yang Meletihkan

Esok mak balik dari umrah, insyaAllah. Esok juga ayah dan adik akan datang dari Perlis. Tapi Jumaat aku dah nak ke Pulau Pinang.

Kebelakangan ni rajin pula mendengar lagu Seventeen - Selalu Mengalah. Kesian orang laki kan? haha :p Ok, kesian juga kat orang perempuan.

Aku agak detach dengan perkembangan politik semasa. Detach di sini maksud aku tidak begitu bertekun sangat. Sekadar ambil tahu dan buat kerja lain. Aku sedang diburu dengan pilihan yang banyak tentang masa depan. Tak sangka sekarang dah 27 dan pejam celik akan masuk 28, huh!

Tapi sebenarnya aku tak perlu risau, cewah. Memang, memang aku tak risau tentang diri aku, tapi aku risau pula tentang orang lain. Apakah?

Hidup Roller Coaster ni memang tak berapa seronok. Tapi dengan Roller Coaster hidup boleh jadi seronok. Cik stateskop kata "Naik Roller Coaster memang best, tapi jangan sampai muntah!". Lebih kurang begitulah dalamnya maksud.

Kebelakangan ni juga aku habiskan beberapa DVD yang dibeli tapi tak berpeluang nak tengok. Layan jugalah. Nak kata escapism tak juga sebab kawan aku cakap "DVD hang semua berat-berat". Sebenarnya ada juga DVD santai tapi aku rasa memang filem Hollywood adalah filem yang penuh falsafah. Tak apa, nanti aku nak buat koleksi pula filem High School Musical. Hari tu pergi tengok kat wayang tapi tak habis. Balik awal. Tapi patah balik sebab tercicir beg duit! :p Dalam dok beringat pun boleh tercicir. Lawak pun ada sweet pun ada, haha..

Ada filem-filem yang best patut aku miliki? Buku-buku?

Haha, itu saja biasa duit aku habis selain pakaian dan makan. Bosan kan hidup aku? :p

Monday, April 27, 2009

Bila Dua Tuan Guru Berbeza Pendapat Secara Terbuka

Aku rasa lucu pun ada, sedih pun ada. Kedua-dua atas sebab yang sama.

Perbezaan pendapat dua Tuan Guru yang agak popular di kalangan rakyat (kerana terlibat langsung dengan politik) kini telah jadi bahan perdebatan sempena pemilihan PAS tahun ini. Dari komentar-komentar yang berlangsung, ia menunjukkan isu ini isu serius yang mesti ditangani PAS.

Entah kenapa aku rasa ia tidak sepatutnya menjadi begitu serius meskipun jika tidak ditangani dengan baik ia boleh memberi dampak yang serius.

Pada aku mudah saja - terimalah ini sebagai satu proses demokrasi yang sihat. Memang dalam liku gerak kerja berpasukan, fasa Storming adalah fasa yang getir. Ia fasa yang akan menentukan sama ada persaudaraan dan norma yang dibentuk selama ini cukup ampuh atau tidak untuk mengusung agenda pasukan.

Menuju demokrasi matang, kita tak akan dapat mengelak dari perbezaan pendapat dan itu adalah satu rahmat buat aku. Ulama' mazhab semuanya tidak mahu bersama kerajaan dan ada yang mengisytiharkan secara terbuka bahawa pandangannya tidak layak dijadikan sumber paling autoritatif dalam proses hukum. Mereka ini adalah mereka yang takutkan Tuhan asbab kelemahan mereka.

Ia berbeza, sangat berbeza dengan kemahuan galak orang ramai atas nama agama mahu mewakili Tuhan. Di sanalah mulut lancang memanggil orang sesat, syaitan, kafir dan sebagainya. Lebih malang lagi bila ia dihambur kepada saudara seaqidah yang berbeza pendapat dari hal urusan umat.

Aku tak tahu sama ada ini produk usrah yang tepu atau memang sikap kita manusia yang sentiasa mahu berada di zon selamat dengan mengisytiharkan sempadannya dan melihat mereka yang melebihi sempadan ini sebagai sesat sedangkan si pembuat sempadan itu sendiri tidak yakin ia benar-benar sesat.

Hujah pendokong muqabalah dengan UMNO ada justifikasi dan begitu juga hujah penentang mereka. Tapi yang bermasalah tentu saja apabila perbezaan ini mahu ditangani secara autoritarian dan bukan demokrasi sebagai cara. Mungkin mereka yang mendengar demokrasi ralat kerana istilah itu dikatakan "asing dari istilah Islam". Mungkin, siapa tahu? Dan mereka seolah-olah rela dengan penolakan demokrasi sebagai cara sekaligus membiarkan autoritarian sebagai "nilai yang memang dari Islam".

Fikir-fikirlah.

Ada garis besar di sana yang akan menentukan sama ada PAS akan menjadi parti terbilang di Malaysia atau sebaliknya.

Untuk aku, tenang-tenang saja. Perbezaan kedua Tuan Guru itu tidak lebih hanya satu proses muhasabah dinamika Fiqh Siyasah yang luas dan juga latihan berterusan untuk ahli memahami seruan ketelusan, keterbukaan, kebebasan dan keadilan yang selama ini dituntut.

Dari aku yang tidak faqih dan tak pasti tentang nasib di hari pembalasan.

Apabila Gua Rasa Hidup Tersekat-Sekat

You are driven and ambitious and tend to make radical moves to reach your goals.
You are a thoughtful and cautious person. You like to think about your method, seeking to pursue your goal in the most effective way.
You like following the rules and being objective. You are precise and meticulous, and like to evaluate decisions before making them.
You have a sunny, cheerful disposition.

Ya, selain dari mengadu kepada Tuhan, gua suka dapat maklum balas dari orang lain atau sistem lain untuk beritahu gua apa yang perlu dibaiki. Walaupun kawan-kawan yang banyak buat kerja dengan gua selalu tahu gua perform, dan jarang buat hal, pada gua jarang-jarang tu yang bahaya. Sebab apa? Sebab dia akan jadi seperti "sangat celaka".

Dalam hidup, berapa banyak cerita-cerita baik dan impian kau diceritakan pada orang? Berapa banyak pula kau bandingkan dengan cerita-cerita buruk orang yang kau umpatkan?

Sunday, April 26, 2009

Banyak Main..

Layanlah 30 saat sahaja. Banyak main! Haih!

Gua Dah Nak Balik KL

Lagi 2 jam bas gua akan gerak.

Hari ni Dr. Nasir tak buka wireless, maka gua tak dapat guna secara percuma, haha. Malas nak buka komputer rumah. Lepas Asar gua keluar dengan Yeop ke rumah Radi. Cilakak, sepanjang pengetahuan gua, dah tiga pinggan nasi Yeop sapu di rumah Radi sejak semalam. Kami ke sana sebab teman Syed Fahmi. Wow, dia dah pakai Nissan Fairlady - almaklum keluarga kaya. Bini dia pun tengah sarat sekarang. Haha, saja gua tulis so korang jangan harap nak masuk line. Umair pun datang kemudian.

Belum aku duduk Syed dah buka cerita Astro, kebetulan dia tengok. Syed ni adik Pah Tan yang sekelas dengan aku masa form 1 sampai form 3. Pah Tan lahir bulan 1, dia bulan 12. Cewah, padahal Pah Tan sekelas dengan aku gak masa darjah 1 sampai darjah 5. Dua-dua pun dah kawen. Dulu gua pernah gak rapat dengan Syed dan kami tusyen di tempat yang sama.

Selepas habis mengumpat itu dan ini, aku dan Yeop bergegas ke Char Koe Teow di Bangunan KWSP, Kangar. Jumpa Warie, Jan dan Azila. Yeop akan balik KL dengan Warie dan Jan malam ni. Aku naik bas sebab tak berpakat awal hari tu. Mereka balik naik kereta dan memang buat last minute planning. Cilakak, pandai-pandai depa buat telahan aku balik for good. Hehe, cita-cita nak balik for good tu memang ada tapi sabar dulu. Macam biasa borak-borak hal masing-masing, mengumpat itu dan ini tentang hal relationship, kahwin dan kerja.

Masing-masing pun memang masih belum puas berjumpa tapi apa nak buat. Khabarnya Shep akan kahwin dalam sebulan dua ni. Gua pun dah dapat jemputan rasmi dari Barri yang akan kahwin dengan orang Melaka. Gua, Yeop, Warie an Umair memang lambat la masuk bab-bab ni. Kami ni tolong ramaikan majlis, haha.

Gua akan buat kerja-kerja gila setahun dua ni sebelum kahwin. Mak pun dah doakan di Mekah. Harap-harap semuanya ok, hehe. Jumpa lagi beb. Doakan perjalanan gua selamat.

Saturday, April 25, 2009

4/7, Kenduri Kahwin dan Hoyeh-Hoyeh

10 tahun lalu ya, aku memang juara catur remaja negeri. Sebenarnya bermula sekitar 14 tahun lalu.

Tapi bukan hari ini. Pun begitu aku puas hati. 4/7 kira oklah. Cuma yang kurang ialah stamina berfikir tidak seperti dulu. Dan aku tak kesal kerana telah kujangka. Aku pun balik lebih kepada mengeratkan silaturrahim dengan kenalan lama yang terpisah.

Bulan depan ada lagi pertandingan tapi rasanya aku tak ikut serta. Serius, aku rasa stamina badan memang sangat mempengaruhi keupayaan berfikir waras. Dulu setakat 1 perlawanan 5 jam (seorang 2 jam 30 minit masa berfikir), relaks je. Tadi Rapid 20 minit seorang pun rasa macam berasap kepala.

Pun begitu aku suka tengok ramai adik-adik yang menunjukan minat bermain catur. Ya, mereka sekitar usia 8-12 tahun. Selebihnya ramai juga dari sekolah menengah dan pencinta catur dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sendiri. Terkenang zaman aku bersekolah. Haha, aku sentimental. Ok.

Masa solat kat surau SRK Seri Indra tadi pun teringat di sanalah Muzri mengungguli pertandingan azan dan Wandi di tempat kedua. Di sebelah surau ada gelanggang tenis dan sekali lagi Muzri adalah juara sekolah dan Naib Juara negeri.

Bangunan-bangunan memang banyak baru. Tak ada lagi tayar dengan bancuhan simen yang ustaz, guru-guru, rakan-rakan dan aku buat dulu. Kami main di kantin, oh terkenang nasi lima kupang, berlatih bermain catur dan waktu aku menjuarai pidato BM. Muzri di tempat kedua - dia lagi!

Yeop datang ambil aku dan kami ke rumah Radi, rakan sekolah aku yang kahwin dengan junior sekolah, Nana. Kemudian ramai-ramai turun ke sawah konon-konon bergambar Outdoor. Hafizuddin, super senior yang juga pengawas sekolah dulu jadi jurugambar. Rezeki dia masyuk sungguh!

Malam ni kami dah rancang untuk lepak di Bomaq dan kami ingatkan Radi jangan gatal-gatal nak ikut!

Friday, April 24, 2009

Perlis Permai Lagi Mempersona

Gua tiba pagi kelmarin.

Malam gua bagi ceramah motivasi pada adik-adik tingkatan 1 sampai tingkatan 6 di sebuah sekolah. Suka betul mereka. Jenuh gua fikirkan pengisian yang sesuai untuk sesi 2 jam. Terus terang gua hanya biasa dengan kursus yang panjang sebab banyak topik nak disampaikan. Gua pula biasa dengan pendekatan experiential learning. Harap-harap mereka dapat apa yang gua nak sampaikan.

Haha, macam biasalah bila gua handle benda-benda ni - gua tak akan nampak tua! 2 jam tu gua rasa ceramah hanya sejam. Lebih tu gua buat games dan menyanyi.

Kejap lagi gua nak gerak pergi main catur di SRK Seri Indra sempena terbuka Perlis. Gua dah ricky ada beberapa national rating player yang main. Gua duuuulu adalah NR ni. Tapi sebab gua dah berhenti serius main catur 10 tahun, entah apa dah jadi dengan benda tu. Sebenarnya gua saja je main-main ni untuk jumpa kawan-kawan lama. Dengar bulan depan ada lagi anjuran Kilang Gula pula.

Oh, kejap lagi juga gua kena lari makan tengah hari di kenduri Radi dan Nana. Radi adalah kawan batch gua di sekolah tapi dia masuk masa tingkatan 2 ke 3 tak silap gua. Nanti akan ada cerita tentang dia. Almaklum cerita gua pun dah nak masuk tingkatan 3.

Malam tadi lepak dengan Umair dan senior-senior Derma yang tua dua tahun dari kami. Asalnya mereka nak main futsal, tapi gua tak bawa balik pakaian sesuai balik. Cadang nak tengok. Sekali korum tak cukup kami layan berbual di Tomyam Seriab - port ramai bila lepak lewat malam. Huh, mentang-mentang awek siam yang jaga sana lawa bukan main :p tapi makanan dia pun sedap (cewah, gua cover mereka di sana!).

Malam ni dan esok gua lapang. Kalau lu ada sekitar Perlis dan nak lepak, bagitau saja di talian 012-4667658. Malam esok gua gerak balik KL jam 11. Banyak lagi kerja nak dipulun di pejabat sebenarnya.

Perlis permai lagi mempersona - itu jer gua nak cakap :p Tempat jatuh lagikan dikenang bak kata orang :)

Kadang-Kadang Gua Rasa Mencarut Itu Sangat Perlu

* Kredit kepada Anna (bini Pit) yang mewar-warkan benda ni.

Lu tengok ni, lu fikir la sendiri.

Serius, gua tak rasa nak terajang je maid tu. Gua yakin waktu tu silap-silap gua terbunuh dia. Mintak simpang. Tapi memang penampar dan penerajang tu dia akan dapat la.

Ni bukan kira sebab dia Indonesia ke apa, sapa pun lah.

Maka apa?

Dalam kau mencari apa yang kau namakan hidup yang mewah dan bahagia, jangan kau lupa bahawa cinta itu terlalu besar nilainya. Gua pernah cakap kat kawan-kawan yang gua ni type family man. Lepas tengok youtube tu gua rasa gua memang akan jadi family man.

Babi tul minah tu!

* Sorry beb, gua terperasan dalam kes dera ni - tak kira siapalah, biasanya perempuan yang buat. Kenapa ya? Laki ada juga babinya...tapi bentuk lain. Huh!

Thursday, April 23, 2009

Ayn Rand

Aku telah menerima buku tebal - lebih 1000 muka surat - bertajuk Atlas Shrugged, karya Ayn Rand.

Ayn Rand bukan satu nama yang biasa kita dengar di Malaysia. Apatah lagi buku ulung karangan beliau bertajuk Atlas Shrugged. Tetapi satu kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Kongres Amerika meletakkan Atlas Shrugged sebagai buku yang kedua paling berpengaruh di Amerika, selepas Kitab Injil.

Majalah antarabangsa Economist baru-baru ini mengatakan bahawa pada pertengahan Januari 2009, lebih banyak naskah Atlas Shrugged dijual berbanding buku Audacity of Hope tulisan Barrack Obama.

Atlas Shrugged merupakan sebuah magnum opus tulisan Ayn Rand. Diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1957, ia menggambarkan apa yang berlaku di Amerika Syarikat tatkala ekonomi negara tersebut runtuh. Ia menceritakan mengenai tindakan-tindakan kerajaan dalam mengawal ekonomi negara, dan kesan tindakan tersebut kepada rakyat. Ia juga menceritakan mengenai bagaimana satu kumpulan rakyat yang bersungguh mahu berdikari berjaya merobah nasib negara melalui sifat keusahawanan mereka.

Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Jika berminat, jangan segan silu untuk memohon tajaan makan minum dan penginapan. Anda akan dibekalkan buku-buku lain selain Atlas Shrugged juga!

Wednesday, April 22, 2009

Soalan-Soalan Cinta

Gua rasa gua nak mula buat masukan-masukan untuk kita bincangkan persoalan cinta dari masa ke masa. Amacam?

Gua akan bagi kenyataan dan kita bincang. Tak mesti betul, tak mesti salah. Nama pun pendapat. Dari sana gua rasa kita semua boleh saling berkenalan, dan belajar mem-fleksibel-kan diri untuk memahami corak berfikir lelaki dan perempuan.

Ok, kenyataan gua yang pertama ialah:

Cinta tak mesti bersatu, tak cinta tak mesti tak bersatu.

Amacam? Lu berani bagi pendapat? Boleh kupas sikit-sikit untuk menyokong pendapat lu? Relaks, gua tak akan jatuh cinta dengan lu punya sebab gua miskin hina, haha

Tuesday, April 21, 2009

Aku Dah Kata Dah...

Hari ni Hari Bumi 2009, ke mana mereka yang teruja masa Earth Hour tempoh hari entah?

Ops, tak apa...tak perlu dijelaskan. Faham dah :)

Mari kita mulakan yang mudah - sampah buang dalam tong sampah dan cuba sedaya upaya untuk pastikan rumah kemas.

Nilai, Budaya dan Poyo, Apa-Apa Saja Yang Kau Suka Ikutlah

Apa yang gua suka bila jumpa orang-orang yang dipanggil liberal oleh 'mereka-mereka yang dapat tiket khas ke syurga' ialah gua belajar memahami kompleksiti hidup dan di mana apa yang gua percaya sebagai iman hidup dan berfungsi.

Gua bukan tok alim. Gua bukan ustaz. Gua belajar agama di sekolah, hadir kelas mengaji dan Fardhu Ain di sekolah (tu pun ada gua ponteng sikit-sikit), gua lapangkan sedikit masa untuk dakwah, gua membaca, gua bertanya, gua berfikir dan gua berijtihad.

Cewah, bila gua tulis berijtihad tu lu dah mula nak persoal gua "budak ni siapa dan apa autoriti dia nak berijtihad?". Relakslah beb.

Gua rasa, gua banyak mendalami apa yang dipanggil aqidah itu dengan teknik Sokratik. Gua bangga dan suka tengok ustaz-ustaz yang humble, yang santun, yang artikulatif, yang mendahulukan fikrah dakwah berbanding kelancangan menghukum dan gua suka bila mereka bertegas pada tempatnya.

Walaupun gua mungkin ada yang tak setuju dengan sebahagian pandangan atau karakter mereka, pada gua itu isu kemudian. Hak mereka harus ditunaikan, sama macam hak gua juga gua mahu pertahankan.

Tadi makan tengah hari gua lepak dengan Adam, kami bual santai hal bahasa dan budaya. Adam kata bahasa Melayu Malaysia ni kasar sikit bunyinya, berbanding Indonesia. Ok, sebenarnya perbualan kami mula dengan cerita awek Indonesia dan awek Malaysia. Gua yang pandai-pandai bagi pendapat bahawa awek Indonesia umumnya lebih trampil. Alahai, lu tak payah la pilih awek-awek yang lu segan nak panggil awek. Gua maksudkan awek-awek ranggi yang larut dalam fesyen.

Dari situ gua berpendapat orang kita banyak kopipes perkara luar yang mereka rasa cool. Contohnya kata-kata macam wtf, wth dan sebagainya. Pemindahan budaya ni muncul dalam bahasa Melayu misalnya sial! bangsat! p**d*k, p*n**t, b**** dan lain-lain. Gua kata pada Adam bahasa Melayu kalau tengok dari filem-filem lama misalnya filem Nordin Ahmad dan P Ramlee ada keindahan. Pada gua la. Gua sampai sekarang suka pantun, gurindam dan sebagainya. Tapi gua harap bakal bapa mertua gua tak pandai-pandai nak berpantun pula masa gua nak pergi rumah dia nanti, haha.

Kopipes bukan sepenuhnya salah. Dalam konteks yang biasa gua pesan banyak kali kat adik-adik gua yang ikut gua ber-outdoor, gua cakap adapt, bukan adopt. Kalau tak adapt, jadilah jurulatih-jurulatih rekreasi atau kem motivasi poyo nak jadi mamat askar dan mamat bekas askar rasa semakin 'askar' kau kena 'belasah' dalam kem, semakin kau jadi manusia paling berguna di dunia.

Gua tak anti-askar, tak anti siapa-siapa. Gua memang diajar syurga itu rahmat Tuhan. Silap-silap semua orang masuk syurga, gua masuk neraka. Gua tulis apa-apa pun hanya pandangan gua sebagai manusia untuk ikut serta mengolah faham gua tentang diri dan hidup.

Kalau lu berhajat membina iman dari pandangan-pandangan gua, hentikanlah. Lu tak akan dapat dengan menyanjung atau mencincang pandangan gua. Lu lelaki, bila orang tanya jantina lu, lu harus jawab "lelaki". Lu jangan jawab "bukan perempuan". Jawapan lu mungkin betul, tapi kurang tepat. Samalah dengan iman lu, Tuhan tanya lu dan lu tak boleh jawab "sama dengan iman Amin" atau "tak sama dengan Amin".

Pencerahan bermula apabila kau berani mencabar faham kau. Kalau gua boleh pesan pun hanya beberapa perkara: 1) niat lu mesti baik, 2) lu jangan bongkak, 3) lu kena ada hormat pada nilai, 4) lu jangan malu mengaku silap dan minta maaf, 5) lu mudah memaafkan, 6) lu jangan salahkan orang sepenuhnya walaupun mungkin salah dia, 7) lu kena ada sense of humor, 8) lu cuba bentangkan pandangan dan persoalan lu dengan baik, 9) lu tegas dengan prinsip dan 10) lihatlah semua manusia dengan kaca mata Nabi s.a.w. - bahawa semua dari kita adalah umat yang mahu Nabi s.a.w. selamatkan.

Tapi lu jangan terkejut. Bukan semua orang suka orang baik dan mungkin apa yang lu sangka baik tu orang kata poyo, tak bagus, skema, tak beriman dan sebagainya. Percaya kata gua, mereka tidak ada tiket lebih untuk ajak lu masuk syurga sama-sama. Silap-silap tiket mereka pun mereka lupa kat mana mereka letak.

Tapi, soalan awal sebenarnya lu kena tanya "mana tiket gua?"

* Tengok, lu dah mula nak kata gua betul...lu macam yakin semacam je?

Monday, April 20, 2009

Berapa Lu Sanggup Bayar Gua Untuk Pastikan Lu Dapat Kerja?

Amacam? Ada beran?

Adoi...

Malas gua nak komen. Lu baca ni, lu fikir la sendiri.

Menulis Boleh Melambangkan Karakter?

Ya, mungkin.

Bahasa autoritarian, atau bahasa pembebas. Bahasa kasih sayang yang kau kata atas nama Tuhan atau bahasa benci yang kata atas nama Tuhan. Bahasa insan, atau bahasa dewa. Bahasa defensif, atau bahasa offensif. Bahasa budi, atau bahasa angkuh. Bahasa hamba Tuhan, atau bahasa wakil Tuhan.

Kita - ya, aku, kau dan mereka - tak akan boleh tipu Tuhan, dan aku takut, sangat-sangat takut.

Buku

Gua dulu tak minat buku dan yang sewaktu dengannya. Dulu tu maksud gua zaman sekolah. Ayah pernah menang hadiah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, pertandingan apa aku tak ingat, tapi dia dapat banyak buku.

Bosan-bosan aku baca jugalah. Pendek kata buku Tun Saleh Abas - Singa Di Bawah Takhta Dijerat tu aku baca masa aku sekolah rendah lagi. Walaupun ayah dan mak orang kuat UMNO waktu itu, aku tak pernah minat Tun Dr Mahathir. Ya, dia hebat dan ada sumbangan yang signifikan, tapi aku tak rasa dia terlalu hebat bila timbang tara dengan sekian banyak isu yang aku sifatkan prinsip dalam hal kenegaraan.

Kawan-kawan gua sejak dulu suka baca majalah. Biasalah kartun Jepun yang dialih bahasa macam Pedang Setiawan, Alam Perwira dan juga buku kecil Kung Fu Boy. Gua layan juga sikit-sikit terutama Kung Fu Boy - mahal juga tak silap gua RM5.50 sebuah.

Gua mula rakus baca buku dan habis duit (rasa-rasa dah cecah 5 angka juga) bila gua mula masuk kampus dan bergaul dengan realiti di luar. Tercabar gua bila jumpa anak-anak muda di Bangsar. Dari kelompok kiri, kelompok kanan, kelompok Islamis dan sebagainya. Serius, gua rasa macam dalam dunia lain. Faham sikit-sikit saja apa yang mereka cakap.

Masa ni macam ada persaingan kelompok dan gua rasa tak selesa. Gua baca semua, gua ambil sikap tapi gua terus kawan. Sesiapa tak suka gua itu hal dia, bukan hal gua. Dalam hal berpendapat, kalau lu tak suka pendapat orang, itu bukan alasan terbaik untuk lu bermusuh. Lainlah alasan itu gila babas - misalnya dia ajak lu bunuh orang ke, hehe.

Sekarang Pesta Buku. Gua cemburu. Gua simpan duit untuk benda-benda lain (batuk sikit! :p). Bukan gua tak nak pergi beli, tapi gua tenung rak buku gua - dah penuh dan nak penuh ruang kosong rumah dah. Tapi gua akan pergi juga beli sebuku dua dan buat-buat tak tau kata duit gua dah makin susut.

Makin banyak gua baca, gua rasa gua ni semakin banyak tak tahu. Sebab tu gua baca lagi dan lagi :p

Lu kena baca beb. Tak mesti baca buku yang gagah-gagah. Gua pun bukan baca buku gagah pun. Selain baca jangan lupa berfikir dan beramal. Buku pun penghasut! haha

Sunday, April 19, 2009

Ular Menyusur Akar Tak Hilang Bisa

Gua kenal Dr. Alinor ni secara kebetulan. Dulu gua buat bengkel Ekonomi di UKM, masa tu dia di Jabatan Matematik tak silap aku. Terkagum dengan soalan tugasan yang diberikan kepada pelajarnya. Tak ingat yang betul, tapi mulanya berbunyi begini - "Etika dari perspektif .... (gua hanya ingat .... tu ialah nama ahli falsafah).

Dulu masa gua masuk fakulti gua (Perhutanan), gua pernah tanya soalan falsafah juga kat pensyarah gua sebab sebelum tu dia memang nampak terbuka dan sedia membincangkan bidang kami sedalamnya. Sudahnya tidak ada jawapan. Gua bukan tunjuk pandai, tapi gua memang nak tahu. Sebabnya? Gua tak minta pun bidang gua tu dulu.

Kemudian gua borak dengan Dr. Alinor. Rupanya dia abang kepada kawan gua. Kecil sungguh dunia. Dia pun terkejut sebab gua belajar Perhutanan dan sibuk dengan bengkel Ekonomi pulak. Tapi dia tak terkejut sangat gua rasa sebab dunia sekarang memang konsep ilmu yang holistik tu dibicarakan.

Dalam bengkel tu (sebenarnya konsep bengkel lain, mungkin silap gua) antara kertas kerja yang dibentang oleh Prof. Shaharir Zain ialah berkaitan Ekonomi Kebahagiaan.

Ya, memang falsafah. Dan gua percaya semua benda pun melibatkan falsafah. Dan gua dah lali jumpa orang yang buat kerja teknikal dan tak peduli falsafah. Pada mereka falsafah tak berkaitan. Gua hanya boleh senyum saja. Bila dah sombong dengan ilmu ni gua memang tak boleh tolong.

Bidang gua teknikal dan gua suka. Tapi dengan memahami falsafah, gua rasa kesukaan gua berkali ganda.

Perjuangan PPSMI misalnya punya landasan falsafah. Ia bukan sekadar persoalan Matematik dan Sains itu sendiri. Dan gua tak tahu, rasanya falsafah menghubungkan manusia dengan benda. Maksud gua memberi perspektif perkaitan. Gua rasalah. Dan bila libat manusia, ia cenderung Sains Sosial.

Ramai orang suka namakan philo sophia (kecintaan kepada ilmu) sebagai akar falsafah. Tapi itu tak cukup membantu.

Apahal tiba-tiba gua cerita benda ni? Sebab gua nak suruh lu baca ni.

Politik Perak Yang Tak Sudah

Aku mendokong reformasi di Malaysia, bukan lagi rahsia. Tapi selalu aku jelaskan bahawa reformasi ialah kerja semua pihak. Tentu saja Pakatan Rakyat mendapat kredit yang banyak dalam proses ini kerana mereka terlebih dahulu menjuarai banyak isu berkaitan dan proses ini banyak dituntut daripada kerajaan BN.

Tapi kita jangan silap. Sampai bila-bila tuntutan perubahan itu harus bermula dari dalam diri kita di sampung berterusan menghidupkan semangat saling melengkapi melalui kritik, tegur, nasihat dan sebagainya kepada selain kita.

Dalam kes di Perak, kedaulatan undang-undang harus dijalankan dan kes yang utama patut diselesaikan terlebih dahulu. Melambatkan penyelesaian kes yang utama telah mengheret banyak kes sampingan lain.

Speaker mungkin berkuasa penuh dalam hal tertentu, tapi jujurnya aku tidak selesa bila ia berlaku. Dan ia hanya boleh berlaku bila kes yang utama tidak diselesaikan dan kes-kes lain muncul.

Kes utamanya apa?

Mahkamah mesti selesaikan sama ada perlucutan jawatan YAB Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah atau tidak.

Rakyat tidak mempersoalkan perlantikan YAB Dato' Seri Zambry kerana ia memang hak Raja dalam konteks undang-undang. Tapi air baru tidak boleh semudahnya dimasukkan ke dalam gelas yang telah sedia dipenuhi oleh air yang lain!

Hal inilah yang perlu diselesaikan oleh mahkamah di tempat pertama.

Aku masih ingat ucapan DS Anwar di Parlimen, petang sebelum aku balik Perlis dulu. Ia bukan persoalan tidak menerima hakikat lompat parti oleh 2+1 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP. Tapi ia persoalan cara.

Ya, aku sendiri rasakan cara yang terbaik ialah UMNO menunggu sidang DUN dilaksanakan dengan membawa undi tidak percaya. Dengan cara itu, risiko penglibatan istana tidak berlaku.

Selain daripada itu ialah persoalan desentralisasi kuasa. Berlaku masalah apabila sebilangan pegawai kerajaan yang dilantik pusat tunduk kepada permainan politik. Sabotaj terhadap kelicinan perjalanan kerajaan negeri ternyata satu pengkhianatan kepada Raja dan rakyat juga!

Demokrasi harus subur di Malaysia. Rakyat harus lebih berani menyatakan sikap berprinsip.

Kalau Lu Dah Kahwen, Hati-Hati, Anda Sedang Diperhati

Isham Rais dulu pernah kongsi dengan kami perspektif budaya dalam politik. Dia memang hebat meskipun ada sebahagian hal aku berbeza dengan dia. Dia pun banyak benda tak setuju dengan aku, hehe. Sampai sekarang aku masih ingat dia perli aku yang nampak Mat Belia sebelum bertanding Pilihan Raya kampus (lepas dia dah keluar ISA).

Isham pernah tulis bagaimana teknologi mengikis nilai budaya dan suka atau tidak, aku terima walaupun aku tidak sepenuhnya mahu salahkan globalisasi. Tapi pada aku pengamatan Isham kuat dalam perspektif ini dan aku cemburu untuk itu. Memang benar hari ini keluar makan dalam keluarga pun anak-anak sibuk main SMS padahal itulah ruang untuk sembang dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Baru-baru ini pun di pejabat, talian internet bermasalah. Bos di UK tanya "macam mana orang dulu bekerja tanpa internet ya?".

Tuhan sangat hebat.

Sabar

Gua tengok melodi sikit tadi. Gua simpati dengan Wan Chik Daud.

Bab hidup bermadu ni sukar gua nak ulas. Benda yang dihalalkan Islam dengan penegasan jelas tentang ADIL.

Kadangkala laki berlaku adil, pasangan atau keluarga pula tak berlaku adil.

Gua harap Wan Chik Daud akan kekal tabah. Wanita sangat nampak hebat dalam hal kesabaran - kalau sabar la. Gua pernah declare kat FB, gua tabik wanita yang sabar sebab realiti wanita ada hal-hal biologi yang menggugat kesabaran mereka.

Tapi bukan saja wanita, memang telah tersurat dari sabda Nabi s.a.w. "orang yang paling kuat ialah yang paling sabar".

Cakap memang senang beb.

Saturday, April 18, 2009

Sebahagian Masalah Manusia Sebenarnya Bukan Masalah Sangat Pun

Pada aku, setiap pandangan manusia ialah hipotesis, bukan kesimpulan. Tapi ia mungkin hampir kepada kesimpulan.

Kenapa?

Sejak aku belajar sains sosial, pengertian dinamisme kemanusiaan itu cukup tinggi. Sebab itu aku tidak hairan bila dalam kelas Ijazah Sarjana aku dulu, budak-budak Sains Tulen rasa sedikit tertekan. Dan sebab itu juga, dari seorang budak Sains Tulen, aku beralih menjadi budak Sains Sosial.

Di Fakulti aku dulu pun ada perang dingin kelompok Sains Tulen dan Sains Sosial. Tapi haruslah bidang aku terpinggir kerana kami sangat minoriti. Kesian pun ada dengan pensyarah-pensyarah aku yang semangat juangnya tinggi tapi sering diperolokkan pensyarah-pensyarah Sains Tulen yang rasa lebih tahu bidang yang bukan pengkhususan mereka pun.

Sebenarnya di luar pengkhususan pun jika kita ambil tahu, tidak jadi masalah kerana jelas sangat hujah alas untuk mempertahankan kenyataan awal itu tidak kuat.

Dalam Sains Sosial, tidak perlu dinyatakan bahawa tiap manusia itu berbeza kerana itu adalah hakikat yang bersifat absurd - tidak boleh diperdebatkan. Tapi dalam teori Sains Sosial, ia lebih kepada paten tingkah laku manusia.

Benda ni dulu aku rasa pernah tulis dah. Dalam pembentukan borang soal selidik, jika kita tak betul-betul memahami Sains Sosial, ia akan jadi sangat cincai. Dan aku pernah bantu pensyarah di fakulti lain buat penyelidikan lapangan (sebagai enumerator), aku dapat lihat secara ketara masalah ini. Dan bila aku ambil kelas Pensyarah Penasihat aku dulu (semasa Ijazah Sarjana), aku dapat lihat betapa seronoknya Sains Sosial. Kalau kau fail dalam pembentukan borang soal selidik (instrument), akan timbullah masalah lain dalam analisis. Masa Ijazah Sarjana Muda, kami hanya belajar asas, itupun dalam kelas khas. Kena pula penyelidikan aku ada berkaitan dengan size effect yang secara tak langsung berkait faktor sosio-budaya.

Tapi realiti di Malaysia beza. Fenomena ini sering aku luahkan kepada Ustaz Hasrizal sebagai gejala quick fix, meminjam Stephen R. Covey. Manusia ada pendapat, tapi dalam proses berbeza pendapat, manusia lekas nak masuk kepada kesimpulan tanpa mahu menekuni perbezaan pendapat yang kadangkala tak ada apa sangat pun.

Kata orang, contoh mudah membezakan orang Sains Tulen dan Sains Sosial ialah Orang Sains Tulen cenderung berfikir 1+1=2 dan orang Sains Sosial pula 1+1 tidak semestinya 2. Tapi contoh ini tidaklah rigid. Rasanya baru-baru ni aku ada sembang dengan Ramzi pasal ni semasa kami borak pasal UPM dapat anugerah MTE. Sudah tentu kami bangga dengan pencapaian tersebut, tapi teknologi itu sebenarnya telah agak lama di Amerika.

Aku tidak maksudkan orang Sains Tulen mesti berfikir 1+1=2. Maksud aku ialah fleksibiliti berfikir orang Sains Sosial lebih lentur berbanding orang Sains Tulen rasanya. Harus diingat juga, orang Sains Tulen ni biasanya di zaman sekolah ialah orang yang hebat-hebat pelajarannya.

Perkara ni pun ada sangkut paut lama juga bila kami bualkan tentang kepimpinan Tun Dr. Mahathir dan lain-lain. Dia orang Sains Tulen. Tapi sepanjang proses, aku rasa Tun pun dah kaya dengan pendekatan Sains Sosial, lagipun beliau banyak membaca.

Sains Sosial sebenarnya sangat manipulatif tapi itu cool. Yalah, bila kau cakap pasal manusia yang banyak karenah, banyaklah penemuan kau. Di sana antara sebab lain kenapa aku lihat pandangan libertarian tentang Individu Merdeka itu cocok dengan fitrah manusia sebagaimana kehendak Islam. Tapi jangan fikir macam orang Sains Tulen bila aku kata begitu. Hayek sendiri ada tulis tentang Individualisme: Yang Hak dan Yang Batil. Baca!

Penat juga aku ulang sejak dulu bahawa kehendak perbezaan manusia di dunia ini ialah ketetapan Tuhan dan Tuhan nak kita saling berkenalan. Di sana ada saling tindih paten yang sama dan beza antara kita. Tapi Tuhan juga tetapkan beberapa prinsip lain yang umumnya bertujuan untuk mencapai apa yang disebut Maqasid Syariah. Inilah konsep Team of Rival - insyaAllah kaya perspektif dalam kerangka prinsip.

Rasanya Sikit Hari Lagi Gua Jadi Jim Garrison, walaupun ada kebarangkalian jadi Prof. John Nash

Lu tak kenal siapa Prof. John Nash? Nampak sangat lu tak tengok Beautiful Mind.

Dia adalah salah seorang pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Ekonomi. Seingat gua, kawan gua di UKM - Hamidi Razak agak obses dengan Prof. ni, hehe (Game Theory beb!).

Dalam Beautiful Mind, Prof. John Nash agak obses dengan teori konspirasi sampai dia jadi skizofrenia. Pergh, gua bukanlah minta jadi Skizofrenia tapi gua maksudkan ada beberapa teori konspirasi yang gua cenderung percaya.

1. Pembunuhan John F. Kennedy dan bersabit dengan dia.
2. Kematian Kurt Cobain (yang ni gua boleh percaya sikit, hehe).
3. Pembunuhan John Lennon.

Gua tak tau bila investigative journalism akan semarak di Malaysia. Bibit-bibitnya memang ada sejak kes pembunuhan Altantuya. Kalau lu tengok JFK, lu akan tahu kenapa gua rasa gua mungkin sangat minat jadi Jim Garrison.

Gua memang tabik pada dia, tapi gua goyang betul tengok krisis sampingan masa dia uruskan kes mahkamah tu..

Semoga Amerika akan ada lagi Presiden macam Kennedy.

Friday, April 17, 2009

Gua Kembali Rasa Seronok

Lu ada dengar bunyi-bunyian muncul semula kat blog ni?

Hehe, tu lagu gua nyanyi masa kelas muzik darjah 6. Bajet up-to-date lagu Melayu la masa tu. Sekali telinga gua panas lak Juita nyanyi lagu Warisan Wanita Terakhir...

Terima kasih imeem..

Cerita-Cerita Sedih Tentang Cinta Kamu

Gua tak ingat tajuk sebenar, tapi geist-nya begitulah petang tadi gua dengar semasa memandu pulang dari Teluk Batik ke Seri Kembangan (rumah sewa gua ni haa).

Ada la AG bual-bual dengan pemanggil dan pasang lagu-lagu menarik - taklah gua bosan sangat. Hari panas beb!

Mula-mula gua ingat dua panggilan dari lelaki. Satu putus tunang. Dia cikgu dan tunang dia pula tolong keluarga berniaga restoran tak silap gua. Si tunang telefon mak minta putus tunang dengan alasan lelaki sibuk. Adoi, jadi cikgu pun susah?

Seorang lagi gua ingat nama Zul. Hari ini birthday awek dia - eh, ex-awek dia la..tak silap gua baru break 2 bulan. Zul minta AG call ex dia ni. AG call dapat, kemudian AG pas kat Zul untuk ucapkan Happy Birthday. Awek dia macam tak terkata, hanya balas ok, thanks. Zul cakap pada AG mereka break sebab silap Zul kot, terlalu cemburu.

Lain-lain yang gua ingat ada awek call bagitau putus sebab halangan keluarga, dan laki pun dah kawen - mereka masih berhubung sebagai kawan. Berhubung sebagai kawan bukan beerti hari-hari, lu kena faham. Kadang-kadang tanya khabar begitulah. Tak ada feeling-feeling.

Ada juga kes 14 tahun bercinta tak ada hala tuju. Awek tu kata hujung tahun ni kalau tak ada apa juga, kena break gakla. Yang lain-lain gua dengar kes pakwe pasang dua dan ada yang cool bertemu 6 mata!

Kes pihak ketiga, gua rasa gua dah tulis. Baru-baru ni pun ada kenalan FB selamba share masalah dia kat status sebab halangan keluarga. Memang susah sikit bila keluarga halang, tambahan kalau alasan yang kita rasa remeh. Kita rasa :)

Kawan yang gua terjumpa setelah sekian waktu juga tak jumpa pun ada yang dah kahwin dengan pilihan keluarga walaupun dia ada awek lain! Huh, mencabar beb! Dan banyak juga kes gua dengar dah kawin, seorang kerja di hulu dan seorang di hilir. Gua tabik untuk semua kawan-kawan gua yang survive buat masa ni :)

Tapi kalau bab orang ketiga ni, gua memang dengar hangin je. Sebab tu pada gua cinta ni lu jangan take for granted. Kalau perlu declare, declare jerla...susah ke? Tapi kalau dah sampai tunang pun putus, adoi! Sabarlah cikgu, baik macam mana pun perangai manusia ni sukar dijangka.

Pasal tipu, gua salahkan laki tu - awek tu tertipu bertahun-tahun jugalah! Dan gua tabik awek-awek dia sebab boleh jumpa dan selesai cara baik. Dua-dua pun kena tipu, dan dua-dua pun konon macam nak blah, tapi tak senang beb!

Tapi gua masa dengar kes Zul tu gua rasa cool. Dari persekitaran kes dia tu, gua ada macam rasa mereka akan kembali bersama, cewah! Gua suka lelaki macam dia, berani mengaku salah pada tempatnya. Pada gua itu jujur.

Lelaki memang ada ego tapi gua rasa ego lelaki ni senang je nak tackle berbanding perempuan. Lelaki mudah memaafkan, walaupun tak melupakan. Ingatan oleh lelaki pada gua bukan dendam tapi beringat. Perempuan cepat lupa tapi tak memaafkan. Lupa tu bukan lupa betul-betul, tapi tak mau fikir. Maka, gua tak tau sama ada mereka beringat atau tak..itu lu kena jawab. Tapi percayalah cakap gua, kalau lu bagitau lelaki betul-betul apa salah dia (maksud gua penjelasan), gua yakin lelaki tak ada hal untuk minta maaf untuk 'kesalahan' dia. Tapi gua tak tau benda ni applicable untuk buaya darat atau tak, hehe..sebab dia mungkin nothing to lose dengan lu. Tapi gua tau, perempuan jenis malas nak explain dan biar lelaki fikir sendiri. Masalahnya, banyak benda lelaki anggap tak jadi isu pun :)

Tapi gua kesian dengan Bunyamin Zakaria. Selamba dalam iklan Fara Fauzana borak dengan ex dia tu, ditanyanya Fara pada ex dia siapa nama ex-balak dia. Disebutnya nama penuh siap bin. Kata ex dia, biar satu Malaysia tahu dan tak couple dengan mamat Bunyamin ni.

Macam harem!

Gua sebagai lelaki memang tak akan setuju untuk kes Romeo ni walaupun ada je kawan-kawan gua buat ayat manis untuk rasionalkan hal ni pada gua, hehe. Tapi lu tak perlu cari gaduh dengan dia di ruang awam. Sebab apa? Sebab lelaki kalau tau dia betul pun, sebolehnya dia tak akan aibkan 'lawan' dia. Tapi bila lelaki decide nak 'lawan', lu memang tak dapat chance untuk bela diri.

Bukan apa, gua mungkin fikir mudah - pada gua hubungan apa pun ada give and take dan masalah berlaku dalam hubungan selalunya ada sisi lemah dari kedua-dua pihak. Kecuali untuk kes betrayal...

Cerita sedih tu mungkin rencah pengalaman, berat telinga mendengar, berat lagi bahu memikul. Gua tumpang simpati jerla sambil mahu mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dengan cool-nya.

Wiken Datang Lagi..

Kebetulan - gua dah ambil cuti sejak Rabu sebab mak datang sini sebelum pergi umrah. Pendek kata, lama juga gua melayang-layang. Tapi dok saja-saja buat juga kerja gua sikit-sikit dengan harapan lama-lama jadi bukit.

Gua rasa gua sangat penat. Bila gua ke OB perasaan gua sayu sebab sebagai budak outdoor, gua sepatutnya tak biar diri gua lembik tak bermaya sebab dah lama tak bersukan. Jogging pun tidak! Macam harem.

Maka gua berazam dapat buat 8 round stadium wiken ni. Amacam?

Eh, tengah malam sikit gua nak tulis lagi pasal Cerita Cintan Cintun. Kebetulan pula gua dapat ilham masa balik dari Lumut tadi.

Suka dan Tidak

Mak dah pergi umrah. Pukul 1 pagi lebih kurang dapat SMS mak dah sampai Jeddah. Alhamdulillah.

Gua pun dah hantar adik gua ke kampus dia dan langsung lepak di Lumut. Suka betul gua tengok beberapa perkembangan fizikal di sekolah gua yang lain - Outward Bound School yang kini dipanggil Outward Bound Malaysia Lumut.

Gua jumpa Pengarah Eksekutif baru - Encik Fadzil (Budak Boys) dan layan sembang selama satu jam. Gua suka dengan orang yang ada vision, humble dan yakin diri ni. Gua harap lepas ni sekolah gua yang satu ni akan berubah sikit dari segi penghayatan dan persembahannya. Suka atau tidak, gua memang ada emotional attachment dengan sekolah gua yang satu ni.

Balik KL - gua dapat berita tak berapa best. Tapi gua pilih untuk sabar. Ada juga berita best - gua pilih untuk sabar juga.

Aduhai, hidup memang kena banyak sabar beb!

Thursday, April 16, 2009

Tunggu Sekejap..

Tadi dah hantar mak - semoga perjalanan pergi dan balik umrah ini berkat dan selamat dalam peliharaan Allah s.w.t..

Sekejap lagi nak ke Perak hantar adik balik ke kampus dia. Kemudian nak ke Lumut jumpa kawan-kawan dan bercuti beberapa jam sebelum balik ke KL semula nanti.

Wednesday, April 15, 2009

Dia Final List, Dan Anda Boleh Mengundi Jika Suka

Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia. Waktu aku tulis ni, dia di senarai ke 43. Sila lihat dan undi jika mahu di sini.