Wednesday, December 31, 2008

Panggilan Ketiga

Akademi Merdeka Januari 2009 akan membicarakan "Globalisasi, Pasaran Bebas dan Negara Membangun" pada 16-18 Januari 2009. Ya, lebih kurang 2 minggu lagi.

Borang permohonan penyertaan dan borang peruntukan biasiswa untuk hadir disediakan di sini.

Dua. Dua Kosong. Sembilan

Satu lagi hari baru, satu lagi tahun baru.

Azam baru, janji baru, semangat baru.
Cerita baru, buku baru, pen baru.

Macam-macam baru.

Orang kita memang cepat lupa yang lama dan suka benda baru ya?

Selamat sudah 2008 - baik dan buruk. 2009 belum tentu...

* Aku tak pernah sambut Tahun Baru Masehi sekian lama dan aku tak dapat ingat bila kali akhir aku sambut. Hidup aku bosan kan? Tak apa, masih ada mereka yang boleh hargai pilihan aku ini.

** Aku hanya ingat hari ini tarikh lahir Zul. Dia budak Kelantan yang masuk kelas aku semasa darjah 6 sebelum berpindah lagi. Muzri pernah cerita pada aku Zul sambung belajar di UiTM dan pernah tegur dia.

Tuesday, December 30, 2008

Kau Abang...

Hari ini hari lahirmu yang ke-33 bukan?

Semoga kau panjang usia dalam ketaatan,
Dipermudahkan rezeki berkat yang halal,
Serta dipelihara Allah s.w.t. dunia dan akhirat.

Aku masih ingat waktu kecil ikut bermain dengan Milin, Anas, Jon, Ee dan May - kita main bola sepak kertas, kita main kad dan kita main perang patung askar.

Dewasa sikit, aku ikut kau main bola. Ya, semua orang besar...masa tu orang panggil aku Korea - kerana tubuhku yang kecil. Tugas aku ialah 'curi ayam'.

Kadang-kadang kita main bola kat ruang parkir rumah, sampai mak marah sebab mak kerja shift malam di hospital. Bukan saja mak, kadangkala arwah makcik Asiah pun tegur.

Kita pun pernah main perang mercun satu taman dengan saudara-mara Talib.

Ingat tak waktu mak kunci rumah tak bagi kita masuk sebab menonton penggambaran filem di rumah arwah Nanto? Ya, kau yang pergi, aku hanya panggil...sebelum aku sendiri tersangkut di sana, haha.

Ingat tak lepas balik sekolah kita tolong mak jual kacang kuda dari rumah ke rumah? Petang sikit kau meniaga rojak dan air.

Ya, kadang-kadang kita gaduh. Banyak kali. Kita anak lelaki kan?

Aku banyak buat salah pada kau. Aku harap kau maafkan aku. Mungkin waktu itu usia dan pengalaman aku tidak cukup matang. Sekarang pun mungkin masih ada salah dan silap aku pada kau. Sungguh, aku manusia...percayalah tak pernah aku berniat menyusahkan.

Dalam diam sebenarnya aku banyak belajar daripada jatuh bangun pengalaman hidup kau. Sungguh. Dan ia aku kongsikan sebahagian dengan adik-adik supaya mereka tidak lupa tentang apa yang kita cuba ringankan perasaan mereka sekarang.

Maafkan aku. Air mata yang sedang tumpah ini tanda aku sayang kau.

Jaga diri. Aku bangga kau jadi abang aku.

2008: 10 Yang Aku Akan Ingat

Hadapi dengan senyuman, semua kan baik-baik saja...

01. Tsunami Politik Malaysia - UMNO-BN buat pertama kali dinafikan majoriti 2/3 kerana faktor yang pelbagai.

02. DS Anwar kembali ke Parlimen melalui Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh...dan ada sedikit peningkatan dalam kualiti debat di Parlimen.

03. Saiful Bukhari (ok jangan komen, nanti jadi subjudice) dan Ramlang Porigi (aku simpati pada kau).

04. YAB PM umum nak letak jawatan Presiden UMNO (dan khabarnya juga jawatan Perdana Menteri).

05. Satu lagi tahun tanpa pendakian gunung, damn! (ups!)...Tolong jangan bersara lagi!! InsyaAllah rancangan sedang disusun untuk repeat Korbu Februari ini - sebelum 20, kerana aku mahu memijak sawah pada hari usia 27, boleh kan?

06. Jatuh cinta....dan kemudiannya jatuh terluka (sakit gila!). Sabar jerla...belajar sesuatu ok?

07. Duit habis beli buku sampai ribu. Ok, ia akan jadi mini library nanti. Pasti!

08. Duit habis beli gadget sampai ribu. Ok, usia aku sekarang jadi 15-16 tahun balik, boleh? 30? Oh, tuanya aku....

09. Seorang diri ke San Diego, California untuk pengajian musim panas.

10. Mula bekerja dengan Malaysia Think Tank (sebelumnya dikenali sebagai Malaysia Think Tank London).

Dan lagu penutup untuk Tahun Masehi 2008 ialah lagu yang aku pernah main masa talent time di sekolah dulu (sampai kena ambil nama oleh cik Pengawas Ong Joo Kheng - sekarang Dr. Ong Joo Kheng - sebab pakai seluar jeans...a'ele, berkira ah!).

Walking After You
Foo Fighters

Tonight I'm tangled in my blanket of clouds...dreaming aloud
Things just won't do without you, matter of fact

I'm on your back, Im on your back, I'm on your back

If you walk out on me, I'm walking after you

If youd accept surrender, Ill give up some more
...weren't you adored
I cannot be without you, matter of fact

I'm on your back, I'm on your back, I'm on your back

Another heart is cracked in two, I'm on your back

*
Lagu ini untuk kamu...ya kamu! yang sedang membaca ini....I'll be walking after you..

** Hari ini dari pagi sampai ke petang aku buat kerja grassroot, jumpa orang kampung dan tanya apa masalah hidup mereka sambil ditemani seorang peguam yang agak comel :p dan juga seorang rakan lain (cepat sungguh korang nak teka-teki ek?)

*** Hurm, aku tunggu berita malam ni dari pembawa balik gitar akustik. Dia telah selamat mendarat di KLIA.

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah (Updated)

Tulisan penuh perspektif saya tentang Maal Hijrah boleh dibaca di WauBebas.Org. Semoga ia bermanfaat untuk dibincangkan tanpa perlu dipersetujui.

-------------------------------

Aku tak mahu tersekat dengan polemik sirah Ibn Ishaq dan perbandingannya dengan Sahih Bukhari. Pada aku itu polemik yang tak dalam, meskipun ia penting.

Kenapa aku kata tidak dalam? Kerana Salman Rushdie pernah menjawab bahawa sumber naratif Satanic Verses adalah dari sirah Ibn Ishaq. Tapi siapalah aku untuk melanjutkan ini? Cuma aku rasa kita patut berpada-pada dalam membenarkan diri kita larut dalam fanatisme beragama.

Kau tentu tahu bahawa 1 Muharam bukan tarikh sebenar Hijrah Nabi s.a.w. kan?

Ya, Hijrah Nabi s.a.w. hanya berlaku pada penghujung Safar dan Baginda s.a.w. tiba di Madinah pada 12 Rabiul'awal, tarikh lahir dan wafatnya Baginda s.a.w. kemudian. Dan peristiwa Hijrah adalah landasan yang tinggi untuk aku secara peribadi. Aku masih ingat saat diri bergelut pada usia remaja (sampai kini) tentang hijrah diri. Doakan aku kuat-kuat, sebut nama aku dalam doa kalian - Noor Amin bin Ahmad ok?

.....

Pada suatu hari, sedang kaum Muslimin di Yathrib (nama asal kota Madinah) menunggu seperti biasa tiba-tiba datang seorang Yahudi yang sudah mengetahui apa yang sedang mereka lakukan itu berteriak kepada mereka.

"Hai, Banu Qaila, ini dia kawan kamu datang".

Hari Jumaat itu Muhammad s.a.w. di Madinah. Di tempat itulah, di dalam masjid yang terletak di lembah Wadi Ranuna itulah kaum Muslimim datang, masing-masing berusaha ingin melihat serta mendekatinya. Mereka ingin memuaskan hati bertemu orang yang selama ini belum pernah dilihat, hati yang sudah penuh cinta dan rangkuman iman akan risalahnya, dan yang selalu namanya disebut pada setiap kali sembahyang.

Ya Allah, akankah aku merindukan Rasulullah s.a.w. melebihi diriku sendiri? :(

* Aku baru sedar bahawa aku tidak isi ruang Fragmen Sejarah ini untuk Eidul Adha yang lepas. Maaf.

** Ya Allah, berikan kebaikan yang banyak pada kami. Selamatkanlah kami. Ampunkanlah kami yang jahil ini.

*** Aku juga sedar 20 Februari 1956 ialah tarikh pertama Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka :) 20 Februari, tentu saja aku boleh senyum.

Raja dan Rakyat

SMS masuk

"Ayah 'Abidin dimahsyur jadi Yang Dipertuan Besar N9"

Kawan-kawan di UK (sekitar 2000-2006) tentu kenal (Tunku) 'Abidin, tapi aku tak pasti sama ada kelompok di London School of Economics (LSE) kenal dengannya.

Kami berurusan kali pertama di Chawan, Bangsar. Seorang cucu Raja dengan Chinese look yang bagi aku agak humble. Petang itu kemudiannya ramai di sana. Tapi yang sempat ada bersama hanya Mustaqeem dan Hafiz Noor Shams (pertemuan lain yang aku aturkan juga). Mus sempat bergurau dengan (Tunku) 'Abidin "oh, kiranya kau survive jadi seorang libertarian walaupun di LSE, haha". Ya, LSE biasanya mengeluarkan produk pro-sosialis :)

Aku tak banyak berbual personal dengan (Tunku) 'Abidin selain soal kerja. Dulu Firdaus pernah usulkan aku bekerja dengan 'Abidin untuk Karim Raslan, tapi aku tolak dengan baik. Ya, Firdaus juga seorang rakan yang baik, kami kenal masa sama menjadi panelis forum Politik Mahasiswa di UIAM pada tahun 2005. Cadangan Pak Khalid dan Firdaus yang akhirnya membawa aku kerja dengan MTT, yang akhirnya menjadikan aku sering berurusan dengan (Tunku) 'Abidin.

Dalam satu pertemuan bersama orang-orang besar media, aku terkejut bila (Tunku) 'Abidin berseloroh mengatakan "If I am a ruler, I'll set my peoples free" (jika saya menjadi Raja, saya mahu membebaskan rakyat saya). Tengok bil makan buat aku telan liur - 6 orang makan dengan kos mencecah 4 angka, phew. Sebenarnya entah kenapa aku sering rasa kekok dalam situasi begini. Aku anak orang kebanyakan tapi inilah waktu-waktu yang aku harungi. Ia buat aku insaf tentang kerja dan keinginan yang kuat untuk aku menyumbang kepada masyarakat. Ya, kita tidak boleh memberi sesuatu jika kita tidak punya sesuatu.

SMS masuk

"Tunku 'Abidin mungkin diangkat menjadi Raja Muda"

SMS kali ini aku tidak pasti sumbernya dari mana. Ia lebih kepada telahan khabar angin selepas Tunku Muhriz dimahsyurkan.

Tapi jika benar, aku fikir aku harus banyak belajar protokol (sebagai menghormati majlis). (Tunku) 'Abidin memang tak gemar orang memanggilnya Tunku. Aku fikir ia sesuatu yang baik. Realiti Islam yang diasosiasikan dengan Melayu di Malaysia sering membataskan nilai besar dalam Islam itu sendiri. Apatah lagi ia melibatkan protokol dan kuasa. Aku sendiri mudah tertarik dengan sikap Raja Nazrin misalnya dalam siri ucapannya dan juga sikap beliau menolak peruntukan kerajaan negeri ketika berkahwin.

Bila lagi agaknya Raja Melayu mahu mempelopori nilai Islam yang besar dan tidak membiarkan segalanya dirobek oleh ahli politik Melayu yang memburukkannya?

SMS keluar

"Semoga Baginda menjadi Raja yang Adil dan dipelihara Allah s.w.t. kerananya".

* Aku tak pernah rasa hebat dengan rencamnya pengalaman hidup aku. Ia hanya buat aku semakin yakin tentang kehebatan mesej Islam...entah bagaimana aku boleh kongsikan ini.

** Selamatlah mereka yang cintakan keadilan dan berusaha menegakkannya. Untuk mereka yang zalim, aku masih mahu doakan Tuhan berikan kalian (mungkin termasuk aku) taufiq dan hidayah. Tapi saat kalian berlaku zalim, hanya satu kata - celakalah kalian! (dengan penuh ingatan kepada nasib mereka yang dizalimi di Genting Gaza).

Sunday, December 28, 2008

Mengakhiri Tahun Baru Dengan Mengenang Yang Lama

Perhatian, sebenarnya aku mahu menitipkan tentang Maal Hijrah. Tapi aku harus tunggu proof aku disemak oleh bos (berapa banyak bos da) di London. Tapi aku akan cuba selitkan dalam entry kemudian - insyaAllah esok.

Hari ini sangat penat. Aku baru balik dari Banda Hilir, Melaka - menghabiskan Tahun Baru dengan ke tempat sejarah. Sebenarnya aku merancang untuk mendaki gunung, tapi tak ada kawan-kawan yang benar-benar lapang untuk 3 hari 2 malam.

Oh, hari ini aku sangat tak betul...a.k.a. cuba kembali mengenang zaman muda aku :p

Dialog 1

Sekitar 8.30 pagi, seorang lelaki dengan baju putih tertulis Cato University sedang berjalan di bahagian kanan jalan. Dia menggalas beg Deuter hitam (yang boleh isi laptop tu, bukan daypack biasa).

Sebuah kereta Honda berwarna biru perlahan lalu di tepinya. Di dalamnya ada pemuda lain memandu dan dua orang gadis lain di tepi dan kerusi belakang. Lelaki berbaju putih ini tidak semena-mena menahan kereta ini. Lalu kereta ini berhenti dan membuka tingkap.

Lelaki : Boleh tumpang tanya tak?
Pemandu : Apa?
Lelaki : Mana jalan ke syurga?
Pemandu : Hah?

Dialog 2

Dalam kereta lelaki berbaju putih ini berbual dengan dua orang rakannya (sebelum diulang tayang di Kota A'Famosa).

Lelaki : Eh, aku rasa dulu selepas Portugis serang Melaka, mesti ada orang Kelantan yang datang berhijrah ke Johor melalui jalan ni.
Kawan-kawan : Kenapa?

Lelaki : Kau tengok betul-betul signboard jalan tu. Hujah 1) Ayer Molek, hanya orang Kelantan saja biasa guna perkataan Molek. Hujah 2) Orang dulu-dulu mungkin suka minum tuak, lalu mabuk. Kau tengok Semabok. Aku rasa masa mabuk tu, mereka bincang nak minum takpe sebab dah penat berjalan, janji sekali je mabuk. "Se" tu kan hanya orang Kelantan untuk nilai sekali? hehe
Kawan-kawan : Ngarutlah kau ni.

Lelaki : Tapi hujah ketiga yang paling kuat.
Kawan-kawan : Apa dia?

Lelaki : Tempat yang mereka nak pergi tu ialah Muar sekarang ni. Ceritanya mirip Parameswara bagi nama Melaka.
Kawan-kawan : Cerita la..

Lelaki : Masa sampai di sana, sesama Mat Kelantan ni dok tanya nak bagi nama apa tempat ni?
Masing-masing blur dan minta orang lain jawab...mereka cakap "taktau, mu ar ghoyak", "mu ar", "mu ar", "mu ar"....dari dok lawan bertolak tu la, akhirnya nama Muar tu didapati...

Kawan-kawan : *ketawa macam harem....*

Dialog 3

Kami singgah di Taman Malaysia dan Taman Asean..tapi tak jadi masuk sebab tiketnya sekarang dah jadi RM12. Sebenarnya kami tak kisah untuk masuk, tapi kami terlewat sampai kerana faktor kesesakan jalan raya. Sangat tak sangka begitu sekali meriahnya tempat-tempat rekreasi di Melaka. Sebagai graduan Pengurusan Taman dan Rekreasi, aku sangat bangga. Cuma aku rasa dari segi Carrying Capacity (CC) dan accessibility tu perlu dipertimbangkan secara serius oleh pentadbiran di Melaka. Tempat parkir sebenarnya sedikit bermasalah. Tapi oklah, berpeluh juga hari ni.

Lepas kami selesai dengan lawatan ke tempat terakhir iaitu ke Memorial Perisytiharan Kemerdekaan (seingat aku kalau dalam dokumen disebut Pemahsyuran Kemerdekaan), kami bergerak ke Pantai Klebang untuk buat BBQ. Layan gakla angin yang kuat di sana. Nasib kami baik api dapat dihidupkan.

Singgah solat di surau berdekatan, aku nampak sekumpulan jemaah tabligh sedang buat halaqah dan menceritakan kebesaran Allah s.w.t.. Sayang tak punya kesempatan untuk duduk bersama. Tapi ada seperkara yang aku dan kawan-kawan dakwah di kampus masih boleh ingat tentang sukarelawan jemaah tabligh ni....kami biasa boleh cam mereka dari senyuman walau apa pun pakaian mereka (semasa mereka aktif). Entah kenapa, aku sukar menidakkan ini. Ikatan hatikah?

Tadi dapat sms seorang sahabat minta tolong belikan buku. Aku maklumkan pada dia, buku itu dia akan dapat secara percuma. Dia tanya "baru balik dari mana gembira semacam ni?"

Aku hanya jawab "sempena Maal Hijrah..."

Oh, aku terkenang nasyid darjah 4 "1 Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah...perpindahan Nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke Kota Madinah..."

Ya, maju terus!

Saturday, December 27, 2008

Dolak-Dalik

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam" kata TG Haji Hadi di sini.

Dalam berita yang sama dinyatakan hudud sukar dilaksanakan kerana negara tidak stabil.

Pada aku, ini hujah yang lemah dan sandaran yang salah. Minta maaf, mungkin ini sebab utama kepemimpinan dan kepimpinan PAS tidak begitu diyakini meskipun umumnya aku anggap orang-orang PAS harus dihormati kerana wara' dan pengorbanan mereka atas maksud agama cukup tinggi.

Nice try.

* Patutlah orang tertentu kena runding dengan UMNO-BN, proses persuasif dengan hujah yang macam ni rupanya...

** Jangan ambil hati kawan-kawan yang pro-PAS. Kadangkala jadi orang luar ni lebih banyak nampaknya, tapi aku tau bagaimana sukarnya politik. Anggap ini proses ok?

Tentang Hina Nabi s.a.w.

Aku syukur sebab tak baca blog ni. Dan sebenarnya aku malas nak ambil pot tentang blog ni.

Kalau kau faham apa di sebalik P.R.O.P.A.G.A.N.D.A., kau juga mungkin tak akan ambil pot sangat. Aku tak mahu cakap politik, kau juga bukan bodoh untuk beri sedikit masa memahami lapis-lapis dalam hal politik Malaysia.

Ingat selalu pesan Allah s.w.t. dalam Al-Quran dari hal jangan menghina agama lain.

Kalian emosi? Kalian marah jika aku tidak mahu tunjukkan emosi?

Di zaman Rasulullah s.a.w., kalian fikir apa Nabi s.a.w. buat waktu Baginda s.a.w. dihina dan disakiti? Ya, kita boleh kata para sahabat r.a. sentiasa melindungi Nabi s.a.w., tapi pernahkah kalian fikir bagaimana Nabi s.a.w. mengajar para sahabat r.a. cara terbaik berbanding sikap sebahagian sahabat r.a. yang kasar?

Matlamat membela Rasulullah s.a.w. tidak harus menghalalkan cara.

Kalau kau layan blog fake macam tu, kau hanya buktikan umat Islam boleh diadu-domba dengan sangat mudah.

Kerja maki orang memang kerja mudah.

Dah berapa banyak aku dan kau beri kasih sayang atas nama Islam? Dah berapa banyak aku dan kau kerja kuat untuk Islam?

* Aku doakan mereka yang menjadikan Rasulullah s.a.w. dan Islam sebagai modal P.R.O.P.A.G.A.N.D.A. dalam bentuk yang salah akan diberi taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk sedar bahawa itu bukan cara yang betul untuk ajak orang kepada Islam.

Sebahagian Daripada Kebahagiaan (Sementara) Rupanya Boleh Dibeli Dengan Duit Dan Sedikit Masa Lapang...

Agak-agak kenapa tajuknya begitu?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sudah Maghrib, tanda masuk Tahun Baru :)

Friday, December 26, 2008

Takziah

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada pukul 11.45 pagi tadi pada usia Baginda 86 tahun.

Takziah kepada keluarga Baginda terutama bos aku.

Tag ke-3

Aku sedang siapkan artikel Maal Hijrah untuk siaran WauBebas.Org, tapi layan sekejap tag dari adik aku di Korea tentang 7 weird things about yourself. Baiklah...(sebut gaya Nobita mendapat keyakinan ok?).

01. Kalau kau kenal aku di kampus sebagai seorang yang sangat confident dan mungkin jadi idola kau (dalam bab kepimpinan atau menjadi abang :p), sifat tu semua akan terbalik bila aku berdepan dengan perempuan yang aku ada hati padanya (:p sekali lagi). Entah kenapa, semua benda jadi macam tak kena...mungkin aku terlalu fikirkan dia suka ke tak kot?

02. Kalau aku super rajin, kerja aku walaupun cepat tetap nampak terbaik. Tapi kalau aku super malas, memang aku boleh masuk dalam list manusia yang kau benci kot? hahaha

03. Kalau pergi mana-mana program, masa balik aku banyak diam je sebab aku banyak buat recollection tentang apa yang aku belajar tentang diri aku dan kehidupan. Ah, serius sangat la aku ni, hahaha. Setakat ni orang yang notice dan tegur aku bab ni ialah Aswad.

04. Kalau kau buat hati aku gembira, aku macam ringan tangan untuk belanja kau makan. Awas, bukan sebarang gembira ok? Kalau ikut orang tengok aku happy memanjang, memang miskin papa kedana la aku kena belanja orang. Ada masa-masanya. Tapi ini terkecuali kalau kes ada gf kot, sebab ada gf sentiasa menggembirakan dan memang gembira senyum seorang diri pun boleh kalau bersama :p confirm belanja punya! Tapi kadang-kadang romantik gak bila si dia nak belanja, hehe.

05. Aku baca banyak buku serentak, dan sambung-sambung berhari-hari untuk habiskan buku-buku yang ada. Dari novel, falsafah, ekonomi, alam sekitar dan macam-macam. Sama juga dengan muzik, aku boleh dengar macam-macam genre muzik, cuma favourite aku indie, grunge dan yang sentimental (oh, jiwang di situ).

06. Dulu aku suka main chess sorang diri. Aku main buah putih dan buah hitam serentak. Kesan daripada itu aku jadi juara catur remaja negeri 3 tahun dan simpan terus piala pusingan tu beb, hahaha. Budak ajaib la kunun-kunun.

07. Aku boleh campur macam-macam orang - dari orang tua, budak kecik, budak dadah, budak muzik, budak racing motor atau kereta, budak sukan dan rekreasi, budak persatuan, orang politik, orang surau dan macam-macam lagi sampai orang confuse dengan aku. Aku bukan SB, aku hanya manusia biasa yang merayakan kepelbagaian dengan cara sendiri.

7 Manusia yang aku nak tag?
- Falin, pengerusi wanita anti-rempit :p
- Manny
- Nora Wilder
- Zaliza a.k.a Kecik
- den carnal semestinya
- Lee (aku tau kau ada blog, haha)
- Afiq (yang sedang sibuk urus kenduri kahwin adiknya di Kelantan).

Ok tak Zai?

Haha, siap tulisan Maal Hijrah nanti mesti kau confuse dengan aku - apa sebenarnya dalam kepala otak aku? Eh, rasa macam nak buat entry Muhasabah akhir tahun pulak :p

Tiba-Tiba Aku Jadi Mat Rempit Sekejap...

Petang tadi lepas Asar aku jumpa den dan kami menghabiskan waktu di Warta, Bangi dengan bermain bowling - 5 round juga la seorang. Serius murah di sana, cewah!

Sungguh aku tak sangka den ada koleksi alat bermain bowling yang lengkap - kasut, bola dan siap dengan beg. Den bagi aku satu bola, bola lama yang dia dah tak guna. Ok, tiba-tiba macam cuak juga nak bawa sebab macam star pula gayanya.

Aku masih ingat kali pertama main bowling lepas PMR 1997, masa tu seingat aku yang ada ialah Zarizal, Essan dan sebilangan yang lain (sorry beb aku tak ingat semua tapi memang ada lagi). Main di Alor Setar, aku lupa nama bangunannya tapi yang ada MerryBrown di bawahnya. Zaman sekolah aku terutama form 1 sampai form 4 memang zaman Gila-Gila Remaja. Kegilaan hari itu ialah buat aksi Gila-Gila Remaja di MerryBrown. Ala...yang Azroy buat "saya nak mata awak, nak hidung awak, yadayadayada..".

Ok, bukan itu yang aku nak cerita.

Lepas kami main (di mana tiba-tiba aku rasa kali ini tidak sesampah kali terakhir main dengan kawan-kawan K3-Reccers dulu), kami pusing Warta sekejap dan singgah solat di Bangi, entah apa nama masjid aku tak ingat. Den ajak aku gunting rambut tak jauh dari jalan short-cut Bangi-Sungai Ramal Dalam. Aku pun rasa nak gunting rambut jugalah....

Maka bermulalah kecelakaan sekejap...

Masa tengah gunting rambut tu aku dok melayan pasang telinga dengan 3 orang budak dan seorang ayah yang menunggu di situ. Si abang digunting botak dan adik-adik 'bakar' si abang. Si adik bongsu perempuan (5 tahun) pula petah bercakap. Ee, mereka sangat comel dan ayah mereka sangat sporting.

Antara dialog yang aku ingat:

Dialog 1

Ayah : Nanti gunting rambut yang ni bagi botak juga (merujuk kepada si adik perempuan).

Adik : Tak mau la.

Ayah : Habis dah duduk main kat situ (dia main dekat kerusi sebelah aku).

Adik : Ala, orang duduk sekejap saja...ayah ni (oh, sangat sweet waktu dia cakap benda ni).

Dialog 2

Dialog ni yang aku tahu adiknya umur 5 tahun.

Abang : Mak lahir tahun berapa ayah?

Ayah : 1973 (ke 72 entah, aku confuse dan malas nak semak).

Abang : Oh, emak mouse. Ayah lahir tahun berapa?

Ayah : 1972 (ke 1971 ek?)

Abang : Kejap nak cari.

Ayah : Ayah tahun PIG!

Aku yang nak ketawa besar masa tu tak jadi bila tengok ke cermin, si mamak ni dah potong rambut aku macam Mat Rempit, cis!

* Aku dah hubungi Abu, barber aku masa di kolej dulu. Temujanji telah diatur untuk alter balik rambut aku...terpaksa la jadi Mat Rempit sekejap, macam harem!

** Adik aku Puteri dah masuk UiTM, semoga dia akan menjadi manusia.

Thursday, December 25, 2008

Tsunami

Ini cerita 4 tahun lalu - Tsunami. Ya, 24 Disember adalah tarikh sebenar tapi kami hanya sempat ke sana beberapa hari sesudahnya.

Waktu itu aku antara orang kuat kampus. Agak annoying bila TNC panggil aku dan cakap "kau jangan berpolitik pula di sana" (wtf?). Mungkin kerana kawasan yang akan kami pergi ialah Kuala Muda, Kedah di mana kawasan tersebut dikatakan kubu kuat PAS. Ah, ada masa lagi nak berpolitik dalam waktu macam tu? Entahlah, dia yang fanatik politik nak kata kat aku, ceh!

3 bas kami bertolak dengan sejumlah pakaian dan bekal makanan yang ada. Kami datang dari pelbagai kolej kediaman. Sampai di Kuala Muda lewat petang. Malam itu kami buat lawatan awal. Kami diagihkan oleh pegawai BTN yang memang sedia ada di sana. Seingat aku malam pertama aku bekerja dengan abang-abang askar untuk dirikan khemah G10. Mujurlah masa kem hutan dah biasa dengan khemah ni, kalau tak boleh muntah juga buat kerja malam-malam dalam 6 orang saja.

Aku kadang-kadang tak faham dengan sebahagian 'sukarelawan' yang hadir. Ada yang rasa tak senang bila kami kena tidur dalam bilik darjah dan surau, ada yang poyo tunjuk pandai bising masa taklimat dan yang lebih celaka malam tu ada pula sampai nak bertumbuk hanya kerana tak dapat bersama kawan-kawan selepas 'sukarelawan' ini diagih. Macam biasa aku ambil alih taklimat daripada Adli dan ayat pancung aku pun keluar.

Adli datang bisik pada aku kemudian bahawa ada mamat senior dia di kolej tak puas hati sebab kena ayat pancung aku. Mamat ni budak Kedah dan ayat dia "peringat dia ni kawasan aku". Haha, aku senyum saja pada Adli dan suruh kirim salam pada mamat ni. Ada seorang mamat tu sampai dah nak bertumbuk dengan Rahman. Aku dan Nizar berbulu je tengok sampai bila situasi dah tegang aku masuk campur juga. Nizar bisik pada aku "Kita tengok je dulu".

Kau tau sebab apa geram? Sebab mamat ni siap angkat kolar baju dan asal cakap sikit je dok jeling budak-budak perempuan. Siap tinggi suara "kalau kau nak jomla" sambil siap sedia nak bertumbuk. Nasib la dia buat kat Rahman, kalau Nizar yang kena macam tu aku rasa dah kena penumbuk sulung dah budak tu. Aku agak pantang bila buat kerja ada yang nak tunjuk hero bodoh ni. Mujur malam itu tak jadi apa-apa. Aku anggap ia selesai walaupun mungkin ada yang simpan dalam.

Esok pagi kami diagihkan ke kawasan masing-masing. Sukarelawan sangat banyak sampai berlebihan pula. Kami dapat masuk ke kawasan yang telah dihalang untuk orang ramai. Serius aku rasa Tsunami ni sangat dahsyat, sukar aku nak cakap. Aku habiskan masa borak dengan orang tua-tua dan budak kecik. Pakaian memang berlambak dan siap ada yang bergaduh kerana rebutkan pakaian ni. Tapi agak annoying juga bila ada sebahagian pakaian yang di'derma' ni sebenarnya ialah kain buruk. Tak ada hatikah mereka yang buat begitu?

Aku rasa antara benda penting yang perlu diambil berat di kawasan bencana alam ialah kebersihan. Kes ini sama macam masa aku buat bantuan banjir di Johor. Tentu sekali ada perbezaan ketara sebab Tsunami ini agak dahsyat sampai satu apa pun kau tak boleh selamatkan dari rumah kau. Rumah 2 tingkat pun boleh terbalik dan dihanyutkan. Kalau kau tengok sendiri, kau akan tahu betapa besarnya kuasa Tuhan. Sistem penyampaian bantuan juga kurang teliti tapi umumnya baik.

Pakcik-pakcik di sana agak cool, terima dengan hati terbuka meskipun jauh di sudut hati mereka ada galau yang tak terungkap. Mereka juga zahirkan rasa tak puas hati kerana ada pihak tertentu seolah-olah mahu conquer bantuan - inilah celakanya politik hitam putih! Siap satu pagi tu aku pula jadi makmum tunggal dengar tazkirah percuma dari seorang pakcik ni tentang Kuasa Allah s.w.t., pakcik ni memang tabah. Dia bagitau masa tu banyak kenduri maka tidak ramai yang ke laut.

Aku rasa Malaysia memang perlukan satu sistem yang lebih berkesan dari hal bantuan bencana alam. Aku memang nak maki saja mereka yang gunakan waktu-waktu macam tu untuk political milage. Aku doakan kau tak akan berjaya dalam dunia politik kalau niat kau busuk.

Kami tak lama, hanya dua malam di sana. Pulang dengan penuh pelajaran walaupun rasa tak puas.

* Kalau kau ingat, tak silap aku laporan audit negeri Kedah pernah tunjukkan bahawa MB pada masa itu salah guna duit bantuan Tsunami ni. Jika benar, memang siallah.

** Aku tak tahu apa nasib mangsa yang ada sekarang. Semoga Tuhan memberikan kebaikan yang banyak kepada mangsa dan sukarelawan. Aku harap dari masa ke masa aku akan punya masa meringankan beban mereka yang memerlukan. Erti hidup pada memberi :)

*** Sambil menaip aku cuba bersiul nyanyi lagu ST12 yang agak leleh tapi muziknya boleh buat kau goyang-goyang sikit badan sambil buat kerja (hahaha) - kredit to Thip dulu baru den carnal, haha (dah sah-sah aku dan Thip pernah dengar lagu ni lama dah, hehe)

"kau gadisku yang cantik, cuba lihat aku di sini, di sini ada aku yang cinta padamu..."
"kau gadisku yang manis, cuba lihat aku di sini, di sini ada aku yang sayang padamu.."

Azam Tahun Baru...

Kadang-kadang aku rasa agak poyo untuk membuat azam tahun baru. Ramai juga penceramah motivasi ingatkan kita azam yang lama dah tertunai belum? Tahun baru kali ni agak menarik sebab dekat dengan Maal Hijrah.

Kalau kau perasan, bila kita buat azam (tahun) baru ni, biasanya kau akan bariskan sejumlah benda yang baik-baik atau kau nak jadi lebih baik daripada apa yang ada. See, manusia sukakan kebaikan sebenarnya kan? Sebab tu aku tak nak kau putus asa dengan masalah. Ia mungkin hanya satu cara Tuhan nak upgrade diri kau, maksud aku tahap kematangan kau terhadap sesuatu. Dah bersyukur belum? hehe...

Jadi antara perkara utama tentang 2009 yang aku harap aku dapat buat:

01. Ritual keagamaan

Aku rasa ini tipikal - kebanyakan daripada kita punya azam tentang ini. Walaupun mungkin azam kau tak seberapa, yakin cakap aku bahawa bila kau berazam untuk ini, aku akan sapot kau kuat-kuat. Kau jangan peduli apa orang nak kata.

Kata kunci penting dalam ritual ini tentu sekali berkait dengan ilmu. Maka aku harap kau tak gopoh. Aku harap lebih baik dari hal solat awal waktu, baca al-Quran dan beri sedikit masa untuk dakwah. Kau cuba lihat dalam diri dan tanya sebanyak mana kau pernah puji Allah s.w.t. dalam hidup kau? Ya, aku yakin aku, kau dan kita semua perlu beri sedikit masa untuk belajar cakap tentang kebesaran Allah s.w.t.

Kau akan rasa berat dan sedikit poyo untuk ini, tapi sebenarnya ia mencabar ego kau, sebab hari-hari kau cakap tentang diri kau atau benda-benda dunia yang kau kagum, minat atau suka..err, atau benci. Kau mungkin rasa macam tak layak nak cakap, itu sebenarnya bisikan syaitan. Kau tentu pernah dengar "sampaikan dariku walau satu ayat"...kau tak perlu jadi tok alim besar, cukup pesan benda-benda simple macam jagalah kebersihan sebab Allah s.w.t. suka. Mudahkan? Ayuh!

02. Disiplin dan Kebebasan

Aku pencinta kebebasan dan aku agak perfectionist kalau dalam hal menyiapkan kerja. Maka aku ingat pesan Kurt Hahn "freedom and discipline are not enemies, they are friends". Tahun 2009 ni memang agak mencabar, dan memang itu jangkaan MTT. Sejak habis Pilihan Raya, dah 3 YB consult aku ajak kerja dengan mereka di Parlimen - 2 Melayu 1 Cina, tapi aku buat keputusan mudah untuk patuh kontrak dengan MTT.

Ya, ia mungkin sesuatu yang merugikan dari segi pengalaman tapi aku fikir ada perkara lain yang mahu aku sudahkan dulu. Biar aku jujur, aku berharap untuk jadi pensyarah atau mungkin konsultan dalam bidang kepakaran aku. Aku mungkin masuk politik tapi biarlah aku cakap siang-siang bahawa aku tak suka politik hitam dan putih, aku mungkin akan banyak di jalur kelabu. Tapi aku lebih bencikan kezaliman berbanding politik hitam dan putih. Politik hitam dan putih pun sebenarnya manifestasi daripada kongkongan. Kalau aku masuk politik, kerja utama aku ialah empower orang. Orang politik tak perlu berlagak pandai sangat untuk beritahu apa kau patut jadi. Orang politik hanya perlu bagi tools untuk kau gunakan seluruh potensi kau. Aku yakin kau akan pilih yang terbaik.

Aku akan gunakan masa yang ada untuk tingkatkan disiplin dan kebebasan aku antaranya hadkan posting blog, hehe..

03. Duit dan Kewangan

Alhamdulillah aku rasa aku bukan jenis pemboros. Kebanyakan perbelanjaan aku memang punya tujuan khusus. Tapi aku tak dapat elak jika ada 1-2 perbelanjaan aku untuk perkara tidak perlu.

Tahun 2009 aku berazam untuk capai 6 angka dalam kegiatan perniagaan kecil aku dengan kerjasama kawan-kawan. Saving aku tak banyak, tapi boleh la kot nak buat kahwin :) ups!

04. Keluarga, Rakan dan Masyarakat

Aku berazam untuk lebih kerap balik ke Perlis pada tahun 2009. Sebenarnya aku sangat rindukan keluarga aku. Aku akan cuba kahwin semasa emak dan ayah ada (ups!). Maka, tahun 2009 ni aku tak tahu sama ada aku boleh dapat calon isteri ke tak, haha (agak poyo di situ, tapi aku serius ni...tak nampak ke aku tak senyum pun?). Sasaran aku 2010 insyaAllah berakhir zaman bujang aku (silap-silap 2009, haha). Tapi jika ia gagal...sah aku kahwin lewat sikit :p

Antara benda yang aku minta kawan-kawan buat di Perlis ialah sediakan anak muda dan aku akan bagi khidmat Pro Bono (percuma ok?) untuk empowerment. Maksud aku, aku nak kongsi pengetahuan, pengalaman dan 'kepakaran' aku dalam rekreasi luar untuk unleashing their potentials. Outdoor mungkin medium yang menarik sebab kau tak stress sangat dan gembira itu adalah satu daripada ciri utama. Aku tak percaya pendekatan marah atau maki yang kemudiannya berakhir dengan peserta menangis dan sebagainya. Entah apa-apa. Kau tak boleh unlock the key dengan cara paksa. Kalau kau berjaya ia sebenarnya tidak akan kekal dengan baik. Aku tak janjikan apa-apa pun, tapi aku selalu gembira bila tiap kali habis program, ada anak muda yang masih berhubung dengan aku (sampai sekarang) untuk ceritakan sejauh mana perkembangan mereka. Semoga Allah s.w.t. terima yang baik daripada ini sebagai sebahagian daripada amal baik aku.

05. Hiburan

Aku dah jadi gadget geeky? Mungkin. Aku dah ada MacBook, iPod Nano, SGH-i320N, Canon DSLR D40 dan sedang menanti gitar Gibson akustik aku hujung tahun ni. Sebenarnya aku taklah gadget geeky mana, aku hanya mahu bermesra dengan teknologi. Banyak benda ni pun adik aku Naim yang pandai guna dan aku belajar daripada dia sikit demi sikit. Aku dah tua kot untuk belajar benda ni? Tapi aku tak akan putus asa.

Blog? Aku nak bermesra juga dengan coding blog. Tentu aku tak boleh capai tahap macam mana sistem WauBebas.Org dan Emaillabs yang aku kendalikan bersama yang lain. Pendek kata aku nak cuba ikut arus teknologi di samping mengekalkan beberapa ciri hiburan lama seperti bermain gitar di tepi tasik :) Oh, aku mungkin sekali sekala nak jengok gigs kot, err.

Oh, aku akan ikut kelas 'renang dengan cara yang betul', hehe. Selama ni aku renang dengan cara sendiri je...

06. Ilmiah

Aku sedang menanti biasiswa ke luar negara. Doakan segala urusan aku dipermudahkan. Aku akan terus fokus kepada hal berkaitan alam sekitar (mudahnya resource based). Ya, aku nak sambung belajar lagi jika boleh. Penat memang penat. Aku tau ini juga menjadi cabaran secara tidak langsung kepada idea nak kahwin pada seawal tahun 2009 atau 2010. Tapi aku yakin, aku bukan loser yang biar my future wife dan family terkontang-kanting.

Aku tau banyak persoalan mungkin muncul (dari my future wife yang entah siapa), dari keluarga dan ramai lagi. Hurm...

Selain daripada itu aku akan ikut kelas English dari seorang kawan. Aku gembira kenal dia dan dia juga 'nampak macam gembira' nak polish aku. Dia memang biasa dengan World Debates dan baru-baru ni dia bagitau dia telah dipilih menjadi juri untuk World Debates. Aku harap 2009 ni bolehlah tingkatkan upaya aku tentang ini. Aku kena ambil inspirasi daripada pengalaman Abu Saif. Dah ramai juga orang aku tanya untuk belajar English tapi aku faham mungkin masing-masing pun sibuk.

Aku juga akan cuba terjemah buku pertama - Adam Smith: Nation of Wealth...

07. Travel

Dalam Malaysia aku belum pernah sampai Sarawak. Aku harap aku boleh sampai ke sana sekali. Perlukah aku ambil kesempatan sempena Pilihan Raya Negeri di Sarawak?

Selain daripada tu, aku nak ajak kawan-kawan mengisi masa lapang dengan Cuti-Cuti Malaysia. Oh ya, tentang rancangan aku ke Bali bulan 6 nanti, itu masih pending sebab aku masih fikir Triathlon tu bukan bidang aku, haha...Gila kau nak renang 1.5 km dalam keadaan aku pancit nak mampus sekarang ni.

* Aku tak susun ikut keutamaan, hanya apa yang aku fikir.

** Afiq dah ada blog rupanya, boleh pula dia tulis pasal aku di sini - terharu dowh!

Mula-Mula Nak Marah, Tapi Tak Jadi....

Entry ni agak entah apa-apa.

Bangun pagi tadi aku tak nampak apa-apa hadiah ditinggalkan dalam rumah ni. Cis, nak kena Encik Santa ni! Penat aku gantung stokin. Aku cuba cari sebab...

Kat status Facebook aku tulis "Amin rasa dia gantung stokin kecik sangat, takut Encik Santa tak nampak. Oh, tolong jangan kafirkan saya...."

Pagi ini Veon Szu, seorang kawan peguam dari Pulau Pinang tulis di Wall aku "so got your present lastnite from tok janggut yang berbaju merah?"

Aku cuba cari alasan "Hahaha, it seems like Santa couldn't landed here since he saw the landslide at Bukit Antarabangsa". Err, kenapa aku rasa agak annoying? :p

Tiba-tiba aku nampak Ewan pulas kunci rumah.

Pelan-pelan aku cakap dalam hati "Laa, kau kunci pintu patutlah Santa tak boleh masuk!"

*
Aku rasa agak ketinggalan bila baru tau rupanya Yuna si penyanyi Deeper Conversation itu rupanya junior aku di SMK Derma, Kangar. Tak apa, aku akan cari tahun berapa dia SPM.

Wednesday, December 24, 2008

Kau Patut Gembira Bila Orang Ingat Pada Kau

"Mat Min...ding dong!"

Ya, semalam aku terserempak dengan Ajun masa makan tengah hari di surau Al-Furqan, surau dekat rumah sewa lama aku - dulu ayah Falin berniaga di sana dan Cacang jadi tukang masak.

Dulu masa ambil FHR3616, macam ada trademark bila aku dengan Ajun - gilak aa ding dong! - terus lekat sampai sekarang kalau aku jumpa Ajun.

Entah kenapa sejak November lepas, waktu kehidupan aku sangat tak stabil (macam ada PMS pula, haha peace!) terlalu ramai kawan-kawan lama aku berhubung dengan aku dan mereka datang dengan khabar-khabar gembira. Aku tak tau sama ada ini satu pakatan, tapi yang pasti mereka ini dari pelbagai latar - yang dulu main Chess, yang dulu kutuk-kutuk cikgu masa sekolah rendah (ya ampun!), yang dah jadi ustaz, ada yang jadi hafiz, yang jadi usahawan, yang jadi perantau dan macam-macam. Yang dulu pernah jadi 'macam musuh' (maksud aku bila kau tengok rasa bengkek je) pun boleh lepak sembang macam rapat gila. Akhirnya, penting juga kau ingat kisah-kisah lama, ia mungkin buat kau ketawa bila kenangkan zaman berhingus dan poyo macam dunia ni aku yang punya, hehe. Ada juga yang SMS kenen-kenen pasal kenapa aku masih single, cewah! :p

Masa - satu konsep yang kau tak boleh abaikan - mampu mematangkan manusia. Kalau kau bijak kognitif, mungkin emosi kau belum bijak. Atau mungkin bahagian sosial atau spiritual kau belum bijak. Ah, aku teringat pada 2001 dalam ucapan sebagai Ketua Blok aku sebut tentang Danah Zohar dan Spiritual Quotient. Sekarang di rantau Asia dah ada Pak Ary Ginanjar kembangkan jadi ESQ165, oklah tu. Manusia, semakin kau cuba meneroka keluasan hidup, jangan lupa untuk merenung ke dalam ok?

"Mereka yang bijak ialah mereka yang paling banyak ingat mati dan merenung ke dalam dirinya (tentang persediaan untuk mati)".

Terima kasih kawan-kawan.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.
Orang yang kita kutuk lagikan kita kenang, inikan pula kawan-kawan bermain, hahahaha...

Err, kawan-kawan baru sejak aku di ibu kota ini, kalian juga sangat bermakna pada aku.

Cerita Misterius Hutan di Kawasan Urban 2 (c)

Pagi itu seawal jam 4 kami dah bergilir bangun, bersiap, Subuh dan kemas mana yang boleh. Kalau kau daki gunung, kau memang tak dapat elak untuk bangun awal siapkan sarapan dan juga pack lunch. Setakat ni aku belum dengar lagi ada kumpulan mendaki suka berhenti dan masak untuk makan tengah hari. Ia akan ambil banyak masa kau. Maksud aku ini kategori gunung yang biasanya kau jalan ikut office hour - 8 pagi hingga 5 petang.

Aku lupa bagitau, untuk ekspedisi Korbu ni pembantu makmal kami, En. Abbas pun ikut. Dari segi mental, aku tak risau sangat dengan dia, tapi dari segi fizikal mungkin ramai risau. Ya, dia agak bersaiz besar dan dia juga agak berusia. Saiz besar bukan masalah sebenarnya sebab pensyarah kami Encik John pun dah sama banyak je dengan aku naik Tahan (ke lebih? 5 kali).

Untuk hari kedua, pagi itu bermula agak *****. Yat dah bising sebab budak-budak mula ada yang ngelat tinggal barang dan sampah. Apa nak jadi la. Atas gunung ni kau memang boleh tengok true colours kawan kau. Ada yang rajin terlampau sampai kau kesian tengok (ini cerita lain nanti), tapi yang pasti kau akan nampak siapa yang jenis emo, jenis sabar gila, jenis buat hal sendiri, jenis pemalas dan sebagainya.

Dari kem Senoi (kem pertama), kami mula shoot ke puncak (shoot ke puncak ialah bahasa biasa bagi kami, tidak ada niat merojakkan bahasa). Seperti biasa kami yang berada dalam group Sweeper akan mensasarkan sampai malam, dalam realiti keadaan Ina dan En. Abbas.

Bagi aku Korbu agak mencabar dari segi sumber air yang terhad apabila kau ke puncak. Ia berbeza dengan Tahan apatah lagi tahun lepas kami ramai-ramai gali kolam di puncak (ala, tempat lopak air biasa tu, kan dah jadi kolam? kerja kami la tu sampai aku demam!). Sumber air terakhir sebelum sampai ke puncak adalah lebih kurang 5 jam. Ini beerti kami hanya akan jumpa air 24 jam kemudian. Memang sebelum ekspedisi lagi aku dah ingatkan semua orang paling kurang bawa 3 botol air mineral saiz besar. 1 untuk perjalanan naik, 1 untuk perjalanan turun dan 1 untuk memasak di puncak. Kalau ikut teori yang pernah kami bincang dengan pensyarah nutrisi, manusia boleh bertahan sekitar 3-5 hari tanpa air dan kami memang diajar guna sumber air terhad. Kau jangan tak tahu suku air dalam mineral kecil sudah cukup untuk kegunaan solat, benda ni pernah ditunjuk oleh Ustaz Kamaruzaman masa aku di kolej dulu (dia dah lama tak bertugas di UPM).

Perjalanan memang sangat perlahan sampai memaksa Sweeper bergerak dalam dua kumpulan. Takdir hari kedua Ina pengsan lagi sekitar kawasan air terjun. Aduh, kali ini dia rebah tiba-tiba tak macam hari pertama. Jalan agak curam. Di situ bermulanya kumpulan Sweeper berpecah, sekitar jam 11 pagi seingat aku. Finie dan Yat cuba sedarkan Ina tapi tak ada respon. Kami bagi Ina udara yang cukup. Kumpulan paling belakang sekarang hanya aku, Finie, Yat dan Ina.

Aku memang biasa bawa Quran kecil kalau mendaki. Oleh kerana Ina masih tak sedar, aku buat keputusan untuk ambil air wudhu' dan baca Yaa-sin. Usai aku baca, Ina mula sedar tapi memang sangat lemah. Kami dah satu jam di situ. Tiba-tiba Fenzi muncul dan minta beg Ina untuk dibawa ke depan. Kami memang biasa bergilir bawa beg orang sakit semasa di gunung. Jika terlalu berat, kami akan agihkan barang-barang untuk dibawa seorang sikit. Pelajaran penting di sini, kalau kau naik gunung, walaupun kau rasa beg kecil kau dah muat untuk bawa barang yang kau wajib bawa dan barang persendirian kau, kau jangan selfish tambahan pula kau lelaki. Bawalah beg besar sikit. Dan kau jangan guna rain cover untuk camouflage yang konon beg kau tu nampak besar gila dan cukup berat. Kalau kau naik gunung dengan budak-budak baru kau mungkin boleh tipu, tapi kalau kau naik gunung dengan kaki gunung, kau memang akan jadi 'bahan'.

Tengah jalan Feaqa pula sakit belakang. Entah mana pula kumpulan Sweeper depan yang patut jaga dia. Kali ni Fenzi dan aku terpaksa bawa dua beg. Nasib baik sampai satu tahap je, kalau tak aku pun tak tau apa nasib kami. Sebenarnya dalam pendakian, kau mungkin perlukan sedikit masa untuk penyesuaian badan (acclimatize). Selalunya hari pertama kau akan rasa siksa sikit. Biasanya hari kedua kau akan rasa macam ok sangat. Tapi kalau sampai hari keempat kau belum acclimatize, kau memang rasa macam 'neraka'.

Kalau naik gunung, kami biasa bawa walkie-talkie. Kami hanya gunakan walkie-talkie ini setiap satu jam untuk jimatkan bateri. Tapi untuk gunung yang makan masa berhari-hari, selalunya ia tak cukup bateri, maka strategi penting terutama bagi gunung yang dah biasa. Maksud aku kau tahu di lokasi mana kau mungkin tak perlu gunakan dan di mana yang kau rasa penting.

Kami solat jamak pada pukul 5 petang. Sayup kedengaran Iban Trekkers baru tiba selepas tertipu dengan puncak lain pada pukul 3 petang. Tiba-tiba ada pertanyaan dari "water container ada pada siapa?". Memang sah makhluk ni jadi 'bahan'. Kalau kau anti-gunung, kau jangan pengaruh orang lain buat perangai macam kau. Kau patut sedar kau lelaki dan ekspedisi 5 hari kau jangan bawa beg 35 liter, tambah-tambah lagi badan kau sihat dan kau aktif bersukan. Lagi satu kau jangan cakap macam orang bodoh - tak pernah orang buat isi water container yang bentuknya kiub tu untuk bawa ke puncak. Sebab tu penting kau datang mesyuarat dan tahu apa yang patut dan tak patut dibawa. Water container ni kau bawa dan kemudian awal pagi kau tinggal dan buat muka tak bersalah. Kau fake, pemalas! Tapi kalau depan perempuan kau selalu macam Superman, cis!

Aku dapat tahu kargo sampai sekitar maghrib, Sweeper depan sampai sekitar pukul 10 dan kami tiba di puncak Korbu pada pukul 12 tengah malam. Ada tempat-tempat kami ambil gambar tapi tak nampak apa-apa. Dalam hutan, kadang-kadang kau kena faham tanda-tanda ni.

Ya, pukul 12 tengah malam 20 Februari 2006 - waktu itu aku baru 24 tahun. Kami sampai pada suhu sekitar 9 darjah. Kau kena faham atas gunung sejuk angin memang sampai ke tulang. Masa kami sampai hampir semua dah tidur dan tak makan! Ada yang duduk berkampung dekat sumber api - stove dan sebagainya.

Aku sebenarnya sangat marah. Inilah akibatnya bila kau tunjuk pandai dan tak dengar nasihat. Kau memang tak boleh masak apa sangat sebab dalam 40 orang yang naik, hanya 12 botol air yang terkumpul, dan 5 daripadanya ialah dari aku, Yat dan Finie! Geram jangan cakap la. Aku geram sebab budak-budak ni kalau periksa jangan cakap la scorenya. Life skills tu so so dan tak ada keghairahan macam jawab periksa untuk buat. Kau kena ingat bila naik gunung ia melibatkan nyawa. Korbu bukan gunung biasa dan memang semua pun tahu ia pernah mengambil korban.

Fenzi datang bisik pada aku yang dia dah sediakan penempatan kami masa aku masih dalam perjalanan. Tapi aku suruh bagi pada seorang mamat poyo yang konon tak mahu galas beg berat sampai tak bawa sweater. Malam itu aku tidur di dapur bersama sebahagian yang lain.

Tengah malam Feaqa dan Ina kejut aku. Memang aku tau keadaan sangat sejuk. Terketar-ketar aku tengok mereka. Minyak panas pun tak berkesan mana. Masa tu dah pukul 2 pagi. Aku dah bagi pinjam apa yang patut pada orang lain sampai tinggal selapis pakaian aku. Ok, lagi satu kau jangan lupa bawa stokin yang cukup.

Aku tidur lewat malam tu sampai semua orang tidur.