Tuesday, September 30, 2008

3M Sebagai Syarat PAS

1) Anak kapal Malaysia ditawan lanun di laut.

Tahniah atas keberhasilan rundingan untuk menyelamatkan anak-anak kapal yang ditawan oleh lanun-lanun di laut. Semoga peristiwa ini mengingatkan kita akan kuasa Allah s.w.t. membolak balikkan hati manusia.

2) 3M sebagai Syarat PAS

Akhirnya TG Haji Hadi berterus terang lagi, syarat Majoriti Melayu Muslim sebagai jumlah Ahli Parlimen dari Kerajaan Pakatan Rakyat untuk membolehkan PAS menyertainya cukup untuk menggambarkan PAS kini terbelenggu dengan pendirian politik yang jelas.

Menarik kali ini, tidak kedengaran dalil naqli dan aqli yang jelas untuk mempertahankan sikap ini. Terima kasih Allah s.w.t. kerana menunjukkan Nabi Yusof a.s. berkhidmat dengan raja yang menolak seruan wahyu. Terima kasih Allah s.w.t. kerana sebilangan sahabat r.a. yang berlindung di Habsyah ketika Hijrah tidak dikira celaka. Terima kasih Allah s.w.t. kerana menghadirkan para ulama' besar hijrah ke dunia Barat untuk mendapat 'suaka' politik dan mereka jauh lebih berperanan di bawah pimpinan bukan Islam (hatta pertemuan untuk mendapat restu penggabungan UMNO-PAS pun dibuat di London!). Terima kasih Allah s.w.t. kerana menghadirkan Islam yang menolak kenyataan bahawa satu bangsa lebih mulia dari bangsa yang lain.

Respon ringkas dari YB Khalid Samad cukup untuk menggambarkan pandangan ringkas aku.

Bahana autoriti?

'Aidil Fitri dan Kebebasan Beragama di Malaysia

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam dan manusia yang meraikan 'Aidil Fitri.

Akar nibung meresap,
Akar mati dalam perahu;
Terbakar kampung nampak asap,
Terbakar hati siapa tahu?

Seorang kenalan jauh menukilkan pandangan Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah ketika beliau ditanya tentang ucapan Selamat Hari Raya. Jawabnya "Taqabbalallahu minnaa wa minkum" (semoga Allah s.w.t. menerima (amalan) daripada kami dan kalian), wallahu'alam.

Nikmati tulisan aku di WauBebas.Org - 'Aidil Fitri dan Kebebasan Beragama di Malaysia.

Monday, September 29, 2008

Sekilas

1) Rasuah seks ahli PKR di Perak

Tindakan PKR menyokong MB Perak dalam kes pemecatan seorang Ahli Majlis Daerah atas faktor rasuah seks (siap buat analogi sedekah tu!) adalah tepat. Tiada kompromi untuk salah laku begini.

Tindakan MB Perak juga satu keberanian yang mesti dicontohi oleh mana-mana pihak yang berhajat menjadi pemimpin. Ia tidak mudah tetapi prinsip yang jelas begini juga tidak sukar meraih sokongan ramai.

Spekulasi akan muncul kerana bagi mereka yang terlebih liberal, soal seks mungkin dianggap hal individu, dan kita pun tak berminat nak aibkan pelakunya dengan menjadikan ia bahan utama perbincangan, tetapi rasuah seks yang diterima cukup jelas menunjukkan dia tak layak - biarpun dia dapat bawa 10 ribu orang pengikut bersamanya.

Pun jangan dilupa, si perasuah terlebih dulu kena juga ditangkap..jangan main lepas macam tu saja. Kalau boleh kita nak korek sampai dapat petualang perancangnya. Harap-harap tak muncul nama manusia yang confident kerajaan Perak bertukar pada hari Merdeka - tak lain tak bukan sdr Ezam Mohd Nor dan YB DS Tajol Rosli.

2) Isu Kuil di Selangor

Merobohkan tempat ibadat tanpa justifikasi yang jelas adalah tertolak. Justifikasi mesti jelas dan ditunjukkan dengan jelas. Apa yang berlaku menunjukkan kejelasan ini kabur. Jika benar ada usaha pembaikan (atau bahasa beritanya renovation), satu mekanisme lain harus dibentuk agar pengguna kuil tersebut dapat maklum.

Tindakan berita memainkan isu ini tidak lain dan tidak bukan ada unsur politik. Tapi untuk aku, bila berita beri peluang EXCO terbabit menjawab, ia dah cukup bagus.

3) Penangguhan Perhimpunan Khas UMNO

Ia telah dijangka. UMNO juga sangat sedar bahawa tarikh yang mereka pilih akan membawa rebah kepada mereka. Tundaan ini juga tidak banyak membantu. Situasi UMNO adalah ditelah mati emak diluah mati bapak.

Usaha Tun Dr. M balik kepada UMNO hanya menjelaskan lagi niat sebenar beliau keluar UMNO iaitu kebencian sebenar dan rasa takut kepada DS Anwar. Beliau akan mengikhtiarkan apa saja yang boleh untuk mengambil alih posisi PM melalui proksinya. Tindakan serampang dua mata yang biasa diamalkan beliau harus dibaca dengan teliti.

UMNO-BN buat masa ini berjaya melengahkan tekanan politik oleh Pakatan Rakyat khususnya DS Anwar Ibrahim. Dalam mood puasa dan raya ini, rakyat memang lebih gemar untuk bertenang dan ,mengendurkan ketegangan. Tapi air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.

Rumah terbuka Raya ini pasti akan menjadi medan untuk ahli politik mengatur strategi mara ke depan. Mereka tidak terlalu bodoh untuk menjangkakan perang besar politik Malaysia sekurang-kurangnya hingga Perhimpunan Khas UMNO nanti.

Rakyat tidak harus mengalih perhatian terhadap tanggungjawab. Kerja tetap kena buat. Politik tetap kena ambil tahu. Dari sumber ramai teman-teman yang bekerja dalam kerajaan, UMNO-BN sekarang umpama harimau yang luka parah. Mereka menanti masa untuk melancarkan cengkaman mereka selepas ini. Buat masa ini, arahan-arahan tidak bertulis dari pegawai-pegawai kerajaan ialah tidak memberi kerjasama penuh terhadap kerajaan negeri atau dalam erti kata lain "jangan buat 100%" dengan cara melengahkan dan sebagainya. Mereka tidak mahu dan tidak akan bersedia menukar wacana politik Malaysia.

4) Pilihan Raya Kampus

Aku kekal dengan sikap asal bahawa yang perlu dirobah di kampus ialah budaya politik (kepimpinan) sama ada di peringkat pentadbiran atau pelajar. Tidak penting kumpulan mana yang menang selagi keadilan ditegakkan di kampus.

Isu mengangkat kemuliaan insan dan martabat ilmu harus menjadi keutamaan. Pimpinan pelajar tidak harus melayan adu domba pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan fraksi pelajar. Kewujudan pelbagai kumpulan pelajar dengan pelbagai ideologi dan tuntutan harus diraikan dan digunakan sebagai medan percambahan hujah yang mendorong kematangan.

Hujah perkauman dan semangat agama melampau harus ditolak. Dialog, debat, seminar, simposium, pidato dan seumpamanya harus dirancakkan dan dipelbagaikan pengisiannya. Cara ini akan memastikan budaya ilmu subur di kampus. Kuliah di luar waktu pejabat harus ditolak kerana mahasiswa harus punya masa lapang yang cukup untuk berekreasi dan menguruskan hal-hal peribadi.

Tindakan pensyarah dan pegawai universiti yang merendahkan status mahasiswa berbanding pelajar sekolah harus dibersihkan. Jika mereka tidak sedia dipersoalkan, mereka harus berhenti menjadi pensyarah dan mencari kerja yang mereka percaya ada manusia sedia dibodohkan melaluinya.

Makanan di kampus mahal kerana ada pihak memonopoli perniagaan di kampus. Pasaran tidak bebas walaupun peniaga-peniaga ini berbeza. Mereka terpaksa menyewa tapak berniaga dari syarikat (kroni menteri) tertentu.

Mahasiswa juga mesti berani mencabar diri sendiri untuk berubah. Berhenti mengharapkan kerajaan menyediakan peluang kerja yang cukup untuk semua. Kita harus membuat tuntutan yang lebih realistik kepada kerajaan dan tuntutan ini hanya boleh muncul jika kita mampu membebaskan diri kita dari kitar semula idea-idea parti pembangkang yang tidak didalami. Usaha mendalami mana-mana idea harus rancak di kampus, justeru kita dapat menilai isu di luar kampus dengan lebih adil. Untuk ini, universiti harus membebaskan pelajar menyaring idea.
Dengan daya saring yang tinggi, kita akan melihat satu perubahan dalam budaya masyarakat.

Untuk kampus-kampus utama, kalian harus berani mengangkat wakil-wakil dari kelompok minoriti misalnya kaum India agar suara mereka dapat diangkat ke meja perdebatan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kempen perkauman secara senyap di kampus yang menjalar kini bukan jalan yang dapat membawa Malaysia ke depan. Mahasiswa juga harus diberi kebenaran mengendalikan akhbar sendiri. Di sini medan menguji mereka tentang soal keadilan dan pertanggungjawaban sebagaimana mereka tuntut.

Pensyarah harus menyediakan tugasan yang praktikal - mencabar dan bukan diukur dari longgokan kuantiti tugasan yang kemudian disemak sepintas lalu.

Thursday, September 25, 2008

Krisis Sub-Prima?

Argumentasi menarik untuk membedah krisis yang hangat masa kini. Klik ke WauBebas.Org.

* Aku akan balik kampung malam ini. Oleh kerana melayan internet yang perlahan di kampung, maka fokus aku ialah menyelesaikan kerja-kerja aku dulu dan mungkin blog ini akan sepi buat sementara waktu.

** Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Doakan perjalanan aku selamat pergi dan sampai.

Tuesday, September 23, 2008

Ezam dan Korupsi

Sekian waktu, teman-teman dalam arus Reformasi sering sinikal terhadap aku - kerana kehadiran aku dalam siri pertemuan dan mesyuarat GERAK.

Pada mulanya aku sekadar hadir untuk meraikan apa yang aku sifatkan sebagai kebangkitan masyarakat madani untuk menguruskan sendiri beberapa hal kepentingan awam. Sosok Ezam bukan sosok yang kecil untuk menggalas cabaran ini. Tidak lama selepas itu, aku dihubungi Ezam, hatta dari Mekah dan dari siri pertemuan kami, aku fikir Ezam ada kesungguhan.

Aku kekal menyatakan sikap pada Ezam bahawa sokongan mahasiswa dalam hal rasuah kekal pada isu memerangi rasuah dan bukan pada sosok pemimpin dan organisasi itu sendiri. Entah kenapa, sms ini Ezam tidak jawab, sibuk barangkali.

Aku terus hadir, dan kali akhir adalah ketika dialog DEWI di mana kehadiran kami dari UPM, UKM dan Uniten pada hemat aku membanggakan. Entah kenapa petang itu, orang cukup ramai dan tentunya tertanya kehadiran Ezam di sana. Selaku penyelaras DEWI, dialog ini aku fikir cukup baik dan reaksi mahasiswa boleh dibanggakan.

Sebenarnya dialog ini berlaku lama sedikit selepas BERSIH di mana jadual awalnya Ezam minta tangguh atas dakwaan ada pantauan dari pihak tertentu mengenai pergerakannya.

Ezam tidak hadir dalam perhimpunan BERSIH dan beliau menyatakan pada kami bahawa ianya atas faktor kesesakan jalan raya. Aku menghidu tanda lain dari kenyataan beliau. Selepas mengimamkan Maghrib, aku fikir Ezam mahu menyampaikan sesuatu - untuk aku bersama Nazri Yunos (yang kini mempengerusikan GERAK) menggerakkan mahasiswa. Hal ini kemudian disahkan Aizuddin, setiausaha GERAK Mahasiswa saat kami bersembang baru-baru ini. Rupanya akulah budak UPM yang disebut.

Masih aku ingat sms dan panggilan Ezam yang tidak aku jawab. Kali terakhir beliau menjemput aku hadir dalam dialog bersama GAMIS. Tidak lama selepas itu tinggal sejarah - Ezam kembali kepada UMNO.

Jika benar prinsip beliau memasuki UMNO sebagaimana yang dinyatakan awalnya, beliau tidak harus bersilat mengangkat isu DS Anwar sebagai keutamaan dan harus lebih mengeluarkan kenyataan prinsipal. TS Ramon Navaratnam baru usai mengeluarkan statistik baru dapatan Transparency International Malaysia.

Rasuah kekal, waima jika DS Anwar, TG Hj Hadi atau TG Nik Aziz sendiri menjadi PM, untuk diperangi!

Pasaran Bebas

Aku telah sedar lebih awal, malah aku suarakan di blog ini sekitar isu minyak.

DS Anwar akan berdepan dengan kesulitan pencinta aliran Sosialisme bila mengusulkan Pasaran Bebas sebagai manifesto parti. Sebenarnya pegangan DS Anwar ini sudah lebih awal dijelaskannya, lama sebaik keluar dari penjara dan dipertahankannya. Pasaran bebas adalah tiang dari idea liberalisme klasik yang didokong dengan tiang-tiang lain. Aku juga bicara aspek ini dengan sebilangan teman sebelumnya dari kalangan aktivis dakwah yang skeptikal dengan idea ini.

Mengkritik idea liberalisme klasik, sosialisme atau apa juga namanya tidak salah. Malah aku sangat suka kerana ia akan mengkayakan pemahaman kita dan membantu kita mengolah kehidupan dengan lebih baik. Terlanjur ada yang bertanya di chatbox aku, maka aku mahu menjawab sedikit.

Cadangan aku begini:

Kelompok Islamis yang mahu mengkritik liberalisme klasik harus memahami dari mana mereka harus bermula. Seharusnya bukan dari rujukan yang salah. Sama juga bila kita mahu mempersoalkan pendekatan-pendekatan Islamis atau siapa saja. Asas kritikan mesti jelas. Bab asas kritikan ini juga aku bincang santai tetapi agak panjang dalam kereta bersama Aqil Fithri dan Kak Munirah dalam facebook - kedua-duanya berkaitan isu bahasa.

Dalam erti kata yang lain, tiang-tiang liberalisme klasik yang asas iaitu 1) Tanggungjawab individu (individual responsibility, boleh juga dibaca sekali sebagai individual liberty). 2) Kedaulatan undang-undang, 3) Pasaran bebas dan 4) Kerajaan terhad. Keempat-empat tiang ini berdiri serentak seumpama kerusi, jika patah satu kaki maka ia tidak stabil. Sebab itu, mereka yang mahu wewenang menolak kapitalisme (yang tentunya dilindungi dari idea pasaran bebas) perlu faham dan bermula dari garis yang betul.

Bukankah kelompok Islamis sering menggesa pihak lain merujuk sumber yang berautoriti? Aku pula menekankan lebih sedikit - yang berautoritatif. Bukan aku tidak percaya autoriti. Sebagaimana aku jelaskan kepada YB Nik Nazmi dan sdr Hilmi semalam, bila idea masuk ke ruang awam (public sphere yang tentunya kredit kepada Juergen Habermas!), ia harus bergerak dalam bentuk pasaran. Kita jangan lekas marah jika kita gagal menterjemahkan idea kita untuk diyakini. Aku lihat kelompok yang bersetuju dan mempromosi idea libertarian tidak jengkel menjadi minoriti juga di Amerika! (Ini pun satu masalah bila orang melihat idea liberalisme sama dengan Amerikanisasi).

Kelompok Islamis harus memikirkan realiti sejarah yang membenarkan perdagangan bebas di rantau ini yang membolehkan Islam sampai. Dalam idea pasaran bebas juga menekankan hak pemilikan harta (property rights) di mana kita tidak boleh mengambil harta orang lain tanpa hak. Dalam Islam sendiri bersetuju bahawa kita tidak boleh mencuri. Islam menganjurkan zakat dengan nilaian peratusan yang rendah dan idea libertarian untuk merendahkan malah menghapuskan cukai cukup dekat dengan pandangan ini. Islam juga banyak mengusulkan institusi waqaf malah ulama'-ulama' besar mengelak menjadi sebahagian dari kerajaan di mana ini adalah unsur tanggungjawab individu dan kerajaan terhad yang juga diusulkan oleh libertarian. Sebab itu aku percaya, idea liberalisme klasik adalah antara yang paling hampir dengan pandangan Islam.

Dr. Syed Husin Ali sendiri mengakui argumentasi libertarian bila beliau secara berseloroh dalam Seminar Gagasan dan Kebijakan yang dianjurkan IKD di Quality Hotel (hari di mana DS Anwar dituduh Saiful melalui laporan polis). Katanya berseloroh "pandangan bahawa subsidi minyak menguntungkan orang kaya ada kebenarannya dan kita perlu mengkaji pandangan balas terhadap pandangan ini".

Sebenarnya lebih banyak yang perlu dihurai. Sebagai orang yang pernah rapat dengan UBU dan berkawan dengan pelbagai jamak pandangan, aku tidak ralat dengan argumentasi malah berterima kasih untuknya. Akhirnya kita berkongsi sebuah kehidupan yang sama dan kita harus berterusan mengolah kebijaksanaan untuk manfaat ramai.

Kapitalis tidak semua memahami libertarian tetapi seorang yang memahami idea libertarian berpotensi menjadi kapitalis yang baik. Idea bahawa kapitalis sentiasa mencari keuntungan sebenarnya boleh diperdebatkan lagi dan tidak terhenti setakat itu.

Pandangan aku mungkin sensitif, tetapi dari hal yang sama kami mengemukakan pandangan kepada seorang ustaz PUM (yang aku ceritakan sebelum ini). Hajat di hati memang mahu melihat Islamis lebih matang dalam berhujah, maka teruskan usaha kalian. Aku kekal berpegang dengan pandangan sebagaimana dalam UmmahOnline sebelum ini - pengalaman akan menyuntik kesederhanaan kepada kita.

Apa yang boleh aku anjurkan ialah:
1) Luaskan pergaulan, banyakkan mencabar apa yang kita percaya untuk tujuan mengukuhkannya atau memperbaikinya.
2) Bersabar dan tidak lekas membuat kesimpulan.
3) Berlaku adil - meletakkan sesuatu pada tempatnya.
4) Tidak fanatik, malah sentiasa merasakan diri ini tidak cukup (bukan untuk inferiority, tetapi orang Melayu kata ikut resam padi dan sentiasa rasa diri nak belajar dan sedia diajar, malah berkongsi sebagai satu tanda sentiasa mengajar tanpa niat berasa lebih hebat)
5) Sentiasa memaafkan kelemahan dan menggalakkan daya saing yang sihat.
6) Memahami equality before the law.
7) Niat yang baik dan pengakuan hakiki bahawa ilmu Allah s.w.t. itu Maha Luas.
8) Menghormati kemuliaan insan dalam erti kata semua ada potensi untuk maju.

Tentu banyak lagi, dan kalian lebih tahu.

* Kadang-kadang jengkel sedikit menulis macam orang baik ni, hehe
** Untuk kawan-kawan Islamis, kamu adalah saudaraku dan aku tidak bermaksud memperlekehkan kamu kerana keadilan Tuhan itu tidak mampu aku pujuk dengan lembut lidahku atau spekulasi mindaku.
*** Untuk kawan-kawan yang bukan Islam, agamaku mengajar aku melihat kalian sebagai insan yang dimuliakan Tuhan, mana mungkin redha aku pada penindasan dan kezaliman melainkan sedaya-upaya kudratku memikirkan jalan penyelesaian untuk dilaksanakan untuk semua.

Monday, September 22, 2008

Raja Petra ke Kamunting

Kamunting mungkin sudah tidak asing kepada Raja Petra. Ini kali kedua dia dimasukkan ke sana.

Penahanan Raja Petra beerti kerajaan telah menjawab bahawa mereka tidak mahu dan tidak akan mahu melayan tuntutan untuk menghapuskan ISA. Hatta, jawapan SS Dr Asri bahawa ISA tidak diperlukan untuk membela Islam juga 'tidak jalan'! Sebenarnya jauh lebih awal, tidak silap aku SS Ustaz Harussani, mufti Perak sendiri pernah mengeluarkan fatwa ISA itu haram!

Selamat hari raya buat Raja Petra! Pagar besi tidak bisa membungkam suaramu.

Semalam ketika bertemu YB Nik Nazmi dan sdr Hilmi, kami bergelut juga dalam menimbang wacana umat Islam dalam perkembangan politik negara. Ya, sudah tentu dalam suasana bersetuju untuk tidak bersetuju.

Bahaya

"It's dangerous to be right when the government is wrong" - Voltaire (1694-1778)

Agong atau Parlimen?

Prof. Aziz Bari menulis lagi dan boleh dirujuk di WauBebas.Org.

Untuk makluman, artikel ini telah ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dipamerkan di Malaysiakini. Malaysia Think Tank melalui WauBebas.Org telah diberikan kebenaran oleh Prof. Aziz sendiri untuk membuat terjemahan dan menyiarkannya di WauBebas.Org.

Sunday, September 21, 2008

Bengkel Pengislaman Ilmu 2

Ayuh rancakkan usaha membina pengetahuan..

Masa

8:30pg-5:00ptg

Tarikh
18 Oktober 2008

Tempat
Jabatan Matematik, UPM

Anjuran
Akademi Sains Islam Malaysia

Penyertaan terhad kepada 30 orang dan penyertaan adalah percuma.

Saturday, September 20, 2008

10 Tahun Selepas Reformasi

Aku tidak pasti, bila sebenarnya tarikh yang wajar kita rujuk sebagai titik mula Reformasi di Malaysia? Antara 2 September 1998, tarikh pemecatan DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sehingga 20 September 1998, hari beliau ditangkap oleh sepasukan polis ala komando. Sebelumnya, Perisytiharan Permatang Pauh dizahirkan.

Reformasi membahang dengan slogan Undur Mahathir Undur! Jalan TAR, Masjid Negara dan Dataran Merdeka mungkin antara tempat yang kita akan kenang sebagai medan saksi keberanian rakyat. Dari tempoh 20 September 1998, doa tidak putus dipanjat. Tapi sedar atau tidak, ada pihak yang mempermainkan usaha ini. Misalnya mereka yang di BTN pernah mengungkap bahawa gagalnya DS Anwar keluar dari penjara dan terpaksa menghadapi ujian getirnya adalah bukti bahawa doa-doa ini tidak diterima. Mereka dengan angkuh membayangkan begini: cuba bayangkan doa ulama' merata dunia gagal menyelamatkan DS Anwar, malah Tun Dr. Mahathir kekal hidup sihat! Aduh, semudah itu lancang mulut mereka!

Kemudian tarikh baru muncul - 14 April mengenang lebam mata DS Anwar. Dari satu tempoh ke satu tempoh, rakyat bersabar dalam menghadapi kezaliman Tun Dr. Mahathir. Sekian banyak organisasi muncul rentetan peristiwa ini. Seluruh institusi dan jentera kerajaan bergerak angkuh mempertahankan kuasa. Sekian ramai diISAkan untuk mematikan langsung obor Reformasi. Dari zaman berani, mahasiswa mula ditekan. Di kampus, pada saat awal Reformasi hingga sekitar tahun 2002, tidak ada sekelumit keberanian untuk mahasiswa atau pensyarah menyatakan mereka pro-kerajaan (baca: UMNO-BN), tetapi rupanya selepas itu mereka seperti serigala lapar memburu mangsa.

Tapi Tun Dr. Mahathir sedar arus yang ada memaksanya berhenti sebelum terus dihina. Beliau berhenti tepat pada masanya sebelum melihat keruntuhan UMNO ketika berada di tangannya. Perdana Menteri, DS Abdullah hadir memberi harapan kepada rakyat. Pulihkanlah negara ini wahai cucu ulama' berlatar pengajian agama! Mereka yang kekal dalam arus Reformasi tergamam dengan harapan yang kian malap bila kemenangan besar UMNO-BN diumumkan. Jauh perlahan, mereka berbisik harap - DS Anwar akan bebas melalui DS Abdullah Ahmad Badawi. Arwah Pak Lang Zaki, saat itu di Palace of Justice (kini dikenali Istana Kehakiman) tegas menyatakan "Dia ini lebih jahat, lihat saja ketika dia menjadi Menteri Dalam Negeri!".

Aku yang kenal arwah Pak Lang sebagai seorang yang agak baran hanya diam. Ya, jauh di sudut hati aku juga berharap Malaysia akan melalui fasa jernih. Tapi kekal di hati kerisauan. Politik bukan semudah itu. Nyata telahan aku benar - sebuah gerombolan yang tidak berani berkata tidak pada Tun Dr. Mahathir, malah sebahagiannya turut sama memborong hujah bangsat ke seluruh pelusuk tanah air, tidak akan boleh mengubah apa-apa.

Pasca pembebasan DS Anwar, aku masih ingat saat YB Amir Sari dan YB Nurul Izzah menghubungi - DS Anwar saat berkeinginan berdialog dengan mahasiswa. Dialog terbuka dan pertama ini telah menghumban aku ke 'neraka kampus'. Nyata keangkuhan UMNO-BN dari lidah mereka di BTN tidak cukup ampuh berdepan dengan rasionalisme. Keberanian aku memanjangkan kaki untuk hadir jadi hujah untuk memasung setiap inci pergerakan aku di kampus hatta mandat warga kampus juga dipersetankan.

Kini DS Anwar berada di Parlimen dan mencatur perjalanan akhir sisa politiknya. Ya, beliau paling lama pun hanya ada 3 penggal. Itu paling lama. InsyaAllah jika kita panjang usia, kita akan terus mewarisi perjuangan Reformasi.

Tiap dari perubahan itu punya idea. Idea muncul dari tokoh. Tokoh dan idea sentiasa dua entiti yang kadang tercantum dan kadang terpisah.

Maka dengarlah wahai teman-teman, mereka yang mahu menjadi penyambung lidah Reformasi, kejujuran saja tidak mencukupi...rahsia Tuhan ada di sebalik kebijaksanaan yang bercantum dengan ikhlas niat dan amal.

Hairan

Kenapa selalunya bila aku tidak sibuk, prestasi aku merudum dan bila sibuk prestasi aku agak baik atau sangat baik?

Maka aku berpandangan "hanya orang sibuk ada masa". Maksud aku ada masa di sini boleh buat macam-macam perkara (yang ditunjukkan dengan kesibukan itu).

Apa-apa hal pun, aku rasa aku memilih kerja yang betul. Kena dengan minat aku dan bos pula memang sangat banyak mengajar hal yang baru. Apa yang aku fikir sekarang ialah lepas raya kena banyak bersenam semula - untuk tingkatkan stamina.

Lepas raya ni ada Pilihan Raya Kampus di IPTA. Aku berhajat untuk menulis banyak tentang hal ini. Mungkin satu perkongsian dari perasaan terkilan, suka duka dan macam-macam lagi sepanjang menghirup pengalaman dunia kampus.

Masih terngiang - antara cita-cita dan cinta, selamanyakah ia bermusuh?

Friday, September 19, 2008

DYMM YDP Agong boleh ambil tindakan

Dalam ribut sensasi isu, ada baiknya kita menelaah pandangan akademik bersabit perkembangan semasa.

Malaysia Think Tank yang mendokong prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang telah mengalih bahasa pandangan pakar dalam isu semasa.

Harap anda menikmatinya dan menjadi warga yang membebaskan diri dengan pengetahuan.

Bijak dan Cantik

Menarik berita di sini.

Selepas 6 tahun mewakili negeri dengan 3 kali mencipta kejuaraan, aku fikir telah tiba masanya aku berhenti sepenuhnya dari bermain catur. Di universiti, aku berhenti hampir semua sukan dan permainan selepas masuk semester 3 pengajian Diploma (2001) - didorong oleh tumpuan kepada hal-hal persatuan dan aktivisme. Ya, sayang sekali kerana dulunya aku boleh dikatakan seorang atlit (hehe). Selain catur, aku bermain Ragbi untuk kejohanan MSSM (1994 ragbi sentuh di SMS Selangor dan 1999 di Shah Pekan, Pahang), bola sepak untuk Piala Coca Cola bawah 16 tahun dan olahraga. Mungkin kerana Perlis negeri yang kecil, maka saringan persaingan tidak begitu banyak. Semasa belajar di sekolah, permainan catur juga adalah sumber kepada kewangan aku, hehe.

Tarikh 2 September 1998, saat DS Anwar dipecat, kami sedang menghabiskan baki akhir perlawanan untuk Kejohanan Catur Merdeka di PWTC. Aku akhirnya kembali bermain suka-suka di kampus sejak 4 tahun lepas (semester 6 pengajian Diploma) sehingga 2007 (semester 1 pengajian Master). Alhamdulillah, rupanya bisa belum hilang meskipun ketajaman aku boleh dipertikaikan.

Catur sentiasa permainan yang mengujakan. Ia mengingatkan aku kepada sebilangan teman lama dan kenalan baru di laman maya yang aku tahu cukup berminat dengan catur - sdr Shen Yee Aun, pimpinan pelajar di UM dan sdr Jimadie Shah wartawan di Malaysiakini. Bila kita mahu bermain?

Suka

Keyakinan DS Anwar berkaitan proses peralihan kerajaan mungkin tidak dikongsi dengan ramai orang. Memang sangat sulit untuk mengetahui apa-apa.

Kata 'orang kuatnya' "Ini antara proses peralihan kuasa paling senyap di dunia!"

Semalam mungkin antara hari-hari menarik dalam Ramadhan tahun ini. Lama betul tak jumpa kawan-kawan yang kini sibuk dengan arus hidup masing-masing. Sebelum minum teh tarik sekitar jam 11.30 malam, sempat berteleku sejenak mendengar kumpulan muzik jalanan - Boyandri Band, terdiri dari 3 orang anak muda (rasanya berbangsa Cina) dengan rambut Rasta. Yang menarik dari pemerhatian aku ialah kecanggihan alat muzik mereka. Tidak tahu sama ada ia memang ada atau mereka cipta sendiri.

Oleh kerana proses peralihan kuasa ini paling senyap, kami menjadi tidak menentu. Hampir tidak ada teori mampu kami lihat sebagai paling dekat untuk mengungkap proses ini. Sudah tentu ada teorinya, tapi semuanya sukar untuk memuaskan hati kami. Kegelisahan ini bagaimanapun disambut berbeza oleh mereka yang mengatakan mereka sudah 100% pasti!

Aduh, tapi rakyat masih tidak cukup yakin, malah ada yang mula mempermainkan hal ini dengan sms-sms lucu dan sebagainya. Kata seorang teman "Biar. Kalau aku, aku layankan saja. Gelak sama-sama dengan mereka. Kita puaskan saja hati mereka".

Seronok. Dalam kalut-kalut politik Malaysia, antara kami gurauan tak pernah lekang. Seorang teman lain berteori lucu bahawa pengambilan jawatan Menteri Pertahanan oleh DS Abdullah adalah untuk memastikan proses peralihan kuasa berlaku aman, hahaha.

Jangan Sebar Khabar Angin

Meskipun kawan-kawan yang sebelum ini juga cuak dengan cerita peralihan kerajaan, akhirnya mereka sendiri terpaksa menggunakan perkataan 'haqqul yakin' untuk menyampaikan kepada aku bahawa ia adalah realiti. Dalam hal ini mereka tabik DS Anwar kerana soal sir (kerahsiaan) dan bagaimana beliau menangani persoalan ini dengan teliti.

Sahabat lain dalam sms pada aku semalam 'ketawa' kerana "geng mulut murai" dikenakan DS Anwar lagi! Jangan pandai-pandai nak korek rahsia lebih-lebih! Kalau benda tu dah rahsia, ia tetap rahsia! Kalau tak tanggung sendiri berita-berita yang kalian nak sampaikan.

Polis pun dah peringat jangan nak sampaikan khabar angin. Tapi bagaimana mengelakkan khabar angin? Manusia sentiasa berteori tentang apa yang bakal datang di depan. Polis tidak boleh sepenuhnya menyalahkan spekulasi kerana sebahagiannya ternyata benar dan boleh dipertahankan.

Bila kita cakap soal kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa - ia sentiasa melibatkan mereka yang berkuasa, sama ada kuasa itu dalam bentuk autoriti, kekuatan wang atau maruah (misalnya rasuah seks). Kerajaan dan institusi yang ada sentiasa dalam situasi dan persekitaran berpotensi untuk itu. Sistem yang baik dan dilihat baik sentiasa menentukan.

Jumpa

Wednesday, September 17, 2008

Portfolio

Siapa kawal kerajaan sekarang?

Benarkah tangan-tangan ghaib sedang menyusun semula strategi balas dengan apa yang berlaku terhadap NST dan pertukaran portfolio Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan?

Kewangan keluarkan duit, Pertahanan ambil nama buruk jika perlu isytihar darurat dan sebagainya. Siapa pekena siapa?

Hurm..politik Malaysia akan menuju ke jurang paling tajam!

Esok Yang Ceria

Alhamdulillah...SMS masuk cukup menggembirakan.

Sinar esok insyaAllah lebih cerah dan menguntum senyum untuk pendokong arus reformasi di Malaysia.

Kenapa? Biarkan detak detik jantung berdegup...hehehe

Apa yang penting ialah kita harus bertenang dan mengambil ruang Ramadhan ini untuk bersama menginsafi bahawa banyak tuntutan yang perlu kita penuhi sedangkan tenaga dan keupayaan yang ada terhad.

Arus reformasi bukanlah arus untuk kita mendewakan pemimpin melainkan ia kekal sebagai proses berterusan untuk pembaikan. Aku menyeru kita semua untuk kekalkan kesabaran dan teruskan perjuangan - biar apa pun terjadi.

Negara Malaysia negara yang berdaulat. Setiap dari kita punya hak dan tanggungjawab untuk hidup dan menjaga negara ini dengan sebaiknya. Meskipun kezaliman, salah guna kuasa dan sebagainya tidak dapat tidak melibatkan manusia, kita harus yakin bahawa manusia boleh berubah dan peluang harus diberikan. Tapi kita percaya hak harus dikembalikan dan undang-undang harus ditegakkan.

Selamat datang Malaysia baru!

Solidariti Untuk Kickdefella

Aku bukanlah sepenuhnya setuju dengan hal membalikkan bendera Malaysia. Meskipun ia boleh dijustifikasikan, untuk aku ia terlalu remeh dan nampak tak beradab. Lebih baik kita anjurkan kepada semua untuk mengikat reben kuning atau putih sebagai protes senyap. Itu pandangan aku.

Namun, penangkapan beliau di bawah Akta Hasutan aku kira agak keterlaluan. Dato' Ahmad Ismail jauh lebih menghasut berbanding Kickdefella. Pokoknya, kita harus melatih rakyat untuk menghargai kebebasan dengan cara yang lebih baik dan bukan menjustifikasikan kebebasan sebagai musuh utama disiplin bernegara.

DS Anwar Ancaman Kepada Ekonomi dan Keselamatan Negara?

UMNO-BN=Negara?

DS Abdullah Ahmad Badawi=Negara?

DS Najib=Negara?

Ada macam bunyi-bunyi authoritarian...

Adakah dasar ekonomi yang memeritkan perut rakyat hari ini diputuskan oleh DS Anwar?

Adakah rasuah dan salah tadbir negara tak ada apa-apa kesan kepada ekonomi negara?

Adakah kes bunuh Altantuya tidak menggambarkan negara ini tidak selamat untuk dikunjungi?

Adakah kehilangan saksi-saksi selepas kenyataan media mereka yang bercanggah dengan pandangan pemerintah sesuatu yang positif untuk pelabur?

Krisis Keyakinan

Telah keluar secara rasminya dua orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan kini berada di kerusi bebas. Empat ADUN mereka juga kini berada di kerusi bebas.

Cerita lain...

Hurm, ada mereka yang 'poyo' mengambil kesempatan mengadu domba dalam Pakatan Rakyat sempena tidak jadinya 16 September sebagai tarikh peralihan kerajaan meskipun atas sebab teknikal. Mereka yang 'poyo' ini bukanlah menyokong sangat peralihan kerajaan kerana katanya konon 'kedaulatan Islam' akan terjejas...almaklum mereka yang paling Islam di dunia ni.

Ia tidak lain dan tidak bukan kerana kebencian pelik terhadap apa yang si 'poyo' ni namakan 'orang itu'. Si 'poyo' ni dalam blognya yang lain menterjemah Newsweek secara salah dan cuba merumuskan serta menjadikan satu fakta muktamad berkaitan kenyataan DS Anwar berhubung isu Salman Rushdie lama dulu. Si 'poyo' ini tidak pula menghentam orang Syiah di UK yang berpendirian menolak hukum mati yang disarankan Ayatollah pujaannya. Ayatollahnya juga pernah menulis merendahkan Rasul dalam kitabnya. Pendakwaan terpilih ini menunjukkan kepincangan yang jelas. Tak hairan, sedangkan sahabat Nabi s.a.w. pun si 'poyo' ni berani menghina. Si 'poyo' yang mengaku menjadi ahli Parti Islam sejak belasan tahun ini mendakwa partinya kucar kacir kerana DS Anwar - seolah-olah partinya lemah begitu sekali berdepan seorang manusia, dan yang hebatnya menggambarkan dirinya terselamat!

Fasal 5 katanya, dan partinya tak perlu masuk mana-mana koalisi pun untuk jaga Fasal 5. Tak tahulah pula ada contoh Nabi s.a.w. tak masuk campur tunjuk jalan untuk bertahalluf. Tak tahulah pula di mana dicampaknya usul fiqh "memilih kemudaratan yang paling rendah".

Yahudi, ya..dimainkan isu Yahudi. Almaklum dia selalu tunjuk dia paling tahu. Salah Yahudi gamaknya bila Arab jual tanah kepada mereka dan tanah yang mereka beli mahu dijadikan negara? Aduh, kebencian terhadap kaum telah menjadikan kita tidak berlaku adil? Yang zalim tetap kita kata zalim...yang adil kita harus cuba laksanakan.

Ada juga si 'poyo' yang lain bermatian mengambil kesempatan yang ada sekarang untuk mengatakan DS Anwar tipu. Padahal si 'poyo' yang sama tak setuju peralihan kerajaan. Dalam erti kata lain, jadi macam mana pun hasilnya akan jadi salah. Yang betul mungkin rasuah dan kezaliman berterusan, kepimpinan lemah, undang-undang tidak diyakini dan lain-lain.

Aduh, krisis keyakinan di Malaysia ada saja di mana-mana.

* Aku tak minat sebenarnya melanjutkan perbalahan, cuma menyatakan sikap secara jelas agar kita tidak didorong sentimen berbanding hujah. Almaklum katanya "saya Islam dulu, yang lain kemudian".

Harap-Harap

Balik dari membeli juadah dan juga bahan untuk memasak, terkejut pula mendapat berita DS Abdullah Ahmad Badawi bertukar portfolio dengan DS Najib. DS Abdullah kini adalah Menteri Pertahanan dan DS Najib pula Menteri Kewangan.

i) Adakah ini untuk menyedapkan hati sebilangan pihak yang menekan beliau dari dalam?
ii) Adakah ini langkah awal untuk mengeluarkan arahan darurat?

Nasib baik dalam Malaysia aku tak jumpa lagi undang-undang larangan bertanya, hehe.

Tuesday, September 16, 2008

Nuzul Quran dan Badar

i) Nuzul Quran

Sudah menjadi kebiasaan orang-orang Arab pada masa itu bahawa orang berfikir selama beberapa waktu tiap tahun menjauhkan diri dari orang ramai, berkhalwat dan mendekatkan diri dengan Tuhan-Tuhan mereka dengan cara bertapa dan berdoa, mengharapkan rezeki dan diberi pengetahuan.

Tatkala Muhammad (s.a.w.) sendiri dalam keadaan tidur di Gua Hira' pada 17 Ramadhan, datanglah malaikat membawa sehelai lembaran seraya berkata kepadanya "Bacalah!". Dengan terkejut Muhammad (s.a.w.) menjawab "Saya tidak tahu membaca". Kemudian malaikat berkata lagi "Bacalah!" dan dijawab Muhammad (s.a.w.) "Apa yang akan saya baca?". Malaikat lalu berkata "Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan pena. Mengajar manusia apa yang belum diketahuinya..."

Lalu ia mengucapkan kata itu. Malaikat pun pergi...(ada sebahagian berpendapat wahyu turun dalam keadaan Muhammad (s.a.w.) jaga).

ii) Badar

Pada hari kelapan Ramadhan tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w. berangkat dengan para sahabat r.a. meninggalkan Madinah. Pimpinan solat diserahkan kepada Amr bin Umm Maktum, sedang pimpinan Madinah kepada Abu Lubaba dari Rauha. dalam perjalanan ini muslimin didahului oleh dua bendera hitam. Mereka membawa 70 ekor unta yang ditunggangi secara silih berganti - termasuk oleh Baginda s.a.w. sendiri bersama Saidina Ali k.w. dan Marthad al-Ghanawi. Jumlah mereka ialah 305 orang - 83 dari Muhajirin, 61 dari Aus dan selebihnya Khazraj.

....Dari berita yang diterimanya "kadang-kadang sehari sembilan, kadang-kadang sepuluh" bila menyoal jumlah ternakan yang dipotong sehari cukup untuk menggambarkan kepada Baginda s.a.w. bahawa pihak musuh seramai 900 hingga 1000 orang.

...Muslimin berangkat ke tempat mata air di Badar, dan perjalanan ini lebih mudah kerana hujan. Setelah hampir, Muhammad (s.a.w.) berhenti. Hubab bin Mundir, orang yang paling banyak mengenal tempat bertanya selepas melihat Nabi s.a.w. turun di tempat tersebut, "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan kita berhenti di tempat ini? Jika ini wahyu Tuhan, kita tidak akan maju atau mundur setapak pun dari tempat ini. Atau adakah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?".

Baginda s.a.w. menjawab "sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang".

"Rasulullah, jika begitu tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita berpindah sampai ke tempat mata air yang paling dekat dengan mereka, lalu telaga kering di belakang itu kita timbus. Seterusnya kita buat kolam dan kita isi air hingga penuh. Kemudian barulah kita menghadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum sedangkan mereka tidak" cadang Hubab pada Nabi s.a.w.. Nabi s.a.w. menerima cadangan ini dengan senang hati.

"Oh Nabi! Bangunkanlah semangat orang-orang beriman itu dalam menghadapi perang, Apabila kamu berjumlah 20 orang yang tabah, mereka akan mengalahkan 200 orang. Apabila kamu berjumlah 100 orang, nescaya akan mengalahkan 1000 orang kafir; kerana mereka adalah orang-orang yang tidak mengerti. Sekarang Tuhan meringankan kamu, kerana mengetahui bahawa pada kamu masih ada kelemahan. Maka jika kamu berjumlah seratus orang yang tabah akan dapat mengalahkan 2000 orang dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang tabah" (Al-Quran, 8:55-56).

"Ingat, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, 'Aku bersama kamu'. Teguhkanlah pendirian orang-orang beriman itu. Akan kutanamkan rasa gentar ke dalam hati orang-orang kafir itu. Pukullah bahagian atas leher mereka dan pukul pula setiap hujung jari mereka". (Al-Quran, 8:12).

"Sebenarnya bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah juga yang telah membunuh mereka. Juga ketika kau melempari, sebenarnya bukan engkau yang melakukan itu, melainkan Tuhan juga". (Al-Quran, 8:17).

Perang Badar kekal dalam ingatan umat Islam, bagaimana pertolongan Allah s.w.t. tidak akan putus untuk mereka yang meyakini Allah s.w.t. dan Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah berdepan dengan ancaman musuh yang cukup besar berbanding muslimin.

Sehingga petang itu pihak muslimin kekal tinggal di Badar dan menguruskan mayat Quraisy dalam sebuah perigi besar. Malam itu, saat Baginda s.a.w. merenung pertolongan Allah s.w.t., para sahabat r.a. mendengar Baginda s.a.w. berkata "Wahai Utba bin Rabia! Syaiba bin Rabia! Umayya bin Khalaf! Wahai Abu Jahal bin Hisyam!...dan seterusnya satu persatu nama-nama mayat yang ada dalam perigi itu. "Wahai penghuni perigi, aku telah bertemu dengan apa yang telah dijanjikan Tuhanku".

"Rasulullah, kenapa berbicara dengan orang yang sudah mati?" tanya sahabat.

"Apa yang dikatakan itu lebih mereka dengar daripada kamu" jawab Rasulullah s.a.w. "..tetapi mereka tidak dapat menjawab".

Saat itu Rasulullah s.a.w. terpandang Abu Huzaifa bin Utba yang wajahnya sedih dan mukanya berubah. "Barangkali ada sesuatu dalam hatimu tentang ayahmu, Abu Huzaifa? tanya Rasulullah s.a.w..

"Sekali-kali tidak, Rasulullah" jawabnya. "Tentang ayah, saya tidak sangsi lagi, juga tentang kematiannya. Hanya yang saya tahu dia mempunyai fikiran yang baik, bijaksana dan berjasa. Jadi saya amat berharap dia mendapat petunjuk menjadi seorang Islam. Tetapi sesudah melihat apa yang terjadi, dan teringat akan hidupnya dulu dalam kekafiran, maka makin jauh apa yang saya harapkan darinya, itulah yang membuatkan saya sedih".

Rasulullah s.a.w. kemudian menyebut tentang kebaikannya serta mendoakan kebaikan baginya.

Pasca 916

Pakatan Rakyat telah pun mengusulkan surat bertemu DS Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lepas - ringkasnya untuk bertemu. Khabarnya Perdana Menteri telah respon untuk tidak melayan pertemuan ini sehingga DS Anwar mengumumkan nama-nama mereka yang mahu melompat parti ini.

Apa janji Pak Lah jika nama-nama ini diumumkan? Letak jawatan? Buru mereka ini?

InsyaAllah, kesabaran akan kekal untuk mereka yang percaya Reformasi adalah satu proses. Perubahan kerajaan hanyalah tanda aras, tapi proses harus terus.

Semalam aku masih ingat antara kata DS Anwar "Tak apa, tiga empat hari ini media dan mereka akan hentam kita habis-habisan, tapi sedikit masa lagi mereka mungkin akan datang minta maaf pada kita", lebih kurang maksudnya.

InsyaAllah, dari kenyataan Tian Chua dan Dr. Hatta Ramli (antara yang mewakili Pakatan Rakyat menyampaikan surat kepada Pak Lah) sebentar tadi menerangkan bahawa dalam tempoh 24-48 jam, sekiranya respon Perdana Menteri untuk penyelesaian isu ini secara damai tidak diterima, maka ia akan dipanjangkan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan.

InsyaAllah, raya ini aku balik KL-Perlis dengan harga minyak yang tidak membebankan. Meskipun libertarian tidak mendokong subsidi sepenuhnya, praktikalnya proses peralihan dasar memerlukan masa agar ia tidak menjadikan keadaan kucar-kacir dan tidak ada keraguan tentang itu.

916

Banyak sungguh dapat panggilan telefon hari ini. Pandai-pandai kawan-kawan kata aku ni orang dalam yang boleh dapat maklumat tentang peralihan kerajaan sebagaimana yang diwar-warkan berlaku pada 16 September atau ringkas 916.

Jika tidak kerana aku tahu beberapa perkara, tentulah seruan Tengku Razaleigh ini adalah yang terbaik. Tetapi kerana aku memahami beberapa hal teknikal, maka seruan Ku Li tadi jatuh pada tingkat yang lain, dan tidak harus dikesampingkan oleh sesiapa pun.

UMNO-BN tidak akan pernah insaf. Pasca PRU-12, beberapa peruntukan dan pembangunan untuk kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat telah dibatalkan. Mereka tidak pernah mahu berbuat apa-apa tentang ini sehingga sekarang.

Ya, harapan rakyat cukup tinggi untuk melihat perubahan agar janji-janji Pakatan Rakyat dapat ditunaikan. Jika gagal, bukanlah susah untuk mereka sedar. Pokoknya, belum pernah lagi Kerajaan Pusat bertukar! Ya, sudah tentu banyak hal yang menjadi isu rasuah dan salah guna kuasa harus juga dibawa ke pengetahuan kami.

Monday, September 15, 2008

Selamat Hari Malaysia

Pada hari ini, 45 tahun yang lalu sebelum kemudiannya Singapura memilih untuk keluar dari Malaysia - Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah bersetuju untuk bersama sebagai sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.

Bersamanya adalah lanjutan Pemahsyuran Kemerdekaan 1957 - untuk menjamin Hak Asasi dan Kebebasan untuk seluruh warga sebagai mana yang tertakluk dalam Perlembagaan.

Semoga Malaysiaku lebih bermaruah!

Yang Menarik Sehari Dua Ini

Tadi sah Dato' Zaid Ibrahim meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas membuat kenyataan mempertikaikan tindakan mengenakan ISA kepada Raja Petra, YB Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily. Sebetulnya, Dato' Zaid Ibrahim firm dalam pendiriannya ini. Kita boleh rujuk pada pandangannya sejak sekian lama. Kekalnya Dato' Zaid dalam UMNO memang sesuatu yang unik. Beberapa kali juga aku jumpa Dato' Zaid dalam pelbagai forum. Beliau juga konsisten dengan pandangan bahawa AUKU perlu dipinda atau dihapuskan terus.

Tapi, percaya atau tidak, Dato' Zaid tidaklah begitu diterima terutama dari kalangan aktivis dakwah kononnya kerana beliau berpandangan liberal. Isu tidak juga dikupas-kupas melainkan label melatari sentimen.

Sebelum ini penentangan terhadap ISA juga disuarakan mufti negeri aku, SS Dr. Mohd. Asri. Meskipun ada beberapa percanggahan pendapat, umumnya aku suka mufti aku ni. Cuma aku harap beliau hati-hati kerana mungkin di luar pengetahuannya, penerangan berbaur Wahabi telah menimbulkan keributan di kalangan masyarakat di Perlis sebagaimana aku dengar orang-orang tua berborak bila aku balik kampung. Aku suka mufti aku ni sebab beliau banyak mendahulukan hujah dalam hal berbeza pendapat - semudah itu. Soal setuju atau tidak jatuh nombor dua bagi aku. Dengan cara ini kita menghormati kejadian manusia dengan menjamin keamanan dan keselamatan mereka serta membenarkan mereka memanfaatkan potensi mereka di samping menggalakkan kita memanfaatkan potensi kita. Hujah adalah alat mengkayakan pemahaman dan iman yang disandarkan dengan pemahaman adalah sebaik-baik iman. Bukankah mereka yang paling bertaqwa ialah mereka yang paling berilmu? Ilmu Allah s.w.t. Maha Luas, maka berhati-hatilah kita dalam cepat sangat nak 'menghumban manusia ke wilayah sesat'.

Dalam pada itu, sambutan Hari Malaysia akan dibuat di Stadium Kelana Jaya. Seorang teman bertanya "kau agak polis akan buat kacau tak?". Ini mungkin didorong faktor mudahnya polis mengeluarkan permit. Untuk aku, adalah cukup baik polis memberikan permit dan yakinlah rakyat yang cintakan keadilan juga cintakan keamanan. Keamanan tidak mungkin muncul tanpa keadilan. Ia adalah realiti hidup sehari-hari. Terlalu banyak contoh yang kalian boleh fikirkan sendiri. Jawab aku pada kawan mudah sahaja "insyaAllah tidak berlaku kekacauan jika hanya sekadar ceramah dan tidak ada aksi tunjuk bontot".

Petang ini telah ada suara sinis menyindir pindaan tarikh lompat parti. Esok DS Anwar akan membuat sidang media khas dan kita nantikan apa kata beliau. Untuk aku yang serba sedikit tahu perihal lompat parti ini, insyaAllah kesabaran masih kekal.

Apa yang penting ialah kita tingkatkan kesabaran, ia tidak bermakna kita redha dengan kezaliman dan kelemahan kepimpinan Barisan Nasional. Jika kita banyak membaca pandangan DS Anwar sejak dulu hingga sekarang, kita tentu faham makna yang cuba disampaikan dari konteks insan Asia sebagai persona religious dan juga budaya sebagai pemangkin peradaban. Bagi mereka yang memilih menghentam sebelum bersabar memahami, kalian bebas berbuat demikian.

Aku ada tinggalkan pesan pada kawan tersebut - aku akan menulis tentang DS Abdullah Ahmad Badawi: Insan Baik Yang Gagal.

Sunday, September 14, 2008

ISA 2

Aku tidak mahu menggesa pembebasan Raja Petra, Teresa Kok dan tahanan ISA yang lain. Tapi aku mahu gesa agar ISA dihapuskan sama sekali - agar tidak ada lagi sesiapa pun akan dikenakan tahanan tanpa bicara yang cukup zalim ini.

Tanya saja kepada semua - siapa mahu ditahan tanpa bicara? Lebih-lebih lagi bila kita yakin bahawa kita tidak melakukan salah apa pun.

Kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang poyo anti-Bush, walhal mereka berbangga bila Bush mewujudkan penjara Guantanamo - seolah-olah Bush mengabsahkan keperluan ISA di Malaysia!

Ada pula Menteri (haprak!) yang bagi alasan tahanan ISA kerana hidupnya terancam. Ini alasan gila dan tidak masuk akal. Sejak bila di dunia ini mereka yang diancam masuk dalam tahanan tanpa bicara dan yang mengancam boleh bebas? Menteri begini patut rasa malu dan menawarkan diri untuk letak jawatan! Kerajaan juga wajib malu ada menteri yang begini!

Rakyat Malaysia lebih malu ada menteri, kerajaan dan undang-undang yang begini!

* Jika anda berhajat nak kaitkan DS Anwar atau sesiapa saja tak pernah melawan ISA dulu, aku mahu katakan dulu mereka salah! Berhenti berhujah senget. Sedarlah rakyat dah muak dengan politik selekeh UMNO-Barisan Nasional sekarang!