Ini hanya apa yang aku dapat bayangkan dalam tempoh sementara menanti Perhimpunan Khas UMNO Disember ini.
Ezam akan jadi calon politik menentang DS Anwar jika berlaku Pilihan Raya Kecil. Dan mungkin saat itu Ezam adalah seorang Senator dan tentunya pertembungan ini adalah yang paling dinantikan kerana :
i) Ia medan UMNO 'menyucikan' Ezam
ii) Ia medan bongkar-membongkar (jika dikira budaya UMNO), pertarungan kalah-mati untuk DS Anwar tetapi tidak untuk Ezam
iii) Ia dapat membantu UMNO mengalihkan isu kepimpinan dan negara
iv) Ia adalah simbol kemenangan moral Pakatan Rakyat
v) Ia adalah masa depan politik Malaysia
dan banyak lagi boleh kita senaraikan...
Tadi waktu aku bertemu seorang teman, seorang UMNO yang terbaik barangkali, hanya saja dia masih muda, dia menzahirkan rasa kecewa dengan kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Ya, pelik untuk aku mendengarnya, tapi tidak jika dari mulutnya. Kami, dan lebih ramai lagi sebenarnya mengimpikan sebuah negara yang baik untuk diwarisi. Kami sudah bosan dengan retorika perkauman dan juga pelbagai isu lagi yang bersabit institusi dan tata negara. Sudah tentu kami percaya secara teknikalnya banyak yang kami perlu tahu, tetapi untuk hal-hal yang jelas merosakkan negara, tidak perlu seorang pakar menasihati.
Ramai musuh Anwar sama ada dalam BN atau di luar BN, termasuk dari PR gembira dengan keputusan Ezam, tapi dari sekelumit pengalaman aku bersama Ezam, jauh di sudut hati dia tidak mahu 'bertarung' dengan Anwar. Tapi politik pada tingkatnya yang unik adalah seni segala kemungkinan, suka atau tidak kita menelan kepahitan baris kata itu.
Politik Malaysia, lekaslah menuju Januari 2009!
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amin, aku ada satu sesi soal jawab dengan Republik Kata, isu "analisis 10 tahun Reformasi - makin maju atau mundur?"
ReplyDeletehttp://republikkata.blogspot.com/2008/05/10-tahun-reformasi-makin-maju-atau.html
ya, aku ada baca sepintas..dan aku kira menarik..nanti mahu baca lebih tekun :)
ReplyDeleteApakah kemasukan Ezam akan membongkar pekung Anwar Ibrahim dan banyak rahsia sulit yang dibawa bersama untuk ditelanjangkan? Kita tunggu dan lihat.
ReplyDelete