Wednesday, May 28, 2008

Ezam vs Anwar : Masa Depan Malaysia

Ini hanya apa yang aku dapat bayangkan dalam tempoh sementara menanti Perhimpunan Khas UMNO Disember ini.

Ezam akan jadi calon politik menentang DS Anwar jika berlaku Pilihan Raya Kecil. Dan mungkin saat itu Ezam adalah seorang Senator dan tentunya pertembungan ini adalah yang paling dinantikan kerana :

i) Ia medan UMNO 'menyucikan' Ezam
ii) Ia medan bongkar-membongkar (jika dikira budaya UMNO), pertarungan kalah-mati untuk DS Anwar tetapi tidak untuk Ezam
iii) Ia dapat membantu UMNO mengalihkan isu kepimpinan dan negara
iv) Ia adalah simbol kemenangan moral Pakatan Rakyat
v) Ia adalah masa depan politik Malaysia

dan banyak lagi boleh kita senaraikan...

Tadi waktu aku bertemu seorang teman, seorang UMNO yang terbaik barangkali, hanya saja dia masih muda, dia menzahirkan rasa kecewa dengan kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Ya, pelik untuk aku mendengarnya, tapi tidak jika dari mulutnya. Kami, dan lebih ramai lagi sebenarnya mengimpikan sebuah negara yang baik untuk diwarisi. Kami sudah bosan dengan retorika perkauman dan juga pelbagai isu lagi yang bersabit institusi dan tata negara. Sudah tentu kami percaya secara teknikalnya banyak yang kami perlu tahu, tetapi untuk hal-hal yang jelas merosakkan negara, tidak perlu seorang pakar menasihati.

Ramai musuh Anwar sama ada dalam BN atau di luar BN, termasuk dari PR gembira dengan keputusan Ezam, tapi dari sekelumit pengalaman aku bersama Ezam, jauh di sudut hati dia tidak mahu 'bertarung' dengan Anwar. Tapi politik pada tingkatnya yang unik adalah seni segala kemungkinan, suka atau tidak kita menelan kepahitan baris kata itu.

Politik Malaysia, lekaslah menuju Januari 2009!

Mahu Jadi Penulis?

Ini adalah iklan. Aku panjangkan di sini untuk perhatian teman-teman yang berminat. Tapi jangan harap dapat jumpa aku di sana. Walaupun aku ingin pergi, ada urusan lain yang lebih perlu aku selesaikan.

Anjuran Institut Kajian Dasar (IKD)

- Tiada yuran penyertaan
- Makan dan penginapan disediakan
- Bimbingan oleh penulis-penulis berpengalaman dan terkemuka Malaysia dan luar negara
- Peluang latihan di luar negara
- Peluang pekerjaan/meraih pendapatan dari hasil penulisan

SIRI 1 :

Tarikh: 30 Mei -3 Jun 2008

Tempat: Rumah Penulis, Bukit Sentosa, Rawang Selangor.

* Pengangkutan disediakan dari Bangsar ke Lokasi Program.

Bagi yang berminat, sila hantar maklumat ringkas tentang diri, contoh penulisan (apa saja genre) dan sekeping foto sebelum 29 Mei 2008 kepada:

Farhan Affandi
Email: farhan.affandi@gmail.com
Telefon: 012-433 3011

Bala

Ini bukan rahmat, ini bala!

Akhirnya!

Hari ini sms menderu masuk bertanyakan persoalan Ezam.

Jika hari ini arwah Adlan Benan masih hidup, maka dia akan pasti senyum tawar. Dia telah awal tahu bahawa Ezam akan masuk UMNO. Senyumnya tawar hanya kerana dia tahu tetapi ianya realiti pahit untuk diterima, bukan saja dia, tapi lebih ramai.

Sebelum aku menulis terus dari perspektif politik elok aku nyatakan sikap yang umum. Untuk aku, Reformasi adalah kerja semua orang. Ia bukan milik parti atau individu. Jelas.

Mungkin 'hubungan luar biasa' aku dan Ezam secara langsung dan tidak menjadikan banyak teori muncul di kepala. Dan seperti jawab aku pada seorang teman yang sering bangga mendakwa dirinya aktivis JIM-UMNO - some things are better left unsaid. Itu jawapan selepas sikap umum aku disangkalnya sebagai 'play safe and uncommital answer'. Ya, kerana aku bukan ahli parti tetapi jujurnya aku simpatisan reformasi. Dan menjadi simpatisan reformasi dalam erti berparti tidak mudah, dan mungkin aku 'pengecut' menjadi simpatisan reformasi di luar parti.

Teori bersimpang siur antara masalah Ezam dengan PKR dan percaturan politik UMNO dan tokoh-tokoh tertentu. Ah, itu sangat umum. Kita terlalu obses dengan tokoh atau individu, tidak pada idea. Justeru, layaklah Tun Dr Mahathir 'menyiksa' Malaysia sebelum ini untuk membangkitkan kita dari lena yang panjang. Tapi nampaknya kita belum betul benar terjaga.

Secara politiknya Ezam tersepit, itu pandangan aku. Ringkas dan mudah. Selebihnya aku serahkan kepada kalian.

Aku tidak mahu mengharap apa-apa dari Ezam bila dia masuk UMNO. Ada yang mungkin melonjak gembira kerana menurut mereka DS Anwar akan dibelasah oleh bekas orang kuatnya. Aku hanya mahu senyum. Senyum tawar, kerana siapa saja tidak mungkin menafikan peranan Ezam dalam mengekalkan momentum Reformasi 1998 sebelum ini dan tawar kerana Ezam akhirnya memilih menjadi seorang politikus, bukan negarawan.

Ada sms masuk lewat petang tadi untuk menyatakan rasa syukur kerana duri dalam daging kepada PKR pasca ISA akhirnya telah keluar. Sejauh mana kebenaran, persahabatan harus lebih atas semangatnya mengatasi permusuhan politik, hanya saja perbezaan politik itu harus di atas garis idea, bukan garis struktur yang menindas.

Aku masih ingat antara butir penting dalam perjumpaan di pejabat GERAK yang terakhir aku hadir - rakyat bertanyakan nama 'ikan jerung' yang mahu diumumkannya, tapi sehingga kini ia tidak kedengaran. Dan laporan itu aku akui ada - lebih tebal dari tesis tebal yang pernah aku tengok!

Ah, cukuplah..masih ada sisa idea yang mendasar tidak benar-benar diangkat ke muka bicara. Apa yang kalian fikir? Ya, Ezam telah masuk UMNO akhirnya, bersama 6 kotak dokumen rasuah dan nafas politik yang kian sempit sebelum ini. Berhenti bergantung kepada tokoh, tiap dari kita harus bebas!

Wajah Islam Hadhari?

Ini mungkin jawapan kepada kenyataan politik Islam Hadhari dan kenapa ia dilihat sebagai 'bukan Islam sebenar'

Tuesday, May 27, 2008

Selangor dan Pulau Pinang haramkan Islam Hadhari

Ini berita malang.

Bukan malang kepada BN semata-mata, tetapi malang kepada dunia pemikiran di Malaysia. Agenda Reformasi harus lebih cerah dari ini.

Sunday, May 25, 2008

Terengganu Kita

Alhamdulillah telah selamat sampai di Kuala Lumpur.

Aku sampai di Terengganu untuk kali ketiga. Pertama sekali waktu lawatan sekolah tingkatan 3, aku masih ingat kami semua agak terkejut bila tiba di satu restoran dan melihat menu Ais Krim Goreng! Kali kedua, untuk praktikal dan ini kali ketiga - ziarah tempat praktikal dan makan kenduri.

Kenyir adalah tempat praktikal aku pada tahun 2002. Waktu itu tujuan aku memilih Terengganu sebagai destinasi praktikal adalah bersifat serampang dua mata - untuk belajar ilmu dalam bidang aku di tempat yang pernah dianggap antara terbaik di Malaysia (sayangnya sekarang tidak ada yang boleh dibanggakan selain sejarah) dan untuk melihat serta mendengar sendiri situasi dan pandangan rakyat di bawah pemerintahan PAS waktu itu.

Dalam kumpulan ambilan aku di universiti, kawan-kawan dari Terengganu adalah kelompok yang paling awal kahwin, semasa dan sebaik saja tamat belajar. Malah lebih awal dari kawan-kawan Kelantan. Kadang-kadang pening juga memikirkan, bagaimana mereka mengurus kehidupan?

Sebilangan besar kawan-kawan dari Terengganu adalah kawan yang cukup baik dengan aku. Mereka, saat tiba kesedaran, adalah cukup kuat menggenggam keputusan.

Dari Kenyir kami ke Kuala Terengganu, tempat sejarah tumbangnya Mat Sabu akibat pecahan undi untuk seorang nenek. Masih tersisa banyak kain rentang di sepanjang jalan. Dari isu PRU-12 hingga ke Rukunnegara (dengan tulisan yang jelas tentang Kesetiaan Kepada Raja dan Negara). Sudah tentu sesudah kenduri kami tidak melepaskan peluang untuk singgah di Pasar Payang.

Terengganu negeri yang cantik. Di bawah YDP Agong kini dan angin baru selepas Gelombang Biru yang bukan saja merubah, malah mungkin merosakkan..harapnya rakyat Terengganu terbela. Wang royalti yang telah diterima sekian lama seharusnya jadi aset untuk membawa keluar masyarakat dari kemiskinan. Meskipun aku pro-liberalisme ekonomi, ia masih dalam batas sedar. Pemeriksaan realiti masyarakat dan penentangan tegar terhadap salah guna kuasa dan korupsi tak harus dikesampingkan.

Friday, May 23, 2008

Kenyir

Malam ini aku akan bertolak ke Tasik Kenyir dan aku pulang semula ke Selangor pada hari Ahad. Doakan keselamatan kami pergi dan balik dalam pemeliharaan Allah s.w.t.. Dah lama aku tak berkunjung ke tempat praktikal aku tu...kawan-kawan pun dah bersiap nak memancing.

Wednesday, May 21, 2008

Aku dan Konflik Sunni-Syiah

Ini bukan cerita perincian satu persatu titik temu dan titik beza Sunni-Syiah.

Hanya kerana entri lepas berkisar hal Ezam, maka aku teringat satu detik yang kami atur bersama untuk bertemu sebilangan mahasiswa di Wilayah Ilmu ini melalui kumpulan diskusi kami - Diskusi Enak Wilayah Ilmu (DEWI). Semasa memperkenalkan jumlah kami yang hadir petang itu - sekitar berbelas orang juga, aku nyatakan bahawa kami ini dari pelbagai latar belakang kecenderungan pemikiran - Dakwah, Liberal, Sosialis dan Syiah juga ada. Bersama kami waktu itu termasuk Nazree Yunus, mantan pimpinan PMIUM dan kini khabarnya mengambil alih GERAK dari Ezam dan orang-orang kanan Ezam dalam PKR dulu. Itu mungkin pertemuan terakhir aku dan Ezam, dan selepasnya aku tidak hadir semasa GERAK mengatur jaringan dengan GAMIS dan lain-lain.

Ah, itu cerita sekilas dengan Ezam. Aku hanya mahu menggambarkan luasnya horizon pemikiran dalam masyarakat tapi nyata kami sedia berbeza secara aman.

Aku agak rapat dengan seorang rakan yang cenderung Syiah, tapi dia seorang yang aku hormati kerana luasnya horizon pengetahuan dan akhlaqnya. Gurau kami agak menakutkan, hingga jika orang tidak faham akan bertanya-tanya "agama apakah mereka ini?". Pernah dulu semasa kami balik dari Program Intelektual Awam yang dianjurkan bulanan oleh MEGC, aku tanya padanya "kenapa banyak aktivis muslim cenderung mengkafirkan orang lain?". Jawab dia "takut syurga penuh kot!". Begitulah contoh gurau kami yang mungkin hanya kami mengerti...itu sekadar contoh biasa.

Petang ini sengaja aku layangkan sms buatnya.

Aku : Salam, enta di mana? Apa pandangan enta, mampukah Sunni-Syiah berdamai? Sediakah Syiah menarik balik tuduhan ke atas sahabat r.a. dan isteri nabi s.a.w.?

Dia : Salaam! Min, pada ana isu ni dah lapuk dan tak relevan lagi. Orang sehebat al-Afghani dan al-Banna pun tak mampu selesaikan, masakan orang kerdil macam ana boleh selesaikan. Yang penting sekarang bukan mazhab, tapi apa yang masyarakat nikmati dari sumbangan kita.

Aku : Ana setuju, sayangnya banyak pemikiran hebat di dunia (Islam) berakhir buruk bila ia jadi medan takfir dan saling bertindak keras.

Dia : Yup! Sayangilah semua mazhab. Utamakan akhlak atas semuanya. Kata muslim lebih tinggi dari Sunni dan Shii. Jangan kita taasub. Ingat pada Voltaire? hehe (untuk makluman pembaca, Voltaire pernah berkata fanatisme adalah penyakit segala abad)

Aku : Tapi pada ana mencerca sahabat r.a. bukan contoh akhlaq.

Dia : Yup. Yang cerca memang tidak ada akhlak. Lebih-lebih secara terbuka dan tujuan untuk sakiti hati saudaranya. Sebab itu mazhab harus jadi ruang peribadi saja dan mungkin Islam dalam kerangka besar jadi ruang umum. Syiah yang suka kutuk-kutuk sahabat r.a. tidak ikut teladan Amirul Mukminin Ali.

Itulah sekelumit dari hal bertanya khabar kami. InsyaAllah kami sedang mengaturkan DEWI siri lanjutan...

Ezam masuk UMNO?

Pagi tadi aku terima berita dari seorang kawan - Ezam masuk UMNO.

Ramai dari kalangan kita di Malaysia kenal Ezam sejak mula Reformasi 1998 dan dari saat itu kita tahu Ezam punya karisma dan mampu memobilisasi rakyat dengannya. Ezam ditahan ISA dan juga pernah menerima hukuman OSA. Rekod perjuangan Ezam di zaman Reformasi 1998 tidak mudah padam. Sebab itu bila Ezam berpatah arang dengan PKR atas sebab-sebab yang dilihat peribadi antara dia dan Azmin, ramai yang dukacita. Dia mungkin aset besar dalam politik Malaysia umumnya dan politik PKR khususnya dulu.

Aku mula dipertemukan secara personal dengan Ezam pada 2004, waktu itu kebetulan aku ke pejabat IKD mencari buku-buku yang bagus untuk dibaca dan ofisnya sementara ada di sana. Dia bersama Tian Chua waktu itu. Di kalangan sebahagian teman aktivis lingkaran Bangsar, aku mungkin dianggap satu-satunya aktivis (jika boleh dipanggil begitu) UBU yang berjaya menempatkan diri dalam pimpinan pelajar, dan aku tidak selesa. Jalur politik aku lebih banyak kelabu berbanding hitam atau putih. Sudah tentu ia masih kelabu jika aku tidak mahu kompromi dengan penegasan sikap bahawa aku menolak kezaliman. Tapi pada masa yang sama aku percaya engagement perlu. Maksudnya aku akan gunakan saluran yang mungkin untuk menyampaikan rasa tidak bersetuju aku. Aku tidak percaya kepada permusuhan terhadap individu tetapi sikap. Mahu tak mahu sikap itu ada pada individu. Ruang tipis inilah yang sukar kita jelaskan.

Pasca Ijok, ada sebilangan teman marah atau menunjukkan rasa tidak senang kerana aku kekal berhubung dengan Ezam malah kerap ke pejabat GERAK untuk sesi pengenalan, mesyuarat dan perkongsian bersama Ezam sendiri. Ezam mahu aktif bersama GERAK. Jujurnya aku nyatakan kepada Ezam bahawa GERAK harus bergerak sebagai NGO, bukan parti politik. Program-program awal GERAK banyak bersifat parti politik dan bukan NGO, maksud aku fokus kepada pendidikan kesedaran dan penyelidikan. Aku nyatakan pada Ezam secara jujur bahawa aku dan kawan-kawan mendokong isu melawan rasuah, tetapi untuk mengajak kami aktif bersama GERAK mungkin sukar kerana kami percaya lebih banyak isu mahasiswa, anak muda dan lain-lain yang telah kami beri komitmen. Malah aku nyatakan tegas pada Ezam bahawa ramai dari kalangan kami mendokong isu dan tidak bersetuju dengan kecaman bersifat kebudakan oleh Ezam kepada DS Anwar dan PKR. Dalam beberapa siri pertemuan kami, cukup jelas Ezam 'bertempur' dengan Azmin. Bukan rahsia dalam PKR bahawa Azmin adalah strategis dan Ezam lebih bersifat crowd puller.

Ezam mungkin idola anak muda satu waktu dulu, tempias dari karisma DS Anwar. Tapi Ezam mungkin tidak tahu bahawa ada sekelompok anak muda yang sampai bila-bila sedia menjadi minoriti tidak lupa menganalisis Ezam dan ramai pimpinan lain pasca ISA.

Aku tak tahu sama ada ini adalah percaturan politik lebih besar. Umum maklum Ezam cenderung membawa DS Anwar ke dalam UMNO dan pertemuannya dengan Khairy bukan rahsia sebelum ini. Ezam dan Khairy masing-masing ada perancangan sendiri untuk masa depan politik mereka.

Parti adalah wadah perjuangan. Biar namanya UMNO, PKR, PAS atau apa saja...amalan tetap jadi bukti. Jika Ezam merasakan UMNO adalah yang cocok dengan jiwanya, maka aku hanya mahu ucapkan selamat berusaha untuk Ezam.

MU Juara Eropah

Perit untuk menerima hakikat ini, Manchester United menjuarai Piala Antara Juara Eropah setelah menunjukkan permainan yang tidak mencerminkan mereka layak menjadi juara.

Kedua-dua pasukan telah menunjukkan persaingan sihat dan memiliki peluang yang sama rata namun nasib tidak menyebelahi Chelsea semasa penentuan sepak penalti.

Man Utd 1 - Christiano Ronaldo
Chelsea 1 - Frank Lampard

Sepakan penalti Man Utd 6 Chelsea 5.

Pergi Tak Kembali

Tan Sri Anuar Zainal Abidin, mantan Hakim Besar Malaya dan juga mantan Pesuruhjaya SUHAKAM telah pergi menghadap Ilahi pada 19 Mei 2008. Sesungguhnya janji Allah s.w.t. itu Benar. Sama-sama kita berdoa untuk arwah yang komited mempertahankan prinsip keadilan..

Tuesday, May 20, 2008

Sedar?

Hari ini Tun dan pendokongnya 'baru sedar'. YB Mukhriz Mahathir juga mungkin 'baru sedar'. Podah! Mereka seharusnya telah lama sedar! Demokrasi bukan saja kian luput dalam UMNO malah sejak zaman Tun memerintah demokrasi kian luput di Malaysia! Agak-agak di mana suara mereka waktu itu?

Walaupun kita sayang dan harus akui ada beberapa sumbangan dari kepimpinan Tun dulu, terutama di awal pemerintahannya, yang nyata kini banyak yang kelihatan sumbang. Yang sumbang inilah sebenarnya yang menyebabkan Tun marah, dan tindakan berani Tun tidak lebih dari mempunyai agenda tersirat ini. Sebenarnya Tun sejak dulu boleh bersikap gentleman, tapi Tun menolak sapina mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes DS Anwar. Apa maknanya?

Rakyat sebenarnya harus celik, bukan soal Tun, bukan soal DS Anwar, bukan soal UMNO, PKR, PAS atau mana-mana parti atau individu. Isunya sistem!

Di mana kedaulatan undang-undang?

Tak Tahu Malu?

Dengan bangganya tercatat bekas ahli UMNO no. 1 dan no. 2 dan pada catatan kenyataan ini dibuat bahawa UMNO berusia 62 tahun? Betulkah saat UMNO muncul 62 tahun lepas mereka adalah ahli no. 1 dan no. 2?

Ini bukan penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir dan isteri. Hanya sekadar menjelaskan lagi bahawa pakejnya telah lengkap sebagai perbuatan mantan Perdana Menteri yang layak disanjungi dan dikeji dari hal-hal baik dan buruk yang telah berlaku.

Jujurnya, masih terlalu awal untuk meneka..tapi aku setuju untuk mengatakan Pak Lah 1 Tun Dr M 0...tak mungkin Pak Lah akan berundur kerana ia hanya akan membuktikan dia lemah. Sebaliknya lebih baik dia memulihkan apa yang mampu sebelum peralihan kepimpinan Malaysia berlaku. Tulisan MSO dalam hal pengunduran Tun mungkin yang paling cocok dengan pandangan aku.

Monday, May 19, 2008

Jengok Semula

Cerita 1

13 Mei 1969 telah tercatat sebagai hari hitam untuk Malaysia kerana kewarasan akal tunduk kepada emosi. Masing-masing saling menuduh dan rentetan dari itu digunakan sebagai alat untuk berkuasa. Kewarasan akal rakyat tunduk lagi pada nafsu sebilangan manusia. Dan 13 Mei 1969 tidak pernah dijadikan bahan rasional untuk wacana awam multi perspektif. Doktrin terus berjalan malah lebih keras selepas PRU-12, walaupun mereka sedar isunya tidak memberi kesan yang sama sebagai yang dikehendaki. PKR akan terus menghantui UMNO, bukan sahaja kerana DS Anwar, tetapi kerana idea penubuhannya merobek amalan politik UMNO. InsyaAllah revolusi pemikiran yang dibawa Rasulullah s.a.w. bahawa kemuliaan manusia itu pada taqwa dan bukan pada bangsa, harta dan rupa paras akan juga tiba dengan wajah yang benar di Malaysia.

Cerita 2
15 Mei - Selain mengingati Nukbah Palestin, jangan lupa ia juga Hari Belia Malaysia. Maka di bahu kita generasi muda untuk terus menggiatkan budaya taqwa. Telah ditunjukkan Allah s.w.t. dalam Al-Quran bahawa ilmu adalah jalan kepada taqwa. Sudah tentu ilmu itu menuntut amalan para peraihnya. Dalam proses berilmu, dinamika ilmu itu sendiri dan manusia selalu jadi perkara yang aku renung. Zaman aktif dengan kegiatan kemahasiswaan dulu selalu aku tekankan dua perkara asas ini - kemuliaan insan dan martabat ilmu.

Cerita 3

16 Mei Hari Guru - Selamat Hari Guru dan Selamatkan Profesyen Perguruan! Siapa juga kita ilmu adalah bahan yang disampaikan guru. Guru boleh jadi silap dan lemah pandangannya tetapi ia harus dinilai dari sudut konteks. Moga tiada guru yang hanya melihat profesyen guru hanya untuk cari makan. Dan kita yang belajar ilmu harus berkongsi dengan yang lain kerana sudah menjadi teladan dari Rasulullah s.a.w. agar kita menyampaikan darinya walau satu ayat, tak perlu tunggu ilmu cukup kerana ilmu Allah s.w.t. ini sangat luas. Tapi janganlah pulak kita membodohkan diri dengan fanatisme tak bertempat terhadap 'satu ayat' yang kita sampaikan atas maksud ilmu.

Cerita 4

Sebaik pulang dari kampung aku masuk ke hutan untuk menjalankan program bersama pihak sekolah. Dinamika ilmu untuk berkongsi dengan adik-adik sekolah rendah nyata dituntut. Kenakalan mereka bukanlah perkara enteng sebaliknya cukup menguji. Spontan aku mewar-warkan kepada rakan-rakan bahawa mengendalikan program untuk kanak-kanak harus jadi silibus rasmi kursus perkahwinan! Siapa kata senang hidup berkeluarga? Suka-suka nak bercinta..memang benarlah anjuran Ustaz Hasrizal untuk melihat dunia perkahwinan ini lebih luas dan jauh.

Cerita 5

Dunia perkahwinan sedikit sebanyak sama dengan realiti kehidupan. Cewah, macamlah aku ni dah berkahwin. Sedikit sebanyak yang sama itu maksud aku ia melebihi persoalan individu. Meski seorang liberal faham bahawa individualisme adalah tiang asas yang membina faham itu, ia tidaklah berdiri sendiri melainkan didokong dengan tiang-tiang yang lain. Kita tengok dalam hal keluarga pun telah disebut 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Dalam perkembangan semasa, konflik kepentingan antara Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah kian runcing. Sebenarnya aku tak peduli pun. Kritikan Tun kepada Pak Lah adalah sama sebagaimana sebahagian rakyat mengkritik sekian lama. Jika Tun rasa Pak Lah tak melayan dia sebagai ahli UMNO, Tun juga patut rasa bagaimana ramai lagi tidak dilayan sebagai rakyat. Malah ramai lagi di mana-mana, bukan sekadar rakyat, malah tidak dilayan sebagai manusia pun!

Kita telah tiba di satu era yang menuntut sikap dan pertanggungjawaban yang lebih tinggi. Era ketamadunan dicabar dengan keangkuhan buta terhadap kemodenan. Telah bersediakan kita memberi jawapan kepada Allah s.w.t. dengan persoalan yang ditinggalkan kepada kita "apakah kita mahu meninggalkan zuriat yang lemah?".

Masalah Laptop

Kemaskini agak terganggu kerana laptop ada masalah yang pelik..adoi!

Kena tunggu ada duit nak beli keyboard USB..

Che Det Keluar UMNO

Selepas laporan isu Kehakiman, Che Det keluar UMNO. Dapatkah kalian tangkap maksudnya?

Wednesday, May 14, 2008

60 Tahun Nakbah Palestin

Bencana besar, begitulah ertinya Nakbah saat tertubuhnya negara haram Israel pada 15 Mei 1948. Kenapa ia haram? Kerana ia ditubuhkan atas kezaliman dan penindasan terhadap yang lain. Demi Allah s.w.t., tidaklah Rasulullah s.a.w. membuka kota Makkah dan juga Madinah Bandar Bercahaya dengan cara zalim dan menindas melainkan konsensus dan wibawa Baginda s.a.w. yang diizinkan Allah s.w.t..
Aku masih ingat 2005, saat Jonah menghubungi aku dan kami berjumpa sekitar UPM. "Anwar akan beri pidato tentang Palestin di bangunan Kesatuan Sekerja, kau kena datang dan bawa kawan-kawan". Kami hadir dan pidato ringkas Anwar selepas beberapa pemidato lain sebelumnya cukup untuk menunjukkan bahawa isu Palestin kekal isu bersama dan kezaliman adalah tertolak dan tidak boleh dikompromi.
Jujurnya, bidasan Presiden Iran kini, Mahmoud Ahmadinejad kepada Amerika Syarikat untuk aku adalah bidasan yang paling tepat. Ya, kita boleh saja tidak bersetuju dengan beberapa dasar Iran di bawah pemerintahannya sebagaimana Ayatollah Montazeri yang juga seorang Syiah lakukan, tetapi sentimen perbezaan aqidah, mazhab atau apa juga tidak harus menjadikan kita hilang rasional.
Palestin bumi bertuah. Tuahnya mungkin bukan 'selamat, aman dan makmur' seperti kita di Malaysia, tetapi kerana di sanalah panggilan syahid itu dekat dan di sanalah mungkin keyakinan kita pada Allah s.w.t. itu dekat.
Berbahagialah mereka yang berjuang menentang kezaliman di mana-mana. Semoga Allah s.w.t. tidak menjadikan kita lalai.

Tuesday, May 13, 2008

Mentaliti

YB Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan YB Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) adalah contoh wakil rakyat yang bertumpu mencari kemenangan politik BN, bukan mencari penyelesaian keperluan negara dan rakyat.

Tuduhan pemberian air percuma hingga 20 meter padu sebagai membazir dan bersifat rasuah kepada rakyat adalah cakap orang tak berfikir. Paling tidak pun tuduhan itu perlu ditampung dengan petunjuk dan kira-kira yang perlu. Dan jawapan TS Khalid Ibrahim sangat elok untuk mereka fikir. Apakah cadangan TS Khalid supaya UMNO dan penyokong-penyokongnya akan menghantar surat ke Pejabat MB Selangor untuk meminta pengecualian mendapat kemudahan bekalan air percuma ini?

Serampang dua mata; rakyat diajar berjimat dan keuntungan dijana pada mekanisme harga yang sesuai.

Perubahan Malaysia

Hari ini aku jumpa kawan lama. Asalnya kami kenal kerana kami sama-sama aktif dalam pasukan Catur Perlis. Dulu aku dan adiknya juara negeri, tetapi dia jauh lebih tua dari aku. Dari lanjutan krisis politik 1998, masih segar jawapannya kepada pertanyaan aku "Hang sokong Mahathir ke Anwar?". Jawabnya waktu itu "Kalau hang tanya aku M atau A, aku pilih A, tapi A aku Abdullah Ahmad Badawi!".

2004 saat aku jadi pimpinan kampus, dia antara yang rapat dengan circle Pak Lah. Waktu itu Pak Lah baru naik dan muka aku keluar di surat khabar menegaskan harapan agar Pak Lah memberi ruang kepada penglibatan mahasiswa dalam proses pembangunan negara. Dia hubungi aku dan kami berkongsi pandangan. Masih terlalu awal untuk melihat hala tuju Pak Lah, seperti biasa gambaran awal lebih banyak positif berbanding sangsi. Dan kami sama-sama menaruh harapan agar Pak Lah memberi makna baru kepada erti hidup bernegara. Aku seperti biasa percaya reformasi adalah kerja semua orang, walaupun hakikat real politik cenderung bersikap hitam dan putih, dan itulah yang membunuh ruang kebebasan rakyat.

Pasca PRU-12, semua maklum. Kredibiliti Pak Lah jatuh menjunam. Hari ini kita boleh lihat Khairy seperti tidak ada arah. Walaupun ego politiknya masih ada, hanya sekadar itu. Dia tidak lagi memiliki trump card. Hanya menanti saat jatuh. Ada beberapa orang rapatnya adalah mantan mahasiswa UPM dan ada di kalangan mereka sangat tebal perkaumannya dan dikenali berwatak samseng di kampus (samseng dalam erti kata banyak guna kekerasan dari otak!). Khairy sebenarnya sedar, baik dalam UMNO-BN atau sebaliknya, semua menunggu masa untuk menghilangkan hayat politik Khairy sebaik saja Pak Lah turun dari kerusi PM.

Perkembangan politik Sabah menunjukkan Pak Lah gagal dalam usaha mententeramkan kegawatan di sana pasca PRU-12. Buang duit rakyat! Jika kita perihatin, justifikasi-justifikasi yang dibawa oleh Ahli Parlimen dari Sabah adalah landasan awal untuk menyediakan rakyat kepada kemungkinan penghijrahan besar-besaran, baik dalam bentuk penyertaan kepada Pakatan Rakyat dalam erti kata masuk PKR, PAS dan DAP...atau mereka membentuk pakatan lain - Pakatan Borneo barangkali. Siapa dapat menafikan hujah-hujah tuntas Ahli Parlimen dari Sabah tentang kegagalan BN menghargai sumbangan kemenangan dari mereka? Dalam serba dianaktirikan, prestasi Sabah adalah jauh lebih terpuji dari negeri yang mendapat 5 dan 7 jawatan menteri.

Perubahan sentiasa menjadi detik cemas, paling tidak sedikit gawat. Kerana perubahan memerlukan beberapa aturan baru dari segi struktur, nilai, peranan dan hala tuju. Tapi itu tidaklah bermakna perubahan itu payah dan tidak perlu. Perubahan adalah ketetapan Allah s.w.t. dalam hidup, bahawa manusia perlu bergerak dari satu keadaan yang kurang baik kepada lebih baik. Dan perubahan Malaysia kini hampir pasti. Kerana aku seorang Islam dan umumnya berfikiran liberal, maka menjadi tugas rakyat untuk memastikan perubahan ini mengikut landasan yang wajar. Perubahan Malaysia seharusnya ke arah yang lebih baik. Ya, lebih baik itu konotasinya umum..ayuh kita menggerakkan keteraturan spontan melalui wacana yang kaya!

Monday, May 12, 2008

Tumit Achilles

Ini bukan cerita buku Pak Khalid, ini cerita politik Malaysia.

Saksikanlah, pasca PRU-12, aku percaya UMNO-BN terutamanya, akan menumpukan serangan dan pertahanan untuk memulihkan maruahnya sebegini..

1) Mewujudkan suasana tidak selesa berkaitan hubungan PAS-DAP melalui pelbagai isu. Natijahnya Pakatan Rakyat 2008 hancur sebagaimana Barisan Alternatif 1999. Hal ini pernah aku sebut pada seorang 'roommate' pro-PAS pada tahun 2003. Pilihan yang ada ialah meningkatkan dialog dan menggiatkan penerangan serta rekonstruksi modul tarbiyah untuk PAS, atau modul pendidikan oleh DAP.

Kenapa PAS dan DAP? Jika kita dapat membaca, sejarah perbezaan PAS dan DAP adalah cukup panjang, meski kelihatan banyak juga isu yang sama sejak dulu hingga kini. Perbezaan ini untuk aku lebih kepada tujuan politik, kerana pool pengundi mereka berbeza ras. Alhamdulillah dengan wibawa baru, pengertian akan lebih jelas. Usaha ini tidak mudah, lebih-lebih lagi mereka yang sangat bergantung kepada modal hujah berasaskan ras ini.

Selaku Melayu, jujurlah kawan-kawan bahawa sentimen anti-Cina sama ada lembut atau keras memang jadi rahsia umum. Sama juga dengan kawan-kawan Cina. Ia hanya dapat dilenturkan sebelum dileburkan melalui amalan yang ditunjuk. Wacana rentas budaya harus disemarakkan. UMNO memang sangat mengharapkan PAS menjadi Tumit Achilles dalam Pakatan Rakyat kerana dengan itu imej Pejuang Melayu dapat disegarkan semula. Meskipun UMNO mungkin berharap DAP juga menjadi Tumit Achilles, ia tidak memberi political milage yang banyak untuk UMNO. UMNO sedar desakan dari dalam untuk politik rentas budaya hanya akan menguburkan mereka. Politik rentas budaya bagaimanapun boleh cocok dengan PAS kerana itulah geist Islam. Cuma dinamika penyampaian PAS harus diperkasa.

2) Membuktikan PKR sebagai parti yang tidak boleh dipercayai. Ia wujud dalam konteks kononnya pemimpin PKR pentingkan jawatan, PKR tak bela Islam-Melayu, PKR juga adalah elemen Cina dan Melayu yang tak boleh harap dan sebagainya. Secara politiknya, aku percaya PKR tidak perlu gopoh. Memang buat masa ini ketokohan DS Anwar lebih ke depan, tapi jangan lupa, usaha meletakkan DS Anwar di kerusi PM hanyalah simbol. Apa yang penting ialah usaha melahirkan generasi yang berdaya tahan untuk mengekalkan kelangsungan politik rentas budaya ini.

Dari keperihatinan aku, PKR merupakan jambatan penting dalam Pakatan Rakyat. Sosok DS Anwar bukanlah 100% diterima oleh pejuang-pejuang tekal dalam PAS, DAP malah NGO tetapi mereka juga bukanlah fanatik buta untuk tidak mengakui ketokohan dan sejarah perjuangan DS Anwar. Tapi harus diingat bahawa mereka sedia berbeza pendapat malah menentang beliau. Itulah uniknya dan sebenarnya kekuatan Pakatan Rakyat. Hanya saja Pakatan Rakyat akan berdepan dengan sedikit penentangan dalaman sementara proses normalisasi akan berlaku.

Dalam realiti gerak kerja berpasukan, Pakatan Rakyat pada aku kini sedang di peringkat memupuk normalisasi dan ini penting untuk menggerakkan prestasi. Ribut selepas pembentukan pakatan untuk Pilihan Raya dan kemudiannya menjadi Pakatan Rakyat boleh menjadi positif atau negatif. Sebab itu, jika aktivis yang mendokong parti masing-masing gagal memahami teori perkembangan kumpulan ini, mereka akan 'tertipu' dan mula cakap belakang tanpa sedar mereka sedang meruntuhkan proses itu sendiri. Orang yang sejak belasan tahun menyertai parti pun mungkin gagal membaca perihal ini, apatah lagi bila lekas menghukum.

3) Strategi Tangan Salam Kaki Menerajang. UMNO-BN setakat ini masih tegar tidak mengakui bahawa mereka kalah secara moralnya dalam PRU-12. Kekalahan ini boleh saja jadi baik untuk Malaysia, tetapi itu tidak digunakan dengan baik oleh UMNO-BN. Kita tahu usaha membalas dendam sedang bergerak secara halus, baik dari sekatan bantuan atau kerjasama dan sebagainya.

Aku percaya ada saja YB UMNO yang insaf..dan mereka inilah yang cukup bahaya bagi UMNO dalam ribut penghijrahan YB-YB mereka ke Pakatan Rakyat.

4) UMNO memulihkan dirinya. Ini merupakan pilihan akhir dan hampir mustahil. Tidak ada tanda-tanda yang cukup kuat untuk itu melainkan 'tanda-tanda wayang' sebagaimana selalunya. UMNO masih memilih untuk menjadi politikus, bukan negarawan.

Aku ada satu perasaan bahawa Gerakan dan beberapa parti kecil lain akan membuat penghijrahan besar-besaran jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan. Politik mereka yang lebih gentleman dan tidak keterlaluan sebenarnya lebih dekat dengan matlamat asas Pakatan Rakyat. Percayalah, UMNO hanya akan jadi parti kecil sekiranya mereka tewas paling tidak untuk 3 penggal. Maksud aku, jika rakyat beri 3 penggal kepada Pakatan Rakyat, maka itu bukti mereka menunjukkan prestasi...

Tapi jangan lekas seronok...kemenangan PRU hanyalah cebisan peluang menguji prinsip dan nilai yang dipersetujui bersama. Jangan tertipu, mungkin ada kelompok ekstrim sedang mengintai peluang untuk mengambil alih Malaysia!

Soalan "Killer"

Hari ini Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mungkin akan termenung panjang selepas memegahkan UMNO keterlaluan di Parlimen tetapi gagal menjawab soalan sinis Ir. Khalid Samad (PAS-Shah Alam) untuk menamakan seorang tokoh kemerdekaan UMNO yang dipenjara. Itu pun jika Datuk Tajuddin orang yang benar-benar mencari makna sejarah.

UMNO, walaupun harus kita akui keterlibatan lewatnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan juga harus sedar bahawa bukan mereka sahaja malah telah ramai lebih awal ke depan menuntut kemerdekaan.

Aku ada kepercayaan sendiri tentang ini, bahawa jika tokoh-tokoh utama UMNO yang terlibat dalam proses kemerdekaan, malah jika Tun Razak dan Tun Dr. Ismail masih hidup, pasti mereka juga malu dengan UMNO (Baru) hari ini yang dibina dari keruntuhan sistem kehakiman sekaligus membuka jalur lebar untuk segala macam kebejatan. Dari hal ini suka atau tidak, seperti mana aku kekal berpendapat DS Anwar Ibrahim turut memikul tanggungjawab kolektif. Ya, ia mungkin peristiwa lalu dan beliau mahu insaf, malah mungkin mahu mengatakan rasa tidak setuju secara peribadi, tetapi itu tidaklah menjadikan tanggungjawab kolektifnya hilang.

Dalam era Reformasi 1998, ada hujah mengatakan kemenangan Tun Dr Mahathir terhadap Ku Li antaranya kerana Pemuda UMNO yang rapat dengan DS Anwar mendokong kempen beliau.

UMNO dalam pengkisahan sejarah, sama seperti DEB, ada bahagian baik dan buruknya dan dekat dengan konteks yang mahu kita lihat. Zaman menyonsong, mengertilah kita bahawa kita berada di satu era yang kian tajam. Dalam teori pembangunan masyarakat ke arah saling bergantungan, eloklah kita merenung semula prinsip-prinsip kenegaraan Malaysia.

62 tahun penubuhan UMNO, apakah wacana terbukanya tentang Negara Hasrat dan Erti Hidup Bernegara? Atau masihkah perhitungannya mahu memenangi hati pengundi semata walau apa caranya?

Pembebasan

I am not a liberator. Liberators do not exist. The people liberate themselves.
Ernesto Che Guevara

Soalan dan Ahli Dewan

Sebelum sidang mula Parlimen dan DUN, kita berpeluang untuk akses beberapa Ahli Parlimen dan DUN terutama dari kalangan mereka yang turut sama menjadi bloggers untuk menyampaikan soalan keperihatinan kita. Soalan-soalan ini kemudiannya melalui tapisan keutamaan YB-YB berkenaan atas faktor masa dan kepentingan (harapnya begitulah). Dan kita maklum soalan-soalan di Parlimen boleh diajukan secara bertulis dan bercakap.

Dari perkembangan yang kita dapat baca, lihat dan dengar, ramai dari kalangan YB-YB kita seakan cuba menonjolkan diri menunjukkan mereka berperanan di Parlimen, dan tak kurang juga beberapa perkembangan yang untuk aku kurang sihat.

Buat masa ni aku hanya ada satu soalan untuk semua Ahli Parlimen... "betuikah hangpa semua nak bela rakyat dan negara?".

Aku pernah hadir ke Parlimen, dan suasana di lobi cukup berbeza dengan apa yang sering kita fikir melalui berita-berita parti (tanpa menafikan keburukan suasana Parlimen dari sumber berita parti). Gurau senda sekali sekala tidak salah, tapi ingat setiap minit yang dibazirkan terutama untuk mohon maaf atas label-label buruk kepada pihak lawan cukup menghiris hati rakyat. Sidang Parlimen bukan hari-hari, dan sidang ini untuk keputusan penting dalam negara.

Jangan buat perangai huduh!

Sunday, May 11, 2008

Ibu, Aku dan Halaman

Selamat Hari Ibu buat Tengku Hamidah binti Mas Abdullah Akhir.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. tentang keutamaan ibu. Maka selayaknya kita tidak lupa pada ibu dan bapa kita di halaman.

Aku dan adik pulang ke kampung kelmarin. Keluar dari Serdang sekitar jam 12 tengah hari dan sampai sekitar jam 6 petang di rumah, selepas menghadapi kesesakan sekitar 45 minit di Kedah, kerana hujan dan penutupan kepada satu lorong jalan berikutan kerja-kerja menurap.

Seperti biasa, laluan balik kampung melalui negeri-negeri Pakatan Rakyat membawa sentimen berbeza, sehingga masuk ke negeri sendiri yang masih dikuasai Barisan Nasional dengan lebih hebat. Ada bendera besar BN di kawasan Simpang Empat yang koyak rabak ditiup angin. Simbolik! Harapnya ia menutup sebahagian mulut yang tak ada adab memanggil jiran-jiran aku yang tak bersetuju dengan UMNO-BN sebagai anjing dan babi! Eloklah kempen Hadhari menggerakkan agenda adab supaya kerja Hadhari lebih mudah bergerak.

Tengah hari tadi ke Alor Setar, bawa adik-adik bermain boling dan aku sendiri berjumpa Pak Rastom. Pertemuan singkat kami waktu rehat pejabat (jangan lupa Kedah bekerja hari Ahad) banyak berkisar tentang fenomena blog, politik Pakatan Rakyat dan dunia pemikiran melalui blog. Berselang-seli juga dengan perihal teman-teman bloggers lain terutama hal Pak Khalid dan Adihamka.

Halaman kampung sentiasa satu hal bersifat sentimental. Tak dapat aku bayangkan bagaimana tegar manusia membenci halamannya, mungkin kerana banyak hal-hal yang hitam darinya. Tapi sejauh mana hal hitam menghantui, aku percaya halaman kampung tak mungkin memanggil kita menjenguknya.

Untuk emak, Selamat Hari Ibu..

Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku..semalam aku dan mak menonton Sheila Rusly menjayakan watak ibunya (drama yang menarik tetapi sayang watak ibu Sheila Rusly itu make-upnya tidak cukup menyerlahkan perihal kesusahan ibu, tapi lakonannya lebih dari 4 bintang!).

Thursday, May 8, 2008

Jumaat Yang Indah

Sebetulnya semalam lagi, tapi hari ini baru berkesempatan baca betul-betul..hati sangat sejahtera membaca warkah ringkas penuh erti dari TG Nik Aziz kepada Pak Raja (Raja Petra).

Hari ini juga Raja Petra dibebas dengan ikat jamin. Khabarnya di penjara beliau diugut oleh dua suspek yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Semoga Allah s.w.t. membalas yang setimpal untuk mereka yang berkorban, terkorban dan mengorbankan.

Tuesday, May 6, 2008

Perjalanan Dakwah 1

Sebetulnya Siri Perjalanan Dakwah ini mahu aku rangkumkan dalam label Diari Kampus, hanya kerana manisnya pengalaman itu. Namun, tidaklah aku nafikan bahawa terma dakwah telah aku kenal sebelum tadika lagi. Arwah Tok Wan (panggilan untuk datuk bagi orang sebelah utara - Perlis, Kedah dan Pulau Pinang terutamanya, Tok Wan ni sebelah ayah) adalah seorang pendakwah sepenuh masa. Menurut Pak Njang dan Pak Su aku, Tok Wan seguru dengan Ustaz Hanafi, pengasas Silat Cekak Ustaz Hanafi. Dari seorang pendakwah sekitar Derga, Alor Setar Kedah, dia berpindah ke Keramat, Kuala Lumpur sebelum menyahut panggilan Ilahi tatkala sujud Asar sekitar 1992 (aku darjah 4 masa tu, masih aku ingat dan akan ku tulis satu hari nanti). Selain itu, aku bertadika di Tadika Islam, bukan PASTI, tapi seingat aku diusahakan oleh kalangan ustazah Jemaah Islah Malaysia.

Panjang pulak pendahuluan. Ok, masuk bab dakwah di kampus, umumnya dalam tabligh, kami cuba mencontohi sikap para sahabat r.a., sampaikan sebahagian dari aktivis tabligh mengajar anak mereka bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa jawab pada cikgu "nak jadi sahabat r.a.!". Aku kira buku-buku agama dan kisah-kisah sekitar kehidupan sahabat r.a. dan mereka yang kemudian banyak juga dibeli untuk menghayati pengorbanan mereka. Ada juga lembaran kisah-kisah aliran Syiah yang aku baca dan sudah tentu kisah Imam Ja'far As-Siddiq cukup banyak. Memang dari kecil aku rasa Saidina Ali k.w. adalah seorang dari ramai sahabat r.a. yang aku suka - mungkin kerana Saidina Ali k.w. adalah watak muda yang berani dan cerdas. Tapi tidaklah pula aku menganut faham Syiah kerana itu.

Ada satu dialog antara seorang yang dipercayai Syiah dengan Ja'afar As-Siddiq. Ceritanya begini..

Soalan :
Wahai putra Rasulullah, siapakah manusia terbaik setelah Rasulullah s.a.w.?

Ja’far al-Siddiq menjawab:
Abu Bakar r.a.

Soalan :
Mana hujahnya dalam hal itu?

Ja’far menjawab:
Firman Allah s.w.t.

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad s.a.w.) maka sesungguhnya Allah s.w.t. telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negeri Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat r.a.) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah s.w.t. bersama kita". Maka Allah s.w.t. menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad s.a.w.) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. (al-Taubah 9:40)

Cuba fikirkan, apakah ada orang yang lebih baik dari dua orang yang nombor ketiganya adalah Allah ? Tidak ada seorang pun yang lebih afdhal daripada Abu Bakar selain Nabi
s.a.w..

Maka Sesungguhnya ‘Ali bin Abu Thalib ‘alaihi salam telah tidur di tikar Rasulullah s.a.w. (demi menggantikannya dalam peristiwa hijrah) tanpa mengeluh (jaza’, ertinya tabah) dan tidak takut (faza’, ertinya ia tegar)

Ja'far :
Dan begitu pula Abu Bakar, dia bersama Rasulullah s.a.w. tanpa jaza’ dan faza’

Soalan :
Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menyatakan berbeza dengan apa yang anda katakan!

Ja'far :
Apa yang difirmankan oleh Allah

Dijawab :
ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita” bukankah ketakutan tadi adalah jaza’ ?

Ja’far :
Tidak kerana Huzn (sedih) itu bukan jaza’ dan faza’. Sedihnya Abu Bakar adalah khuatir jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dibunuh dan agama Allah tidak lagi ditaati. Jadi kesedihannya adalah terhadap agama Allah dan terhadap Rasul Allah, bukan sedih terhadap dirinya. Bagaimana (dapat dikatakan dia sedih untuk dirinya sendiri padahal) dia disengat lebih dari seratus sengatan dan tidak pernah mengatakan “His” juga (tidak pernah) mengatakan “Uh” (tidak mengerang kesakitan).

Marilah kita menghargai pengorbanan sahabat r.a. dan berhenti mencela mereka pada sebarang perselisihan dan belajarlah bagaimana kecintaan kepada Islam diterjemahkan dengan penuh kasih dan hati-hati dari sikap melampau, apatah lagi tidak pernah menjadi pegangan mana-mana sahabat r.a. untuk memaki sesama sahabat r.a., jauh sekali menjadikan ia sebahagian dari kepercayaan bersifat aqidah!

Monday, May 5, 2008

Realiti Konkrit

10 hari di daerah sepi nyata memisahkan aku dengan jangkauan perkembangan yang tidak sedikit. Dari berita kemenangan Chelsea terhadap Man Utd, pemergian arwah Tan Sri SM Nasimuddin (al-fatihah untuknya) dan pelbagai lagi - politik dan selainnya.

Jujurnya badan dan otak masih letih. Hujung minggu ini mahu memandu 7 jam pulang ke kampung sebelum kembali semula pada 15hb. Hidup mesti terus...

Aku hanya mahu, buat masa ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf dari entri-entri panas sepanjang separuh bulan lepas. Maaf jika kebenaran itu menyakitkan, dan maaf jika keterlanjuran muncul tanpa sedar.

Realiti konkrit akan sentiasa bertembung dengan jangkaan abstrak. Dan hikmah pun akan muncul dengan izin-Nya. Berbahagialah mereka yang dikurniakan kefahaman oleh-Nya, Allah s.w.t., tiada Tuhan selain-Nya.

Minggu Orientasi Kolej 2

Bila aku ingat balik, minggu orientasi kolej yang 'tak jadi' tu telah secara tidak langsung mengheret banyak masalah terhadap kehidupan kami di kolej. Rasanya persatuan sangat berperanan masa tu untuk memberi arah kepada kami. PMI melalui Smart Group cukup aktif mengkader para jundi, tak kurang juga PERMAWAN.

Maaf ya kerana aku tidak mahu menulis nama-nama figura mahasiswa di sini. Tapi pertarungan politik kampus suka atau tidak agak dominan.

Dari mesyuarat, aku diangkat menjadi Setiausaha Agung Surau, dan ketua serta ahli jawatankuasa sebahagian besar dari blok aku. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) saat itu mungkin menghadapi masalah kerana sebahagian besar kami (budak-budak laki) aktif dengan jemaah Tabligh. Yang betul-betul cocok dengan pendekatan PMI bukan tak ada, tetapi mereka tidak mahu aktif. Aku fikir hanya muslimat yang aktif dengan PMI, itu pun kerana muslimat senior dari matrik ada dan cukup aktif membantu. Fenomena aktif dakwah atau bertukar kepada cara hidup Islam ni dari pandangan aku memang cepat menangkap minat pelajar wanita.

Kebetulan lawan PMI masa itu dikepalai oleh bekas aktivis PKPIM, maka di mana-mana isu Islam itu sentiasa hidup. Cuma PERMAWAN, walaupun dikepalai oleh orang-orang dakwah, tidak cukup kuat menolak 'budaya lain'. Aku masih ingat orang kuat PERMAWAN sering berkunjung ke blok kami dari Minggu Orientasi Universiti hingga Minggu Orientasi Kolej dengan salam mula "Salam Reformasi". Ia menangkap sebahagian pelajar baru yang minat dengan Reformasi, tetapi entah kenapa tidak aku.

Mahasiswa rata-ratanya mengisi borang aktiviti ko-kurikulum berkredit untuk Kepimpinan Pelajar dan Seni Bela Diri - Silat (aku maksudkan Melayu kerana yang dominannya itulah). Kepimpinan Pelajar waktu itu (sampai sekarang rasanya) adalah pool di mana doktrin kerajaan (atau lebih tepat UMNO-BN) dipupuk. Rata-rata dana adalah dari BTN.

Aku ikut apa? Selama 2 semester, aku mengikut Silat Cekak Hanafi (2 semester maksudnya tak habis la tu..aduh!).

Apa yang aku boleh kata ialah Minggu Orientasi Universiti dan Kolej perlukan nafas baru. Tapi jika dibandingkan dengan perkembangan dewasa ini, ternyata yang dulu lebih bermakna (kecuali Minggu Orientasi Kolej). Entah kenapa, walaupun agenda akademik ditekankan, perihal doktrin politik UMNO-BN tidak pernah gagal mengambil tempat yang dominan. Dari pemilihan fasilitator, sebahagian modul dan banyak pertimbangan lain. Aku berani katakan bahawa Minggu Orientasi Universiti lebih bertumpu kepada hasil akhir untuk 'menyelamatkan UMNO-BN', jika ada hujah penumpuan akademik dan sahsiah, ia tidak lebih dari kerangka 'menyelamatkan UMNO-BN (maksud aku sebagai pengalih tumpuan). Hal ini insyaAllah akan lebih jelas dari tulisan-tulisan akan datang.

Minggu Orientasi Kolej sebenarnya menyeronokkan. Itu kalau dengar 'azab dari kolej lain'. Mungkin kes kolej aku kes terpencil, kerana matrik dipindahkan kepada Kementerian, dan kami adalah intake yang perlu memenuhkan kolej yang kosong. Maka Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej tidak wujud dan arah tuju juga kabur. Ditambah dengan agenda sendiri pelbagai kelompok, agenda bersama tidak pernah diusahakan dengan nyata.

Memang dari segi objektif, ia ada tetapi aku tak tahu sejauh mana objektif dipertimbangkan dengan masak dalam pemilihan modul dan juga pendekatan. Yang aku tengok lebih kepada hal teknikal serta persaingan membina pengaruh politik.

Sebaik saja tamat Minggu Orientasi Universiti dan Kolej, masing-masing telah membina jaringan perhubungan sendiri dengan kawan-kawan baru dan senior (biasanya fasi atau kenalan zaman sekolah), tak kurang juga yang pasang awek baru! Dari segi komitmen pengajian, boleh dibezakan mereka yang hardcore belajar dan scorer, belajar santai tapi score - cuma tak sehebat yang hardcore kot (biasanya jenis yang aktif), yang belajar main-main, yang rajin belajar sebab 'lambat tangkap', yang aktif berpersatuan tapi result teruk, yang bercinta full time belajar part time dan macam-macam lagi.

Aku? Orang kenal aku sebagai Mat Tabligh Yang Rock dan Kuat Politik kot? hahaha

* Tulisan ini lebih bersifat pengalaman individu, justeru ia mungkin tidak mewakili rencam pengalaman ramai.