1) Anak kapal Malaysia ditawan lanun di laut.
Tahniah atas keberhasilan rundingan untuk menyelamatkan anak-anak kapal yang ditawan oleh lanun-lanun di laut. Semoga peristiwa ini mengingatkan kita akan kuasa Allah s.w.t. membolak balikkan hati manusia.
2) 3M sebagai Syarat PAS
Akhirnya TG Haji Hadi berterus terang lagi, syarat Majoriti Melayu Muslim sebagai jumlah Ahli Parlimen dari Kerajaan Pakatan Rakyat untuk membolehkan PAS menyertainya cukup untuk menggambarkan PAS kini terbelenggu dengan pendirian politik yang jelas.
Menarik kali ini, tidak kedengaran dalil naqli dan aqli yang jelas untuk mempertahankan sikap ini. Terima kasih Allah s.w.t. kerana menunjukkan Nabi Yusof a.s. berkhidmat dengan raja yang menolak seruan wahyu. Terima kasih Allah s.w.t. kerana sebilangan sahabat r.a. yang berlindung di Habsyah ketika Hijrah tidak dikira celaka. Terima kasih Allah s.w.t. kerana menghadirkan para ulama' besar hijrah ke dunia Barat untuk mendapat 'suaka' politik dan mereka jauh lebih berperanan di bawah pimpinan bukan Islam (hatta pertemuan untuk mendapat restu penggabungan UMNO-PAS pun dibuat di London!). Terima kasih Allah s.w.t. kerana menghadirkan Islam yang menolak kenyataan bahawa satu bangsa lebih mulia dari bangsa yang lain.
Respon ringkas dari YB Khalid Samad cukup untuk menggambarkan pandangan ringkas aku.
Bahana autoriti?
Tuesday, September 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amin,
ReplyDelete3M, Majoriti Melayu Muslim.
Aku mahu tahu, apa dalil yang 'mengikat' muslim dengan melayu.
setahu aku Islam itu universal.Hanya perlembagaan yang disusun Lord Reid sahaja mengikat Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.
Kalau ini pendirian Pas, maka wajarkah mereka tukar nama selaku Parti Melayu Muslim SeMalaysia?
Adi,
ReplyDeleteSaya boleh memahami perhitungan sejarah, jika itu yang mahu dirujuk. Tapi kenapa terhad sekadar tempoh tertentu jika kita mahu merujuk sejarah? Sejarah kita cukup kaya dan rencam untuk kita hargai.
Saya fikir, tindakan DS Anwar lebih tepat iaitu memastikan peralihan dan sebagainya dalam kerangka Perlembagaan di mana ada beberapa ketetapan perlu dihormati. Sesungguhnya dalam proses tubuh sebuah negara, mengangkat Perlembagaan sebagai sumber tetap adalah penting.
Ya, kita boleh mempersoalkan bahawa ia tidak Islamik. tapi Islamik sangatkah meletakkan syarat Majoriti Melayu Muslim?
disebabkan oleh itulah, semakin hari aku semakin bersetuju dengan hujjah bahawa Pas tidak bijak berpolitik.
ReplyDeletesaya terkilan dan sedih apabila pas mengenakan syarat sebegitu. mengapa, tidak bolehkah islam bercmbah jika dipimpin kerajaan yang majoritinya bukan islam?
ReplyDeleteSembang raya dengan orang UMNO di peringkat kampung lebih memeningkan. Sasaran serangan hanya pada PAS dan hubungannya dengan DAP. Tentu kalian faham apa yang aku maksudkan.
ReplyDeleteAku tidak katakan mana-mana parti lebih baik meskipun jelas PKR mengungguli politik rentas kaum.
Memang keperluan utama sekarang ialah meredakan sentimen kaum dan memulakan fikiran rasional. Menidakkan aspek ini pada waktu emas ini hanya akan mengheret sejarah hitam yang lebih panjang dalam realiti politik Malaysia.
Mungkin Haji Hadi akan bertambah matang seandainya Lim Guan Eng memeluk Islam.
ReplyDeleteWaktu itu, PAS sudah tidak laku untuk dijual. Berbondong-bondong anak-anak muda Muslim menyertai DAP!
Kenyataan Haji Hadi semacam sama dengan kenyataan Osman Abu Bakar, pengerusi Badan Bertindak Perpaduan Melayu, pertubuhan yang didukung oleh UMNO!